Sunday, February 21, 2010

Rumah Madu, Kuala Nerang




Minggu ni ada melawat rumah madu di pekan Kuala Nerang. Ingat nak beli madu.
Madu kan ubat segala penyakit kecuali mati. manatau leh ubatkan sakit malas. hehehe

Nak share gambar kat sana. ini quick trip ja.. :)




sebotol RM19.












botol besar ni RM45



kakak kaunter yang cun



sebelah dia, ada bangunan tempat proses madu.

tapi entah napa, madu ni rasanya masam sikit.
asalnya dari pokok tualang di pedu.

Nak share sikit pengalaman dengan madu ni.
Saya ni pre-gastric. haha suka hati ja letak nama.
Kalau lambat makan, salah makan, mesti bahagian perut dan abdomen rasa bengkak, sakit, angin sumalah,
dah dalam sebulan gak lah camni. nak gi doktor, malas. kena ada masa dan duit lagi.
mungkin sebab stress. sebab kat rumah, cuti ni saya sihat walafiat ja. makan lambat, pedas steady lagi.
bak kata doktor, sebab stress ni, penyakit yang tak ada pun buleh jadi ada.
so entah mengapa satu ari rasa nak try makan madu.
bila makan, seminggu tu.perut x buat kacau pulak.
bila stop, jadi balik.
ada terbaca yang madu ni boleh meneutralkan kandungan acid perut.mungkinlah sebab tu jugak.
tapi bolehlah sesapa yang ada masalah sakit perut, ni cuba makan. mnetau baik kan?

*blog dah capai 100 followers!! terima kasih semua yang susah-susah follow. ahaha
Berapa percent yang buat return visit dan tinggal komen? ayoyoo T_T
my fault gak tak selalu nak berkunjung dah, masa dah tak lapang sangat macam dulu. T_T

so terima kasih jugak kepada pembaca hantu (silent readers) , pengomen tetap seperti zala dan tia. :) semoga terus membaca di sini.

maaf tak selalu dapat visit. selalu jenguk di google readers ja. bila ada tyme, ada internet laju baru lah nak komen.. :)) InsyaAllah lepas ni saya usahakan selalu jenguk k.

5 comments:

  1. tak suka madu walau banyak khasiat...terlalu manis...:)

    ReplyDelete
  2. macam penah nampak madu ni dlm nona.. huhu..

    ReplyDelete
  3. mesti sedap..
    we!!!!
    nak.........................
    letak kat bibir boleh jadi merah semula jadi..
    suka madu :)

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak turun kuala nerang.. Dulu study sana. Kolej Mara.. Matrik.

    ReplyDelete
  5. ye? heee turn la sini sekali lagi. Best x kuala nerang?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena