ini syidiq ajar. Maksudnya, bak kata kawan aku qilah, "tak ada otak' huhuhu
Kata aku, tidak siap berfikir sebelum melakukan sesuatu.
Begini. Ada seorang manusia, aku namakan Andalus. (bukan andalusia ya)
Andalus in, orangnya cepat-cepat aja berbuat sesuatu tanpa sempat ia fikir baik buruk
Bak kata pepatah yang berevolusi seiring zaman
"terlajak kereta buleh gostan, terlajak kawin buleh cerai, terlajak amik tetracycline waktu mengandung, anak gigi kaler hitam tak boleh diundur"
Heh.
So si andalus ini ialah manusia nasihat. laju sahaja dia nasihat kiri kanan.
seperti biasa, soalannya.
ADAKAH SEMUA ORANG SUKAKAN NASIHAT?
tambah pula kalau tak kena waktu..
seperti contoh 1
Safaree baru terlepas keretapi dek kerana sikapnya yang suka melengahkan masa.
Secepat kilat, Andalus berkata "itulah suka sangat terhegeh-hegeh kan dah terlepas train!"
OK kawan-kawan. Nasihat ini sangat benar tapi masanya tak kena
Takkanlah.... waktu si Safaree tengah kalut nak balik raya cina tu jugak dia nak nasihat?
Sepatutnya Andalus perlu tunggu sedikit masa, mungkin waktu Safaree nak balik kali kedua,
"cepatlah sikit, kan dulu engkau dah pernah tertinggal train."
Contoh 2
Si Malakut dimasukkan ke hospital kerana kanker paru-paru( bahasa indo, hehe)
Lalu secepat kilat Andalus berkata,
"itulah Malakut, hisap rokok banyak-banyak lagi"
ini akibatnya..
Hai bukankah kawan baru terkejut beruk kena kanker mahu dinasihatkan begitu,
itu langsung tak berhikmah.
Patutnya lepas si Malakut sihat sikit..
"Malakut, bawak-bawaklah berhenti merokok. Ko tahukan sakitnya kanser ko tu."
Tapi, ada jugak nasihat yang walau pedih, jangan dilengahkan.
Contoh 3
Aqeel suka sangat tengok midnight movie berkepit dengan awekss haram dia (sebab tak kahwin lagi, so tak halal)
Esoknya, Aqeel mati digilis kereta.
Hah waktu tu tak guna dah kamu nak nasihat. Dah mati dah pun. Tinggal sesi jawab dengan tuhan ja.
Silap-silap sekali dengan kamu tersangkut di akhirat kelak.
Kesimpulannya,
1. benda melibatkan pahala dosa jangan bertangguh kalau nak nasihat menasihati ni
2. janganlah sentap sangat dengan kawan-kawan yang mulut mak nenek (rajin menasihat). percayalah bila tak ada orang bising-bising pada kamu, kamu akan rasa kamu ni tunggul tepi jalan.
3. Berilah nasihat secara berhikmah. Telus dari hati, kena pada masa dan cara. Bukan sekadar cakap bagus sahaja. Kita kena buat sama.
4. Kawan yang selalu bagi nasihat memang tak fun, spoiler kereta etc, tak apalah tak fun di dunia asalkan fun di akhirat... Asal Allah Fun dengan kita keyh.
Selamat membaca dan beramal!
p/s maf kalau ada sesiapa yang terasa dengan aku yang "cepat mulut dari kepala"
Wednesday, February 17, 2010
Bab Nasihat : Tangan Lagi Cepat Dari Kepala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huyeeh, orang tegur maksudnya dia suka kite kan...hee
ReplyDeleteadab menegur tu kene ada.. good good..
ReplyDeletebtul.nk tegur bg sampai maksudnye dan org akan berubah. kalo stakat nk sakitkn hati,same je hasilnye.
ReplyDeletehuhu cantik blog!
ReplyDeleteaqilah,
ReplyDeletehaha buleh la nak pk camtu.bahgie idop.
aduka,
adab sentiasa kena ada. cuma terlupa nak amal sokmo..
munsyi^sama,
niat tegur penting gak. klu takat nak puaskan hati sendri tu bukan nasihat dah tu kot. huhu
johari sulaiman.
wah blog metal?
thanks 4 dropping by. haha mekasih puji...
kau punya post ni betul2 menepati kriteria
ReplyDeletemasalah aku sekarang..
tahniah tahniah Lilacfla! XD
mekasih. aku ketuk melulu saja. mnatau ada yang terkena. :D
ReplyDelete