Tuesday, December 27, 2011

Bini Aku Cantik..

"Aku suka dia. Dia cantik." Balas Adam apa bila ditanya, kenapa dia memilih untuk berkahwin dengan Hawa.

kredit

Habil yang bertanya, terangguk-angguk perlahan. Sambil itu matanya meliar mencari kelibat Hawa, isteri si Adam. Nak melihat secantik manakah Hawa, gadis yang berjaya mencuri hati Adam.

Adam, siapa tak kenal? Satu Kolej Beringin kenal akan sikap Adam yang selalu bermurah hati menjadi ahli jawatankuasa(sebenarnya pengerusi) program-program anjuran kolej Beringin. Dia prihatin, bertimbang rasa dan bertanggungjawab. Rupanya boleh tahan kacak jugak, kalau di letak dalam 50 orang kurang kacak, nescaya dia paling kacak. Kalau di antara orang kacak, dia mungkin tak sekacak mana, corot juga. Agamanya, oklah. Adam ada join usrah, dan dengar cerita dia bakal jadi bapak usrah untuk sesi seterusnya. Harta? Oklah, Adam ada kereta Viva second-hand. (mungkin third-hand?)  Cukuplah setakat nak dibawa ke kelas.

Mana gadis yang celik, akan sukakan Adam.

Mata Habil melilau lagi. Di cari-cari mana zaujah si Adam. Dari kejauhan dia nampak seorang wanita berjalan ke mari. Adam berpusing dan tersenyum, sambil menggamit tangan. "Oh itulah kut zaujah si Adam."

Berkerut mata Habil, degil rabun tak mahu pakai spek, nak menumpukan titik fokus, nak zoom muka si Hawa. Bila nampak, muka Habil ikut berkerut sekali dengan mata.

Hawa tersenyum senang, dia mencapai tangan Adam. "Hawa, isteri aku." Lalu dia kenalkan pula Habil pada Hawa.

Selepas Hawa berlalu untuk ke tandas, Habil bertanya.

"Aku tengok biasa aja.Mana cantik pun. " Maaflah, mulut Habil memang tak ada insurans. Nasiblah yang bercakap dengannya Adam yang cool, tenang.

"Memanglah, isteri aku. cantik di mata aku sudah. Kalau cantik di mata orang lain jugak, susah." Adam tersenyum.

"Pagi-pagi ada suara merdu kejutkan aku subuh, Kalau aku liat dia tolong cubit. Tiap pagi tak pernah aku miss sarapan. Paling tak sempat confirm bekal wajib ada. Tengahari wajib dia call aku tanya aku dah lunch ke belum. Balik rumah, walau penat manapun dia mesti dia nak masak, kadang-kadang aku belikan lauk. Kesian, dia pun kerja jugak. Baju lagilah aku tak payah susah-susah nak iron macam orang bujang lagi. Sakit badan ada orang picitkan, sakit demam ada orang jagakan." Adam tarik nafas.

"Nak puji, banyak lagi boleh puji. Aku takut kau pulak jatuh cinta dengan bini aku. Pendek kata, nampak muka dia aku senang hati. Bukan ke itu definisi cantik? Tak percaya check kamus."

'Cantik : dpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis (ttg rupa dsb)' - Kamus Pelajar Edisi Kedua
"Mesti lepas ni, kau nampak bini aku cantik." Lalu Adam ketawa kecil.

Habil terkebil-kebil sambil matanya memandang Hawa yang ternyata kelihatan lebih cantik daripada tadi.


nota : yup, this sounds so cliche, it never failed to lessen the worries.


Some women do worried about what if they have nothing to offer? But they are ready to do the best, they sure do. Dont you realized that?


Wednesday, December 21, 2011

Apa itu baik?

"Awak rasa, dia baik tak?" Tanya si A pada B.

"Apa definisi baik?" B tanya balik.




Definisi baik


Kenapa nak kena ada definisi?
Kalau dalam research, sebolehnya tiap perkataan yang kita ajukan dalam hipotesis perlu diterjemahkan. Kerana definisi meletakkan satu standard, supaya ia boleh digunapakai secara adil oleh semua pihak.


Contoh lagi.



Definisi Adil = meletakkan sesuatu pada haknya.
Kalau si adik dan abang bergaduh berebutkan sesuatu, gula-gula lah katakan. Selalu ibu akan menangkan si adik. Maka si abang akan bising, "tak adillah mama!" Tapi pada hemat si ibu, adik lebih kecil, pemikiran belum sematang si abang, lalu si abang perlu mengalah. Itu adalah 'adil' pada hemat ibu.


So apa definisi baik?

Islam itu adalah akhlak yang baik

Kalau masih ingat, (kalau betullah ingatan saya) waktu pendidikan Islam sekolah menengah dulu, ada kita belajar  moral vs akhlak.

Moral terpakai pada semua orang, termasuk bukan islam. Tapi akhlak,meliputi agama.

Itulah bergunanya ia pada never ending discussion saya bersama sahabat yang suka berfikir.

Si A, sangat baik orangnya. Tidak pernah mengata orang, baik budi pekerti pada orang tua dan lain-lain. Kira kalau nak kata, 100% calon pilihan untuk jadi menantu.Tapi si A ada kehidupan sosial yang bebas. Tiap malam si A dan kawan-kawan tak kisah lelaki perempuan akan duduk melepak si Ampang point, hisap rokok, berphotoshoot dan hisap shisha.




Si apakah gred nak kita bagi pada si A ni? (merujuk kepada baik.)

Kalau ikut definisi perempuan melayu baik, perempuan melayu tidak keluar malam, bercampur gaul lelaki wanita, tambahan pula hisap rokok!

Contoh paling senang lagi. Sangat popular.

"Saya tak bertudung,pakai seksi, tapi hati saya baik!" (senyum)
"Walaupun saya berpakaian seksi, saya tahu batas-batas agama." (ops..)

Sebab tu saya tanya, ada definisi baik? Baik perlu ada standard, kalau tidak semua orang boleh mengaku baik. Kalau rasa contoh saya stereotype sangat, saya pinjam contoh kak Fatimah Emran dalam blognya, artikel zina itu normal, baik dan bersahabat

Kisah 2
Klien itu manis bertudung. Kehamilannya disyaki bermasalah, sehingga saya terpaksa bertanya mengenai sedikit latar belakangnya serta suaminya.
Sebelum itu, katanya pernah 'bersama' seorang teman lelaki, yang mungkin mengkonsumsi dadah (oral). 'Tapi, dia orang baik-baik, doc'.
Gulp. Ok. Close case.
'Suami puan? apa dia pernah ada teman perempuan yang intim?'
'Ada, tapi dia orang baik-baik doc. tiada dia ambil alkohol atau dadah.'
Gulp. Ok. Close case.
Bukan mengajak orang menghukum tapi mengajak untuk berfikir

Gelaran baik itu ada standardnya, sepatutnya bukan semua orang boleh dapat gelaran baik. Saya letak perkataaan sepatutnya di situ. Sila ambil nota. (baca : take note)

Tapi menggelar orang baik, adalah satu doa, insyaAllah.

Yang paling penting, standard itu bukan ditetapkan untuk melabel dan mengkelaskan orang lain, tetapi untuk menilai, muhasabah diri sendiri.


Definisi baik pada saya, baik pada Allah. Dah cukup untuk merangkumi semua.
Dan segala perbuatan baik, adalah tetap kebaikan walaupun dilakukan oleh orang paling berdosa di muka bumi.

Saturday, November 05, 2011

Ujian : Tak Kena, Tak Tahu, Jangan Cakap

Saya dah lupa, sejak bila saya belajar satu frasa yang bawa makna yang mendalam dalam hidup saya.

"Tak kena dekat kamu, kamu tak tahu apa rasanya."

"Orang yang tak pernah merasa gula, tak tahu nak cerita bagaimana manisnya gula."


"Tak kena kat kamu, senanglah cakap.."

Begitulah lebih kurang.

Untuk satu masa, frasa ni melekat kuat pada minda dan hati saya. terutama bila kita mendengar/membaca kisah hidup orang yang kadangkala, kita tak faham bagaimana boleh jadi sebegitu rupa.

Contoh, kisah seorang gadis remaja yang di waktu kecil dirogol saudara sendiri, melarikan diri dari rumah untuk tinggal bersama kekasih, kemudian dirogol pula kekasih dan kawan-kawan serentak, melarikan pula diri ke bandar, dan akhirnya jadi pelacur.

Contoh lain pula, rujuk artikel dari blog mazidul akmal sidek
-
Tak tergapai dek akal, bagaimana susur galur hidup gadis-gadis itu, bukan?

siapa tak takut exam angkat tangan?
"Kasihannya. Kita diberi cabaran dan ujian dari Allah, tapi ujian kita taklah sampai nak merendahkan nama kita di sisi masyarakat." Saya berkata pada seorang sahabat pada satu malam diruang makan. Perlahan dia mengangguk.

Maaf, saya tak bermaksud melabel, tapi kenyataan memang pahit, telanlah. Manis mulut kita tak melindunyi pahitnya norma masyarakat kita.

Cabaran kita-kita, exam susah, exam fail, kereta rosak, accident, barang hilang, putus cinta. Semuanya cabaran yan berat.. Tapi pada saya,  kelas ujian kita berlainan dari mereka.

Cabaran mereka, susah hendak keluar sekali dah terjebak. Ada yang ketagih dadah, alkohol. Ada yang sudah tidak boleh nak bekerja selain dari manjual diri, sebab tak ada pelajaran/kemahiran/gaji tak sebanyak dan kerja tak semudah menjual diri. Nak berpaling pada keluarga kembali, adakah keluarga  boleh diharapkan?
 





Contoh lagi, seorang gadis, dirogol bapa sendiri. Lepas tu, bawa ke hospital untuk siasatan dan perlindungan. Ibunya pula, merayu agar gadis tu menarik laporan polis kerana bimbang tak ada siapa nak carikan makan kalau si ayah masuk penjara. Selepas itu, apa jadi dengan  gadis tu? Di hantar ke rumah saudara? Hantar ke rumah kebajikan? Selepas dia dewasa, apa jadi pada dia?Masihkan dia sayang pada keluarga yang sepatutnya jadi penaung sejak awal-awal lagi?

Peranan kita sebagai manusia berhenti menilai, melabel, menghina mereka Jalan hidup kita berlainan Mereka perlukan sokongan, dorongan dan harapan, DOA juga. Setiap kesilapan yang kita buat, apa peluang untuk kita perbaiki. Allah Maha penerima taubat.

Tak kena, tak tahu, jangan cakap.


Untuk sahabat-sahabat yang sama diuji dalam peperiksaan, sabarlah.


"ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai ujian), sehingga rasul dan orang orang beriman bersamanya berkata 'bilakah datang pertolongan Allah?' ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" -Surah Al Baqarah, ayat 214
 
Untuk kamu yang diuji, sabarlah sayang. Allah itu dekat, Dia Maha Penyayang lagi Maha Penerima Taubat. 
 
\p/s - untuk diriku sendiri, sabarlah. Ujian itu satu peluang untuk kita jadi insan yg lebih baik. Percayalah pada Allah

Sunday, October 30, 2011

formspring.me

Ask me questions about life, love and friendship http://www.formspring.me/nadzrlan

Monday, October 24, 2011

Forensic, Autopsi dan Saya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dua minggu selesai di forensic department sungai buloh. Dua minggu berlegar-legar di bilik mayat, menunggu kalau-kalau ada kes untuk di autopsi. Dua minggu, terasa nak belot dengan psikiatri yang menjadi igauan saya selama ini.


Tiap yang hidup pasti merasai mati.


Terasa sayu juga sebenarnya, bila ada kes autopsi yang kami tunggu-tunggu itu, bermaksud adalah orang yang mati. Kalau ada yang mati, bermakna adalah keluarga yang akan bermuram durja. Tapi itulah hidup, pasti tak boleh lari dari kematian. Apa tu kematian? Kata buku teks proses transit dari alam dunia kepada alam barzakh.

kes -kes yang diautopsi yang saya lihat sepanjang dua minggu ni lazimnya kes suspicious death, (di mana kita syak kematiannya lain macam),  clear cut homicide atau kes sudden death/ accident yang tak jelas punca kematiannya.

Contoh Si A accident, dari luar nampak macam ok saja, lebam sikit saja, tak ada patah mana-mana, bila bukak dalam tengok oh aortanya terkoyak, tengkoraknya retak dan sebagainya.

Contoh si B hanya sakit perut tau-tau meninggal. jadi keluarga tak puas hati, ingatkan dr salah bagi ubat sakit perut, mintak autopsi. Bila dah bedah siasat, rupanya mangsa meninggal serangan jantung, coronary artery dah hampir 90% tertutup dengan plak kolestrol/darah beku etc.

Ada beberapa tujuan kenapa atopsi dibuat. Antaranya nak mencari sebab kematian, bagaimana prses kematian tu terjadi, nak tahu identiti si mati, nak tahu berapa lama dah si mati, mati..  Itulah setakat yang saya ingat..

Kematian itu mengajar yang hidup

Dari segi ilmu perubatan, banyak perkara yang kita belajar dari orang mati sebenarnya. Contohnya, apa jadi pada paru-paru seorang perokok/penghidap TB/ bila lemas dan sebagainya. Satu perkara yang kita tak boleh observe dengan dekat pada orang hidup. Lagi? Boleh belajar anatomy balik, macam waktu tahun 1 dulu. Maha suci Allah yang menciptakan, lain cara mati, lain pula finding yang kita dapat pada mayat. Sampaikan kita boleh formulate cara kematian. Subhanallah!

Gambar pinjam dari blog saya doktor

Dari segi lain pula, kematian sebenarnya menginsafkan kita yang hidup. (sepatutnya) Siapa tahu dia akan mati bila?

Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Dia mematikan kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
[ An-Nahl:70]

Kalau kita tahu bilakah kita akan mati, pasti saat ini juga kita akan sujud melekat di tikar sejadah. Habis kelas ditinggalkan, nak kejar masa nak taubat aja. Takut  benar nak mati, sedar diri banyak dosa. Kalau masuk kubur confirm malaikat balun punya.
Mungkin ada jugak yang sibuk nak tulis surat pada orang-orang yang dicintai. Sibuk megangisi kucing sapa nak bagi makan, boyfriend nanti nak kawin dengan sapa? Aduh sudah mahu tinggalkan dunia masih nak mengenangkannya.

Sungguh, saya sama saja.


Sunday, October 02, 2011

Small Things That Made You Cry


--> Dalam hidup, pasti ada satu dua keadaan, di mana perkara-perkara kecil berjaya menyentuh hati kita. Dan sebabnya, kita menitiskan air mata.

Contohnya, kasih sayang haiwan. Tengok betapa susah payah ibu anjing menyeret sisa makanan untuk diberi pada anak-anaknya.

Pernah duduk atas bas? Bila lihat ke luar tingkat ada seorang apek tua, setua atuk kita di rumah, bahkan lebih tua, sibuk mengayuh basikal mencari tin dan surat khabar lama di jalanan?

Bila melihatkan seorang ayah yang sabar melayan karenah anaknya yang banyak bertanya di pasar malam, pasti tersentuh hati. teringatkan ayahanda sendiri.

Bila lihat anak kecil yang nakal melawan kata ibu di supermarket, teringat 'ah betapa aku juga nakal jahat begitu dahulu'. Terus teingat kalaulah bukan fitrah ibu berhati lembut dan penyayang, agaknya dosa kita dengan ibu sudah bertimbun menutupi sebelah bumi.

Perkara-perkara seperti inilah kalau kita tenung dan fikirkan betapa mudahnya kita untuk dapat keinsafan di mana-mana saja.

Yang Menyentuh Yang Tersentuh

Baru-baru ini saya berkesempatan bertemu dengan sorang pesakit yang datang dengan Facial nerve palsy  disebabkan kemalangan. Seorang wanita, makcik saya gelarkan dia. Separuh mukanya lumpuh, langsung tak boleh digerakkan. Matanya tak boleh tutup rapat, mulutnya herot sebelah. Kasihan.

Dalam saya bertanyakan itu ini, dia bertanyakan saya kembali (walau susah payah dia bercakap.). Berapa umur? Belajar di mana? Agaknya saya mengingatkan dia akan anak dia sendiri, dia menarik tangan saya erat, ditariknya saya agar dekat ke mukanya (untuk mendengar lebih jelas). Pesannya pada saya.

"Mengaji pada waktu maghrib jangan tinggal. Kalau nak ingatan bagus mesti jangan tinggal. Baca surah Yaasin, Al-Waqiah dan Al-Mulk tiap hari. Ingat, jangan tinggal."

Terus hati saya ngilu, sebak. Dan adalah lagi beberapa pesanan yang dia sampaikan pada saya. Surah at-taubah, surah al-baqarah..

Sumpah hati saya cukup tersentuh. Dalam hati saya tertanya-tanya kenapa saya begini begitu sejak dua menjak ini, saya terasa ditegur secara direct oleh Allah.

Saya sentiasa percaya apa yang berlaku di kiri dan kanan adalah satu cara komunikasi Tuhan dengan HambaNya. Allah tak pernah meninggalkan hambaNya sendirian.

Diwaktu lain semasa saya di tahun 3, saya bertemu dengan seorang Auntie India, Sarah Abraham namanya kalau saya tak salah, mengidap barah payu darah tahap 4. Entah bagaimana, saya yang cuba menolong dia untuk 'dressing' telah menarik tangannya dengan sedikit kasar.

lalu dia menjerit sakit. (bayangkan perasaan saya? Saya rasa sayalah manusia paling teruk dalam dunia.)

Bertalu-talu saya minta maaf. Demi Allah saya tak sengaja. Saya ingatkan dia sudah mahu halau saya. Rakan-rakan lain dalam bilik yang sama hanya tunduk dan berdiam diri. Lalu kata dia..

"Tak mengapa. Ini sedikit saja. Sesungguhnya saya rasa sangat bertuah, dapat bangun setiap pagi, dan melihat wajah-wajah cantik seperti anda."

Terus saya lari keluar. Menangis. (Kalau dia tak kata macam tu, sudah pasti saya fobia ak sentuh pesakit lagu dah)



Pengajaran di hujung cerita.

Bukan pengajarannya, saya adalah lembik yang suka menangis tak tentu pasal.

Sekeliling kita adalah hikmah peringatan. Walau baik, walau buruk. Bersangka baiklah dengan Allah.


Bersyukurlah. Segala puji bagi Allah.







Saturday, September 17, 2011

Jaga Tepi Kain Orang : Yang Cantik dan Yang Jelek

Dah nama pun kita hidup dalam masyarakat, sedikit sebanyak perlakuan kita pasti jadi tontonan umum. Ada kalanya tanpa kita sangka rupanya ada mata-mata yang memerhati dan menilai. Tapi sepatutnya sudah awal-awal lagi kita menjaga perlakuan kerana kedua malaikat kiri dan kanan tak pernah ambil MC, dan Allah juga tak pernah lupa melihat. Bahkan dia sentiasa tahu apa ada dalam hati kita. Toksah dok cover line. "Hang nak muhong sapa?"


Jaga Tepi Kain Orang: Wajarkah?

Peribahasa Melayu ni membawa maksud sibuk nak ambil tahu hal orang.Sebenarnya ia boleh dilihat dalam 2 cara yang berbeza.

Yang cantik.

Dalam menjaga persekitaran umat yang sentiasa mentaati Tuhannya, maka perlu kita untuk menjaga 'tepi kain orang'. Bayangkan kalau sudah hari-hari anak dara sebelah rumah bawak balik lelaki siap tukar-tukar lain hari lain orang, patutkah kita ambil prinsip "jangan jaga tepi kain orang lain?" Buatnya yang dibawak masuk tu abang adik kita, suami kita? Point penting adalah saling menjaga, melihat dan mengawasi tetangga agar sama-sama kita hidup dalam persekitaran agama yang sihat. Bila rukun tetangga kita suci dari maksiat, agak-agak apa rasa hati kita? Tengok muka jiran sebelah, teringat nak ke surau bersama, nak lepaskan anak main di halaman pun tak risau sebab tahu jiran-jiran baik belaka.

Pernahkan terbaca? Apa jadi kalau rumah kita tersergam indah macam istana makan ala-ala buffet hari-hari. jiran sebelah pulak hari-hari bancuh tepung buat lempeng sebab tak cukup duit nak beli beras?

Untuk jadi tetangga yang baik, jangan selfish dan ignorance. Takkan habis tempat kat syurga tu, apa salahnya ajak ramai-ramai masuk syurga?

Yang Jelek




Menjaga tetangga bukan bermaksud mencari keaibannya. Sebab tu ada yang menambah "jaga tepi kain orang, bukan selak masuk dalam kain dia." Ada antara kita yang susah payah mencari gosip-gosip hangat, seperti mengungkit kembali kesalahan silam orang walaupun dia sudahpun bertaubat.. Lebih parah lagi, boleh pula kita 'mencipta' cerita-cerita palsu asalkan ada point yang boleh dibincangkan.

 Elok-elok aman rumah tangga orang dek kerana mulut kita yang tak ada insurans terus berkocak pula. Padahal aib orang kita kena makan dan telan, simpan dalam-dalam. Aib yang boleh disuarakan ni contoh kalau dia terlupa nak tutup zip ke bolehlah pergi bagitau. Bagitau tuan punya badan, bukan bagitau orang kiri kanan, lepas tu gelak ramai-ramai.


Perihal yang "kami care sebab tu kami ambil tahu" sebenarnya alasan yang ridiculous. Kalau benar-benar ambil berat, tak perlulah duduk berbincang macam di mahkamah, cukup sekadar pergi dekat orang terbabit, cuit bahu dia pelan-pelan dan bisikkan di telinga. "eh aku rasa si polan tu dah beristeri, kau janganlah layan uratan dia." bukan "Eh kau tahu anak dara si Gayah tu gatal meroyan dengan lelaki orang?"



Terima dan Analisis
Dan satu teguran juga kepada masyarakat yang suka melenting bila ditegur.

"Pak Manap, anak Pak Manap saya nampak dah 3 malam bersidai dengan jantan-jantan rempit kat tiang lampu depan rumah saya." Lalu Pak Manap terus keluarkan parang silat satu kampung marahkan orang kampung fitnah anak dia.
Akhirnya orang kampung tak berani nak mengadu lagi dah pada Pak Manap dan cukup 9 bulan lepas tu Pak Manap dapat cucu...




Orang yang ditegur, siasatlahlah kebenaran dahulu sebelum melenting.
Orang yang mendengar cerita, siasatlah dulu ceritanya benar atau tak.
Tuan punya badan, jagalah diri elok-elok jangan jadi bahan bualan orang. Kalau yang baik, tak apalah.

Assalamualaikum

Friday, August 26, 2011

Nukilan Diri

Assalamualaikum...

Buah hati pengarang jantung saya
Dah lama rasanya tak tulis entry personal begini..
Sekadar nak menulis sedikit update mengenai diri buat yang tertanya-tanya.

InsyaAllah selepas Aidilfitri saya akan menghadapi peperiksaan akhir posting, yang saya pasti, mencabar. Kali pertama nak exam short case dan jugak dengan ilmu yang cetek dia akal ni, tak tahulah samada saya akan lulus ujian pertama atau tak.. (doakan saya lulus)
Tahun ni tahun yang lebih serius, masa untuk mengejar kembali sisa masa selama 3 tahun yang dibazirkan. Moga sempat, moga mudah.Doakan saya. ^_^

Saya bercadang untuk buka satu blog baru dan mula menulis di sana. Blog ini saya mula tulis dari zaman kepala yang mentah, dan sekarang saya sudah malu nak menyelak halaman lama. Anak-anak sangat.


Dari dulu sampai kini,tujuan menulis masih sama, nak berkongsi pendapat. Cuma dulu gaya lain, sekarang lain, akan datang mana tahu mungkin berubah jugak?






Setakat ni saya, selamat hari raya maaf zahir batin.

Assalamualaikum..

Monday, August 08, 2011

Hati itu ibarat sungai

Bukan mudah untuk menjernihkan sungai yang pernah kotor, diselaputi minyak, sampah sarap dan bangkai-bangkai.
Mudaratnya, sampai serata ampung terasa. Tangan yang menyentuh, gatal. Tekak yang merasa, demam. Bahkan ayam, burung dan biawak tidak sudi duduk bertenggek di tebingnya.  Masakan pula nak merasa dinginnnya air.

Setahun, sepuluh tahun pun mungkin tak cukup untuk mencuci bersih seperti sedia kala. Seperti disaat ia belum pernah disentuh.

Ia perlu masa yang lama, sentiasa berjaga dan berpanjangan usahanya. Sedikit kita alpa, pasti ada tangan-tangan yang bakal mengotorkan ia semula.

Hati, Susahnya Nak Dijaga

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Dosa itu boleh menimbulkan ketagihan. Tinggalkan solat hanya satu waktu, esok lusa pasti tidak terasa terkilan nak buat lagi. Biasakan diri solat lewat waktu, makin hari mesti makin lambat punggung nak diangkat untuk bersolat. Biasakan diri pegang tangan anak dara/teruna orang, esok lusa beraga pipi pun sudah tak menimbulkan segan.

Ibarat Sungai Yang Mengalir, itulah Hati
Sungai yang bersih,pasti memberikan mafaat pada hidupan sekelilingnya.

Sungai yang kotor pula?

Bayangkan sungai itu hati. ibaratkan sungai itu hati.

Orang yang suci hatinya tidak betah berbuat kebaikan, senyumnya ikhlas, katanya baik dan tidak dibuat-buat, bila ada kesusahan dia mendoakan, bila ada kesenangan orang lain dia tumpang bahagia.


Hati yang kotor?

Seluruh dunia adalah musuhnya. Ada saja yang tak kena, ada saja yang menimbulkan kemarahannya. Senyumnya jeles, sinis dan palsu. Bila orang susah dia ketawakan, bila orang senang dia fitnah macam-macam.


"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)

Ayuh! Mari Bertaubat dan Cuci Hati

Mari kita ucapkan selamat tinggal pada dosa-dosa semalam. Dan jangan kita ulang-ulang lagi.

Taubat bukan hanya sekadar niat, tabi seiring dengan perbuatan.

Susah?

Ya memang susah, tapi perlahan-lahanlah.
Kura-kura yang berjalan lambat lebih baik dari arnab yang pantas, tapi lansung tidak mahu bergerak.

Arnab dan kura-kura zaman moden sudah pandai bekerjasama.
Semoga walau dengan usaha kita selambat kura-kura itu, Allah mengurniakan kita rahmatNya..


***
sesekali rasa diri gagal mencuci hati, mintalah kekuatan dari pemilik hati itu.

Saturday, August 06, 2011

Anehnya hati

Kalaulah perasaan itu ibarat kotoran baju yang boleh disental, sudah lama aku gonyoh kuat-kuat.

Malangnya, tidak.

Sesaat aku terpana sekali terkena panahan asmara (ataupun anak panah syaitan) aku pun tertanya mengapa.
Pertemuan singkat, tidak langsung diselangi bahasa tubuh ataupun apapun yang verbal, dalam masa 3 saat sudah cukup untuk dia meragut pergi separuh hatiku. (separuh lagi aku rebut kembali, supaya aku tidak nanar)

Aku tidak pernah kenal siapa dia bahkan aku tidak pernah mencari. Mataku selalu ku talakan pada lantai, aku jelak melihat karenah manusia yang berjalan atas muka bumi seolah-olah mati itu bukan pasti.

(atau mungkin juga aku takut pandangan gatalku singgah pada lelaki-lelaki berkopiah putih, sekaligus menambahkan bara di hati hendakkan suami soleh, mungkin juga aku meluat melihatkan belangkas darat duduk bercanda bergurau senda, entahlah itu meluat kerana jelak melihat mereka alpa, atau aku jelak kerana aku tak berada dalam kelompok mereka. a.k.a dengki. Na'uzubillah.. Tak mahu aku dengki pada maksiat!)

Sejak itu entah mengapa pertemuan demi pertemuan menghiasi hidupku. Dia yang aku tak pernah endah, selalu saja mampir . Bahkan di jalanan asyik ternampakkan dia. Kalau tersepak batupun, angkat muka pasti ada dia.

Lalu dari cakap-cakap orang aku belajar, bukan calang-calang rupanya orang yang aku angaukan.
Aku mengeluh. Kalau yang meragut hati aku pergi separuh itu  orang biasa (walau tanpa kesedarannya), pasti aku berbesar hati. Aku akan merelakan hati diragut senang hati. Ragutlah! hati ini memang mencari pemilik!

Tapi ini, dia. Saban hari aku mengunyah bibir dan gusi sendiri, mengenangkan betapa haruslah tidak akan bakau tumbuh tepian padi. Tak usahlah bermimpi, lalu aku cubit-cubit tangan dan pipi, hei hati usah bermimpi!

ini 'heart' yang sebenarnya

ini pula 'hati'

Anehnya hati, makin aku elakkan diri, aku gaduh-gaduh dengan diri sendiri bagaikan tubuh melawan bayang, mimpiku tidak pudar, bahkan makin terang pula harapan.
Entah dari mana sirna berani itu datang, aku naik menyampah dan bosan. Bukan mudah nak melawan musuh terbesar diri, HATI.

Cis, kuat betul modus operandi syaitan! (ku kira ia kerja syaitan, tak munasabah pula nak salahkan diri sendiri. heh, denial)


Anehnya hati.
Anehnya.


***
mungkin blurb. mungkin. siapa tahu?

Thursday, July 28, 2011

Memilih Soulmate : Bersedia dengan Kejutan

Bayangkan timbunan kotak hadiah ada di hadapan anda.
Berbagai bantuk, berbagai warna, berbagai saiz.
Berbagai jenis hiasan.

Aduh! Rambang mata!
Lalu perlahan-lahan anda belek dan pilih, yang mana memenuhi citarasa.

Si A mungkin memilih kotak berbalut kemas pembalut warna maroon, dihiasi dengan riben keemasan.
Si B mungkin memilih kotak segera berwarna warni berhiaskan riben kecil.
Si C mungkin memilih kotak bulat polka dot berwarna pink stiking, sesuai dengan citarasanya.

Tiada siapa antara mereka dapat meneka secara tepat, "apa yang ada dalam kotak?"

Ada yang ringan bagai kapas ada yang berat bagai diisi 6kg dumbbell didalamnya.
Ada yang cuba menggoncang, diangkat ke atas, bawah, kanan dan kiri.
Ada yang meneka dari saiz kotak. "ah! kecil kotak ni mungkin tak berharga!" tanpa mengetahui didalamnya terisi berlian berkarat-karat.
Ada yang extreme, menghempas kotak itu ke tanah, dan prang!! agak-agak apa ya di dalam?



Ada di antara kita, akan tersenyum simpul bila kotak itu dibuka. Nyata hadiah yang terkandung memuaskan hati, memenuhi citarasa.
Ada yang separa bahagia, mengharapkan yang lain, lain yang dapat. Namun masih cuba untuk menerima.
Ada yang berduka. "Bagaimana apa yang diharapkan tidak dapat?" Lalu mereka bermuram durja.


Memilih pasangan hidup, bagaikan memilih hadiah yang berbungkus rapi.



Orang kata life is full of suprises.
Betul?
Dalam kita berhati-hati memilih bagaimanakah orang yang bakal melayari sisa hidup bersama nanti, pastikah kita benar-benar dapat sepertimana yang kita ingini?

 "Waktu dating dulu perangai awak lain, lepas kahwin perangai awak lain."

"Nampak saja diam, rupanya dia banyak cakap dengan orang yang dia betul-betul rapat saja."

"Tak sangka pulak dia rupanya pemalas, harap muka saja cantik."


If one is full of expectations, then life is full of lies.

Berharap pada yang baik-baik, jangan lupa menerima apa yang kurang baik.

Manusia tak sempurna. Terima hakikat.

Bukan sedikit yang mula merungut dan menyesal bila apa yang diharapkan tidak sama.

Dalam perhubungan, toleransi dan kesabaran penting.

Bila saya di wad neuro hospital kuala lumpur, ada banyak pesakit yang sakitnya datang tiba-tiba.
Betul-betul tiba-tiba.
 Dan sakitnya bukan sekadar datang dan pergi, ia sebati dengan diri.
Bayangkan anda ditempat pasangan orang yang sakit itu, anda telah mengikat kontrak untuk menjadi suami/isteri kepada seorang manusia yang mungkin memerlukan 100% perhatian dan bantuan anda.
Dia tidak boleh bekerja, saban hari terlantar di katil sahaja. Selama berapa tahun lagi?
Yang setia dan sabar akan menunggu, dalam hati dia panjatkan doa agak dia terus sabar dan sabar, agar penderitaan mereka berkurang etc.
Yang tak sabar, lari.

Ada kawan-kawan yang menceritakan pada saya sedihnya pasangan mereka itu, begini.
Kesedihan, atau mungkin jugak ketidakpuashatian  perlu ditangani dengan sabar.
Tapi sampai bila? Anda bersabar terlalu lama, anda akan jadi manusia yang bodoh. (dalam sesetengah aspek)

Terima kelemahan seadanya, hargai kelebihan sepenuh hati

Lalu ada yang bertanya, "bagaimana nak hadapi kelemahan-kelemahan manusia dalam perhubungan?"

Kata pertama saya, sabar. Namun perlu juga dilihat pada konteks permasalahan. Ada perkara perlu toleransi, ada perkara, tidak.

Kedua, toleransi. Pandailah tackle. Kalau suami seorang pemarah, cari cara untuk redakan kemarahannya. Kalau isteri kuat membebel, cari cara untuk redakan hobinya.

Ketiga, diplomasi. Berterus terang dan berbincanglah.

Keempat, muhasabah diri. Hujan takkan turun kalau tak ada awan. Laut tak bergelora kalau tak dilanda angin. Perbetulkan diri, dan perhatikan orang sekeliling jugaakan tukar navigation hati mereka terhadap anda.



** musuh diri anda ialah diri sendiri

 








Wednesday, June 29, 2011

Muslimah : Stylo Cara Islam?

Hari ni Muna mau pulang ke kampung. Kedah.
(asyik-asyik Kedah, maaflah tuan blog mahu promote negeri kelahirannya)

Dia duduk sorang di satu hujung, di Hentian Duta. Matanya meliar dalam tunduk.
Melihat-lihat orang sekeliling.

Ada matrock usung gitar kapoknya. Tapi kepala berkopiah. Huyoo matrock alim. Sengihnya sendiri.
Ada makcik tua duduk sembang dengan anaknya yang lengkap ber tie. Baru balik kerja mungkin. Bagusnya anak ni. Sengihnya sendiri lagi.
(kalau Muna tak tunduk, mesti orang ingat dia sewel asyik sengih sendiri.)
Muna kalih kepala ke kanan.
Ada budak berlagak spidermen merangkak atas lantai. Datang ibunya, terus dibantai bontot budak tu. Rasakan. haha sengih lagi Muna. Ini bukan public beating, ini namanya mak ajor anak. Esok-esok tak serupa orang kalau sekarang tak diajar siap-siap. Kalau mak dia tak bantai tadi, rasanya Muna sendiri pergi bantai.
Entah bakteria, virus, kulat apa melekat di lantai tu pun tak tahu.

Muna angkat kepala. Lenguh asyik tunduk.
Wah bidadari mana ni?

ni yunalis zarai-google

Muna tengok sekumpulan minah cun melecun. Alamak lalu bau perfume menusuk kalbu. Jenama tak pasti, gerenti mahal. Sorang dengan tudung hoodie maxi ala Hana Tajima. (tak tahu google). Siap dengan belt butterfly kat pinggang. Tambah pulak jaket kulit, mak ai macam model. Kawannya lagi sorang, dress kembang bertali satu.Shawl pulak pakai ala-ala arabian. Alah yang longgar-longgar macam nak tercabut tu. Tapi kena dengan orangnya, alamak hai cun betul. Siap ada spek mata bulat ala JLo lagi. (merapikla kau Muna, bukan kau tahu JLo pakai spek hitam macam mana) Kasut tak payah cakaplah, gladiator.

Muna tengok dirinya, renung baju dan seluarnya.
Tudungnya tudung bidang 55' harga rm15 warna hitam.
Bajunya T-shirt labuh free hasil dia men-volunteerkan dirinya jadi sukarelawan hari kesihatan Shah Alam.
Seluarnya seluar slack biasa, hitam. Kasutnya lah kut. Kesayangan, jenama Carlo Rino dia beli time offer 70%.

Sedap dia memerhatikan ciptaan Tuhan, bahu Muna ditepuk.
Lama dia perhati siapa yang menepuk bahunya dikala dia kecuakan kesorangan, baru first time dia di Hentian Duta.

"Lah Ainun!" Menjerit jugak dia lihat Ainun di sisi. Ainun, junior setahun dia di sekolah. Sengih lagi.
"Allah Kak Muna. Lama Ainun perhati, Ainun takut nak tegur, ingat salah orang."

Lalu Ainun melabuhkan punggung di sebelah. Banyaklah isu-isu keluar. Kalau cerita semua kena buat part 2.

"Berubah, Kak Muna sekarang ya?" Muna senyum.
"Sama ja Ainun, apa yang berubahnya." Ainun senyum, direnungnya baju, kaki dan tudung Muna.
"Kak Muna dah pakai tudung lebar. "
"Saudara baru?" Ujar Ainun lagi. Amboi macamlah Muna baru masuk Islam.

"Taklah, dah lama Kak Muna pakai gini. Selesa." Muna diam.
"Lepas Kak Muna pakai gini kan, tak pernah dah Kak Muna join reunion dengan kawan-kawan."
Muna senyap.

"Kenapa?"

"Kak Muna segan. Kak Muna tak stylo, seganlah keluar dengan diorang yang lawa-lawa. Macam langit dengan bumi." Ainun tenung mata Muna dalam.

"Kak Muna, tak boleh macam tu.. Kak Muna jangan malu, untuk jadi macam ni." Terus Muna geleng, bukan malu, entah, inferior?

"Kalau bukan malu apa? Ginilah kak Muna. Kita, kena tunjuk pada sahabat-sahabat kita, contoh dan cara berpakaian yang dianjurkan Islam. Kak Muna tak boleh lari dari dorang.. Betapa tak stylonya kita pada manusia, kita stylo pada pandangan orang yang berilmu, pada Allah.."

"Lagipun Kak Muna, bukan tak boleh stylo... Kak Muna kena pandai match up kan baju, asalkan kena pada syariat Islam. Tutup ini ini dan ini. (Ainun tunjuk pada kepala, dada dan kaki). Dan Kak Muna, kena tutup, lindung aurat, bukan balut aurat. Orang tudung labuh pun kalau tak kena gaya, balut aurat."

Mata Muna jatuh pada seorang wanita yang sedang meriba anaknya. Manis wanita itu berjubah moden seluar, berwarna putih berbunga ungu. Tudungnya juga ungu, tersenyum manis. Cantik sekali, walau pakaiannya simple. Lagi-lagi di sebelahnya ada seorang lelaki, mungkin suami, yang sedang asyik melayan anak kecil di ribaan wanita tu.

ni ustazah fatimah syarha - google

"Yang berlebih-lebihan adalah tabarruj. Jadi pakai setakat yang sederhana. Alah Kak Muna pun tau kan tu."

"Kalau dorang tengok cara orang yang ikut syarak juga cantik, menarik, lama-lama dorang akan ikut.." Senyum Ainun, sambil menyalami tangan Muna. Terus dia lari-lari naik bas yang dah sampai.

Dan Muna, termenung panjang di kerusi.

"Stylo cara Islam. Cantik juga kan?"







kartun super comel dari owhsomuslim

Friday, June 03, 2011

Abah.

"Bas pi Hentian Duta, mai dak lagi?"  Penjaga kaunter bas Maraliner itu berkerut dahi, menyemak-nyemak kertas yang tergantung di dinding.

"Dak lagi dik, Sat gi lam setengah jam. Tunggu kat Platform 6 na." balasnya. Diambil tiketku, dicatatkan nombor bas.

"Terima kasih kak." Lalu aku menyusun langkah, mengheret bagasi beratku, ke tempat duduk.

Abah.

"Kakak nak naik tang mana? Mai tiket, abah pi tengok." Aku hulurkan tiket. Sekembalinya abah, dia tarik bagasiku. Bawaku ke platform enam. Saat bas sampai, diusungnya ke perut bas. Kemudian kami bersalaman, bertukar ciuman pipi.

"Duit ada dah?"
"Nak mai mana, kakak tak kerja lagi." Sengihku. Suka berkias-kias. Lalu abah keluarkan not not biru, selitkan pada tanganku.

"Belajaq elok-elok. Jangan dok baca komik sangat." Aku ketawa kecil. Mengangguk kepala, dalam hati? Masakan aku mahu tinggalkan kegemaranku.

"Jangan lupa semayang, baca quran hari-hari. Jangan dok keluar tak tahwan hala."
"Pi dating buleh?" Kataku sambil ketawa kecil. Abah tersenyum, sudah faham denganku yang suka benar menggiat. Lalu kakiku melangkah ke atas bas. Duduk dan pemandu mengalunkan bacaan doa. Sebak seketika. Tanganku melambai-lambai pada abah.

Selamat tinggal bumi kedah! Selamat tinggal langit yang cerah! Selamat tinggal sawah-sawah!

"Titt!"
"Kakak dok mana dah?" Ku jenguk sms. Dari abah.Lalu ku balas.
"Di Sungai Dua." Dan sms itu berulang, aku jawab lagi.
"Di Bukit Gantang. Driver berhenti semayang" Abah pesan, jaga barang elok-elok bila turun.
"Di Rawang." Abah pesan, jangan bawak laju sangat. Aku ketawa.

"Abah pesanlah drebar. Apa habaq kat kakak pulak." Tersenyum senyum aku sorang. Macam berbalas sms dengan pakwe saja.

Di Hentian Duta, abah telefon lagi.
"Dah sampai. ni abang dah ambik. Jangan risau. Ya, ya insyaAllah.. Thanks abah. Kirim salam umi."

"Adik."

"Adik. Bas dah sampai." Kakak berbaju merah disebelahku, mengejutkan aku dari lamunan.

Lalu aku angkut bagasi, masuk ke perut bas. Aku naik, cari tempat duduk. Angkat tangan, aminkan doa. Bas jalan perlahan. Lalu aku renung tingkap, kosong, sunyi, pilu.
Langit masih biru tapi di hati, mendung. Hujan renyai membasahi perasaan, kian lebat. Tertumpah, banjir pipiku.

ihsan google
Kurangnya satu.

Satu.

Abah sudah tiada disitu.




**********
2 tahun lalu..

"Assalamualaikum kakak.." kedengaran suara Along, tenang memberi salam. Aku tengah asyik menyusun nota-nota ketika itu.
"Waalaikumussalam Along.. Apa khabar?"
"Sihat, alhamdulillah.. Akak? Dah habis exam?" Kedengaran getar, di nada suara Along.
"Sudah, hari ni." Mahu aku bertanya, kenapa Along telefon?

Along. Abang bukanlah jenis yang call adiknya sekadar untuk bertanya khabar. Kalau dia telefon, aku tahu, ada isi penting yang hendak dia sampaikan.
Sehari dua sudah aku rasa sunyi, berdebar-debar dada. Malah sudah seminggu berturut, aku dikejutkan mimpi-mimpi gigiku gugur.

Aku biarkan talian itu sunyi. Biar Along habiskan niatnya.

"Kakak, abah dah tak ada. Dia meninggal dalam tidur selepas bangun Subuh tadi..."


Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


*rekaan semata-mata. tak terkaitan hidup atau yang mati.



Friday, May 13, 2011

Doctors are treated like crap in Malaysia?

I remember when im in Paediatrics posting, our specialist asked the nurse to suck out saliva from a cerebral palsy patient. The nurse, totally ignored his request.

In other posting, surgery, i remember asking nurses about a patient condition who was in pain, his IV drip was not running, he asked me to tell the nurses. The nurse, being so busy, replied to me with a killing stare " saya sibuk. Biarlah patient tu." (somewhat like that)It happened in O&G too "kita tak cukup staff." I understand, they are under stress pertaining to the workload. But still, i've seen nurses having chill out time, but not housemen.



There were complains, that housemen rely to nurses so much. "Housemen ni, mendalah camni pun nak harapkan nurse buat" I remember hearing that quite often while im in the ward. And then, my friend Fairuz shared this article on facebook.


 I read an interesting article today about a few prominent figures addressing their concern over the increasing UKM and UM medical graduates who have left the country to continue their medical practice overseas.
After reading the news for 3 times, I called a very close friend, an MD (UKM) graduate to ask his opinion on how the news might have affected him. He has been working in Singapore for more than a decade as a Consultant Surgeon with a certain sub-specialty
"Why be a slave in your own country, when you are a king in another?" He replied.
Indeed, if anybody would want to find a reason why all of us left, either after housemanship, after being a specialist, or even after sub specializing, and now, even prior to doing housemanship, they need not look at our payslip, or the wealth that we have gained overseas, but only to the Medical System that has been rotting in the ignorance and politic-based stupidity that Malaysia has been well-known for (in the medical field).
I have served the system for nearly 2 decades of my career, waiting for it to improve for so long, and only finding myself in despair, quitting with a 24-hour notice and serving abroad. The system is, in my opinion, keeping doctors, since the beginning of their career as House Officers to the end of it, in the lowermost priority. When I was working there, doctors are so ill-treated, while the nurses and the medical assistants are overpowering us.
I still remember the days when I was doing seeing patients and rounds as an MO, while the staff nurses would mind their own business, having breakfast in the pantry, or having gossip chats at their own leisure. My House Officers would then have to do merely all the labour-work, up to the extent of setting intravenous drips, and serving medications. If I am to expect the nurses, my patients would have been dead, or the work would have been too slowly or incompletely done.
When I was a House Officer, I had to run down 4-5 floors just to review a blood investigation of a dying dengue patient. The ward staff would either be nowhere around, or will say that he is busy (busier than the doctor?) or the answer I got at that time:
"Doktor nak cepat, doktor turun sendirilah, gaji doktor lagi banyak dari saya"
Even when I was a Specialist, the staff nurses had to be called again and again just to make sure the management plan for the patient would be done. I was already used to answers from them:
“I’m busy with something else"
“My shift is already over"
...it was routine for me.
The Medical Assistants were worse. They would hide behind their so-called boss, the Head of Medical Assistant. They feel hiding behind him would make them not under our jurisdiction, that we have no power to instruct them in managing the patient, that they have power to manage own their own. I've seen them giving medications not as we prescribed, performing procedures without our knowledge, as if they are the actual "Doctors". They are in their own world, and we have to do their job, taking blood, labelling samples, and even cleaning gadgets from the procedures that we have done.
Oh, but the ministry loves this group. They even let them run a clinic now, instead of upgrading the clinics already run by doctors. The government feels that the MAs are very important and should never be ill-treated by those big bad doctors. One time when I was a District Hospital Medical Officer, I was conducting a delivery of a baby. An MA insisted that I remove my car which was block-parking his car. I answered through the phone that I was busy.
He came to the labor room and yelled "Semua orang pun sibuk jugak, macamlah doktor seorang yang sibuk!”
It is insulting that an MA or a staff nurse claims that they are BUSY, as busy as a doctor? As a Malaysian Doctor, I have even worked for 72 hours straight. I have experienced working until my 6 month old daughter did not recognize me at the end of the week.
Is that how busy they are? I am very sure that they are so busy, that they can only spend 2 hours at the nearby Mamak stall, or can only leave at 5:10 PM instead of 5, or can only have 1 hour of lunch.
The management staffs are worse. I have to beg and plead so that I can get my on-call claims, of RM25 per 48 hours of work. While sitting in an air-conditioned office, they will at their own leisure, process my call claims so that I will receive them by the next decade.
The state health or Hospital Director would just give another inspirational talk (of bollocks) on team effort and beauty of teamwork.
That is how Malaysian doctors are treated in the government sector: without respect, without dignity and without significance. Why?
It is because we are bound by ethics to try our best to save lives, despite how ill-treated we are. We hardly have time to complaint because we are too busy or tired, and we would rather spend the precious time resting or seeing our loved ones. The burden of trying to save lives is on our shoulders alone. No MAs or Staff nurses would shoulder it with us. They have their own bosses: the Sisters, Matrons, or Head of MAs, which job description is to ensure that the big bad doctors will not ask their underlings to do extra work.
This is how the Malaysian Ministry of Health have treated their doctors. I am very sure that in each and every doctor, there is a slowly-burning patience in serving the Malaysian people, which will eventually fade and cause them to surrender to serving a place that treats them better.
A few colleagues who graduated from UK choose to serve there:
"The pay is more, and we get the respect we deserve"
Another works in Brunei:
“Here the staff nurses respect Malaysian doctors, and they are very co-operative" (He ended up marrying one)
A few are consultants in Singapore (working with me):
"Here we are treated well, we spearhead the management, and every else do their work to the best of their capabilities".
A few even enjoys working in Indonesia:
“The work-load is horrible since there are a lot of patients, but we are well respected by every hospital personnel" (They have migrated there for nearly a decade)
I am sure that people will see doctors as power-hungry individuals who want to be the boss in the hospital. Trust me, after having graduated 6-7 years of medical school, earning a DEGREE, and subsequently MASTERS, and SUBSPECIALITY, you would expect a degree of respect and being considered important. We are trying our best to improve patient's quality of life, or making sure he lives another day. Is it too much to ask from the system that we are important?
I find that Malaysia is the only country that is making doctors' lives miserable and treated like rubbish. It was never about the pay in the first place. It is about the treatment we are getting and the false political-based promises. Do you know that the so-called circular about doctors can have the day off after working 24 hours straight released JULY 2009 is not yet implemented? Do you know that the raise of UD 41 to 44 does not involve every doctor in the government service?
We are waiting for improvement. We have waited a long time when we were working in the system. Somewhere along the line we decided to leave and wait outside the system. Until the system changes, we will continue to work overseas, in countries which are appreciative of us. Trust me, Malaysian-graduate doctors are considered highly skilful and competent in neighbouring countries, and the 15 % brain drain is more significant than you think.
We will return when the system prioritize us and gives us the quality of life we deserve.
If it stays the same, Malaysian Hospitals would end up having Staff nurses and Medical Assistants as "Doctors", and we would have to send patients to Indonesia for an appendicectomy.
Hear our voice. We hardly speak, but will usually fade away from conflict (and fly to another place).

by lakshmiregu on  Blog TheStar


Sunday, May 01, 2011

Mencari Suami, Semudah ABC?

Menjangkau alam 20-an, teman taulan di sekeliling asyik berbisik hal-hal munakahat.
Tak kiralah, lelaki atau perempuan, sama-sama tersenyum lebar menyebut hal ini. MUNAKAHAT.

Besar sungguh pengaruhnya.

Siapa baca kisah cinta Qani'ah dan Dr Muslih dalam buku Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul (mungkin juga kisah benar Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi)? Masing-masing berharap kisah cinta mereka akan menjadi se-sweet itu. Siapa cakap hati budi perlu dikenal dalam-dalam sebelum bersama menempuh alam rumahtangga?

Sapa baca Jaja & Din karya Noor Suraya dari JemariSeni? Peribadi Din cukup ideal sebagai seorang suami idaman Malaya. Siapa tak mahu? Wajah sekacak Sami Yusuf, zuhud lagi, tiap malam memperdengarkan si isteri akan cerita-cerita para andia dan para sahabat. Jaja pula, sekadar biasa-biasa. Sebiasa kita, yang mahu mencari lelaki sebaik Din. Layakkah?

Dari jendela yang lain, kami-kami terpegun akan indahnya cinta dalam drama Korea, Secret Garden (dan puluhan lainnya). Cinta (konon) tak tipikal antara Joo Won dan Gil Ra Im. Perempuan mana tak cair dengan Joo Won yang sangat protective? (dan handsome, of course)

Itu contoh-contoh yang terlintas. Kalau lelaki, saya tak tahu buku sepertimana yang diorang baca. Mungkin trilogi Aku Terima Nikahnya dari Ustaz Hasrizal atau Tentang Cinta dari Ustaz Pahrol,

Kalau perasan, saya banyak sebut genre cinta Islami. Kenapa?

CINTA DRAMA MELAYU : OK?

Kerana di umur ini saya rasakan cinta Melayu tipikal  (yang seperti dalam filem atau drama Melayu) itu sudah tidak menarik lagi. Maaf kalau saya katakan cinta seperti itu kosong, tidak bererti. Sekadar buang masa dan sia-sia, disamping mengundang dosa dan kemurkaan Allah.

Maaf sahabat-sahabat yang sedang bercinta bukan cinta anda yang saya condemn, tapi cara bercinta.(kalau cara anda tidak bermasalah tiada sebab untuk terasa)

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

(HR. Tirmidzi)

Mencari Suami, Susahkan?

Siapa yang cakap, mengenal ABC tu mudah? Adakah dengan sekali nampak, kita sudah kenal? Cuba renung dan ingat balik. Bukankah jenuh juga mak ayah nak memperkenalkan kita perkataan yang tiga itu. Itu pun kita hanya kenal sebutan. Penggunaan? Kena tunggu beberapa tahun yang lain.

Samalah juga, kalau bab pencarian suami. Bolehkah dengan hanya sekali dua cam dan jumpa? Satu dua pertemuan, bolehkan dia jadi calon sebagai seorang suami? Kalau nak membaca perlu peringkat mengenal, menghafal dan memahami, tapi cari suami? Cukupkah dengan hanya bertemu dan saling mahu? Bunyi, macam lagi senang dari ABC.

Pelik kan?

"Habis tu, macam mana nak kahwin? Kenal lama salah, kenal sekejap pun salah.."


Siapa cakap salah? Sebab itulah wujud perkataan JODOH.

jodoh temukan lelaki dan wanita dalam ikatan perkahwinan


Jodoh itu, Misteri

Aneh kan, mendengarkan cerita polan yang dah bertunang sama si polan selama 7 tahun, berpisah. Akhirnya si polan bernikah sama orang lain......

Tak pun, Si polan yang cukup anti lelaki, sampaikan satu sekolah sudah cop muka dia "KONFEM TAK KAHWIN NANTI" , datang ke majlis alumni 3 tahun lepas SPM bangga mengendong seorang bayi comel.

Misterinya jodoh, ia boleh datang sendiri tanpa diundang, dan ia boleh tidak datang-datang walau jenuh di cari.

Namun, agama tidak menjadikan jodoh ini sebagai satu barang free-free. Jodoh datang adalah dari usaha diri sendiri.

Nakkan jodoh yang baik, berusaha jadi baik. Nakkan jodoh yang soleh, solehahkan diri.
Selain itu, usaha direct dari perbuatan, seperti guna khidmat orang tengah, guna email, guna surat jertas kajang etc.
Selain itu, lagi, doa. Doa juga untuk ibu ayah, agar bila jumpa tidaklah pula keluarga tidak berkenan. (atau boleh juga suruh mak ayah doakan supaya bila jumpa yang kurang berkenan, mereka taklah rasa terkilan)
Kalau sampai ke sudah tak jumpa jodoh anda, jangan terkilan, jangan salahkan rupa anda tak semanis wardina safiyyah atau jangan sedihkan ilmu agama anda tak sedalam jurang mariana. Sesungguhnya anda di'jodoh'kan dengan hal-hal yang lain.

Percaya pada Allah, pada apa yang Dia janjikan, pada apa yang Dia tentukan.

Sebab itu, lelaki, suami, anda adalah orang terpilih. Bukan senang seorang wanita nak menyerahkan dirinya pada anda berharap anda akan take over kerja ayahnya, mendidik dirinya menjadi seorang solehah. Sama-sama nak kejar syurga bukan?
Tugas anda bukan habis takat salam tangan tok kadi saja. Lebih jauh dari itu. Sangat JAUH. Anda bakal memimpin tangan isteri anda ke syurga.
Kalau didunia tangan isteri tak berpimpin, apakan anda rasa boeh anda pimpin dia untuk akhirat?
Jangan tamakkan bidadari syurga, anda biarkan isteri anda terkapai-kapai kesorangan.

Perkahwinan dunia adalah untuk akhirat. Kalau anda tak pernah fikir pasal akhirat, tak guna anda kahwin di dunia. Tak guna untuk dunia, tak guna untuk akhirat.












Saturday, April 16, 2011

Cari Kawan, Jangan Yang Sekadar Tahu Mengangguk

Tapi cari yang juga tahu membangkang.

Satu waktu dahulu saya bertemu dengannya, seorang kenalan lelaki. Dia mahu membantu saya dalam satu perkara.

Lelaki ini, pengaruhnya dalam dunia maya, besar. Dia ramai kenalan yang hebat-hebat, dia ramai cable.
Pada masa itu, saya suarakan padanya.

"Orang yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam dunia blog, alangkah bagusnya jika mereka gunakan untuk mengajak rakan-rakan kembali ke landasan yang lurus."

"Lihatlah orang itu, (saya beri contoh), apa pun yang dia tulis, orang akan iyakan. Akan ramai yang angguk setuju.. Sama-sama meluah amarah, rasa tidak puas hati. Ada juga yang mula maki hamun, padahal mereka hanya dengar dari sebelah pihak. Semua, nak sokong kroni."Padahal, jelas di mata saya, itu adalah BIAS.

Dia terdiam, lalu ketawa kecil.

Satu ciri manusia, mahukan sokongan. Tak kiralah bila mereka betul, atau salah. Mereka akan cari kroni yang sama dengan mereka.
Satu ciri manusia, mereka mudah terpengaruh. Mereka tak kisah cerita dari sebelah sana, yang penting, mereka sokong sahabat /saudara mereka!

Lalu jadilah situasi itu, satu medan untuk saling mengutuk. Saya mengutuk, A iyakan. B sambung, C sambung maki hamun. Dan bangkitlah para sahabat maya tadi,berhabisan melontarkan amarah terhadap sesuatu yang mereka kira betul. (Persetankan kata orang lain!)

Lalu pihak yang terkena, tertekan. Sedih dan murung. Marah dan mengamuk. Lalu kawanan yang menyerang tadi, ketawa kuat-kuat.

Jalan-jalan dakwah juga adakalanya bersimpang siur.

Tahniah, anda berjaya menggunakan pengaruh anda untuk menyebarkan kebencian!

Tidak takut akan Allah kah?

******************************

 Itu dulu, tiba-tiba kenalan lelaki itu, jadi murung. Status-status di Facebooknya, seolah-olah dia begitu hampir dengan kematian. Kerapkali begitu. Saya terfikir, adakah benar dia akan dipanggil ke alam yang abadi, atau ini jalan HidayahNya?

Alhamdulillah, dia masih setia di alam fana ini, bezanya, dia kini mula menabur benih-benih kebenaran di jalan-jalan yang subur namun tandus. Dia sudah mula gunakan pengaruhnya, untuk menarik hati-hati yang lalai untuk kembali mengenali PENCIPTA.
Dia lelaki yang dipilih Allah. Beruntungkan?

Saya doakan, semoga saya juga dipilih Allah..



Monday, March 28, 2011

Kecerdasan Emosi

Pagi itu bukan pagi yang mudah. Mahu saja Amir memuntahkan kemarahannya. Isterinya, Solehah di sebelah diam tak terkata. Terus laju dia masuk ke dapur selepas mengelap sisa-sisa kopi yang tumpah di atas meja, mengutip cawan dan piring yang berserakan.

 Amir diam, dahinya berkerut. Dadanya terasa sesak, kepala terasa panas. Ringan saja tangan mahu diayunkan kepada Hasbullah, anak kecil 3 tahun yang baru saja menumpahkan kopi pada pelan bangunan yang baru disiapkan susah payah semalam. Hasbullah, sedar akan kemarahan bapanya, terkulat-kulat di hujung meja.  "Kan mama dah cakap, duduk diam-diam tadi." bisik Solehah pada Hasbullah, kesal.

budak nakal.
 Apakah kesudahan nasib Hasbullah?
 Adakah dia akan...
1. Dipukul Amir sekuat-kuatnya sebagai balasan  atas kedegilan dan kenakalannya?
2. Dipukul Amir pada tapak kaki dengan rotan, sebagai syarat, tanda mengajar yang dia sebenarnya melakukan satu kesalahan yang tidak wajar diulang lagi. 
3. Dibiarkan Amir, kerana dia masih budak tidak mengerti apa-apa pun.

 Kejadian tersebut mungkin satu hal yang kecil, tapi apa agaknya kesannya terhadap peribadi Hasbullah 20 tahun kelak?

Dari pilihan 1,
 Hasbullah mungkin jadi seorang lelaki yang dominant. Dia tidak suka dibangkang, keras kepala dan merasakan dia saja betul. Atau mungkin dia menjadi seorang yang tidak yakin diri, sentiasa malu dan tidak mampu untuk bercakap di khalayak ramai. Mungkin dia membesar, menjadi seorang anak yang gerun terhadap ayahnya, atau mungkin juga, berdendam.Mungkin.

Dari pilihan 2,
 Hasbullah membesar sebagai anak yang baik. Dia tidak perlu lagi kata mak ayah untuk melakukan sesuatu sebab dia bijak menimbangkan sendiri. Tiap keputusan, tindakan yang diambil, akan dikira pahala dan dosa. Sebagai pemimpin, dia lebih adil dan sentiasa mengambil inisiatif untu mendengar pandangan pihak yang berlainan.Mungkin.

Dari pilihan 3,
Hasbullah tidak boleh dilarang langsung. Setiap kehendak, perlu ditunaikan. Kereta, telefon bimbit, laptop semuanya hendak yang canggih-canggih sahaja.  Dia tidak tahu yang mana keperluan dan yang mana kemahuan. Kepimpinan? Dia berat sebelah, keputusan yang dibuat mesti menyebelahi kawan-kawannya. Kronism.Mungkin.

Kecerdasan Emosi; Satu Keperluan
Kenapa saya mewujudkan situasi ini? Inilah yang dipanggil Kecerdasan Emosi atau Emotional Intelligence.(EQ)

Psikologist Peter Salover menyenaraikan EQ sebagai kualiti yang membolehkan seseorang memahami perasaan orang lain, empati, dan kebolehan menguruskan emosi agar seimbang dengan hidup. Copper dan Sawaf pula mendefinisikan EQ sebagai kebolehan merasa, memahami dan menggunakan kekuatan dan ketajaman emosi dengan berkesan sebagai satu sumber tenaga, maklumat, hubungan dan pengaruh.
Sebenarnya Al-Quran telah menitik beratkan hubungan sesama manusia sejak awal lagi, jauh lebih awal sebelum EQ diistilahkan.
“Berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu” (QS. Al-Qasas: 77).

Emosi kita memberi kesan kepada sekeliling 


Berbalik pada situasi, Amir dan Hasbullah. Kegagalan Amir menguruskan EQ, bakal membuatkan Hasbullah menjadi seorang dewasa yang gagal. Bagaimana pula dengan Hasbullah? Dia bukan mangsa kegagalan ayahnya, bahkan dia sendiri mempunyai kawalan terhadap diri sendiri. Dia sendiri berupaya merubah corak hidupnya, meskipun mungkin di awal hidupnya banyak dipengaruhi oleh ajaran Amir. Bagaimana dengan kita, sedar atau tidar, perangai kita sendiri membawa pengaruh pada peribadi orang sekeliling kita. Kita kedekut, orang lain kedekut balik. Kita pemarah , orang lain lagilah marah. Sedar tak, yang orang sekeliling kita, adalah cermin kepada diri kita sendiri?

Dalam Islam, pembangunan insan  sangat dititik beratkan. Apa gunanya, kalau kita berjaya sebagai manusia, tapi tidak sebagai insan? Kalaulah dalam segerombolan kambing, hanya satu yang cantik bulunya, gemuk dan bermutu dagingnya, yang lain kurus, berkudis dan sakit, adakah kita anggap gerombolan kambing itu berkualiti? Kambing yang bermutu itu tidak akan dapat merubah apa-apa. 

Sebab itu, dalam ummah, kita perlukan "kambing-kambing yang cantik bulunya, gemuk dan berkualiti" tadi. Bagaimana hendak dapatkan ramai "kambing-kambing berkualiti" ni? Mestilah dari penjagaan yang rapi.
Add caption
 

Apa peranan "kambing-kambing berkualiti" ini dalam masyarakat? Mereka sebagai guru, sebagai pemimpin, sebagai doktor, sebagai suri rumah, sebagai tukang jual sayur sekalipun. Bayangkan, kita berada dalam kelompok yang-orang yang tinggi EQnya, bayangkan, betapa harmoninya kehidupan kita. Sesak di trafik jam, boleh berbalas senyuman dengan kereta sebelah, lambat menunggu giliran di hospital kerajaan, kita boleh ucapkan syukur diberi lebih masa untuk berzikir. 

 Memetik kata-kata Al-Razi, seorang sufi tersohor benua Asia, 

"Hendaklah engkau pelihara 3 perkara yang menjadi panduan orang mukmin iaitu, jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau susahkan dia. JIka engkau tidak suka akan dia, maka janganlah engkau mendukakan dia. Dan jika engkau tidak hendak memuji dia, maka janganlah engkau mencela dia."

Semoga kita sama-sama menerima manfaat dari pengurusan EQ yang berjaya.               




© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena