Monday, April 12, 2010

Tudung labuh Tudung singkat

Tanya seorang doktor yang berasal dari myanmar,

"Kenapa kamu kena pakai 'ni' ?" Sambil ditunjuk pada kepalanya, menggambarkan tudung.
Lalu terkedek-kedek nak mengalih bahasa ke bahasa orang putih, kami terangkan, ini kewajipan.

Ada yang berkata yang dalam 'ni' untuk ditunjukkan pada husband nanti.
Dalam hati, saya tak berapa setuju. Pada saya nilai aurat bukan hanya untuk sang suami. Konsepnya lagi luas dari tu.
Tapi saya diamkan, sebab saya sendiri yang berfikir komplikated, Mungkin. Padahal dia cuba menerangkan seringkas mungkin.
Maklumlah nak jadi jurualih bahasa bahasa Melayu-Inggeris, tambahan pula nak bercakap bab agama. susah. tak percaya gi bukak tafsir English. Kena selak kamus pulak nanti.

Akhir sekali, Dr comel dari Myanmar tu membuat kesimpulan,
yang tak ada 'ni' maksudnya dia modernise mungkin.
Dia kata ada juga penganut Buddha yang begitu. Katanya dia faham.

Hati saya terfikir, lalu macam tu, orang-orang lain ni macam mana eh?
yang tak berubah state tudungnya, atau mungkin makin lebar makin tebal kain tudungnya?
'Demodernise kah? *senyum kecil

Kata ayahanda, tudung bukan lambang taraf agama.
Bukan maksudnya tanpa tudung kamu zero ilmu feqah, tauhid
Bukan maksud makin labuh tudung kamu, makin tinggi ilmu agama kamu.

Tudung bukan alat pengukur, bukan macam warna tali pinggang teakwando adik.
Minggu depan dia nak ujian nak naik hitam. Haisy kakak dia jeles. Sebab kakak dia tukwan tak bagi. Takut jadi jantan kot.

Kata bonda pulak,
Tudung bukan alat nak berlagak.
Bukan maksud kamu dah tudung berkaki-kaki kamu tu baik.
Tak langsung. Tudung bukan alat kalis dosa.
Kamu tetap buat dosa tak kiralah kamu pakai niqab, hijab, purdah, khemah.. hehe
Syaitan tetap tak gentar nak usik, tetap tak berhenti dari dibolak-balikkan hati.
Agaknya Bonda risau kalau-kalau anakandanya buat perangai huduh perasan baik.

Hee hee bonda ngan ayahanda memang sporting.

Pada saya? Ada apa pada tudung?

saya harap kalaupun dia tak jadi benteng dosa, dia jadi benteng api neraka...

Wasalam.



Tengoklah anak-anak Malaysia kita bertuah, pakai tudung tanpa ada masalah. Tak ada rusuhan, piket, Jalan-jalan tepi jalan tak ada yang sengaja nak tarik, tak ada yang nak meludah.
Kita boleh suruh adik-adik kita pakai tudung tanpa dilabel ridiculous kerana pendapat sebilangan orang, memaksa kanak-kanak bawah umur memakai tudung adalah tak releven sama sekali.
Tahukan mereka tudung merupakan satu kegembiraan buat kita kaum hawa?
*sila kenang balik zaman mula-mula nak pakai tudung pergi sekolah

17 comments:

  1. ye~ sy ckup x snang ngan mereka yg bertudung labuh~
    mereka memangdang enteng kpd kami yg memakai tdung biasa..
    sape kamo nak judge kamo lebih baik dari kami..
    kdang2 berselisih, nak senyum pun susah,..
    klu jumpe kwn2 dia yg bertdung labuh,
    muka manis bak madu~
    cap berlaga2 pp~
    elo, kamo smua ni je ke golongan baik~
    tlun pk sjenak~
    herm..

    p/s : cebisan ati~

    ReplyDelete
  2. Wahai Aimi-san, tak semua mereka yang bertudung labuh seperti yang kamu cakapkan.
    Ini adalah kerana, saya bertudung labuh di sekolah.
    heehe..

    psst: kerjaan malaysia dah salah anggap, diorang fikir yang bertudung di timur tengah adalah orang Islam. Padahal, bertudung tu adalah budaya mereka. Harap2 kemasukan orang Iran dikurangkan.

    ReplyDelete
  3. aimi-san,
    saya ada hipotesis sendiri untuk hal ni.
    kadangkala mereka mungkin insecure dengan diri sendiri, kerana mereka 'lain'. kadang2 mereka takut nak bergaul rapat dengan org yang bukan dari halaqah mereka, mereka takut terlekat.
    apa dalam hati, Wallahua'lam. apapun kita berfikiran baik, mereka golongan baik = pemalu. kadang2 mereka nampak ja susah nak didekat, padahal ok saja. mungkin isu perbualan x sama, manakan mereka nak cakap pasal AF, hiburan, gosip dll..


    zala wajik,
    aku pun baru tau, bertudung di arab satu budaya. sebab habuk kot?

    ReplyDelete
  4. tp bg sy,sy xkesah la dorg nk pakai tudung ape2 pon,itu hak mereka. mereka tahu yg mana baik,yg mana buruk.
    tp,pandangan serong terhadap yg bertudung labuh ni makin meningkat tau.
    sy kadang2 pon,xrespek jugak terhadap segelintir org bertudung labuh sbb ape yg dia nasihat,alih2 dia melakukan bende yg sama. cth, kapel2 ni.. tu naek fedap tuh. bila dia kapel,macam meludah ke langit, kena muka sendiri.

    ape2 pon,nice post. :)
    teruskan usaha berdakwah seperti ini..

    p/s: blaja kat usm kk ke? mcm kenal je doktor myanmar tu..hehe

    ReplyDelete
  5. Nice post. mcm kmu ckp, tudung bkan kalis dosa.walaupon yg btudung labuh nasihat mcm mane pon mungkin gaya & cara mereka tersilap. Mereka mungkin salah, tp try ambil apa yg betul. Lgpon tujuan utama bkan nak please mereka, tp nk dpt redha Allah.

    Tp yg penting utk org Islam, cuba pakai tudung yg mengikut syara'. Kalau rasa susah pon, cuba.

    I cant say much about this since obviously I dont wear tudung and I dont know how its like. selamat beramal. :)

    ReplyDelete
  6. ya~ ni juz my opinion~
    lilacfla~

    ingt kami ni, topik yg kami katakan, berkaitan AF, hiburan, gosip dll.. je ke?? sy pun membesar di uni, mereka ini, berckap psal artis2 nasyid~ opsss~ bukan artis.. nasyid.. golongan dakwah~ baik.. memperkatakan aka gosip ttng mereka bukan perkara sama ke??

    sori.. saya bukan nak katakan kamo 'golongan tdung labuh' ini, punya keperibadian yg tinggi 100%..

    mcm cathenclox kate..

    plz carefll ape yg kamo 'tdung labuh' kata...
    kdang2, ape yg kamo katakan salah, itu yg kamo buat..

    sori to say, sy mmng slalu berkerjasama dngn wanita'tdung labuh' + mamat 'songkok' ni.. mereka dr segi tanggungjwab untk melakukan tugas, mmng rendah.. suka sangt pndang enteng;.. tp, klu bab perstuan mereka, laju je... sdangkan tanggungjawab tu amanah bukan?? pk kan lah..

    bukaannye x boleh berdakwah kpd kami mahupun smua orang, tp, smua orng x suke bukan klu lake of responbility~.. pk2 kan.. kamo bukan idup untk berdakwah semata2, tp ade lain yg perlu kamo tau~


    p/s~ bukan niat nak hentam kamo, ini tmpt berkongsi pndpt bukan.. kita memerlukan orng lain untk melihat buruk baik kita, kerana, cermin itu selalu menipu diri~ (^-^)v

    ReplyDelete
  7. cathenclox,
    tudung x kalis dosa. hee saya pun harap kalau pakai baju hujan kalis air, alih2 kaki ada jugak yang basah.

    syaitan tak pilih orang, dia hasut suma orang..
    lecturer uitm. hee

    munsyi sama,
    kalau kita/kami bertudung kerana pemahaman Islam tu dalam, InsyaAllah kami takut nak lakukan dosa2 lain, bila kami takut dengan azab Allah akan dosa, sekaligus x buat dosa (dengan izinNya). so x da lah jadi fitnah.
    Sebab tu ada ustaz kata wanita bertudung, lelaki berkopiah, berserban bawa fitnah lagi besar..

    aimi-san,

    kamu dan saya berkongsi idea yang sama. cuma saya, tengah cover line. lol

    yup2. Mula2, saya tak faham, kenapa kalau konon baik nak dengar nasyid aja? terus nak lempar SOAD, lagu2 justin timberlake, kylie minogue, eminem yang sbelum ni hafal macam pidato. LOL. lepas tu dnegar nasyid, admire penasyid, sama lah saja kan, konsepnya. hii

    2nd, macam apa kamu cakap, bab persatuan dorang laju ja, tapi bab2 hal kolej or else kena paksa, padahal tanggungjawab sama ja, kalau ceramah tak islamik, liat nak turun. bila ceramah islamik ramai x turun x leh la komplen. (im talking general, jgn ada yg terasa keyh my cousemate)

    kalau2 ada yang membaca, harap ambil iktibar, saya pernah suarakan pendapat pasal hal ni, mudahan2 bukan sekadar buruk sangka semata. kita yang biasa2 ada hak nak menegur bukan?

    cuma, untuk sedapkan diri, maafkanlah mereka, dan saya. kita bukan maksum. :D ada salah dan silap. ada ruang untuk pembetulan.

    sebab tu ayah saya cakap, tudung labuh bukan ukuran keimanan. ia satu pilihan, bukan kewajipan. (selagi tepati syarat macam cik munsyi cakap) tak macam tali pinggang silat/aikido, tak macam pangkat di baju tentera..

    (^,^)

    ReplyDelete
  8. kery stuju ngan nad...
    tdg bkn pengukur tahap keimanan..
    tp knalah bertudung ikt grs panduan syariat jgak...xleh bgks je bak kte abg wawan..huhu...
    hidayah Allah itu luas..keep it up nad...

    ReplyDelete
  9. aku suka pakai tudung,
    aku rasa sangat selamat.
    dari fitnah dan sebagainya.

    tapi aku agak liat sikit nak pakai.
    oh, syaitan dah berjaya..

    aku akan pakai tutup litup satu hari nanti..

    ReplyDelete
  10. kery,
    Apapun kita orang ISLAM, kita kena jaga Islam agar sentiasa dalam diri kita kan? InsyaAllah..

    Tia,

    aku doakan ko. hehe ko comeyl ja pakai tudung walau dengan cekak mikey mouse tu.

    ReplyDelete
  11. salam....
    erm...tudung labuh, tudung pendek...bukan masalah...betul la ap yg diberitahu, yg penting hati, xbleh nk menilai iman seseorang berdasarkan tudung..tp kita hanya manusia, penilaian pastu bermula dengan pandangan mata kan...tak salah, mmg betul yg bertudung labuh sedap mata memandang, namun, ade juga yg bertudung singkat, tp dia mampu menutup auratnya kan...hehe...
    jadi apa bezanya ek?? haha kurang beza kot...=)

    ReplyDelete
  12. aah. x ada beza. Pernah tanya seorang kawan, kenapa nak bertudung labuh, kalau tudung singkat pun dah cukup tutup aurat?

    jawapannya, lebih selesa.

    memang. :)

    macam orang ni nak makan mesti ada nasi penuh pinggan, nak telur, ayam goreng, ada yang makan tak kisah, makan yang segera pun ok. benefit sama, KENYANG. kepuasan diri, beza2. :)

    ReplyDelete
  13. betul, lain org lain cara, kita diciptakan di dunia ni mmg x sempurna, jd itulah sbbnye kita perlukan org lain utk sempurna..mungkin ketaksempurnaan kita ni akan menyempurnakan org lain....jadi, kalo pasal senyum tuh, mungkin dia jenia yg susah senyum, dan kta jenis yg mudah senyum, kalo kita senyum kat org tuh, lama2 dia akan senyum balik kat kte, itu dh menyempurkan sedikit sebyk sikap dia...percayalah,jika kita mampu menerima sifat org lain seadanya, pasti org mampu menerima sikap kita yg seadanya...wallahualam...

    ReplyDelete
  14. sebab tu lah ustaz pernah pesan, golong bawa imej agama, bawa fitnah yang besar. samalah macam golongan guru, polis, askar, dsb yg masyarakat expect imej tertentu daripada mereka.

    apapun kita, memang kena sedar dan sentiasa terima kelemahan orang lain, kalau tak, kita pesimis.

    ReplyDelete
  15. tudung labuh = A+ or +A* di sisi Allah..
    insya Allah moga peroleh mardhatillah.
    mereka bertudng labuh i2 juga manusia.
    ingin sya tekan kn..dakwah i2 WAJIB atas setiap dpd kita.
    so kpd pengomen di atas, bukan lah salah andai golongan 'mereka' semangat nk berdakwah.
    i2 adalah kewajipan, Allah suruh..

    ReplyDelete
  16. lg 1, kta selalu dengar rambut sama itam, hati x sape tau...
    so..
    pe kata pikir2 kan ni.
    tudung sama labuh tapi hati hanya Allah yg tau..
    kta x de hak nk judge THE WHOLE society of tudung labuh just sbb A FEW je yg cam 2.
    wallahu'alam~

    ReplyDelete
  17. mohon diri X menjadi fitnah bg Islam T_T

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena