Saturday, January 02, 2010

Kisah Abdullah Yang dah Berubah

Hari ni ana (saya) nak bercerita dengan ante (anda) semua.

Kisah Abdullah (hamba Allah) Yang Dah Berubah


"Abdullah, kenapa ante sekarang sudah tidak bijak seperti ante dolu-dolu?" Tanya sahabat Abdullah, si Lurus Bendul. (memang lurus bendul punya soalan)



Bukan apa, si Lurus Bendul lihatkan balik pencapaian si Abdullah ni dari sekolah rendah. Abdullah merupakan murid kegemaran cikgu-cikgu semasa dia sekolah rendah. Asalkan ada soalan, pasti Abdullah dapat menjawabnya. Kalau pun salah, sipi- sipi betul mesti ada punya. Kadangkala si Abdullah sendiri akan soalan yang cikgu tak pernah terfikir pun. Abdullah budak cerdik. Tiap kali periksa dia dapat top 3. sebab dia tak dapat nombor 1? Dia terlupa nak jawab soalan mukasurat belakang sekali. Huisy tererlah abdullah!!
Dan seperti biasa, Abdullah juga cemerlang di sekolah menengah. Abdullah walaupun tak dapat top 3, dia dapat top 30. Dari ratusan orang yang sama tingkatan, pandailah tu Abdullah kan? PMR Abdullah score semua A. Ada berapa A ana tak ingatlah pulak. Kemudian SPM, Abdullah score kurang 1 A dari semua A. Tapi hebatlah kan? Semua A abdullah A1, yang tak A, B. Abdullah senyum, dia sebut alhamdulillah. Abdullah nak jadi doktor lulusan oversea. Tapi kerana keputusan SPM dia tak cukup A, Abdullah tak dapat keluar negara belajar

"tak apalah Abdullah, jadi dokter dalam negara pun bagus"
kata orang pada Abdullah....

Jadi Abdullah teruskan perjuangan. Dia ke Matrikulasi pulak. Abdullah masih lagi cemerlang, walau tak terbilang. Tapi Abdullah tak dapat 4 flat. dia hanya dapat separa flat kos rendah. hehe dengan result matrik, dapatlah si Abdullah ni ke jurusan yang dia idamkan. DOKTERR!! ALhamdulillah, kata hati Abdullah. Lalu dia melangkah ke universiti, belajar jadi dokter. Di universiti, Abdullah tak lagi cemerlang. Dia dah jadi harimau belang. eh?!

Lalu berbalik pada soalan si Lurus Bendul tadi, Abdullah telah dibawa ke dunia flashback dalam lamunannya sendiri...

Sewaktu darjah 1, Hari ni Abdullah terima buku teks. Dia sangat gembira. Lalu dia bawa buku balik, dan dari petang sampai ke malam, dia baca buku teks. Hatinya sangat gumbira, banyak benda baru dia dapat. Sebabkan tak cukup siang malam, bila tidur, dia bawa buku teks masuk kelambu. Bila lampu tutup, dia buka torchlight, sambung baca Sampai begitu sekali minat si Abdullah ni nak belajar? ish ish ishhh

Dan samalah jugak keadaannya sampai Abdullah darjah enam.
Bila masuk sekolah menengah, Abdullah masuk asrama. Dapat katil atas. Jadi tak dapat dia angkut buku teks lagi. Lagipun asrama berhantu. Abdullah takut malam-malam kalau tak tidur nanti dengar nenek kebayan menyanyi. Siang hari Abdullah tidur dalam kelas. Abdullah seronok dengan dunia barunya. Abdullah tak lagi berkepit dengan buku teks. Dia dah ada teman baru, shin chan, kreko, penyiasat remaja. jadi Abdullah buka buku teks bila nak buat kerja rumah dan nak periksa sahaja. Abdullah masih score dalam peperiksaan. Tak ada masalah.

Masuk tingkatan atas. Abdullah jadi biul sedikit belajar matematik tambahan.
"uiii susahnya mat tambah ni ya." jadi Abdullah terus malas. Kerjanya meniru kerja kawan si Amatrajin. Amatrajin ni pun baik, biarkan si Abdullah salin kerja sekolahnya. Kali ni, Abdullah hanya pegang buku teks dan buku rujukan bila esoknya periksa sahaja. Namun result Abdullah, kecuali mat tambah, maintain aja... Lalu teruslah Abdullah hanyut di buai arus.

Bila matrik, Abdullah rajin sikit. Dia tak bengap mat tambah lagi dah. Tapi dia makin malas, makin malas, makin malas. Makin tak mahu baca buku, makin suka main-main. Dia dah ada laptop. Lalu dia campak bku bawah katil, dan baring atas katilnya layan one piece..

Bila di universiti, Abdullah masih begitu.
Dia tahu dokter tu susahhh susahh. Berkali-kali pensyarah ingatkan dokter tu susahhh. Dia tetap bolayan.
Malah makin teruk. Langsung dia tak suka ulang kaji. Apa nak jadi kamu ni Abdullah....

Sampailah satu hari, dia dapat angin seru, mungkin lepas baca blog ini tentang entry Struggle sikit dalam cari Makna Hidup, Boleh?




Lalu katanya pada si Lurus Bendul, "aku dah dapat jawapannya. Terima kasih Allah!"



Dengar cerita, si Abdullah kini dah makin positif,
Dia berusaha nak berubah. Dia jumpa kawan yang ambil berat padanya, (terima kasih kawan Abdullah) walaupun dia tidak lagi top scorer, (mungkin kerana otak dia dah berkarat) dia tidak lagi take things for granted. Dia masih setia berkepit dengan laptopnya, tapi ada masa dia berdating dengan buku pula. (susah berbini dua ni ya?)

Dalam cerita si Abdullah,
Dia berkali-kali berubah, kan? Ke arah keburukan pun ya ke arah kebaikan pun ya

apapun sama-sama kita doakan kejayaan Abdullah, dunia dan akhirat. Amin..

Kesimpulannya, Kenapa saya tak score dalam peperiksaan? Kenapa keputusan/result exam saya makin teruk? Kenapa saya lemah dalam pelajaran? Mengapa dulu saya pandai, sekarang saya tidak? Kenapa saya belajar tapi tak pandai?
Apa rahsia score dalam pelajaran? JAWAPANNYA :

1. IT IS YOUR OWN ATTITUDE
2. THE AMOUNT OF HARDSHIP YOU ARE WILLING TO ENDURE 3. RELATIONSHIP BETWEEN YOU AND THE ONE AND ALMIGHTY
( did you ever pray to Him? If you do, it is enough? Do you really assimilate the religion in your daily life?)
think babe think...

6 comments:

  1. bagus betul entri ni..

    terasa aku..hahaha

    ReplyDelete
  2. very nice story. kna kt muke sendiri btubi2..huhu..thanks for the reminder.

    ReplyDelete
  3. hah sapa makan cabai dialah kena aappendiks.

    glad that u like it

    :D

    ReplyDelete
  4. keep it up!!!
    gud luck..

    ReplyDelete
  5. terbaek dari ladang...thumbs up!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena