Saturday, January 23, 2010

Persenyawaan Tak Normal

di edit sikit selepas 'aqilah kata susah nak faham. :)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ok rasa korang tau kan basic kejadian manusia??
Sperma dan ovum bercantum, lalu nucleus bersatu, bertukar-tukar kandungan genetik yang menentukan kita ni hidung kemek, ke mancung ke, muka \macam ayah ka mak ka..
dari 2 sel ia berkembang biak jadi 4, 16, dan terus berganda dan berganda.
sampai dia jadi bebola sel (morula), ia akan mula meleper dan menggulung. lalu terlipat lagi. dari satu-satu bahagian akan jadi tangan kaki kepala, satu satu bahagian jadi organ seks, jadi jantung, hati, dan lain-lain.... (rujuk gambarajah)



Subhanallah!

Namun bila Allah takdirkan proses persenyawaan ni, berlaku sikit accident...
Ada bahagian yang sepatutnya bercantum tak tercantum, tak berkembang..
jadilah cleft plate atau sumbing, spinal bifida etc.

so..

Kali ni nak cerita sedikit pasal HYDATIDIFORM MOLE

Apa tu HYDATIDIFORM MOLE?
Secara mudahnya, tumor yang terjadi bila persenyawaan ovum dan sperma tak sempurna.
(juga disebut false pregnancy/ molar pregnancy)
Macam mana?


1. COMPLETE HYDATIDIFORM MOLE
Bila ovum yang kosong tersenyawa dengan 2 sperma.

1 ovum membawa 1 kromosom X
dan sperma bawak kromosom X dan Y. (ok take point dulu. X untuk perempuan, Y untuk lelaki)

Kromosom X dari ibu ADALAH 1 KEMESTIAN dalam penghasilan bayi. (KALAU TAK ADA x TAK PANGGIL MANUSIA)
jadi bila ovum tu kosong, tak ada kromosom X ,
dan 2 sperma secara tetiba tersenyawa 1 telur yang sama..
tak ada pertukaran genetik dari ibu dan bapa, so tiadalah jasad manusia aka baby.

secara kasarnya, mole ni nampak macam biji-biji anggur atau malberi berisi cecair.
Selalunya perut si ibu akan lebih besar dari biasa.
Dan si ibu akan mengadu kat doktor ada ketulan-ketulan macam anggur keluar dari faraj.



2. PARTIAL HYDATIDIFORM MOLE
Bila ovum normal (ada kromosom X) tersenyawa dengan 2 sperma

So kalau dalam complete tadi, jadi anggur-anggur, dalam kes kedua ni, jadi separa baby separa anggur.


Seriously?


Yup, selalunya akan ada ciri-ciri baby, kurang sikit biji-biji anggur tu. Maybe dia dah ada sel hati, sel otak..

(remember i told you before an X chromosome from maternal is needed for a fetal development)
sayangnya fetus atau baby selalunya tak dapat survive jugak....

TAk macam dalam kes 1 tadi, partial mole ni, perut mak lebih kecik dari dijangkakan.
Fetus jugak mungkin ada banyak ketidaknormalan..

aku bayangkan maybe dia ada 4 tangan ke, perut berlubang ka, wallahua'lam..


kalau susah sangat, cuba bayangkan kamu nak buat kek.
dari awal sampai habis mesti kena perfect kan? kalau tidak nanti jadi tepung keras/bantat/lembik etc
dari awal tepung kena ayak untuk kek tu jadi lembut dan gebu,
telur kena betul kembang so nanti kek tu naik cantik.
ayak dengan baking powder sama rata so nanti kek tu tak senget sebelah
suhu kena betul so taklah kek berkerak/pecah

samalah,
dalam proses pembentukan bayi dalam jasad ibunda, segala apa mesti perfect.
Itu, di luar kawalan kita. Doalah banyak-banyak dekat Allah, Dia Maha Berkuasa.


Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:
"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya : "Jadilah!" Lalu jadilah ia." (QS.al-Baqarah {2}: 117).

2 comments:

  1. sikit pening...tq for the info..

    ReplyDelete
  2. 'aqilah tebiat, bukan kau budak straight A's ke ?
    hehe aku buat citer,
    hehe.
    dahsyat tul kau ley tak faham..

    nadz,
    gambar itu sangat memeningkan..
    sungguh realiti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena