Thursday, December 24, 2009

Struggle sikit dalam mencari makna hidup, boleh?

Tapi tak jugak bermaksud apa yang kita dapat free free kita tak payah hargai.

Tajuk hari ini ialah salah satu benda vital dalam hidup yakni 'usaha'

Ini adalah satu pengajaran yang Allah bagi direct dekat aku. Aku nak share dengan kamu.

Tahu tak kamu Tuhan tu sentiasa berbicara dengan kita?
(ini adalah satu kiasan atau analogi, bukan dari Quran atau hadis, kalau ada bagitau, aku tak tahu)
Apa segala yang terjadi pada diri kita ni satu bentuk dialog Tuhan dengan Hamba Nya.


"Ok nadz thats lame. People repeat that 1000 times when u are in vain. Shhhhh!"


I mean it people. That is why i put life got story as my blog name. ya agak lame.


teringin jugak nak guna nama yang poyo dan cheeky macam 'selipar jamban', 'akudanhanturaya','akusigadispoyo'

haha lol sungguh tak tipu


Contoh 1
Aleya (nama sebenar) merupakan penganut kristian suatu masa dahulu. Tapi di berikan hidayah oleh Allah, dia kini memeluk Islam. Apa yang menariknya, dalam 1 batch Aleya sewaktu sekolah menengah yang 99% Islam sejak beranak tu, Aleya adalah satu-satunya orang yang bertudung labuh. Yang lain bertudung sedang2, bertudung fesyen, tak bertudung dan bertudung biskut. Bertudung saji juga ada, tidak terkecuali.
Kenapa si Aleya yang kenal Islam dari kecik tapi mendalami Islam dari umur 17 tahun, memilih menutup aurat dengan sempurna padahal yang lain2 tu diberikan Allah kesempatan mengenal dan mendalami islam sejak umur 1 hari lagi, tak reti-reti nak tutup aurat dengan sempurna? Ok sangat pedas kan? Makanlah cabai banyak-banyak, nanti ulcer perut baru tahu.

Sesungguhnya seseorang ini sangat menjelesi si Aleya. Seumur 17 dia mula dengan Islam dalam keadaan putih suci seperti baby padahal yang lelain mengumpul dosa sejak baby. Dan secara zahirnya (dalaman dia, dosa pahala dia wallahua'lam) macam dialah si penimba Ilmu sejak lahir.
Makin tua padi makin tunduk, tanda makin berisi.
Kalau kata orang maksudnya makin banyak ilmu.
Ini makin tua, ilmu agama makin tak guna. Bukan makin sikit, sebab aku percaya ilmu tu tak kemana.
cuma lupa makan semut banyak sangat?

"eleh Aleya tu dapat hidayah. memanglah dia boleh macam tu..Untung!"

Tahu tak kamu tu hidayah buleh dapat dalam 2 cara (kot?)
1. mintak kat si pemberi
2. memang free gift dari Tuhan
3. usaha (eh kata 2?)

So kamu ada mintak tak?

Hidayah sentiasa ada, kalau kamu cari. Tengok pokok, langit, jalan tar, mat bangla pun dah buleh jadi hidayah.
Kamu rasa kalau si Aleya ni terdetik di hati dia nak kenal Islam, tapi dia tak pernah try nak bukak mulut tanya pasal ISLAm dekat ustazah atau kawan-kawan,
atau bukak buku tafsir, dia nak masuk Islam tak skang?
Wallahua'lam. Allah yang menentukan segalanya. Apa yang Dia Kehendakkan Pasti Terjadi Kerana Dia Yang Maha Berkuasa.

Dalam hidup ni, kiri kanan ada kiasan-kiasan, cerita kiri kanan yang kamu boleh ambik iktibar,
Cuma kamu nak berfikir tentangnya atau tidak

:beza si cerdik dan si pandai ialah kekerapan mereka berfikir: bukan membaca buku tau. sekeh kang

Usaha ni bukan maksud kamu nak beli gitar kamu kumpul duit dengan keberja sambilan, merompak bank etc etc etc sahaja
tapi usaha ni jugak tertakluk pada sejauh mana kehendak kamu terhadap sesuatu.

Contoh 2
Kamu tak faham, kenapa la Mak Cik Bedah suka pakai baju kaler merah.
Jadi kamu buatlah hipotesis yang Mak Cik Bedah mungkin sukakan kaler merah/daring/nak attention lebih/perasan cun/etc etc etc
Tapi kamu, tak pernah nak merisik dekat pak cik Mael, suami Mak Cik Bedah tu, apa sebab bini dia suka pakai baju kaler merah.
Jadi seumur hidup kamu hidup dengan persepsi yang kamu adakan sendiri.
kAlau positif, oklah. Untunglah Mak Cik BEdah dan Kamu.
Kalau negatif?
Sampai mati kamu simpai anggapan Mak Cik BEdah Pakai kaler merah sebab dia attention whore. Sian Mak Cik BEdah

Sampai satu masa, kamu terdapat tahu, Mak Cik Bedah pakai baju kaler merah sebab tu kaler kesukaan Pak Mael. Nak amek hati laki.
Sampai masa tu, Mak Cik Bedah dah tak pakai merah dah, dia pakai putih (dah mati)
nAK gali kubur mintak ampun?

Kesimpulannya

Kalau kamu tak faham/tak tahu tentang sesuatu dalam hidup kamu, usahakanlah mencari jawapannya

Jangan kamu angkuh ego bodoh sombong perasan betul riak dengan amal sendiri
Jangan kamu simpan buruk sangka kamu tu, takut berulat dalam hati, jadikan hati kamu tu busuk
Jawapan tu Tuhan tak bagi macam skema exam,
kadang-kadang dia bagi pelan pelan, kadang-kadang kamu dapat jawapan la la tu jugak (on the spot)
Kadang-kadang kamu boleh tanya orang, kadang-kadang kamu kena hadam sendiri
kadang-kadang kenyataan tu pedih , kadang-kadang manis

Apapun always back to the basic. To ALLAH THE ONE AND ALMIGHTY.


p/s : tertakluk pada terma dan syarat

warning : peringatan pada diri sendri

5 comments:

  1. betul tu.
    benda yg kita dpt hasil usaha sendiri ada lebih nilai sentimental.
    dats y kita lebih hargainya.

    ReplyDelete
  2. bila kita dah berusaha, kita akan hargai lebih sebb kita dah bersusah payah buat...

    ReplyDelete
  3. betollll.
    usaha tangga kejayaan.
    hahaha.
    same la ngan gua ni tengah usaha nak wat report.

    T____T

    ReplyDelete
  4. hey. this is a very good post. been a while since i laser anyone like this. maybe i should do it again, haha. =)

    true, mana ada benda dtg percuma dlm dunia ni. that's basic knowledgelah!

    btw,

    new chapter's out!

    http://scribbledmaxness.blogspot.com/

    drop by~!

    ReplyDelete
  5. thanks all. ni peringatan untuk diri sendiri once a while bila agak2 nak lupa diri, boleh bukak balik.

    teacher, i always love your story. tapi napa bukak blog lain eh?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena