Monday, December 27, 2010

Cerita Kita dan Cerita Mereka


Ini Cerita Kita

Indonesia jails American man for blasphemy

courtesy of yahoo news.

DEC 15, Wed, PRAYA, Indonesia (AFP) – An Indonesian court on Wednesday sentenced a US retiree to five months in jail for blasphemy for pulling the plug on a mosque's loudspeaker during a prayer reading.The August 22 incident during the Muslim holy month of Ramadan resulted in retired Californian engineer Gregory Luke, 64, needing a police escort from his home on Lombok island as a mob tore it to pieces around him.

"He was found guilty of committing blasphemy, carrying out an act of violence and hampering people in Kute village from doing their religious activities," chief judge Suhartoyo told a court in Praya,  Lombok.



Gregory Luke dipenjarakan 5 bulan kerana bertindak mencabut plug pembesar suara masjid kerana bengang dengan bacaan doa/solat di bulan Ramadhan.


Kenal Marwa El-Sherbini?


Marwa El-Sherbini, dubbed the “veil martyr,” was stabbed to death in a courtroom in July 2009 in a racially motivated crime that outraged the Muslim world.

The 31-year-old was stabbed by Russian-born Alex Wiens at least 16 times with an 18-centimetre kitchen knife. She was three-months pregnant with her second child. Her three-year-old son, Mustafa, watched her bleed to death in the courtroom.


Sherbini’s husband, Egyptian geneticist Elwy Okaz, rushed to her aid but was also stabbed and then shot in the leg by a police officer who was unsure who was the attacker.

Wiens said he was acting out of revenge after El-Sherbini, who wore a headscarf, had pressed charges against him for calling her a “terrorist,” “Islamist” and “whore” during a dispute over a playground swing in August 2008. -- source

Marwa ditikam bertubi-tubi di dalam bilik perbicaraan, di hadapan suami dan anaknya sendiri yang berumur 3 tahun oleh seorang lelaki di Jerman. Sebabnya? Lelaki itu tak puas hati atas tindakan Marwa membawa tindakan lelaki itu menggelar dia pengganas, pelacur ke mahkamah. 


Ini Cerita Mereka.


courtesy google

28 Ogos 2009,  Sekumpulan penunjuk perasaan memijak kepala lembu dalam perhimpunan membantah pembinaan kuil Hindu di seksyen 21 Shah Alam. 

Selain itu, mereka juga mengusung sepanduk yang ditulis "Take Beer."

kredit gambar - minaq jinggo dari google search


Kenal Bilal Skaf? 

Seorang pemuda Lubnan yang mengetuai kumpulan yang merogol gadis-gadis di Austalia dengan alasan "kamu adalah orang australia." Dia dipenjarakan selama 55 tahun sebelum disingkatkan kepada 28 tahun maksimum. Bacaan lanjut di wikipedia sini dan sini


 

4 August,2006 -Bilal Skaf, the leader of a Lebanese gang which perpetrated racially motivated pack-rapes on Australian teenage girls in Sydney in 2000, was last week sentenced to a further term of imprisonment. Added to the the 28 years he is serving for other pack-rapes, his maximum term is 38 years.
His younger brother and accomplice Mohammed was sentenced to 15 years jail. With other sentences he will serve a maximum of 26 years.
To show their disdain for Australian culture and Australian females, gangs of Lebanese Muslims carried out violent, racist pack-rapes on young Australian girls around Sydney in 2000. Over 50 young girls were pack-raped during this rampage.


 

Cerita ni cerita lapuk, cerita lama. 

Cerita kita dan cerita mereka, isu lebih kurang sama, iaitu penindasan suatu pihak terhadap pihak yang tidak sama fahaman/pegangan dengannya.

Orang Islam kepada bukan Islam, vice versa.
Orang Arab kepada orang bukan Arab, vice versa.
Orang Melayu kepada orang bukan Melayu, vice versa.

Adakah Islam menjadikan kita istimewa, terasing hak dan hukuman dari orang bukan Islam (selain hudud)? Adakah dengan nama Islam dan Melayu menjadikan kita mulia? (sila tukarkan perkataan dalam tempat kosong kepada perkataan yang sama tara mengikut citarasa anda)


Islam agama yang datang daripada Allah amat mulia dan terpuji. Setiap umat Islam diminta memelihara Islam dan mempertahankannya daripada dicemari oleh musuh-musuh yang jahil dan kufur. Diantara tuntutan Islam bagi memelihara agama ini ialah melarang umatnya menghina agama dan kepercayaan umat lain. Ini akan mendorong mereka melakukan tindak balas yang akan merugikan umat Islam. Islam adalah agama dakwah bukannya pencetus kepada permusuhan. Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 108:


وَلاَ تَسُبُّوْا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوْا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ


Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan. 
-- oleh Ustaz Mat Esa bin Deraman diambil dari sini. sila klik untuk bacaan lanjut

Entry kali ini adalah entry KBKK. Adakah anda faham kiasan dan maksud sebenar saya?
Sebagai manusia yang cetek ilmu, saya sedia ditegur. Maaf jika ada tersalah di mana-mana. Wallahualam.

tambahan -
Setelah entry ini berada di sini seberapa ketika, ada sahabat saya kata dia tak faham akan entry ni.
Begini, cerita kita saya maksudkan, apa modal orang islam untuk menyalahkan orang bukan Islam dan cerita mereka adalah vice versa.


Wednesday, December 15, 2010

Mencari Diri Dalam Musibah

Sebagai seorang pelajar, tiap kali ke ward, saya akan cuba interview pesakit atau kami cakap clerk patient. Benda paling utama saya buat sesampainya di wad, saya akan scan muka-muka pesakit. Yang mana satu yang berpotensi tinggi untuk saya tanya.

Dan hari ini, mata saya tertancap pada seorang pakcik tua. Saya namakan dia pakcik Ahmad. Dia bangun duduk, dari baring apabila dia nampak saya. Selalu kalau begitu tandanya positif. Pesakit sudi untuk menjawab soalan yang selambak banyaknya..

Saya ke katilnya, cuba beramah mesra terlebih dahulu. Kaki kanannya bengkak, merah. 3 jari kakinya tiada, sekitar tapak kaki dia warna kehitam-hitaman. Saya lihat, ada bekas Central Venous Line di kedua belah tengkuknya. Ada pulak label "do not perform procedure at this hand." Itu tandanya tangan itu ada arteriovenous fistula(AVF). Prosedur yang dijalankan untuk orang yang ada kegagalan fungsi buah pinggang.

Saya agak, dia ada kencing manis yang teruk.

Balik pada niat menulis, saya hampiri dia. Terperasan pula, ada sisa air mata di pipinya.

"Pakcik, pakcik menangis ke?" Ish waktu ni terasa tak sensitif sungguh. Boleh pulak saya tanya soalan macam tu. Reaksi biasa, lepas ditanya, orang akan makin sebek kata orang kedah. Air matanya bertakung lagi, dia usap air matanya.

"Tak apalah pakcik. Nangis tu biasalah. Nangislah, kalau itu buatkan pakcik lega." Tabiat saya dalam memujuk orang menangis. Menangislah, saya akan galakkan lagi.

"Pakcik nak kongsi dengan saya ke?" Dia tarik nafas panjang. Agak lama sebelum dia menjawab soalan saya.


"Kat kampung pakcik, umor dah 80 tahun, masih menunggang motosikal. Prenggg sana, prenggg sini. Pakcik tak sampai 70 dah terlantar begini. Orang dialysis tu kata, pakcik ni macam dah rosak. Kalau tak cuci, kotor tak keluar, terus tak ada guna."

Saya faham, dia membandingkan diri dia dan orang lain. Betapa orang lain masih sihat, dan dia sudah terlantar dengan macam-macam sakit. Mungkin juga dia ralat dengan kata-kata yang dia dengar di tempat dialisis tadi. Keadaan wad yang bising, menyukarkan saya mendengar.

Selalunya pesakit memang akan ada sedikit tekanan, dek pengambilan ubat yang banyak, dek kesakitan, dek layanan anak isteri dan sebagainya.

Teringin saya mengingatkan dia,

 

Kesakitan ni satu anugerah, penghapus dosa pada orang-orang yang meredhainya.
Kesakitan ini satu ujian kesabaran, yang menyuburkan rasa kehambaan kita pada Allah.
Kesakitan dan musibah adalah satu peluang untuk kita refleks kembali diri kita, sejauh mana hubungan kita dengan Allah.
Musibah adalah rahmat, untuk orang-orang yang bergantung harap padaNya.


“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)
 Sewaktu Rasulullah menjenguk Salman al-Farsi yang sakit, baginda bersabda:
“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.””

Kasihan pakcik, teringat saya pada nenek di kampung yang sama juga keadaannya.

Mata yang memandang tidak terasa, bahu yang memikul dihimpit bebannya
Mas Afzal, semoga Allah menyembuhkanmu..
Dalam kita mengingatkan orang yang sakit, jangan kita lupa bahawa mereka adalah manusia biasa. Perasaan sedih, dukacita, adalah biasa. Tak pernah saya jumpa orang yang mendepani musibah lebih baik dari Mas Afzal, seorang siswazah perubatan UK yang menghidap Lymphoma, sejenis kanser. Dalam redha dia mengaku pernah tertanya, mengapa dia? Pernah juga dia merasa ralat dan sedih kenapa rawatan kansernya tidak berjaya. Namun tetap dia letakkan 100% kebergantungannya pada Allah.
Saya petik satu perenggan dari blognya,

It's ok to cry. Natural it is for a human being to feel sorrow over times of hardship. The heart doesn't have to be dead or numb. The act of crying does not necessarily denotes that one has not got the strength of patience and fortitude. Our beloved Prophet cried over the death of his son, Ibrahim, yet he is the epitome of strength in the face of trials and tribulations

Dan yang terbaru, saudara Iqbal Syarie yang dimasukkan ke ward Hospital Sungai Buloh kerana demam denggi. Baca nota 'Seinci Dari Maut' , saudara Iqbal telah siapkan note refleksi untuk kita. Saya salahkan Google Reader, sebab lambat tahu hal ini.

Ingatlah bilamasa kita mengongoi manja bila demam, bila kita senggugut, bila kita hidung tersumbat bila selesema. Kita ada merungut, ada mengadu. Samalah juga, pesakit juga perlu diberi peluang untuk mengadu. Sebagai pendamping, sebagai seorang pemerhati, sebagai seorang yang prihatin, ia peluang kita untuk saling memperingati.

Carilah masa yang sesuai. Paling kurang, peringatkanlah diri sendiri.

tambahan - setelah artikel ni ditulis, saudara mas afzal pergi menghadap Ilahi pada 18 Disember 2010. Semoga Allah menetapkan yang terbaik untuk beliau.

Sedikit nota refleksi untuk diri, dalam kesakitan, dalam ketakutan akan mati, mudah kita teringatkan dosa silam dan mengongoi kembali meminta ampunanNya, dalam masa kita gembira adakah sama?

Saturday, December 11, 2010

Kisah 2 Penjual Amal

"Akak, belilah satu Yaasin. Satu seringgit ja." Seorang gadis muda, bertudung ikat di dagu, senget sebelah. Dalam 18-19 tahun mungkin. Atau lebih,

Saya sewaktu itu, baru melabuhkan punggung dalam bas, mendongak. Saya lihat di tangannya ada buku Yaasin yang dicetak atas plastik. (teringat saya dulu, belajar guna muqaddam helai plastik inilah)

"Belilah akak. Sedekah. Satu seringgit aja." Saya lihat mukanya. Serius, saya rasa dia kurang 'center'. Terasa dia si gadis lembam yang diperguna untuk minta sedekah dengan cara jual buku agama.Matanya meliar kiri dan kanan, saya ingat dia betul ada 'kurang'.

"Bagi saya satu." Tetiba saya teringat disebabkan ia cantik dan tidak mahal, apa kata saya beli banyak sikit. Boleh buat hadiah, atau letak di surau.

"Nak lagi empatlah. Nak lima. "  Kemudian dia mencongak sebentar. Saya hulurkan dia lima ringgit. Dia merenung saya.

"Mana lagi 4?" Saya bertanya. Dia merenung saya lagi.

"Satu lima ringgit."Kemudian dia minta saya bayar RM25 ringgit.

Aik, tadi satu seringgit. Bila saya nak 5, jadinya satu 5 ringgit pulak. Saya hairan.

"Tadi kata 1 seringgit. Sekarang 5 ringgit?" Saya bertanya keras. Dia angguk-angguk. Saya geleng, tak apalah, satu sahaja. Dia terus tercegat depan saya. Tangannya disua-sua meminta RM20 lagi. Saya kata, "tak mahu." Dia terus tengok saya dengan wajah kesian, Saya geleng-geleng.

Saya ikhlaskan hati, walau geram. Manusia, sebaik manapun dia, ada satu waktu syaitan akan menghasut dengan rasa tamak. Saya kira begitulah dia.

*******

Di hari yang lain, saya bersama rakan, duduk makan di sebuah cafe, disapa oleh dua gadis Cina berbaju uniform sukan tipikal sekolah Cina.

"Cik beli ini tali gantung telefon, sambil derma pada rumah orang kurang upaya." Saya lihat barangnya. Cantik, Handmade phonestrap yang diperbuat dari benang dan kayu yang diukir dalam bentuk hati, rama-rama.

"Satu empat ringgit saja." Katanya sambil tesenyum. Saya belek-belek. Angin saya baik hari tu. Saya nak ambil satu,. Tapi confius mana lagi cantik, rama-rama atau bentuk hati. Saya mengomel-ngomel di situ. Sambil mulut becok minta pendapat mana yang cantik. Mereka tersenyum.

"Ok nak yang inilah." saya ambil yang bentuk rama-rama, bentuk kegemaran saya. (walau hakikatnya saya geli rama-rama sebab ia asal dari ulat)

Tak semena-mena. "Nak akak, amiklah dua." Dihulurnya, bentuk hati yang saya belek tadi. Saya terkejut.

"Eh?" Gadis Cina itu tersenyum. Sambil tangannya nak menulis resit. Lekas saya kata tak payah.

Saya kira, benar mereka menolong jual untuk amal. Bukan untuk amal poket sendiri. Masakan nak bagi free-free begitu aja.

Pengajarannya, apa ya? Sila letak di ruang komen. Saya pun konpius, apa pengajaran dua cerita yang sama tema, tapi lain skrip ini? ^_^

Tuesday, November 30, 2010

Alahai, Perigi Cari Timba?

Gadis itu menundukkan pandangannya setiap kali dia bersua muka dengan lelaki itu. Tiap kali berselisih di library, dia jadi malu, seram sejuk. Ada tatkala dia melamun, hai alangkah indahnya dikurniakan suami sesoleh si jejaka itu. Dia mengkagumi jejaka itu atas akhlak dan peribadinya, terasa jauh sekali dia duduk terletak jika nak dibandingkan dengan jejaka itu. Perawakannya, bersih rupanya, ketegasan dirinya dalam menyampaikan ilmu dan nasihat betul-betul menarik hatinya.


Sungguh, gadis itu malu. Malu pada dirinya sendiri yang sudah gagal memelihara diri.
Hati yang selama ini dipagar rapi, tumpas di curi jejaka soleh itu..


Ok, dah baca cerita skema kat atas tu? Apa yang si wanita yang dah jatuh hati pada si jejaka soleh ni boleh buat?
1. Pendamkan isi hati, Berdoa agar Allah jodohkan mereka.

2. Luahkan isi hati, dan mintak jejaka soleh itu jadi suaminya.

mencari destinasi cinta sendiri.

Boleh ke, Gadis Lamar Jejaka?

Pada saya, seseorang tu berhak ke atas kebahagiaan dia sendiri. (dengan izin Allah)
If she is daring enough, to choose a man of her won that she thinks will be the best,why not?
Pilihan selalunya terletak di tangan lelaki, Tapi adakah itu bermaksud dalam hal jodoh dan rumahtangga, wanita adalah bisu dan pekak?

Anas r.a. berkata di sisi anak perempuannya :
Ertinya :
"Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda). Berkatalah wanita itu :  "Adakah dikau punyai hajat kepadaku?" Maka anak perempuan Anas menyampuk : "Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya." Maka Anas menjawab : "Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW." ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Kalau kena cara dan adatnya. InsyaAllah tak jadi masalah.

Perkahwinan bukan satu yang main-main.
Ada wanita yang tak mahu terbabit dengan komitmen dengan tujuan menjaga diri, bayangkan bagaimana mereka mahu memilih jodoh mereka? Kalau memang mereka ada yang sudah berkenan, sudah cup awal-awal, tak apa. Tapi yang tak ada? Patut menunggu siapa-siapa yang sudi sahajakah? Tak adakah hak untuk mereka ni, untuk memilih teman hidup sendiri?

saya tak menolak, atau menidakkan yang kita perlu berserah dan percaya pada janji Allah. Tapi dalam konteks perigi cari timba, seumpama pesakit cari ubat, (eh sesuai tak?)

Wanita juga berhak memilih, yang dirasakan terbaik. Kalaupun bukan jodohnya dengan siapa yang dia sukai, sekurang-kurang dia mencuba, dan dia tak akan menoleh kebelakang lagi kan?


Tunggu dengan sabar
'
Suka saya baca, cerita cinta Saidina Ali dan puteri nabi, Fatimah.

Fatimah dalam diam, mengkagumi Ali (kata orang admire). Dan cintanya pula tak bertepuk sebelah tangan.
Cumanya si Ali belum cukup kemampuannya pada saat itu. Dia pun kerja keras untuk duit mahar.
Dalam dia mencari tu, tak dibagitaunya Rasulullah akan niatnya. Dia berserah pada Allah.
Bayangkan perasaan Ali, bila Fatimah berkali-kali disunting lelaki yang jauh lebih berkaliber dan jauh lebih berpengalaman darinya.
Namunkan, bak kata orang, jodoh tak ke mana, Saidina Ali dan Saidatina Fatimah last-last kahwin jugak..


Pengajaran cerita tu, agaknya, suruh kita berusaha dan bersabar. Tunggu dan mengharap padaNya..

So mana satu agaknya anda?
Berani tak nak melamar jejaka soleh pilihan hati seperti Khadijah isteri Rasulullah?
Atau nak menunggu sepertimana Fatimah?

Monday, November 22, 2010

Lagu-lagu yang awak dengar ni, ok ke?

"Lagu-lagu yang awak dengar ni ok ka, nadzirah?" Tanya ustazah.

Sewaktu tu, saya terkantoi bawak walkman ke bilik prep. Ustazah dah macam nak ambil walkman saya.
Saya masa tu, memang adatla tak reti menipu sangat, terus jawab

"Tak ok sangat ustazah.."

Lagipun muka ustazah, bukannya macam nak label saya ni spesis apa, mukanya lebih kepada concern.
Wajah seorang ibu yang bimbangkan gaya hidup anaknya.
terus saya jatuh kasih. terasa hati lembut.

"Apa yang tak oknya?"

Terus saya bercerita, "adalah sikit-sikit carut, perkataan tak elok.."

"Hurm lagu-lagu ni tak elok dengar Nadzirah. Kadang-kadang ini yang buatkan ilmu tak mahu masuk lam dada kita. Hati kita makin berkarat, susah nak terima nasihat...." Saya angguk.
Wajah ustazah waktu itu, penuh kasih.
Sumpah, dia tidak tipikal guru-guru yang memandang anak murid sebagai spoiled/nakal/lurang ajar/tak ada adab etc.
Mukanya, saya ulang, muka ibu yang penuh kasih...

Nak tahu lagu-lagu apa saya dengar waktu tu? Lagu yang saya 'zikir'kan saban waktu?



Hi kids! Do you like violence? (Yeah yeah yeah!)
Wanna see me stick Nine Inch Nails through each one of my eyelids? (Uh-huh!)
Wanna copy me and do exactly like I did? (Yeah yeah!)
Try 'cid and get fucked up worse that my life is? (Huh?)
My brain's dead weight, I'm trying to get my head straight
But I can't figure out which Spice Girl I want to impregnate (Ummmm..)
And Dr. Dre said, "Slim Shady you a basehead!"
Uh-uhhh! "So why's your face red? Man you wasted!"
Well since age twelve, I've felt like I'm someone else
Cause I hung my original self from the top bunk with a belt
Got pissed off and ripped Pamela Lee's tits off
And smacked her so hard I knocked her clothes backwards like Kris Kross
I smoke a fat pound of grass and fall on my ass
Faster than a fat bitch who sat down too fast
C'mere slut! (Shady, wait a minute, that's my girl dog!)
I don't give a fuck, God sent me to piss the world off!

 


Haha, itu dulu, saya waktu tu, tak faham.. internet bukan maju cam skang nak goole ini maksud apa, itu maksud apa..saya tak kisah sangat pun apa lirik dia. Masih noob. Saya dengarkan aja.
Ikut pun part belakang-belakang.. *senyum sendiri*

Sekarang, terima kasih kepada ustazah, saya lebih berhati-hati  dalam memilih lagu.
Lagu English saya masih layankan aja. Tapi biarlah senonoh liriknya..
Takut hati ikut sama karat sepertimana karatnya bahasa lagu.
Sudahlah karat hati susah dibersihkan, ni nak tambah dengan hal-hal kecik macam lagu pula.

Pengaruh lagu kepada hati dan kehidupan 


Saya tak reti nak mengupas isu ni dari segi agama, tapi secara logik akal, saya mampu terangkan.

Saya dapat simpulkan, hati yang terbiasa, akan terus rasa biasa, bahkan mudah lalai dan leka.
Bayangkan kalau carutan lagu menjadi satu kebiasaan, dan lambat laun, ia akan masuk bercampur dalam kosa kata kamus hidup kita.
Satu masa, secara spontan kita akan pandai menggunakan 'bahasa-bahasa' yang jauh bertentang dari peribadi diri kita sepertimana yang dituntut, sewajarnya.
So waktu itu, kita nak salahkan siapa?
Mujurlah waktu merubah manusia. Mungkin satu masa, di umur lanjut kelak taste tidak lagi sama,
tapi adakah dosa dan karat hati akan ikut sama terpadam?
Wallahualam.. Biar teman-teman yang lebih arif, cerita pasal ni.

Menyentuh kepada lirik baik dan lirik tidak baik ini, saya kongsikan lagi, betapa prejudisnya saya dengan
'orang alim dengar nasyid'.

Asal alim,/konon alim, dengar nasyid. (ulang3x sambil sengetkan mulut. :P)

Sampai satu masa, saya bereksperimen sendiri.
Dapat saya simpulkan, dengan mendengar lagu-lagu berbentuk ketuhanan,
sememangnya membawa kita lebih banyak memikirkan tentang Tuhan
(dengan syarat anda dengar dan anda fikir dan anda hayati)

nak tau, berapa kali entah air mata tumpah, dek penangan lagu-lagu nasyid ni.
Antara lagu yang terawal, yang terbabit dalam eksperimen. Lagu ni.
Dipasangkan waktu masa senggang antara lecture di zaman tahun teori dulu, beserta dengan video sekali.




masih seperti dulu, saya masih layan lagu-lagu kegemaran..
Masih juga sedikit anti lagu tipikal nasyid, senang memilih lagu yang berkonsep ketuhanan, tanpa elemen ketara tipikal nasyid.(Read : Ungu, Opick, Maher Zain, Edcoustic)
Nasyid yang saya layan? Yang old school ja.
(Terima kasihlah roomate-roomate yang suka sangat pasang nasyid, haha)

kesimpulannya,
1. Lagu itu satu bentuk hiburan, tapi janganlah ia merugikan.
2. Nasihat yang baik, disampaikan dengan cara yang baik, sentiasa terkesan di hati.

Tuesday, October 26, 2010

Itu Mak Ayah Kamu.

Seorang pak cik tua umurnya 74 tahun, bertongkat, masuk ke klinik dipimpin isterinya.
Juga seorang tua, 60-70 tahun juga lagaknya.
Di pinggang isteri, terikat 1 beg kecik, beg apek cina di pasar malam.
Di dalamnya tersimpan buku nota-nota sakit si suami.

ehsan google

Mukanya si suami, berkerut, entah dek kerana kerisauan, atau kena umurnya yang senja.
"Dia tak dengar doktor. Cakap dengan saya." Si isteri berkata. Mukanya juga terserlah kerisauan.
"Dia sakit perut.. Sudah dua bulan. Beraknya susah. Sekali makan ubat, sekali berak. Ada masa sakit.. Tak boleh tidur." Si isteri bercerita.

Teringat saya pada atuk dan nenek di kampung, Umurnya sebaya mereka mungkin. Bila nenek sakit, muka atuk tak senang duduk. Bila atuk sakit, nenek pula panas punggung. Terasa sejuk hati, melihatkan 'cinta' mereka.

Setelah seberapa ketika, si isteri keluar. Nak panggil anaknya. Mungkin rasanya lebih mudah jika doktor soal jawab dengan si anak.
Si anak pun masuk. Lagak selamba, kaca mata hitam di kepala, berseluar pendek, segak santai gayanya.
Muda. Mungkin belum pun cecah 30-an.

Dan si anak pun melabuhkan punggung di kerusi. Menyilangkan kaki. Dengan mata masih menghadap surat khabar,
Mukanya merah, entah kerana sakit kepala, atau protes tindakan ibunya menyuruh di ikut sama masuk.
Sesekali di pegangnya ubun-ubun, seolah-olah dia tak mahu berada disitu. Dengan muka masam berkerut.

Si ibu? Dibiarkan berdiri disebelahnya.
Selama lebih kurang 30 minit, dibiarkan ibu yang tua, berdiri sedangkan dia yang sihat, duduk santai.
Langsung tak ambil peduli akan apa yang terjadi.

Bila si pakcik tua hendak ke tandas.
Dia masih di kerusi. Lekat disitu.Tidak endah.
Namun mukanya tunduk, memperlihatkan yang dia tahu, tapi tidak mahu.
Langsung dia tidak endah akan bapak yang sakit,
jalan bertongkat, berpimpin.
Masih si ibu juga yang pergi menemani.

Aduhai pemuda?
Siapa kamu?

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah". (Al-Ahqaaf ayat 15)

"Bila masa nak buat scan tu?" Katanya keras, sambil buat muka 'saya sibuk sangat'.
"Kalau tak buat scan, dengan scope tu, tak boleh nak buat diagnosis ke?"

Halo abang, ini hospital kerajaan. Berapa sen sangatlah kerajaan nak ambil, dari segala scan-scan itu?
Selalunya anak mahukan terbaik untuk ibu dan ayah. ini macam terbalik.

Bukan saya untuk menilai apa yang terisrat dan tersurat, hanyalah Allah yang layak. Wallahualam.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Israa' ayat 23-24 tafsirnya :

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun. Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana balas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik semasa kecil".

Monday, October 04, 2010

Tips Dalam Memberi Nasihat (Dakwah)

1. Gunakan Layman Term


Seringkali saya terjumpa, sahabat-sahabat yang cuba berdakwah  menggunakan perkataan yang bombastik.
Perkataan bombastik di sini saya rujuk kepada kepada istilah-istilah arab yang kadangkala terlalu mendalam.
Jarang juga mereka menerangkan tentang maksud-maksud perkataan yang mereka gunakan. Contoh dari laman seorang kenalan.

hadith adalah kalimah sifat musyabbahah bg fiil 'ha da tha'.hadith dr segi bhs:percakapan.dr segi istilah usuliyyin&muhaddith:same spt istilah muhaddith utk takrif sunnah.

Untuk orang biasa macam saya, tak berlatarbelakangkan pendidikan agama, tak begitu mencuba mendalami agama dengan sebegini mendalam, tak belajar ilmu-ilmu cabang Islam lainnya.. Sukar bukan untuk faham?
Saya dapat ide ini, sewaktu berkali-kali doktor di wad menekankan betapa pentingnya untuk seseorang medical personnel itu, untuk tidak menggunakan medical terms sewaktu bertemu pesakit. Alasannya mudah. TAKUT PESAKIT TAK FAHAM. itu pesakit fizikal.

Samalah jugak pesakit 'rohani', bukan?



Untuk yang terasa, dan sedikit denial. Mereka akan kata
"Kenapa tak usaha untuk cari sendiri maksudnya? Dalam nak kenal agama, kenalah usaha. Sebaliknya cari alasan, salahkan orang pulak?"

ok, i admit,boleh ja bukak google, cari. Tapi kalau saya tak mahu? rugikan saya?
 bukankah anda sudah FAIL sebagai pendakwah?
sekarang ni saya tanya kembali. Anda nak berdakwah kerana apa? (Lillahi Taa'la of course)
Anda berdakwah untuk memenuhi tuntutan, atau anda benar-benar mahu orang faham?
Ada baiknya, anda prihatin kepada orang yang yang cuba sampaikan ilmu, berbanding memikirkan orang itu perlu adapt dengan cara anda. Ingat, anda berdakwah, bukan mengajar. Berdakwah kepada orang-orang yang mungkin tidak mahu, sedangkan guru, mengajar kepada yang mahu. Lain, berdakwah pada sekumpulan wanita melepaj di tangga shopping kompleks, dengan berdakwah kepada sekumpulan muslimat yang datang ke masjid untuk dengar tazkirah.

Ada sesetengah perkara, memang tak dapat elak guna term spesifik. Samalah juga dalam bidang perubatan. Apa yang boleh anda buat, anda terjemahkan dalam ayat yang ringkas. Agar dia faham, dia percaya, dan terasa anda tidak memperbodohkan dia.

2. Bijak Menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis dan sepertinya

Selalunya manusia biasa, yang biasa buat salah macam dah biasa ni, dirinya denial, dan agak resistant terhadap orang yang cuba beri nasihat.
Tak percaya, pergi terjah pasangan yang bercinta di tepi tasik. Bacakan ayat-ayat yang menerangkan azab zina.
Lihatlah reaksinya. Menangis tersedu-sedu kerana insaf? Terima dengan hati terbuka? senyum, masam muka, perli?
 Kalau mereka terasa,alhamdulillah. Kalau tidak?

So, kalau anda gunakan ayat-ayat al-Quran, hadis dan sebagainya (termasuk juga perkataan bombastik) terlalu cepat, mereka akan terus pandang anda sebagai 'perasan bagus'.
kadangkala, disebabkan style anda (hati anda tak berniat nak menunjuk-nunjuk), mereka akan label anda perasan bagus,  
'ingat dah konfem masuk syurga?' etc. dan keluarlah hujah-hujah daif seperti
"ingat pakai tudung labuh baik sangat? Ingat pakai kopiah, berjambang, habis sucila hati tu?" 

Kalau dia kenal anda secara personal, mulalah yang buruk-buruk keluar. (manusia tak sempurna)
 Jadi analisa, keadaan, Gunakan pendekatan selembut yang boleh.
Lembut bukanlah bermaksud perlahankan suara, tapi kesannya biar terasa di hati.
Jangan kita sembur dan sergah, manusia ada ego (tambah pulak syaitan menyimbahkan minyak,
mulalah orang nak prasangka bukan-bukan)
Terangkan secara layman term dulu, bila dia dah mula terima, kuatkan hujah dengan ayat-ayat Allah.
Dan dia tak kan mudah menolak apa yang dia persetujui pada awalnya.


Saya bercakap dari segi layman juga. Saya rasa ada kursus-kursus mengenai sifat-sifat dan cara berdakwah yang berkesan. Ini cuma pandangan ikhlas saya.

Bagi saya, dakwah perlu dengan empati. Kalau diri kita baik, cintakan Allah, ingatlah, bukan semuanya begitu.
Tak semua antara kita-kita ni hatinya melekat pada Allah. Ada yang ada kisah silam yang gelap, menyalah Allah atas ketentuan hidupnya yang malang, ada juga yang memang ignorance, rasa Islam tak fun.
Tapi tujuan dakwah satu, menyeru orang kembali ke jalanNya. Kembali mengamalkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Kegagalan umat untuk jadi 'sihat', patut ditangisi golongan yang celik.

Seumpama doktor yang merawat pesakit, tak akan dia tak kisah pesakitnya sembuh atau tidak? 
Dia akan cuba sehabis boleh, kaji setiap aspek, dan akhirnya terletak pada keputusanNya..

Realiti, tak semua orang berfikir menimbalkan pahala dan dosa. Ramai yang suka hati saja dalam buat keputusan.
Sesetengah beratkan sesuatu, ringankan sesuatu. Cth- Tak pa aku tinggal solat, bukan bunuh orang pun..
Sesetengah bila bercakap soal hukum, terus ditempelak.

Saya rasa, dalam berdakwah, anda kena apply sedikit ilmu psikologi dan praktikkan empati.
Apa maksud, sila google. >_<

 

Tuesday, September 28, 2010

What I Learn Back Then, In Ramadhan

For sharing, and for reminder.

gambar hiasan. Tankuban Perahu, Indonesia

1. Judging people, dont overdo it.
I have a habit of judging people, according to their acts and words.
Im very paticular about what words he/she uses, the gesture, the tone, and i compared when he/she use it to others.
Even sometimes, i will ask them, and clarify their own sentence to my own interpretation.
No offence people, i dont question you.
Just to make sure i dont interpret thing in a wrong way.
 I come across a conversation with my love diela dahlim, and she shared with me how annoying people can be by just talking.
And that helps! Thanks dear, You know how to 'tame' to me well, as always.

I learn that, keeping the comments to ourselves rather that telling them to others, preserve us from being annoying, and at the same time, keeping us away from sins.
(remember? MUSLIMS SHOULD NOT JUDGE OTHERS, and think about other people nicely)
Bad habits of judging and commenting others, wether you mean to do harm or not, might give people wrong impression.



I always prefer to believe the best of everybody, it saves so much trouble.  ~Rudyard Kipling



2. Never explain yourself, those who like you wont need it, those who hate you ignore it.
Woa i like that sentence, taken from a blog i like. Explains me a lot.
Sometime we tend to explain ourselves, as we afraid of giving people wrong impression.
Now that i learn this, i come to a conclusion, no matter how you explain, your act will be the one who speaks for you.
They wont believe, wont care no matter how much you tries if they choose not to.
So, keep the explanation yourself.
(or write it in your blog, they cant argue then.
In the mean time, let people discover YOU.
Dont let your habit grows into an obsession. Then you are at second point, at the art of annoying people.


3. Be nice, be helpful, be humble
Be nice. The greatest gift can be given at 0 cent, that is kindness. The outcome? Priceless.

Today, give a stranger one of your smiles.  It might be the only sunshine he sees all day.
~Quoted in P.S. I Love You, compiled by H. Jackson Brown, Jr.
 Be helpful. Dont count your deeds, count the rewards that Allah promises us so.
I asked a friend once, how to get rid of the feeling of being used when people asks for help?
He told me to, believe in myself, that people who seeks for you are in trouble and they have their trust on you.
What i can do, maybe she/he cant do. Islam teaches us, never turn down a request just by feeling of not wanting to help, but to offer the best help we can give.

It is the greatest of all mistakes to do nothing because you can only do little - do what you can. 
~Sydney Smith

Be humble. We are nothing but Allah's servant. What we have today, will never be permanent.
How can we be so proud, so satisfied as we never know which heaven or hell, is destined for us?

Astaghrifullahala'zim.. La Haula Wala Quwwata Illa Billah..

Wednesday, September 22, 2010

Kenapa Terasa?

 time ramadan ada tazkirah student luar yang cakap pasal aurat..pendapat saya cam x kena je..hentam org je keje, ape perasaan kalau ada perempuan freehair datang solat terawih? kalau diorg terase and jadi asbab diorg x solat terawih?
cam x proper je datang tempat orang nak hentam orang..pendapat??

ni pendapat nadz, saya gunakan sedikit perbandingan.

camni.. siapa makan cili, dia terasa pedas.

katakanlah dalam satu khutbah jumaat yg berlangsung di masjid ibu kota kuala lumpur, khatib ceritakan tentang topik anak derhaka, tak balik kg, lupakan mak ayah, agak2 siapa yg terasa? ramai tak?

tak pun, majlis kecil di sebuah desa, ceramah dengan seorang ustaz yang menceritakan tentang azab orang mengumpat, mesti ramai makcik2,pakcik2, kakak2, abang2 yg terasa??

takpun di sebuah institusi pengajian tinggi awam, ada persatuan gama sedang mengedarkan pamplet anti-zina kepada couple2 yang makan angin di waktu petang, siapa agaknya terasa??

pada saya, siapa yg berbuat salah, pasti akan terasa. walaupun pada asalnya ceramah/majlis ilmu berbentuk umum.. tapi kerana kita bersalah, berdosa, kita terasa. tak payah tunggu majlis ilmu, kawan2 bersembang, baca buku teks agama, dgr iklan pun akan terasa.. Apa yg patut, kita tangisi salah tu dan bertaubat. Mungkin tu teguran indirect dari Allah? Jalan hidayah-Nya?

kalau kita terasa, dan boikot terus alangkah ruginya kita menolak benda yg sebenarnya baik bagi diri kita. terasa memang terasa, bukan org freehair je terasa, org bertudung litup pun terasa juga, tapi akan hal lain. contoh macam tulah, mengumpat, cepat marah, couple, buruk sangka dll.

tak boleh nak elak, buatkan org terasa dalam soal kongsi ilmu agama dan dakwah ni. sebab tujuannya dibuat nak amar maaruf nahi munkar.. jom kita jadi jalan agar lain kali perasaan kita tidak dilukai lagi..

p/s-boleh solat terawih di rumah sorang2 ^_^



p/s- selaluu sangat 'terasa'. kalau tiap kali 'terasa' diibaratkan terkena batang hidung, remuk sudah batang hidung ni.. 
terasa tu tanda Allah sayang. ^_^

Tuesday, September 21, 2010

Cabaran Kepimpinan #2



Cabaran 1 : Menjadi Pemimpin

Bahagian paling susah, dalam pakej ‘Aku Seorang Pemimpin’ adalah menjadi pemimpin itu sendiri.
Sama ada datang secara semulajadi atau dipupuk, keperibadian adalah satu elemen yang penting dalam mendefinisikan pemimpin yang berkualiti. Apa perlu ada pada seorang pemimpin yang berkualiti?  Jom kita semak  4 sifat-sifat pemimpin yang berkualiti .
·          
TT  Terik sama berpanas, hujan sama berendam
Ketua yang sanggup bersusah payah dengan anak buah, pasti akan jadi ketua yang disayangi. Seorang ketua harus sudi mendengar masalah, sedia berkongsi buah fikiran dan tidak memandang keluh kesah anak buah sebagai remeh temeh atau alasan.  Nabi Muhammad, pemimpin agung yang kita sanjungi, tak pernah culas dari turun padang untuk sama-sama bergotong-royong dengan anak buahnya. Contohnya dalam pembinaan masjid Quba’. 

·         Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Bila menguruskan satu organisasi atau kumpulan, sedikit sebanyak mesti ada masalah. Contohnya, kalau uruskan majlis. Nak puaskan hati semua orang memang susah. Ketua harus bijak menguruskan anak buah. Selesaikan masalah secara baik, jangan melatah atau meradang. Jika ada masalah, adakan perbincangan. Galakkan anak buah berkongsi pandangan mereka, dan cari jalan penyelesaian bersama. Risiko sentiasa ada, gunakan kreativiti anda! Musyawarah, sepertimana yang nabi anjurkan.

·         Berani pada tempatnya, Takut dengan dosa
Ketua mesti berani.  Kalau di sekolah dulu, cikgu akan tanya, “siapa yang berani nak jadi ketua?”.
Berani dari segi apa? Berani tanggung risiko, berani menyuarakan pendapat, berani berhadapan dengan masalah, berani bertanggungjawab, berani menanggung amanah yang diberi.

        Tak  bias
Tidak dinafikan, manusia memiliki kecenderungan. Sebagai seorang ketua, kita harus sedaya upaya buang atau lindungi sifat bias dari mempengaruhi kita. Ketua haruslah adil dan saksama. Ketua berupaya menyerlahkan bakat dan potensi anak buahnya jika dia bijak memberi peluang dan dorongan. Bila setiap ahli dapat peluang, maka tidak timbullah isu anak emas atau pilih kasih.


 notahati -kerisauan saya, sudah surut selepas perbincangan. Alhamdulillah....

Entri ini adalah sambungan kepada entri CabaranMenjadi Pemimpin

Sunday, September 19, 2010

Sehari Di Hatyai

Assalamualaikum....
Jumaat haritu, kami sekeluarga pergi ke Hatyai, Thailand.
Saja berjalan-jalan, memandangkan cuti yang dah nak habis.


Perjalanan bermula dari rumah ke sempadan baru, Durian Burung yang ambil masa 20 minit ja.
Sempadan baru bukak, sangat tak ada orang. Hee
Tengok pekerja relaks aja. Berbeza sewaktu keluar, di Bukit Kayu Hitam yang sesak.




lengang... tak ada orang pun..
sempadan sebelah Thailand, tak siap sepenuhnya lagi..
Menaiki tut tut, kenderaan awam yang popular di Thailand
rupa tut tut
atas tut tut nampak lebai rock. hee
syurga beli belah. satu baju T rata-rata dalam lingkungan 150 bath ke atas (dalam rm 15)
Tawar- menawar. Tak susah sebab ramai orang Pattani, tahu cakap Melayu. (abah tau cakap Siam)



Hatyai ni lebih kurang macam pekan kita juga. Ramai orang Pattani yang bertudung, tahu cakap Melayu.
Makanan halal di mana-mana pun ada.
Cuma satu aja, signboard kat sini kebanyakan tak ada tulisan Roman.
So sangat susah nak cari sesuatu tempat, digalakkan bertanya atau bawak yang tahu membaca/cakap bahasa Siam.
Sebab kami sekeluarga memang anak watan Kedah, tak perlu buat passport.
Buat border pass saja.

Di bandar Hatyai, semua ada.
Ada yang baik, ada yang buruk.
Yang buruknya, ada banyak kelab malam, rumah urut, show girl dapat dengan harga yang tak mahal..
Kedai gunting rambut, ada segala macam servis, dari potong rambut, cuci, urut, potong kuku, cukur misai, cuci telinga..
itulah, ramai orang Malaysia ke situ atas tujuan tak elok ni..

Sebenarnya kalau kita ke mana-mana pun bumi Allah ni,
kalau niat kita telus, nak mencari dan melihat keAgunganNya,
banyak benda baik boleh kita dapat dari sesuatu tempat tu.
terpulang pada kita nak gunakan kesempatan yang ada, bagaimana?

p/s- teringin nak melawat saudara jauh di Tok Jong, Pattani, Tapi kami khuatir keadaan tak selamat. Semoga mereka dilindungi Allah hendaknya..

Thursday, September 16, 2010

The Family

the family

the anak and mak bapak 


the cucu and cicit
reminder for me, i need to take more nostalgic pictures, so the future generation will have the chance to see their ancestors. Better start with tok wan's house. ^_^

Cabaran Menjadi Pemimpin

Bukan mudah menjadi pemimpin. Yang manis ditelan mudah. Yang pahit, tawar dan pedas? Perlu ditelan juga. Tak perlu dilantik atau menang pilihanraya untuk jadi pemimpin.

“Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab kepada orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertanggungjawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak pula bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan, bertanggungjawab kepada majikannya, setiap kamu adalah pemimpin, dan bertanggungjawab kepada apa yang dipimpinnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Cabaran 1. Menjadi ‘Pemimpin’

Bahagian paling susah dalam bab kepimpinan ialah, menjadi pemimpin itu sendiri. Bila kita sudi menjadi pemimpin, maka kita sudi menerima tanggungjawab, dan di atas tanggungjawab itu kita akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.
Pemimpin perlu punya ciri-ciri pemimpin. Kalau tidak, contohnya seperti di bawah.

"Engkau rasa si Ahmad tu macam mana? Bukan main aku tengok dia bersyarah pasal cara nak menjaga anak. Anak dia bukankah mat rempit tersohor di daerah SunggangTawa ini?"

Isu paling glamour. Apakah rasanya bila dilabel ketam mengajar anak berjalan? Diingatkan tak semua berjalan menurut kehendak dan perancangan kita, sekeras mana kita mencuba, ketentuan tetap kepunyaan Allah. Jangan kita mudah menuding jari, bukan mudah menambat ular dengan benang. Tambahan manusia, sering berubah, dipengaruhi zaman, nafsu dan syaitan.

"Macam mana si Boestaman ni uruskan anak buahnya? Culang calik kerjanya aku tengok. Langsung tak teratur?"

Kadangkala kita dah cuba segalanya, kita tentukan tugas, kita cadangkan flow, tapi atas sebab tertentu masih tak lancar. Kemudian, kerja kita dikritik orang. Apakah rasanya? Jadi, pemimpin tak boleh cepat melatah. Satu 'kegagalan' dikaji selidik dan dicari jalan penyelesaiannya. 

"Menyampah aku nak dengar cakap si Leha tu. Berlagak sangat. Tahu tak dia tu sama level ja dengan kita, baru ada pangkat ketua...."

Masalah anak buah 'kurang' taat? Tambahan pula bekerja dengan rakan sendiri. Mengarah terasa salah, memujuk terasa alah. Mesti ada cacat cela di mana-mana. Gaya bahasa kita? Terlalu mengarah? Terlalu menggesa?  Kadang-kadang tak perlu ada sebab, mungkin personaliti orang yang suka mencari khilaf, apa kita nak buat? Konfrontasi? Apa matlamatnya?

Definisi Pemimpin

Pemimpin yang baik itu, 
rendah pada hatinya, 
tapi tidaklah rendah sampaikan suaranya tidak didengar, 
perlu lantang berkata-kata, 
tapi tidaklah sampai membingitkan telinga, 
budinya halus, 
kerjanya telus, 
satu dia minta, 
sepuluh dia usaha. 
Dia tidak meminta penghormatan, 
tapi dia memilikinya, 
dia tidak jemu mendengar, 
tidak tuli selepasnya. 
ilmunya membukit, 
egonya cangkat, 
bila disuluh hatinya jernih dasarnya, 
bila disuluh keazamannya gelap pekat tak tembus cahaya. 

Dia cintakan apa yang dipimpinnya, 
dia sedar apa di awal dan di hujungnya,
dia sedar akan risiko dan tidak tunduk padanya, 
tidak dia melatah bila disergah, 
tidak pula berdiam bila diagah
Dia takutkan PenciptaNya
dan setiap apa yang dibuat tidaklah dia berpaling dariNya

Bayangkan, bagaimana anda hendak memandu kereta ke suatu tempat, jika anda tak tahu caranya, ke mana hendak pergi, apa jalannya, apa rintangannya?



#ditulis atas percubaan kemudian terus malas, kerana beratnya topik.
Maafkan saya teman, saya tidak boleh menulis sebegini, saya bukan 'ahli'
Cabaran 2? bersambung. Heehee ^_^





Wednesday, September 15, 2010

I have the dream, not the attitude.

I have the dream, not the attitude.

I remember last week, when i went shopping with my dad, lil bro and lil sis at Pekan Rabu,
i've met a boy.

From his figure i guess he is a teenager.
His sclera was jaundiced, and there was prominent frontal bossing.
Great marking for a child with thalassemia.
I was astounded, as even i wards i seldom missed thalassemia patients.
Now i've one in public, if the time and place are convenient enough, for sure i'll talk and chit chat with him.

If u had seen the commercial on tv (which channel im not sure), a thalassemia patient need to do blood transplants, which the duration of each sessions is determined by the severity.
If severe enough, we might also palpate the liver and spleen, which will not be in normal people like most of us.


gambar ihsan google

So, i keep telling myself, dreaming alone, will never be enough.
I need the attitude, tho. I might not care much to be the best, but al least, i should try the best.

If u ask me, why i have chosen this path,
i will answer,
it is there in me, since forever.
The more i know, the more anxious I'll be.
The more i know, the more observant I'll be,
The more i know, the more the feeling of wanting to help l've felt.

all i need is the attitude.


O'Allah, grant me things that i needed, let em be in my heart, and let me be strong to perform and fulfill em, and do not let me be far from your path. Amin

Wednesday, September 08, 2010

Cerita Di Sebalik Peperiksaan

Assalamualaikum...

2hb/9 haritu, saya exam. (as mentioned in earlier post)
Banyak benda jadi before exam. Kelakar pun ada,

Starting dengan malam sebelum, sayalah orang paling kecut perut dalam dunia.
Sampaikan bukak puasa pun, terasa perut tengah mengecut.
Alhamdulillah, malam tu, Mas dan Bi datang study sekali. So taklah kalut.
Dan buat julung kalinya, saya doakan diberikan ketenangan hati esok harinya.
Selalunya, saya doa boleh jawablah, lancarlah, tapi tak pernah tekankan ketenangan hati.

Esoknya, hari exam.
Saya turun dalam pukul 6.50am. Masa ni nampak ada bas ke hospital selayang.
Saya berkumpul dengan rakan yang lain, ada yang 'bertuah', ambil exam di Sungai Buloh.
Tunggu punya tunggu, tak perasan bas dah jalan. Ingatkan ada lagi bas.
Dan teruslah menunggu sampai 8.30am, padahal exam start 8.00am.
Afiq, group leader, sangat risau, yalah kan, macam mana nak reach in time dari Sg Buloh ke Selayang? Antara kami, tak ada yang kerkenderaan. (afiq ada, tapi minyak tak ada pulak)
Saya pada waktu tu, sangat cool.
Tenang.
Wah kalu tidak sayalah paling havoc bila ada apa-apa terjadi.
Mujurlah, Adz kasi pinjam keretanya, dan kami golongan yang ditinggalkan
(yang lain tumpang kereta kawan yang berkereta) selamatlah sampai, walau lambat..

Nasiblah doktor baik, berkali mengingatkan "its not your fault.."
staff pulak yang bising. (selalu macam tu, staff suka buat-buat garang)

Dan case saya,
FEBRILE FITS.

Saya tak berapa mahir amik kes demam sawan.
Dalam sepanjang dua bulan, adalah sekali saya ambil.
(sebab saya skema, ikut ja bed yang di assigned)
Alhamdulillah jugak, Parents sangat sporting, hee banyak cakap.
Dia cerita habis, tak perlu tanya banyak.
Cuma, si adik kecil tak bagi saya sentuh dirinya. Aduhai T_T
Dalam masa kurang 15 minit, saya belum buat physical examination.
Padahal staff dah datang, saya mintak tambah masa. Saya belum buat PE!
Saya buatlah apa yang patut, dengan si kecil yang sungguh tak rela akan kehadiran saya.
Saya letak tangan atas dada, dia angkat. Haha comel sungguh.
Sampailah dia nak menangis, saya berhenti.

Kemudian, presentkan ke doktor.
Saya dapat prof daisy. Dr dari myanmar.
Orangnya sangat baik hati, lembut. Alhamdulillah...
Dia banyak guide jawapan saya.
Antara soalan..

1. Tell me about full vaccination that should be given to a kid.
(nasiblah semalam beria menghafal dengan Mas)
2. You've said this child have febrile fits. What type of febrile fits it is?
3. What are you worries in this child?
4. What procedures should be done to exclude meningitis.
5. Tell me about lumbar puncture. i dont mean the procedures.
(saya hentam ja sini. sebab tak baca)
6. Have you seen any lumbar punture done?
(unfortunately NOT)
7. what is contraindications in LP?
8. what is the signs of increased intracranial pressure?
9. how do we check papilloedema?

Itulah setakat saya ingat.

Hee happy! not bad, agak smooth perjalanan.
Tenang, puas hati.

And the credit goes to?
Allah.

Alhamdulillah..

Friday, September 03, 2010

Nota Exam - Procedures

1.Feeding tube
Purpose
-feeding (dysphagia)
-gastric aspiration ( intestinal obs, unconcious)
Cx-
aspiration pneumonia
trauma
sophagitis

2. Endotracheal tube
indication- apnea, airway obs, resp failure, coma, stridor
criteria b4 doing - suction, airway, laryngoscope,
cx- trauma, perforation, pneumothorax, aspiration pneumonia esophageal intubation

3. Lumbar puncture
indication -suspected meningitis/encephalitis,
contraindication - increased icp(raised bp, papilloedema), bleeding tendency, skin infection at site
technique-
1.sedate
2.place child in recumbant position (flexed neck, body, hip and knee)
3. identiy area (L3-L4)
4. clean using standard aseptic techniques
5.gently puncture the skin using spinal needle , toward umbilicus
6.gently advanced few mm until outflow of csf. collect
7.withdraw needle, spray n cover with gauze and bandage
8. take random blood sugar
9. ensure child in supine postion 4-6 hrs,
cx- headache, brain herniation
DONOT PERFORM IN HYPERTENSIVE ENCEPALOPATHY

4.chest tube
ind- pneumothorax +resp distress, pleural effusion, empyema
equipment - suture set, chest tube, suction pump (optional), local anas, underwater seal+sterile h2o
site- up rib 4th ics,aal/midaxillary line
cx- bleeding, nerve injury, infection
5. bone marrow aspiration
indication - hematology/oncology disorder
c/i - bleeding tendency,

p/s -esok last exam. doakan saya pass! dan doakan saya selamat sampai ke kampung.
Salah silap saya mintak maaf. ^_^

Saturday, August 28, 2010

Kenapa ya?


Ilham oleh Hakimah K. Hani

(klik untuk besarkan)

Friday, August 27, 2010

Sikap kita Dengan Dosa



"Alah, Tuhan tu kan Maha Pengampun.."


Ujar Abeer bila membaca artikel di satu blog picisan, yang membicarakan pendapat tuan blog mengenai hukum menutup aurat dan fenomena masyarakat Islam Malaysia.


"Macamlah kalau pakai tudung baik sangat? Mulut laser jugak, mengumpat sana sini. Solat entah ya entah tidak" Ngomel dia lagi. Bila tuan blog menulis mengenai pandangan masyarakat tentang wanita bertudung dengan yang tidak dari segi akhlak dan akidah.


"Kenapa nak berlagak tuhan? Sesuka hati menghukum orang baik dan buruk?Konfem ke diri nak ke syurga atau neraka nanti?" Kata Abeer lagi tatkala membaca kesimpulan tipikal mana-mana artikel yang menyebutkan tentang aurat, iaitu aurat itu wajib ditutup dengan sempurna, tak sempurna maka berdosa, dan dosa membawa kita ke azabNya dan neraka.


Itu contoh mengenai aurat, saya ambil kerana baru selesai membaca pandangan mengenai aurat, sekaligus menjadi inspirasi saya menulis pada kala ini. saifulislam, cursingmalay


Isu hari ni bukan pada aurat, tapi pada sikap kita dengan dosa.
Tertarik dengan teori  kaedah melakukan dosa yang diutarakan di sini. 
I have the idea for quite long, and suddenly i found a blog artikel, which idea similar like mine,
but was put nicely by words. dengan petikan ayat qurannya, hadisnya..
Apalagi kan... ^_^


Saya petik dari blog beliau.. (boleh baca artikel penuh di sana. Sangat menarik .)








Empat jenis Alasan untuk kekal melakukan dosa adalah
1. Menebus dosa – melakukan kebajikan dan amalan-amalan kebaikan untuk menyedapkan hati bahawa sekurang-kurangnya kebaikannya itu membawa pahala kepadanya. contoh“walaupun kami tidak bertudung, tapi hati kami baik, kami pun solat, dsb”

2. Mengecilkan dosa – membandingkan dosa yang dilakukan dengan dosa-dosa lain yang lebih besar dan serius yang mungkin terjadi, sekaligus membawakan tanggapan dirinya “masih selamat” dan masih “tidak apa”. contoh.“Ala pegang tangan je pun, bukan cium-cium”

3. Membiasakan dosa - Meletakkan dirinya dalam kelompok majoriti yang turut melakukan dosa yang sama, agar membuatkannya berasa sedap hati bahawa dirinya tidak keseorangan dalam melakukan dosa tersebut. contoh “ala, ramai lagi yang join konsert tu”

4. Membandingkan dosa – Menyatakan kelemahan dalam diri golongan yang tidak melakukan dosa tersebut, agar membawakan perasaan bahawa dirinya tidak inferior dan perasaan bahawa adalah sama sahaja sama antara yang melakukan dosa itu mahupun yang tidak melakukan dosa itu. contoh “Ala orang yang bertudung pun bukan bagus sangat, tengok suratkhabar, ada je kes ustazah berzina”  
                                                                                                               dari leokid

Terkena juga dengan batang hidung sendiri. Banyak jugak dalam hidup kita memberikan alasan untuk berbuat dosa.
Saya rasa paling glamer adalah contoh
tika nak mengumpat "tak apa, aku nak cerita buat pengajaran untuk hangpa."
tika bercinta , "tak apa, kami tahu menjaga batas-batas agama." 
tika buang masa "tak apa, assignment boleh buat sehari sebelum hantar, Sempat ja" 
Tika dinihari (eheh tajuk nasyid) "tak apa kejap lagi sikit bangun Subuh."
Alih-alih terus terlepas.

Saya pun masih berlawan dengan sikap mencari alasan tatkala nak berbuat dosa.
takut alasan tak valid di depan Allah nanti. kan kantoi?
bayangkan bila pensyarah tak terima alasan kenapa assignment anda caca merba,

bayangkan muka kantoi dan perasaan anda ketika itu, macam itukah nak menghadap Ilahi kelak?

Ini ingatan lebih untuk diri sendiri. Mulut saya.... tsk. Alhamdulliah ramadhan bagi saya masa
yang cukup untuk muhasabah dan berubah.
Masih mencuba dan mencuba. Walau belum sampai ke kemuncaknya.
Saya rasa paling baik, jangan bagi alasan 

Dari seorang sahabat,




              Sebaik-baik hamba bukanlah hamba yang tidak pernah buat dosa, tetapi yang sentiasa bertaubat dari dosanya dan perbaiki dirinya.






 

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan dan Resolusi

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan





















Pengajaran Dan Resolusi Yang Saya Dapat Kali Ni

1. Kawal Amarah
2. Jaga mulut, mata serta fikiran
3. Sentiasalah bersangka baik
4. Diam itu sentiasa lebih baik. Jangan bercakap yang sia-sia.
5. Keseronokan dunia menjauhkan akhirat

Tuesday, August 24, 2010

Wallpaper Doa



Klik untuk besarkan


Salam Ramadhan.

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena