"Akak, belilah satu Yaasin. Satu seringgit ja." Seorang gadis muda, bertudung ikat di dagu, senget sebelah. Dalam 18-19 tahun mungkin. Atau lebih,
Saya sewaktu itu, baru melabuhkan punggung dalam bas, mendongak. Saya lihat di tangannya ada buku Yaasin yang dicetak atas plastik. (teringat saya dulu, belajar guna muqaddam helai plastik inilah)
"Belilah akak. Sedekah. Satu seringgit aja." Saya lihat mukanya. Serius, saya rasa dia kurang 'center'. Terasa dia si gadis lembam yang diperguna untuk minta sedekah dengan cara jual buku agama.Matanya meliar kiri dan kanan, saya ingat dia betul ada 'kurang'.
"Bagi saya satu." Tetiba saya teringat disebabkan ia cantik dan tidak mahal, apa kata saya beli banyak sikit. Boleh buat hadiah, atau letak di surau.
"Nak lagi empatlah. Nak lima. " Kemudian dia mencongak sebentar. Saya hulurkan dia lima ringgit. Dia merenung saya.
"Mana lagi 4?" Saya bertanya. Dia merenung saya lagi.
"Satu lima ringgit."Kemudian dia minta saya bayar RM25 ringgit.
Aik, tadi satu seringgit. Bila saya nak 5, jadinya satu 5 ringgit pulak. Saya hairan.
"Tadi kata 1 seringgit. Sekarang 5 ringgit?" Saya bertanya keras. Dia angguk-angguk. Saya geleng, tak apalah, satu sahaja. Dia terus tercegat depan saya. Tangannya disua-sua meminta RM20 lagi. Saya kata, "tak mahu." Dia terus tengok saya dengan wajah kesian, Saya geleng-geleng.
Saya ikhlaskan hati, walau geram. Manusia, sebaik manapun dia, ada satu waktu syaitan akan menghasut dengan rasa tamak. Saya kira begitulah dia.
*******
Di hari yang lain, saya bersama rakan, duduk makan di sebuah cafe, disapa oleh dua gadis Cina berbaju uniform sukan tipikal sekolah Cina.
"Cik beli ini tali gantung telefon, sambil derma pada rumah orang kurang upaya." Saya lihat barangnya. Cantik, Handmade phonestrap yang diperbuat dari benang dan kayu yang diukir dalam bentuk hati, rama-rama.
"Satu empat ringgit saja." Katanya sambil tesenyum. Saya belek-belek. Angin saya baik hari tu. Saya nak ambil satu,. Tapi confius mana lagi cantik, rama-rama atau bentuk hati. Saya mengomel-ngomel di situ. Sambil mulut becok minta pendapat mana yang cantik. Mereka tersenyum.
"Ok nak yang inilah." saya ambil yang bentuk rama-rama, bentuk kegemaran saya. (walau hakikatnya saya geli rama-rama sebab ia asal dari ulat)
Tak semena-mena. "Nak akak, amiklah dua." Dihulurnya, bentuk hati yang saya belek tadi. Saya terkejut.
"Eh?" Gadis Cina itu tersenyum. Sambil tangannya nak menulis resit. Lekas saya kata tak payah.
Saya kira, benar mereka menolong jual untuk amal. Bukan untuk amal poket sendiri. Masakan nak bagi free-free begitu aja.
Pengajarannya, apa ya? Sila letak di ruang komen. Saya pun konpius, apa pengajaran dua cerita yang sama tema, tapi lain skrip ini? ^_^
Saturday, December 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen!