Tuesday, February 23, 2010

Sahabat Bukan Barang Supermarket

The friend is the man who knows all about you, and still likes you. ~Elbert Hubbard, The Notebook, 1927



Kenapa saya kata sahabat bukan barangan supermarket?

Situasi 1.

"Ibu, Za tak mahulah kawan dengan Ekah tu. Dia tu harap saja pandai, tapi cakap banyak. Kadang-kadang Za tak faham pun apa dia cakap." "Habis tu apa Za buat?" "Za depan dia angguk je lah. Senyum-senyum. Dalam hati, huh!"

Kawan ialah seorang manusia. Manusia pulak, ialah ciptaan yang serba serbi rumitnya. Setiap manusia unik dan complicated dalam caranya tersendiri.

Barangan supermarket, berbagai-bagai jenis. Berbagai fungsi. Contoh, syampu.
Ada anti-kelemumur akak anti ketombe, ada untuk lurus (sebenarnya tak faham untuk meluruskan rambut atau untuk orang yang berambut lurus?) ada yang kerinting.
Kita boleh pilih barangan supermarket mengikut citarasa kita, kalau nak yang botol kaler pink, belilah sunsilk yogurt, kalau mau yang hijau, belilah rejoice rich. kalau nak buat dreadlock tak payahlah pakai syampu. pakai minyak gamat. hehe

Tapi kawan, tak datang dalam pakej macam tu.
Kalau kita suka dia sebab dia haram tak kedekut (lol), kita tak suka sebab dia cakap kuat sangat
Kalau kita suka dia sebab dia menghiburkan, kita tak suka dia sebab dia ni jiwang karat. Kerja putus cinta.

Akan ada 'likes' dan 'dont likes' seorang kawan.

Dalam konteks Za, dia memilih untuk berpura-pura menerima untuk menjaga hati Ekah. (isu hipokrit tak timbul di sini)
Dalam hati dia pulak, dia berperang dengan kehendak dia sendiri.
Dia sukakan Ekah kerana kebijaksanaan, boleh sesama ulangkaji, boleh sesama study, kalau dia tak faham, Ekah ajarkan.
Cuma, Ekah terlalu bubbly.
Ekah, di tangan yang lain (read: on the other hand),
merasakan yang Za benar-benar senang dengan sifatnya yang bubbly. Jadi bila dengan Za dia akan mumble mumble. potpetpotpet yadaayadaa
Apa kesannya? Ekah hidup dalam keaddan tertipu, dan Za terpaksa sentiasa menipu diri.
Bila dah ada sebilah jarum dalam kantung, lama kelamaan satu kantung dikoyaknya.

Kalau nak sahabat, kita kena belajar menerima dan memberi.
Menerima seadanya, menerima kritikan, menerima kekurangan.
Memberi nasihat, memberi hati dan kepercayaan.

Kalau Za tak suka. Za cakaplah. kenapa nak simpan konon for the sake of kebahagiaan Ekah?

Dan ingat, bila Za bercakap yang dia kurang senang dengan Ekah yang super-bubbly, bukan bermaksud dia demand agar Ekah berubah.

Berterus-terang adalah satu cara menerima orang lain.
Kalau Ekah muhasabah, merasakan sifat banyak cakap bukan satu yang baik, dia akan berubah. BONUS buat si Za.
Tapi kalau Ekah tak mahu berubah? Dia rasa itulah sifat diri sendiri, tak perlu nak berubah?
Tak kan Za nak putus kawan? "Sudah nasihat tak mahu dengar, lantaklah!"

"tak mahu pakai syampu Sunsilk nak beli Meritlah pulak!" lalu di tinggalkan syampu sunsilk terbiar di kolej Delima 2.. sama kan?

Za perlu setting hati, agar menerima keadaan Ekah, itulah sahabat.
Jika tidak, Za hanya memilih Ekah dari ratusan orang untuk dijadikan teman berdamping, bukan sahabat.

Nak memilih jenis sahabat, kamu perlu bias. Pilihlah pensel 2B dari HB agar kamu selamat jawab exam.
Tapi nak memilih pensel jenama apa, Stabilo, Examgrade, Luna? Itu diri kamu, hak kamu, dan keputusan kamu.

Ingatlah, sahabat bukan barang supermarket. Ia tak akan datang secara pakej penuh mengikut kesukaan kamu,
Ia tak boleh dibuang, dicampak sesuka hati.

Salam perkongsian dari hati saya. Semoga beri manfaat. :) (ececeh sejak bila sopan santun?)


for my friends out there, i thank you for allowing me being me while im with you,
You endure my stubbornness, dumbness, answer my stupid questions, silence my foul words,
You told me where im wrong which way is right,
You spend time listening to my useless yadaaayadaaayadaaa
Jazak'Allah kawan-kawan. May Allah bless You.






6 comments:

  1. nice entry :)
    everybody comes with their strength n weakness. it's really depends on us how to adjust ourself with 'em.. hehe

    ReplyDelete
  2. Sahabat bukan barang supermarket? tapi dunia kini kala banyak muka supermarket bertopengkan sahabat. kawan kerana wang =.=

    ReplyDelete
  3. bagus entry ni,

    lain orang lain kehendaknya.Mana la nak jumpa 100% sifat macam kita kan,JAdi hargai la kawan walaupun ape2 terjadi =)

    ReplyDelete
  4. noin

    di mana ada kemahuan situ ada highway. kalau x dak pepandaila cri jalan kampung..

    blowie
    supermarket bertopengkan sahabat? lol lol
    so jangan biasa bagi dwet kat kawan. dwet hang dwet hang, dwet aku hat aku

    perempuan itu,
    aah. mesti menghargai!
    thanks :)

    ReplyDelete
  5. biasalah tu. memang ramai kawan atau sahabat kita yang camtu dan kita juga tidak terkecuali. Jadi, tidak ada sesiapa yang sempurna. Kita hanya harus belajar menerima keadaan itu seadanya.. :)

    ReplyDelete
  6. amr,

    peringatan untuk diri sendiri jua

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena