Assalamualaikum..
Mama saya unik. Hee
Seingat saya dia jarang memuji anak-anaknya. Jarang memuji secara berdepan, maksud saya.
Macam "cantiknya lukisan adik" atau "comelnya hari ni?"
Semalam, bila saya bagitau mama yang kali ni, saya berpeluang berpuasa seminggu di rumah. Reaksi mama :
"Alamak mama dah pesan kuih banyak tahun ni!"
Saya pelik, kenapa kalau saya balik tak boleh pesan banyak. Sayakan hantu kuih?
Saya tanya kenapa? Mama kata,
"Yalah, kalau kakak balik bolehlah buat kuih raya!" Terus saya senyum sampai telinga.
Rupanya mama approve kuih raya yang saya buat!
memanglah rupanya hodoh sikit.
Senget, tak sama saiz, hangit terlebih. Selalu saya memang tak akan hidang. Malu.
Masalah besar saya bila memasak rupanya langsung tak boleh masuk market.
Tapi selalu mama akan paksa saya hidang. Nak jugak kasi kawan dia tau, anak dara dia ni bukan tahu baca buku aja.
Kata adik, "Rasa sedap, rupanya alahai..." haha
Saya mula minat buat kuih, biskut dan roti agaknya sejak sekolah. Cuma lepas matrik betul-betul saya buat.
Saya beli buku resepi. Kata mama, bukan boleh pakai sangat resepi dalam buku. Sukatan tak betul.
Dan dalam 5 buah buku yang saya ada, (dari mini size, free dari cornflakes, abah belikan),
ada sebuah buku yang jarang menjadi kalau saya buat.
Akhirnya kena alter sikit resepinya.
Jenis mama saya, kalau mintak di ajar, dia tak akan ajar.
Katanya dia tak reti. padahal dulu dialah yang sebenarnya inspirasi minat saya.
Kecil-kecil saya tolong golekkan doh dalam cornflakes, cukup seronok dapat tolong. kadang-kadang ke rumah jiran,
sebab nak tengok Cik Na saya bakar kuih. (dan rasa sekali. hehe tak puasa)
Bila satu ketika saya asyik 'buka kedai' , mama sudi sponsor sebuah oven untuk saya. betapa seronok.
terus shopping barang . Jauh di bandar (lebih kurang 1 jam 45 minit dari Kuala Nerang nak ke Alor Star)
Itulah, mama tak perlu direct cakap, saya tahu. Sayakan anak dia. Diakan mama saya.
ada sesetengah perkara memang mama tak perlu cakap, saya akan faham sendiri.
Ada ketika, saya harap saya lebih kuat dari mama untuk sokong dia dari belakang.
Kalau saya tak kuat, dia akan rebah bersama saya.
Kesimpulannya. Saya sayang my mama. Hoyeh!

ok yang cantik itu mama. yang sememeh tu anak dia.
(semasa tengah kurus sikit, skang cam kena pam)
Kesimpulannya. Saya sayang my mama. Hoyeh!
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen!