Sunday, February 28, 2010

Beriadah ke Bermaksiatan?


hidup sekarang bukan susah nak buat dosa kan? tsk nauzubillah...

Waktu cuti raya cina aritu, adalah kami-kami pi Ayaq Terjun Titi Hayun, Yan Kedah,
First time nak ke sana, agak excited la jugak.
Dalam keta siap nyanyi-nyanyi lagi. ya lah semangat nak bakar ayam sotong.
Tapi bila ja sampai...




sampah..



sampah..



sampah-sampah..



lagi lagi sampah...



menyampah!


dan ada pulak tayangan bonus. Percuma saja. tapi tak sesuai untuk budak bawah umur, takut buta biji mata.




yang depan tu mengarut buat pelampung daun pisang. abaikan saja. tengok belakang tu.



entahlah ada hubungan halal ke tidak. belangkas semuanya



main percik-percik pulak..



adik tu menganga tengok gelagat akak abang .

Sharing is caring,
kalau depa tak malu biaq kita tolong malu kat depa kan?


blogger-emoticon.blogspot.com

terfikir jugak kenapa kerajaan atau apa-apalah yang bertanggungjawab, tak jaga tempat ni betul-betul.
Allah bagi free, kita rosakkan. takkan nak kena charge untuk masuk air terjun baru nak perelokkan ka?
Manusia pun 1, tau berkelah, tak tau nak kemas balik. Bukan susah nak pungut sampah sendiri. Pampers anak pun di tinggalkan.
Malulah orang Kedah.


Kalau sekor-sekor belangkas tu kena saman,
agaknya duit hasil saman dah boleh bina pusat latihan kemahiran untuk budak-budak kedah belajar cari makan
tak pun buat pusat pembiakan landak ka, rusa ka.. boleh jual dan makan hasil
kalau lah kerajaan upah orang bersihkan tempat tu, hilang 5% masalah mak ayah tak cukup duit nak kasi anak belanja buku sekolah

habis, paling senang, suruh ja belangkas-belangkas tu kutip sampah.
lepas tu kasi surat nikah.

p/s - nak cecah air pun tak sanggup

GAMBAR PALING ATAS TU, CUBE KAMU ZOOM, NAMPAK APA?

13 comments:

  1. jap kte x tau ape yg nadz nak suruh tgk kat gmbr ats tu. tp huahuahua...*gelak guling2. sebijik cam belangkas. "ayang, u peluk la i dr blakang. kte main blangkas2." hahahah....
    ish2.. takot btambah lak populasi malaysia lg 9 bln 10 hr kalo camni.
    nauzubillah...

    ReplyDelete
  2. rabun aku tengok gambar pertama baru gerak baca lain. apakah itu? orang baling pampers anak apa? astagfirullah hal azim =.=

    haishh, dunia sekarang memang. Kita yang ada iman ingat Allah ni kena buat something supaya orang perasan. Takut aku kiamat nak dekat ni =.=

    ReplyDelete
  3. mandi bersama? lelaki perempuan ?

    ReplyDelete
  4. tanak tgk tanak tgk. ho ho.
    haritu naik kereta, ada org dkt kereta dpn kte, dia bukak tingkap n baling tin.
    huuu, zalim2222

    ReplyDelete
  5. aku pernah terlibat dalam mandi campur, sumpah aku tobat..
    geli sey.
    bukan apa..
    dorang tu macam menjengkelkan..especially couple.

    sakit mata den.
    aku of course la layan diri kan..
    takkanlah aku nak melekat dengan sesiapa je..

    aku hampir kena sesuatu,
    sebab dalam air kan..
    nasib kaki aku macam itik sikit..
    terkedek-kedek aku ke darat.

    ReplyDelete
  6. anonymous,
    belangkas pandai gak cari port gelap. malu..

    zala wajik,
    dorang main kuda air. haha haisyh

    aqilah
    nak cuci daki mudah agaknya (berfikiran positif)

    kimah,
    tutup mata. budak bawah umur. haha
    huhu seb bek x calar keta...

    tia,
    aku pun pernah dulu. tua-tua ni barulah perasan buruk benar ( plus dosa)

    haha kaki cam itik. lol haha (sambil bayang)

    ReplyDelete
  7. berkelah cukup suka..
    tapi sekeliling tak pandai jaga..
    nie sebab kurang kesedaran sivik la nie..
    macam mana kalau pelancong mai tengok..malu seh

    ReplyDelete
  8. Cun gileerrr...

    Pokok dlm gambar tulah, bukan minah percik-percik..

    ReplyDelete
  9. betul. patut kna saman sape buang sampah. xdela semak sgt msia ni. :(

    ReplyDelete
  10. akmal,
    memang rtu ada pelancong datang. alahai sedihnya, malu pun ada..

    apis,
    hang memang xtraordinary. haha

    munsyi sama,
    janji letak saman mahal-mahal. :)

    ReplyDelete
  11. huhu.. sbb tu kte tak suke tempat mandi terbuka ni..
    name pon da terbuka..
    bek cari sungai yg belom penah org datang.
    lg best

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena