Saturday, August 07, 2010

Ya Ramadhan, Berkasihlah denganku Musim ini

Assalamualaikum..

Masa berlalu pantas, tau-tau sudah nak masuk bulan Ramadhan.



adik puasa penuh,. Bak duit raya!


Bagi saya ada beberapa kategori orang menyambut ramadhan

1. Golongan yang sambut Ramadhan dengan Minda Penuh Makanan
Ramadhan bulan makan, Makan sdap di bulan ramadhan. Saya rasa ni mostly kanak-kanak.
Dan sedikit ada jugak gambaran makan sedap di minda saya bila sebut pasal ramadhan.
Ya lah, masa ni lah jugak bazaar ramadhan jual macam-macam jenis delicacies yang masa bukan bulan puasa tak ada.

2. Golongan yang sambut Ramadhan dengan Hati Tak Sabar nak Beribadat
Semua tahu kan apa fadhilat Ramadhan? Pahala berganda, keampunan yang datang tak semena-mena. Memang Ramadhan ni bulan keraian bagi yang mengerti akan nilainya. Ada sampaikan seorang sahabat saya nak ambil pil perancang. gara-gara tidak mahu miss ramadhan walau sehari. Betullah, bulan ni bulan pahala, bila lagi nak compensate lagi keberatan dosa? Walaupun tak tentu amalan di Ramadhan kali ini dapat cover dosa yang menggunung dek bulan-bulan sebelumnya..

3. Golongan yang Sambut Ramadhan dengan Hati yang Sebal, Bebal
Ada kah orang begini? Merasakan Ramadhan bulan sia-sia, produktiviti kurang, bisnes tak jalan, beban terpaksa puasa, bulan yang undang sakit. Nauzubillah. Janganlah sampai ada yang buta hati macam ni. Yang bila dapat 'cuti bulanan' happy sebab tak usah puasa, tiap tahun kena bayar denda puasa yang tak pernah berjaya diganti. Tsk

4. Golongan Yang Sambut Ramadhan Tak Ada Beza dengan Bulan Lain
Apa beza puasa tak puasa?  Puasa pergi kerja, balik kerja berbuka. Terawikh bila hati terasa nak, atau bila berkesempatan. Tak ada bezanya. Rutin berjalan macam biasa.



Kalau saya, sewaktu jadi student sepenuh masa ni, tak usah cakaplah betapa tak bestnya puasa di perantauan.
Rindu nak sama-sama duduk bersila di tikar, menanti azan, menadah tangan bacaan doa oleh abang/tokwan.
Dah lama tak merasa semua tu. Ada hari kami akan berkumpul rumah tok, sama-sama sediakan hidangan nak berbuka.
Panggang ayam, ada yang buat itu ini. kecoh sungguh. Saya selalu tolong hidang saja. Ramai chef pakar, saya goyang kaki.
Sejak sepupu-sepupu dah kahwin, ada anak, masing-masing di negeri berlainan, tinggallah siapa saja di kampung?
Dengan saya yang memang sejak umur 13 jarang nampak muka di kampung (sampaikan orang kampung yang tak kenal saya),
sekarang giliran abang berhijrah ke negeri Selangor ni.
Jauh di sudut hati, saya harap abang lebih berat hatinya kepada adiknya seorang ini berbanding rakannya.
Sekali sekala dapat berbuka bersama jadilah.
kalau di Shah Alam ada Paksu dan maksu yang best, tak letih menjemput menghantar saya asrama, semata-mata nak saya berada bersama mereka.
Dengan abang, saya harapkan yang sama, kalau sekarang dia dah 'sibuk' dengan adik, apatah lagi bila dia dah berkahwin nanti?

Seumur hidup saya, hanya sekali mungkin, saya sangat merindui Ramadhan. tak salah saya semasa tingkatan 4 atau 5.
Ramadhan berlalu dengan linangan air mata, saya rasa sangat sayu.
Teresak saya menangis di tikar sejadah mengingatkan Ramadhan yang nak berlalu.
Mengenangkan betapa Ramadhan itu berkasih sayang dengan saya, saya terasa dekat dengan Tuhan, terasa kasih sayang-Nya.
Sayangnya, seumur hidup 20 tahun ni, hanya sekali.
Apa jadi tahun-tahun yang lain? (tolak tahun saya berhingus tu, tak acilah)
Tenggelam dalam kesibukan yang entah nyata atau dibuat-buat.
Mari doakan agar tahun ni, Ramadhan sudi berkasih dengan saya,
Dan Ramadhan seterusnya andai ada umur.

Allahumma balighna Ramadhan..
Allahumma balighna Ramadhan..
Allahumma balighna Ramadhan..

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena