Monday, August 02, 2010

Tolonglah Jangan Buat Begini Kat Orang

Assalamualaikum semua

gambar recycle.

Hari ni, saya nak berkongsi pengalaman sedikit.

Di kelas, saya ada meminta seorang dua lelaki, classmate saya untuk ajar/ sketchkan saya
skeleton figure untuk posture sebagai rujukan saya untuk melukis manga.

Dan kali ini, si A bertanya saya kenapa? Saya jawablah saja-saja.
Dia tanya, kenapa tak rujuk youtube/internet or else? Saya jawab sebab tak best.
And then dia tanya untuk apa?
Saya jawablah hobi. Kalau tak nak tak apalah.
Dan dia kata "Kalau hobi kenapa nak suruh orang lain?"
Dia tanya saya, ada kan budak perempuan yang pandai melukis.
Saya cakap ada, B dan C.


Dia cakap pada saya 
" Suruhlah diorang, kenapa nak suruh dia.SURUHLAH BUDAK PEREMPUAN AJAR."


T_T

kejadian ini disaksikan lagilah beberapa classmate saya yang lain.
saya rasa macam nak menangis, dan nak baling kasut dekat dia
Ada beberapa lagi student lelaki menghadiahkan saya senyuman super sinis.
Mujurlah sahabat saya yang seorang ni, terus ajak saya buat benda lain. 

Entahlah, cuba agak apa yang saya rasa?
Rasa sangat terhina, murah dan gedik kena dilabel sebegitu.
dah tak cukup perempuan ka? (ini tafsiran sendiri)
Post ini agak membuka pekung di dada sebenarnya.
Anda boleh label saya itu dan ini, boleh juga berkata hah padan muka.
Tapi saya tak kisah, bebas nak berkata apa, ini isi hati saya.

Oleh itu, saya nak mengadu di blog saya ni.

KENAPA SAYA MINTAK DIA?
Sebab dia lelakikah? Belajar dengan lelaki lebih fun, gitu?
janganlah berfikir macam tu, menangis mak ayah di kampung mendengar anak dara dia
suka lelaki sangat-sangat.
Mungkin dia ingat saya suruh dia lukiskan kartun untuk simpanan koleksi peribadi saya,
almaklumlah saya cakap BM macam keling, cakap BI macam apek

Begini, saya tahu dia berbakat melukis. Dan jugak beberapa yang lain. Saya pernah suarakan pada D, D tak mahu. tak apa.
B dengan C, kawan perempuan saya, saya belum suarakan, rasanya lagi best kalau saya pergi melepak bersama mereka
daripada mintak mereka lakarkan di kertas saja kasi saya.
Saya juga pernah request tutorial di blog lakaranHIDUPKU
Saya juga belajar di youtube, laman web manga, deviantart, bahkan dari ujang, gila-gila, komik-komik saya, semua saya jadikan rujukan.
saya download ebook melukis, cari di kedai buku akan buku-buku lukisan
saya belajar dari ayah, dan pak long
Pasal dunia interaktif ni, saya bukan NOOB.
tapi saya masih tak pandai. Saya hanya boleh melukis kartun chibi.
Saya tak pandai lukis posture manusia, walau patut dah terer sebab khatam anatomi

KALAU TAK MAHU MEMBANTU,
TAK USAHLAH KELUARKAN AYAT KEJAM SEBEGITU.

saya pun manusia, ada maruah.
Silap saya agaknya, gedik sangat nak mintak tolong lelaki.

teringat saya pada satu peristiwa kami meminta seorang kawan lelaki menjemput kami di pintu pagar,
kerana kami balik lewat malam.
Dalam hati saya, betapa malu.
Apakah yang difikirkan dia mengenai kami, anak-anak dara yang pulang lewat ni.
Di suatu kesempatan, saya dapat bertanya pada dia.
Apa yang dia fikirkan di malam dia jemput dan hantar kami tu?

Kata dia,
Dah orang mintak tolong, mesti ada sebab. sebab tu dia mintak tolong.
Dan sebab dia nak tolong, dia tak fikir lebih-lebih. Bersangka baik.

Dan dengan itu saya ucapkan terima kasih pada dia. Dia membantu tanpa menilai.
Dan saya pun, belajar dari sikapnya, cuba mambantu tanpa mengira apa. Selagi mampu, bantulah.
Allah akan bantu saya pulak lain kali.
Walau sesekali berat hati nak membantu, disebabkan masa etc, saya lawan juga. Ini ikrar saya tatkala muhasabah lalu.

 Maaflah, kalau terasa kehadiran saya menyerabutkan minda.
keramahan dan keso-sialan saya mengundang jelek
Saya sedar sapa diri saya.

*sambung muhasabah diri
mungkin ada Allah nak tegur saya apa-apa. Sudahlah, moga cepat saya lupakan apa yang berlaku.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena