Wednesday, January 14, 2009

sebuah kehilangan..



bukan mudah untuk aku menulis post ni. tambahan pula melibatkan insan yang bergelar kawan yang pernah sama-sama berkongsi gelak ketawa dan membesar bersama.
aku gagahkan juga menulis post ni buat tatapan kawan2 aku semua.


semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin..



Perjalanan Akhir Seorang Ayah dan Anaknya...
Km 436-3
Lebuhraya Utara Selatan
Rawang
Selangor
14 Jan 2009

Seorang Penuntut Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, maut bersama bapanya setelah terbabit dalam kemalangan jalanraya pagi tadi.
Mereka dalam perjalanan dari Kangar Perlis menuju Shah Alam apabila kereta dinaiki merempuh sebuah treler yang rosak.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 8-30 pagi tadi di Kilometer 436-3 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kawasan Rehat rawang arah Selatan.
Mangsa, Fatin Amira , 20 tahun dan bapanya, Faudzli Ariffin 45 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. Kereta dipandu bapanya terperosok di bawah treler membawa muatan zink ini. Tiada kesan brek ditemui.
Treler ini dari Sungei Petani menuju Klang apabila pemandunya tiba-tiba mengesan kerosakan pada trelernya. Dia kemudian memberhentikannya di lorong kecemasan sebelum susur ke kasawan Rehat Rawang.
Bagaimanpun, pemandu terbabit terkejut apabila tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu laju terus merempuh belakang kenderaannya. Akibatnya, kedua-dua beranak ini tersepit di tempat duduk.
ANggota bomba dari Balai Rawang mengambil masa kira-kira sejam bagi mengeluarkan mayat kedua-dua mereka.

Fatin Amira merupakan penuntut cemerlang politeknik dan mengambil jurusan Diploma Penyelenggaraan Pesawat.

Mereka menetap di jalan Sekolah Kebangsaan Abi, Kangar, Perlis..

Saksi kejadian diminta menghubungin polis bagi membantu siasatan.










Pegawai Penyiasat:
Insp Hairina Zakaria
Balai trafik IPD Gombak
03-61262222 samb 2244


more on http://ondscene.blogspot.com/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=383748

3 comments:

  1. salam,

    alfatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  2. rindu dea..
    rindu kamu..
    rindu suma..
    kawan2~!
    syg anda suma!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena