Wednesday, January 27, 2010

Bila sakit

Kebelakangan ni kesihatan Abdullah kurang baik. Sering dia sakit sana sakit sini.

Yang bestnya, sakit si Abdullah ni sikit, sikit.
So dalam erti kata lain nampak dia ni sihat ja.

Abdullah secara rasminya membuat cuti sendiri, tidak ke kelas dsb.
Oh Abdullah agak gusar.
Tapi untuk menahan kesakitan (tak seberapa) di khalayak ramai dia tidak mahu.

Hari ni, kemuncak mungkin.

Dia muntah.
Masih mukanya ceria berseri, tak ada pucat-pucat pun
Lagilah susah nak menjawab soalan orang kenapa tak ke kelas blablabla

So kalau kamu nampak si Abdullah, bagitahu dia'

"Ana doakan ente cepat sembuh. Moga Ente beroleh balik nikmat kesihatan , agar dapat ente ke kelas, beribadat, dan melalui hari-hari macam biasa"

Sakit, apabila kita redho, ialah satu cara pengampunan dosa (kan kan?)
So Abdullah mungkin jugak tengah mencuci dosa.
Haisy. mau ka Abdullah jadi macam nabi Ayub bertahun-tahun terlantar?
Kata Nabi Muhammad, iman umatnya tidak sama dengan iman umat terdahulu. Nabi tak galakkan umatnya meminta kesakitan sebagai penambah takwa. Takut-takut nanti lain jadinya.

ok chow!
:D

Monday, January 25, 2010

20 sekolah berprestasi tinggi 2010

this info i got from zamir. at facebook link. thanks buddy (he dont read my blog tho T_T)


PUTRAJAYA 25 Jan. - Berikut senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor. - Utusan


tahniah cikgu-cikgu , staff and student TSP.!!
blogger-emoticon.blogspot.com

to share, during my time TSP (tuanku syed putra) wasnt in glory yet. People used to ask me.

"what school?"
" Where is it? "
"OMG i dont know such school existed!" T_T

lol. imagine my feeling that time,
but i do carry with me proud and love of being a part of SMSTSP-ian

thats the place i grow up. you know.

but when i mention my school to yoe (my junior at uni) and he seem to know it, i say " oh really? Tau eh?" because im so used to people saying tak tau

haha memories. feel good kan!

Sunday, January 24, 2010

Bila Memegang Agama...

Semalam dengar ceramah Ustaz Kazim.

"Umat akhir zaman pegang agama macam pegang bara api. Lepas dia padam, pegang tangan kita sakit"

Berdasarkan contoh yang ustaz bagi, aku teringat seorang sahabat.

Dia aku namakan Aminah. Senang.

Aminah ni selalunya menegur apa yang salah dalam sesuatu hal. Contohnya tak pakai stokin, tak tutup aurat, seluar ketat, tak sapu sampah, kari masin etc etc etc
Kamu rasa apalah pandangan orang terhadap si Aminah?

"Sibuklah dia tu. Kalau tak suka.. Diam-diam sudah."

"Aminah tu macam bagus. Ingat dia konfem ahli syurga?"

"Aminah tu setiap kali nak menegur. menyampah. Macam baik sangat. Semua tak suka dia tau!"

Korang rasalah, apalah perasaan Aminah ni bila dia lontarkan teguran sebegitu kepada rakannya?

"aku bagus, so aku kenalah tegur diorang."
atau
"aku mesti tegur diorang, maybe diorang tak tahu ni salah. mana tahu, usaha aku ni bukak pintu hati diorang?"

Pernah tak terfikir, di sebalik teguran pedas sebab termakan cili si Aminah ni
apa ada dalam hati dia.
Pernah tak terfikir sebenarnya Aminah sangat gentar, Dia pun takut hidup dicemuh manusia.

Sungguh! Tanyalah Aminah!

Aminah ni agak-agak berapa kali dia menangis sebabkan terkecil hati?
BErapa kali dia makan hati?
Berapa kalu dia terluka atas niat dia yang nak membangunkan orang yang mabuk kena syabu? eh eh
Sampaikan satu tahap si Aminah ni tak lagi menangis.

Rasa-rasa kerana apa Si Aminah ni masih tahan semua kata kesat orang?

"Wahai bunda, anakanda tak sanggup lagi menahan kata-kata orang bunda, Anakanda lemparkan mutiara, durian dibalasnya anakanda..." Kata Aminah dalam syahdu.

Wahai anakandaku Aminah,Kadangkala mungkin mutiara yang kamu bagi tu tak cukup silau. Mereka lempar kembali. Mungkin mutiara kamu bagi tak sempurna, mereka campak pergi. Mungkin mutiara kamu bagi belum digilap, mereka punggai(baling) kembali. Tapi ingatlah niat asal kamu, masih nak memberi mutiara. kalau dulu kamu melempar, mungkin kini kamu menghulur. Esok kamu memberi, lusa mana tahu kamu menerima kembali..

Apapun Aminah, Tuhan menilai usaha kamu, Tahukan kamu mutiara tetap mutiara walau ia disadur simen sekalipun. Yang mengetahui harganya saja akan menghargainya.

YANG TUAN EMPUNYA SAJA TAHU AKAN NILAINYA.

Berbuatlah sesuatu kerana Allah. Nescaya kamu tidak gentar, tidak gusar, dan tidak goyah wahai anakandaku" Nasihat ibunda.. Lalu Aminah mengangguk lesu. Namun dalam hatinya, api marak kembali untuk berdakwah.

ecewahh macam filem melayu klasik pulak kan.

kata ustaz kazim, aku sambung

"orang yang menyuruh kepada kebaikan, yang menegur kemungkaran, yang mengutarakan pandangan dipandang slack. Sampaikan ulama, ustaz pun takut nak bukak mulut takut-takut nanti dikeji masyarakat. Lagikan pulah rakyat marhain macam ana ni..... Kalau dia tak takut, dia takut anak bini saudara mara ibunda ayahanda dia turut sama rasa tempias.

Orang yang tak memegang pada agama boleh berbangga. Mengisytiharkan diri mereka di khalayak ramai, akan kemodenan dan kejahilan mereka (berbuat dosa dan berasa bangga)"

(aku tambah-tambah ja ucapan ustaz ni)

Sejauh mana aku pegang agama. Aku maybe pegang dengan tisu. Lapik-lapik bara api.
Sumpah aku tak berani nak sedaring si Aminah.

Baru ja disergah sebab menegur aku dah cuak rasa bersalah.
Alahai kerdilnya aku dalam nak pertahankan agama...
Agaknya campak aku kat medan Uhud nampak ja asap obor musuh aku dah lari lintang pukang.


Apapun the moral is.

Tak kiralah susah mana pun, sepanas mana pun bara api, jangan kita lepaskan.
Usaha kita dalam nak menjaga agama insyaAllah dinilai. Aku bukan siapa-siapa nak bercakap dalam hal ni.
aku pakai lesen human being ja.

p/s - jangan cepat melatah bila ditegur. sedangkan para nabi ditegur apatah lagi kita manusia biasa

wallahua'lam

Saturday, January 23, 2010

Persenyawaan Tak Normal

di edit sikit selepas 'aqilah kata susah nak faham. :)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ok rasa korang tau kan basic kejadian manusia??
Sperma dan ovum bercantum, lalu nucleus bersatu, bertukar-tukar kandungan genetik yang menentukan kita ni hidung kemek, ke mancung ke, muka \macam ayah ka mak ka..
dari 2 sel ia berkembang biak jadi 4, 16, dan terus berganda dan berganda.
sampai dia jadi bebola sel (morula), ia akan mula meleper dan menggulung. lalu terlipat lagi. dari satu-satu bahagian akan jadi tangan kaki kepala, satu satu bahagian jadi organ seks, jadi jantung, hati, dan lain-lain.... (rujuk gambarajah)



Subhanallah!

Namun bila Allah takdirkan proses persenyawaan ni, berlaku sikit accident...
Ada bahagian yang sepatutnya bercantum tak tercantum, tak berkembang..
jadilah cleft plate atau sumbing, spinal bifida etc.

so..

Kali ni nak cerita sedikit pasal HYDATIDIFORM MOLE

Apa tu HYDATIDIFORM MOLE?
Secara mudahnya, tumor yang terjadi bila persenyawaan ovum dan sperma tak sempurna.
(juga disebut false pregnancy/ molar pregnancy)
Macam mana?


1. COMPLETE HYDATIDIFORM MOLE
Bila ovum yang kosong tersenyawa dengan 2 sperma.

1 ovum membawa 1 kromosom X
dan sperma bawak kromosom X dan Y. (ok take point dulu. X untuk perempuan, Y untuk lelaki)

Kromosom X dari ibu ADALAH 1 KEMESTIAN dalam penghasilan bayi. (KALAU TAK ADA x TAK PANGGIL MANUSIA)
jadi bila ovum tu kosong, tak ada kromosom X ,
dan 2 sperma secara tetiba tersenyawa 1 telur yang sama..
tak ada pertukaran genetik dari ibu dan bapa, so tiadalah jasad manusia aka baby.

secara kasarnya, mole ni nampak macam biji-biji anggur atau malberi berisi cecair.
Selalunya perut si ibu akan lebih besar dari biasa.
Dan si ibu akan mengadu kat doktor ada ketulan-ketulan macam anggur keluar dari faraj.



2. PARTIAL HYDATIDIFORM MOLE
Bila ovum normal (ada kromosom X) tersenyawa dengan 2 sperma

So kalau dalam complete tadi, jadi anggur-anggur, dalam kes kedua ni, jadi separa baby separa anggur.


Seriously?


Yup, selalunya akan ada ciri-ciri baby, kurang sikit biji-biji anggur tu. Maybe dia dah ada sel hati, sel otak..

(remember i told you before an X chromosome from maternal is needed for a fetal development)
sayangnya fetus atau baby selalunya tak dapat survive jugak....

TAk macam dalam kes 1 tadi, partial mole ni, perut mak lebih kecik dari dijangkakan.
Fetus jugak mungkin ada banyak ketidaknormalan..

aku bayangkan maybe dia ada 4 tangan ke, perut berlubang ka, wallahua'lam..


kalau susah sangat, cuba bayangkan kamu nak buat kek.
dari awal sampai habis mesti kena perfect kan? kalau tidak nanti jadi tepung keras/bantat/lembik etc
dari awal tepung kena ayak untuk kek tu jadi lembut dan gebu,
telur kena betul kembang so nanti kek tu naik cantik.
ayak dengan baking powder sama rata so nanti kek tu tak senget sebelah
suhu kena betul so taklah kek berkerak/pecah

samalah,
dalam proses pembentukan bayi dalam jasad ibunda, segala apa mesti perfect.
Itu, di luar kawalan kita. Doalah banyak-banyak dekat Allah, Dia Maha Berkuasa.


Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:
"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya : "Jadilah!" Lalu jadilah ia." (QS.al-Baqarah {2}: 117).

Friday, January 15, 2010

Its been a year

I was at the library that time, revising bit about the hand before going to lab that evening.
A sms from KakJie put me in a vortex for a while.

"AlFatihah. Fatin Amira telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Dia dan ayahnya terlibat dalam kemalangan di Rawang."
( somewhat like that. i cant really remember)


The moment Allah take her away from us , is the moment Allah tested me with eternal loss


In schooldays. i wasn't really that close to her,
Well we have our own gang,
she with her own and I'm with mine,

but we do smile, do talk, do share stories.
We quarrel, gossip about each other, but alike sisters, that don't go for long.
We have our own way of forgetting mistakes and accepting others' weaknesses.

And when we do our matriculation years in Perak,
that was the time Allah bring us together closer.
I enjoyed the time she came to my room.
Gossipping and laughing with me and my roomies.
She gave me lot of 'entertainment' ;CD games, movies, videos, flash games,
Introduce me to lot of hotties. lol
She never forget me when it come to 'makanan dari kampung'
i still remember how she smiles, how she laughs.

she will bring along her PATRICK,
cuddled it up with Dayah's Spongebob.

How i missed her.
I like her being original. Being true to herself.
Her English was awesome. Never fail to impress people.

She always say ' Aku jahat jangan jadi jahat macam aku'
that of course come with tearful laughter.
She was bit nakal, tak jahat pun. tipu tipu hiperbola sungguh. lol

Ah, memories.

That day when Allah claim His promised to take her away,
i've never really prepared.


I've been crying hours that day. i went to my anatomy class with my brain filled with flashbacks.
You know, keep going on and on.
i closed my eyes, wish it was all damn stupid lie.

Waiting for sms telling us that all was simple misunderstanding,
she was alive, laughing on hospital bed at least.


There was pressure, on my chest, on my head.
i cant breath.
Then the tears come down. never tend to stop.

So that was it.

I cried my heart own, been sobbing all along,
chewing tissues to avoid extra 'noise'

in my anatomy lab class.

when they were observing cadaver, my woes of course, worsen.
All was imagination, you know.

But all i want to say is,

I never realized that i love her that much, until she was gone. Forever.

al-fatihah..
i guess i've been living in great fortune.
Allah do blessed me in a way, yes He do.

The number of people whom i care about,
being called back to where we come from,
countable.

All my grandparents are here, alive.
All my pak cik mak cik sedara sepupu sepapat also still living and breathing.
Also all my family members. My friends. My loved one.
Im not used to loss.

Being a physician, that is what i fear most of.

DEATH.

i admit, im incapable of handling the issue of death.
Im very weak at heart, no matter how strong i try to pull my breath in,
how hard i've been trying to cover my emotion and tears.
I failed. I cant visit my sick grandma and grandpa without shedding single tear.

I JUST CANT.

IF IM A DR ,I CANT JUST CRY IN FRONT OF PATIENTS (sooner or later, if im been given chance to live long enough)


The moment Allah take her away from us is moment Allah test my heart.


blogger-emoticon.blogspot.com

Budak Medic Tak Ada Life??

Hoho salah. salah sama sekali, dua kali pun salah lagi.

blogger-emoticon.blogspot.com

Let me tell you this.
KITA kena korbankan bla bla bla tu semua tipu belaka.
In fact KITA boleh ada hidup yang normal walau kamu super medikal student pun.

But (alamak ada tapi- tapi pulak)

Bergantung jugak kepada bagaimana kita 'LIFE'

Kalau life kita termasuk bershopping selang sehari, menonton wayang saban ada cerita baru, melayan komik 24 jam, berdating seminggu 14 kali, keluar 'kelumpur' di waktu lapang, join kelab orkestra, pergi kelabbing, bertafakur di masjid selama 23 jam sehari etc etc etc

MEMANG LA KAMU TAK ADA LIFE!

Cuba kita maksud "LIFE" dengan kehendak kehidupan kita, bukannya sekadar kehendak nafsu.

blogger-emoticon.blogspot.com

merujuk kepada si Abdullah (sila cari lam archive)

Si Abdullah setelah berubah dia perasan dia sudah tak ada masa nak melayan hobinya melayan anime jepun.
Ya lah, kalau dalam 1 malam,
dia kena baca nota hyperthyroid, hypothyroid, pituitary disease, breast cancer benign malignant, fibroid, clinical, diagnostic test, complications, risk factor blablablabla
dari pagi dia pukul 8 sampai 5 petang dia kelas. balik nak bersukan, bertidur-tiduran, berehat-rehatan,
malam ada la baki berapa jam....
kalau 2 jam dia ambil masa nak melayan hobi,
bermaksud dia kena korbankan mungkin 1 topik nota dia.
bermaksud dia telah membazirkan lebih kurang 2 jam ka, 3 jam ka bergantung pada cerdik pandai otak dia,
untuk buat benda yang pasti dia kena cari balik 2, 3 jam untuk baca balik nota.
esok dia kena baca nota lain pulak. pasal ubat, oxytocin, herpes simplex, bacteria blablablabla
dengan tutorialnya lagi, praktikal lagi.

kalau Abdullah masih tegar dengan kehendak dunianya, agaknya apa nak jadi pada pelajarannya?

Lain lah Abdullah supergenius sekali kerling nota dia dah tangkap semua
Tak pun dia ada khadam-khadam yang boleh tilikkan dia soalan periksa

Jadi

Kamu yang baca ni, medikal atau tidak, fikirkan balik apakah kehendak nafsu kamu, selaras dengan keperluan dunia kamu?

dah balance list kamu?

kamu tilik balik, mana letaknya akhirat dalam list kamu??

Thursday, January 07, 2010

Yay Menanggg



yay entry saya AKU DIA DAN KAMERA memang second place!!!

thanks dawie, and thanks umiharizahin sebab bagitau saya.
then thanks to nik jugak sebab bagitau dalam facebook

yay btw esok test endocrine module. prays for abdullah, eh for me tauu!!

Wednesday, January 06, 2010

Yay Abdullah Lulus PEriksa!

dah baca KISAH ABDULLAH YANG DAH BERUBAH?

Ingat lagi tak dia?

Berita baik, Abdullah lulus periksa kali ni.
blogger-emoticon.blogspot.com

Alhamdulillah.

Walau result dia tak berapa bagus, tapi its a good start kan.


Abdullah dah janji nak berubah. Mudahan Allah permudahkan bagi dia jalanNya.

Kamu pun doakan si Abdullah ya?
blogger-emoticon.blogspot.com
dorong dia ke arah positif.

Bila dah terjatuh, ada yang akan bangun dengan gagahnya, ada yang akan fobia, takut nak bangun kembali. ada yang tak berhenti bangun dan cuba berlari ada yang terus duduk tak mahu berdiri ada yang perlahan-lahan merangkak Apapun jangan berhenti mencuba. ' Man jadda wa jada'

P/s dia kirim salamblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, January 02, 2010

Kisah Abdullah Yang dah Berubah

Hari ni ana (saya) nak bercerita dengan ante (anda) semua.

Kisah Abdullah (hamba Allah) Yang Dah Berubah


"Abdullah, kenapa ante sekarang sudah tidak bijak seperti ante dolu-dolu?" Tanya sahabat Abdullah, si Lurus Bendul. (memang lurus bendul punya soalan)



Bukan apa, si Lurus Bendul lihatkan balik pencapaian si Abdullah ni dari sekolah rendah. Abdullah merupakan murid kegemaran cikgu-cikgu semasa dia sekolah rendah. Asalkan ada soalan, pasti Abdullah dapat menjawabnya. Kalau pun salah, sipi- sipi betul mesti ada punya. Kadangkala si Abdullah sendiri akan soalan yang cikgu tak pernah terfikir pun. Abdullah budak cerdik. Tiap kali periksa dia dapat top 3. sebab dia tak dapat nombor 1? Dia terlupa nak jawab soalan mukasurat belakang sekali. Huisy tererlah abdullah!!
Dan seperti biasa, Abdullah juga cemerlang di sekolah menengah. Abdullah walaupun tak dapat top 3, dia dapat top 30. Dari ratusan orang yang sama tingkatan, pandailah tu Abdullah kan? PMR Abdullah score semua A. Ada berapa A ana tak ingatlah pulak. Kemudian SPM, Abdullah score kurang 1 A dari semua A. Tapi hebatlah kan? Semua A abdullah A1, yang tak A, B. Abdullah senyum, dia sebut alhamdulillah. Abdullah nak jadi doktor lulusan oversea. Tapi kerana keputusan SPM dia tak cukup A, Abdullah tak dapat keluar negara belajar

"tak apalah Abdullah, jadi dokter dalam negara pun bagus"
kata orang pada Abdullah....

Jadi Abdullah teruskan perjuangan. Dia ke Matrikulasi pulak. Abdullah masih lagi cemerlang, walau tak terbilang. Tapi Abdullah tak dapat 4 flat. dia hanya dapat separa flat kos rendah. hehe dengan result matrik, dapatlah si Abdullah ni ke jurusan yang dia idamkan. DOKTERR!! ALhamdulillah, kata hati Abdullah. Lalu dia melangkah ke universiti, belajar jadi dokter. Di universiti, Abdullah tak lagi cemerlang. Dia dah jadi harimau belang. eh?!

Lalu berbalik pada soalan si Lurus Bendul tadi, Abdullah telah dibawa ke dunia flashback dalam lamunannya sendiri...

Sewaktu darjah 1, Hari ni Abdullah terima buku teks. Dia sangat gembira. Lalu dia bawa buku balik, dan dari petang sampai ke malam, dia baca buku teks. Hatinya sangat gumbira, banyak benda baru dia dapat. Sebabkan tak cukup siang malam, bila tidur, dia bawa buku teks masuk kelambu. Bila lampu tutup, dia buka torchlight, sambung baca Sampai begitu sekali minat si Abdullah ni nak belajar? ish ish ishhh

Dan samalah jugak keadaannya sampai Abdullah darjah enam.
Bila masuk sekolah menengah, Abdullah masuk asrama. Dapat katil atas. Jadi tak dapat dia angkut buku teks lagi. Lagipun asrama berhantu. Abdullah takut malam-malam kalau tak tidur nanti dengar nenek kebayan menyanyi. Siang hari Abdullah tidur dalam kelas. Abdullah seronok dengan dunia barunya. Abdullah tak lagi berkepit dengan buku teks. Dia dah ada teman baru, shin chan, kreko, penyiasat remaja. jadi Abdullah buka buku teks bila nak buat kerja rumah dan nak periksa sahaja. Abdullah masih score dalam peperiksaan. Tak ada masalah.

Masuk tingkatan atas. Abdullah jadi biul sedikit belajar matematik tambahan.
"uiii susahnya mat tambah ni ya." jadi Abdullah terus malas. Kerjanya meniru kerja kawan si Amatrajin. Amatrajin ni pun baik, biarkan si Abdullah salin kerja sekolahnya. Kali ni, Abdullah hanya pegang buku teks dan buku rujukan bila esoknya periksa sahaja. Namun result Abdullah, kecuali mat tambah, maintain aja... Lalu teruslah Abdullah hanyut di buai arus.

Bila matrik, Abdullah rajin sikit. Dia tak bengap mat tambah lagi dah. Tapi dia makin malas, makin malas, makin malas. Makin tak mahu baca buku, makin suka main-main. Dia dah ada laptop. Lalu dia campak bku bawah katil, dan baring atas katilnya layan one piece..

Bila di universiti, Abdullah masih begitu.
Dia tahu dokter tu susahhh susahh. Berkali-kali pensyarah ingatkan dokter tu susahhh. Dia tetap bolayan.
Malah makin teruk. Langsung dia tak suka ulang kaji. Apa nak jadi kamu ni Abdullah....

Sampailah satu hari, dia dapat angin seru, mungkin lepas baca blog ini tentang entry Struggle sikit dalam cari Makna Hidup, Boleh?




Lalu katanya pada si Lurus Bendul, "aku dah dapat jawapannya. Terima kasih Allah!"



Dengar cerita, si Abdullah kini dah makin positif,
Dia berusaha nak berubah. Dia jumpa kawan yang ambil berat padanya, (terima kasih kawan Abdullah) walaupun dia tidak lagi top scorer, (mungkin kerana otak dia dah berkarat) dia tidak lagi take things for granted. Dia masih setia berkepit dengan laptopnya, tapi ada masa dia berdating dengan buku pula. (susah berbini dua ni ya?)

Dalam cerita si Abdullah,
Dia berkali-kali berubah, kan? Ke arah keburukan pun ya ke arah kebaikan pun ya

apapun sama-sama kita doakan kejayaan Abdullah, dunia dan akhirat. Amin..

Kesimpulannya, Kenapa saya tak score dalam peperiksaan? Kenapa keputusan/result exam saya makin teruk? Kenapa saya lemah dalam pelajaran? Mengapa dulu saya pandai, sekarang saya tidak? Kenapa saya belajar tapi tak pandai?
Apa rahsia score dalam pelajaran? JAWAPANNYA :

1. IT IS YOUR OWN ATTITUDE
2. THE AMOUNT OF HARDSHIP YOU ARE WILLING TO ENDURE 3. RELATIONSHIP BETWEEN YOU AND THE ONE AND ALMIGHTY
( did you ever pray to Him? If you do, it is enough? Do you really assimilate the religion in your daily life?)
think babe think...

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena