Tuesday, September 21, 2010

Cabaran Kepimpinan #2



Cabaran 1 : Menjadi Pemimpin

Bahagian paling susah, dalam pakej ‘Aku Seorang Pemimpin’ adalah menjadi pemimpin itu sendiri.
Sama ada datang secara semulajadi atau dipupuk, keperibadian adalah satu elemen yang penting dalam mendefinisikan pemimpin yang berkualiti. Apa perlu ada pada seorang pemimpin yang berkualiti?  Jom kita semak  4 sifat-sifat pemimpin yang berkualiti .
·          
TT  Terik sama berpanas, hujan sama berendam
Ketua yang sanggup bersusah payah dengan anak buah, pasti akan jadi ketua yang disayangi. Seorang ketua harus sudi mendengar masalah, sedia berkongsi buah fikiran dan tidak memandang keluh kesah anak buah sebagai remeh temeh atau alasan.  Nabi Muhammad, pemimpin agung yang kita sanjungi, tak pernah culas dari turun padang untuk sama-sama bergotong-royong dengan anak buahnya. Contohnya dalam pembinaan masjid Quba’. 

·         Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Bila menguruskan satu organisasi atau kumpulan, sedikit sebanyak mesti ada masalah. Contohnya, kalau uruskan majlis. Nak puaskan hati semua orang memang susah. Ketua harus bijak menguruskan anak buah. Selesaikan masalah secara baik, jangan melatah atau meradang. Jika ada masalah, adakan perbincangan. Galakkan anak buah berkongsi pandangan mereka, dan cari jalan penyelesaian bersama. Risiko sentiasa ada, gunakan kreativiti anda! Musyawarah, sepertimana yang nabi anjurkan.

·         Berani pada tempatnya, Takut dengan dosa
Ketua mesti berani.  Kalau di sekolah dulu, cikgu akan tanya, “siapa yang berani nak jadi ketua?”.
Berani dari segi apa? Berani tanggung risiko, berani menyuarakan pendapat, berani berhadapan dengan masalah, berani bertanggungjawab, berani menanggung amanah yang diberi.

        Tak  bias
Tidak dinafikan, manusia memiliki kecenderungan. Sebagai seorang ketua, kita harus sedaya upaya buang atau lindungi sifat bias dari mempengaruhi kita. Ketua haruslah adil dan saksama. Ketua berupaya menyerlahkan bakat dan potensi anak buahnya jika dia bijak memberi peluang dan dorongan. Bila setiap ahli dapat peluang, maka tidak timbullah isu anak emas atau pilih kasih.


 notahati -kerisauan saya, sudah surut selepas perbincangan. Alhamdulillah....

Entri ini adalah sambungan kepada entri CabaranMenjadi Pemimpin

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena