Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Tuesday, June 01, 2010

Review Buku Denyut Kasih Medik

Assalamualaikum..

Sama-sama kita doakan yang terbaik pejuang konvoi kemanusiaan yang ditahan Israel, Dan juga nasib rakyat Palestin. Semoga Allah melindungi mereka..

Kali ni nak berkongsi pendapat tentang sebuah buku hasil karya dr Farhan Hadi,
suami kepada Ustazah Fatimah Syarha, penulis novel Tautan Hati, Syabab Musafir KAsir, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul.




Buku ni habis masa menemani tok di wad Hospital Kuala NErang, kena jangkitan paru-paru. Walau dah discharge, dia tak berapa nak sihat lagi. Doakanlah.

Ok saya mula dengan review. Tapi nak warning ni, ada spoiler dalam review saya.


Yang Kontra dulu,

Saya pada mula, tak berapa gemarkan buku ni. Sebabnya simple, and very personal.
Saya rasa Dr Muslih, watak utama cerita ni, terlalu ... apa eh nak cakap?
Sangat perfect, self righteous, sentiasa dia saja yang baik, betul, orang sekeliling semuanya ada masalah, tak baik.
Dr Nazir, rakan karibnya sendiri sangat moden, tidak mengambil berat agama, memandang lekeh org beragama,
Dr Neezam jugak rakannya lemah, kalah dengan dugaan hidup.

Semuanya memberi refleks betapa idealnya peribadi Dr Muslih sebagai manusia. Dan betapa korupnya orang lain.

Itu saja? Ya itu saja. Dan ia berbaur personal bukan?
Saya juga membaca tulisan Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahroi tapi saya rasa dalam penulisan mereka tidak merendahkan yang lain.
Penulisan mereka tidak meletakkan orang yang kurang amalan, kurang fahaman agama (sebab ramai yang faham, tak mau amal) pada satu taraf.
Dan dalam novel ni, saya nampak kasta dalam agama. (yang diwujudkan oleh saya sendiri jugak, mungkin?)
Saya letih membaca pandangan Dr Muslih tentang orang lain dalam novel ni, seolah melabel orang lain.
Tapi, pada realitinya, apa yang dilabelkan tu betul. Bukan sesuka hati sesedap rasa dia aja.

Yang PRo
pulak

Setelah saya imbangi fikiran negatif saya dengan positif..
Saya rasa sebab Dr Farhan Hadi mencipta atau menggambarkan Dr Muslih sebegitu mungkin untuk lebih mudah kita bezakan baik buruk.
Personaliti Dr Muslih yang dapat dilihat dari keseluruhan novel begitu kontra dengan orang lain, untuk lebih mudah kita meneladani sifat DR Muslih.
Kalau ada 2, 3 watak yang baik atau separa baik (macam solat 24 jam di masjid tapi masih berkepit dengan kekasih) kan susah kita nak ambil kira, adakah dia wajar dicontohi atau tidak?
So Dr Muslih, tak ada persoalan itu, sebab setiap langkahnya disusun atur dan rapi, memenuhi tuntutan agama dan sangat tulus memerangi nafsu dan syaitan.

Kedua, percintaan yang sangat sweet. Yang diidamkan seluruh lelaki yang kenal isi kulit agamanya. Tak ada istilah bermanja, berkasih sebelum akad nikah.
Sangat sweet bila Qani'ah minta nak membancuh sendiri air suaminya, supaya senang nak dibacakan doa pengasih ajaran nabi.

Ketiga, peribadi Dr Muslih yang tegas, dan dia menceritakan bagaimana dia tegas, dan mengapa. Jadi tak susah-susah kita nak mencari jawapan di sebalik perbuatan Dr Muslih.
Contoh dalam situasi dia nak menegakkan isu pil perancang, dan pengalamannya di wad bersalin.

Keempat, penggunaan bahasa medik yang di tahap sederhana. Jadi tak susah untuk orang yang bukan dari bidang perubatan nak faham buku ni.
Lagipun tiap perkataan medik ada penerangan.

Kelima, ada nota-nota agama lagi. Wah ni kira bonus. Sambil layan novel, sambil topup ilmu agama kan?

Keenam, tiap chapter ada cerita sendiri. Tak meleret-leret dengan adegan yang tak perlu. Gerenti tak bosan.

Ketujuh, Dr Farhan berjaya menghighlight isu semasa berkaitan masalah perubatan dalam ibadat. So sambil baca sambil buka minda. Moga hasratnya nak jadi ketua jabatan tercapai, bolehlah dia mengubah dasar pengurusan hospital yang tak berapa nak ikut kehendak syarak.
Macam pesakit yang culas semayang atas alasan kotor, tak dapat nak berwuduk..

Satu cerita kesukaan saya dalam ni, cerita Musa dan Rubayah yang beriya-iya tak mau anak tambahan. Sanggup telan nenas nak kasi gugur, akhirnya Allah angkat semua anaknya, termasuk yang dikandung dan dua anaknya yang lain.


So apa kata akhir saya? A MUST-HAVE FOR BOOK LOVERS!






© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena