Sunday, February 28, 2010

Beriadah ke Bermaksiatan?


hidup sekarang bukan susah nak buat dosa kan? tsk nauzubillah...

Waktu cuti raya cina aritu, adalah kami-kami pi Ayaq Terjun Titi Hayun, Yan Kedah,
First time nak ke sana, agak excited la jugak.
Dalam keta siap nyanyi-nyanyi lagi. ya lah semangat nak bakar ayam sotong.
Tapi bila ja sampai...




sampah..



sampah..



sampah-sampah..



lagi lagi sampah...



menyampah!


dan ada pulak tayangan bonus. Percuma saja. tapi tak sesuai untuk budak bawah umur, takut buta biji mata.




yang depan tu mengarut buat pelampung daun pisang. abaikan saja. tengok belakang tu.



entahlah ada hubungan halal ke tidak. belangkas semuanya



main percik-percik pulak..



adik tu menganga tengok gelagat akak abang .

Sharing is caring,
kalau depa tak malu biaq kita tolong malu kat depa kan?


blogger-emoticon.blogspot.com

terfikir jugak kenapa kerajaan atau apa-apalah yang bertanggungjawab, tak jaga tempat ni betul-betul.
Allah bagi free, kita rosakkan. takkan nak kena charge untuk masuk air terjun baru nak perelokkan ka?
Manusia pun 1, tau berkelah, tak tau nak kemas balik. Bukan susah nak pungut sampah sendiri. Pampers anak pun di tinggalkan.
Malulah orang Kedah.


Kalau sekor-sekor belangkas tu kena saman,
agaknya duit hasil saman dah boleh bina pusat latihan kemahiran untuk budak-budak kedah belajar cari makan
tak pun buat pusat pembiakan landak ka, rusa ka.. boleh jual dan makan hasil
kalau lah kerajaan upah orang bersihkan tempat tu, hilang 5% masalah mak ayah tak cukup duit nak kasi anak belanja buku sekolah

habis, paling senang, suruh ja belangkas-belangkas tu kutip sampah.
lepas tu kasi surat nikah.

p/s - nak cecah air pun tak sanggup

GAMBAR PALING ATAS TU, CUBE KAMU ZOOM, NAMPAK APA?

Tuesday, February 23, 2010

Sahabat Bukan Barang Supermarket

The friend is the man who knows all about you, and still likes you. ~Elbert Hubbard, The Notebook, 1927



Kenapa saya kata sahabat bukan barangan supermarket?

Situasi 1.

"Ibu, Za tak mahulah kawan dengan Ekah tu. Dia tu harap saja pandai, tapi cakap banyak. Kadang-kadang Za tak faham pun apa dia cakap." "Habis tu apa Za buat?" "Za depan dia angguk je lah. Senyum-senyum. Dalam hati, huh!"

Kawan ialah seorang manusia. Manusia pulak, ialah ciptaan yang serba serbi rumitnya. Setiap manusia unik dan complicated dalam caranya tersendiri.

Barangan supermarket, berbagai-bagai jenis. Berbagai fungsi. Contoh, syampu.
Ada anti-kelemumur akak anti ketombe, ada untuk lurus (sebenarnya tak faham untuk meluruskan rambut atau untuk orang yang berambut lurus?) ada yang kerinting.
Kita boleh pilih barangan supermarket mengikut citarasa kita, kalau nak yang botol kaler pink, belilah sunsilk yogurt, kalau mau yang hijau, belilah rejoice rich. kalau nak buat dreadlock tak payahlah pakai syampu. pakai minyak gamat. hehe

Tapi kawan, tak datang dalam pakej macam tu.
Kalau kita suka dia sebab dia haram tak kedekut (lol), kita tak suka sebab dia cakap kuat sangat
Kalau kita suka dia sebab dia menghiburkan, kita tak suka dia sebab dia ni jiwang karat. Kerja putus cinta.

Akan ada 'likes' dan 'dont likes' seorang kawan.

Dalam konteks Za, dia memilih untuk berpura-pura menerima untuk menjaga hati Ekah. (isu hipokrit tak timbul di sini)
Dalam hati dia pulak, dia berperang dengan kehendak dia sendiri.
Dia sukakan Ekah kerana kebijaksanaan, boleh sesama ulangkaji, boleh sesama study, kalau dia tak faham, Ekah ajarkan.
Cuma, Ekah terlalu bubbly.
Ekah, di tangan yang lain (read: on the other hand),
merasakan yang Za benar-benar senang dengan sifatnya yang bubbly. Jadi bila dengan Za dia akan mumble mumble. potpetpotpet yadaayadaa
Apa kesannya? Ekah hidup dalam keaddan tertipu, dan Za terpaksa sentiasa menipu diri.
Bila dah ada sebilah jarum dalam kantung, lama kelamaan satu kantung dikoyaknya.

Kalau nak sahabat, kita kena belajar menerima dan memberi.
Menerima seadanya, menerima kritikan, menerima kekurangan.
Memberi nasihat, memberi hati dan kepercayaan.

Kalau Za tak suka. Za cakaplah. kenapa nak simpan konon for the sake of kebahagiaan Ekah?

Dan ingat, bila Za bercakap yang dia kurang senang dengan Ekah yang super-bubbly, bukan bermaksud dia demand agar Ekah berubah.

Berterus-terang adalah satu cara menerima orang lain.
Kalau Ekah muhasabah, merasakan sifat banyak cakap bukan satu yang baik, dia akan berubah. BONUS buat si Za.
Tapi kalau Ekah tak mahu berubah? Dia rasa itulah sifat diri sendiri, tak perlu nak berubah?
Tak kan Za nak putus kawan? "Sudah nasihat tak mahu dengar, lantaklah!"

"tak mahu pakai syampu Sunsilk nak beli Meritlah pulak!" lalu di tinggalkan syampu sunsilk terbiar di kolej Delima 2.. sama kan?

Za perlu setting hati, agar menerima keadaan Ekah, itulah sahabat.
Jika tidak, Za hanya memilih Ekah dari ratusan orang untuk dijadikan teman berdamping, bukan sahabat.

Nak memilih jenis sahabat, kamu perlu bias. Pilihlah pensel 2B dari HB agar kamu selamat jawab exam.
Tapi nak memilih pensel jenama apa, Stabilo, Examgrade, Luna? Itu diri kamu, hak kamu, dan keputusan kamu.

Ingatlah, sahabat bukan barang supermarket. Ia tak akan datang secara pakej penuh mengikut kesukaan kamu,
Ia tak boleh dibuang, dicampak sesuka hati.

Salam perkongsian dari hati saya. Semoga beri manfaat. :) (ececeh sejak bila sopan santun?)


for my friends out there, i thank you for allowing me being me while im with you,
You endure my stubbornness, dumbness, answer my stupid questions, silence my foul words,
You told me where im wrong which way is right,
You spend time listening to my useless yadaaayadaaayadaaa
Jazak'Allah kawan-kawan. May Allah bless You.






Sunday, February 21, 2010

Rumah Madu, Kuala Nerang




Minggu ni ada melawat rumah madu di pekan Kuala Nerang. Ingat nak beli madu.
Madu kan ubat segala penyakit kecuali mati. manatau leh ubatkan sakit malas. hehehe

Nak share gambar kat sana. ini quick trip ja.. :)




sebotol RM19.












botol besar ni RM45



kakak kaunter yang cun



sebelah dia, ada bangunan tempat proses madu.

tapi entah napa, madu ni rasanya masam sikit.
asalnya dari pokok tualang di pedu.

Nak share sikit pengalaman dengan madu ni.
Saya ni pre-gastric. haha suka hati ja letak nama.
Kalau lambat makan, salah makan, mesti bahagian perut dan abdomen rasa bengkak, sakit, angin sumalah,
dah dalam sebulan gak lah camni. nak gi doktor, malas. kena ada masa dan duit lagi.
mungkin sebab stress. sebab kat rumah, cuti ni saya sihat walafiat ja. makan lambat, pedas steady lagi.
bak kata doktor, sebab stress ni, penyakit yang tak ada pun buleh jadi ada.
so entah mengapa satu ari rasa nak try makan madu.
bila makan, seminggu tu.perut x buat kacau pulak.
bila stop, jadi balik.
ada terbaca yang madu ni boleh meneutralkan kandungan acid perut.mungkinlah sebab tu jugak.
tapi bolehlah sesapa yang ada masalah sakit perut, ni cuba makan. mnetau baik kan?

*blog dah capai 100 followers!! terima kasih semua yang susah-susah follow. ahaha
Berapa percent yang buat return visit dan tinggal komen? ayoyoo T_T
my fault gak tak selalu nak berkunjung dah, masa dah tak lapang sangat macam dulu. T_T

so terima kasih jugak kepada pembaca hantu (silent readers) , pengomen tetap seperti zala dan tia. :) semoga terus membaca di sini.

maaf tak selalu dapat visit. selalu jenguk di google readers ja. bila ada tyme, ada internet laju baru lah nak komen.. :)) InsyaAllah lepas ni saya usahakan selalu jenguk k.

Wednesday, February 17, 2010

Bab Nasihat : Tangan Lagi Cepat Dari Kepala

ini syidiq ajar. Maksudnya, bak kata kawan aku qilah, "tak ada otak' huhuhu

blogger-emoticon.blogspot.com

Kata aku, tidak siap berfikir sebelum melakukan sesuatu.

Begini. Ada seorang manusia, aku namakan Andalus. (bukan andalusia ya)

Andalus in, orangnya cepat-cepat aja berbuat sesuatu tanpa sempat ia fikir baik buruk
Bak kata pepatah yang berevolusi seiring zaman

"terlajak kereta buleh gostan, terlajak kawin buleh cerai, terlajak amik tetracycline waktu mengandung, anak gigi kaler hitam tak boleh diundur"

Heh.

So si andalus ini ialah manusia nasihat. laju sahaja dia nasihat kiri kanan.
seperti biasa, soalannya.

ADAKAH SEMUA ORANG SUKAKAN NASIHAT?

tambah pula kalau tak kena waktu..

seperti contoh 1

Safaree baru terlepas keretapi dek kerana sikapnya yang suka melengahkan masa.
Secepat kilat, Andalus berkata "itulah suka sangat terhegeh-hegeh kan dah terlepas train!"
OK kawan-kawan. Nasihat ini sangat benar tapi masanya tak kena
Takkanlah.... waktu si Safaree tengah kalut nak balik raya cina tu jugak dia nak nasihat?

blogger-emoticon.blogspot.com

Sepatutnya Andalus perlu tunggu sedikit masa, mungkin waktu Safaree nak balik kali kedua,
"cepatlah sikit, kan dulu engkau dah pernah tertinggal train."

Contoh 2

Si Malakut dimasukkan ke hospital kerana kanker paru-paru( bahasa indo, hehe)
Lalu secepat kilat Andalus berkata,
"itulah Malakut, hisap rokok banyak-banyak lagi"
blogger-emoticon.blogspot.com ini akibatnya..

Hai bukankah kawan baru terkejut beruk kena kanker mahu dinasihatkan begitu,
itu langsung tak berhikmah.

Patutnya lepas si Malakut sihat sikit..
"Malakut, bawak-bawaklah berhenti merokok. Ko tahukan sakitnya kanser ko tu."

Tapi, ada jugak nasihat yang walau pedih, jangan dilengahkan.

Contoh 3

Aqeel suka sangat tengok midnight movie berkepit dengan awekss haram dia (sebab tak kahwin lagi, so tak halal)
Esoknya, Aqeel mati digilis kereta.

Hah waktu tu tak guna dah kamu nak nasihat. Dah mati dah pun. Tinggal sesi jawab dengan tuhan ja.
blogger-emoticon.blogspot.com

Silap-silap sekali dengan kamu tersangkut di akhirat kelak.


Kesimpulannya,

1. benda melibatkan pahala dosa jangan bertangguh kalau nak nasihat menasihati ni

2. janganlah sentap sangat dengan kawan-kawan yang mulut mak nenek (rajin menasihat). percayalah bila tak ada orang bising-bising pada kamu, kamu akan rasa kamu ni tunggul tepi jalan.

3. Berilah nasihat secara berhikmah. Telus dari hati, kena pada masa dan cara. Bukan sekadar cakap bagus sahaja. Kita kena buat sama.

4. Kawan yang selalu bagi nasihat memang tak fun, spoiler kereta etc, tak apalah tak fun di dunia asalkan fun di akhirat... Asal Allah Fun dengan kita keyh.

Selamat membaca dan beramal!

p/s maf kalau ada sesiapa yang terasa dengan aku yang "cepat mulut dari kepala"

Monday, February 15, 2010

I.Anak Kecil

"Cikgu, kalau saya solat 5 waktu, mengaji hari-hari, buat baik selalu, Allah tetap tak kan kembalikan mak saya kan?"

Soalan Iman membuatkan aku terdiam. Aku renung dalam anak matanya yang kudus. Cuba mencari pengertian dari anak mata itu.

Berkaca, telus dan ikhlas. Iman menanti jawapanku dengan mata penuh pengharapan.

Lalu aku tarik nafas panjang.

"Sesiapa yang Allah dah jemput kembali, tak kan dipulangkan.." Aku cuba mencari kata-kata yang sesuai, berhikmah untuk anak sekecil Iman.



Matanya lebih berkaca. lalu dia tunduk.

"Iman rindukan mak."

Aku menahan sebak di dada, lalu ku usap kepala anak kecil itu. Menarik wajahnya setentang denganku.

"Iman kan ada ayah, ada opah, ada cikgu? Iman ada kawan-kawan.." Iman melihat aku kosong. Kata-kata itu tak membawa sebarang erti baginya.

"Iman ada Allah, kan?" nyata kata-kata itu berjaya menarik perhatiannya.

"Allah jahat! Dia ambil mak!" Jerit Iman kuat, mengejutkan aku.





Dia menarik begnya kasar, menuruni tangga dan jalan lekas pulang. Tangannya laju mengesat air mata.

Di anak tangga, aku tergamam. Dalam simpati, kasihan dan belas aku terasa diri ini gagal.
Gagal menerangkan Iman fitrah hidup ini.

"Ah anak itu masih muda. Terlalu kecil untuk memahami semuanya. Tapi adakah ianya mustahil kalau diterangkan sebetulnya?"


Saturday, February 13, 2010

Less is more



"Kassim, if world is on crisis, and theres only some women, including me left together with 1000 man, do you think how many of them will fancy me?"
Tanya Ajijah kepada kasim di suatu petang yang sepoi sepoi bahasa.

Kassim frowned, sure the question is odd.

"apa kata hati kamu hai Ajijah?" Ajijah termenung. Matanya dilepaskan ke langit luas yang membiru.

tiada siapa." lalu Ajijah tunduk. Dia sedaya cuba mengukir senyuman, melindungi hatinya yang bolak balik.

Kassim bertanya lagi.

" what makes you think so?"

"im plain. Biasa-biasa. hidungku kembang, mataku sepet, mulutku tebal. Badanku gempal. rendah pula orangnya, tidak pandai berbicara, tidak tahu bermain kata. Siapakah yang akan gemar orang seperti ku ini?"

Kassim menarik nafas panjang,

"ajijah, let me tell you this.
Given 1000 men alive. with some women...
i will say....
500 might like a woman with beautiful face with hot figure persis supermodel.
200 mungkin suka pada seorang guru yang manis rautnya, pandai berkata-kata dan manis bicara.
100 useless guys might fancy an brainless woman with huge boob. other than that zero else.
160 might be gay. They dont like woman. LOL
39 might try to tackle a cute underage emo girl.
dan yang tinggal satu. He likes you.maybe"

Ajijah ketawa kecil. "just one? for me?"

"Yeah just one." Kassim berkata selamba.
Terus wajah Ajijah mencuka. Matanya berkaca. Apakah sampai begitukah dia tiada nilai di mata lelaki?

"500 lelaki memilih untuk jadi manusia biasa. suka pada kecantikan rupa, dan berbangga bila memilikinya.
200 juga manusia biasa, memilih seseorang yang dirasakan boleh menjadi suri untuk rumah tangga.
100 lelaki tunduk pada nafsu semata.
160 memilih untuk songsang dan jadi penghuni neraka.
39 lagi mungkin belum baligh jadi mereka memilih wanita muda.
dan yang tinggal, satu.

Lelaki yang satu itu adalah lelaki yang mungkin tercicir dari kelompok yang ramai.
Atau dia juga mungkin sebenarnya memilih untuk jadi unik.
Atau dia tidak suka competition.
Atau dia malas mahu berfikir.

But he is the one who sees you he will be the one who accepts you no matter who you are he is the one who sees you when you are invisible He might be plain-looking, ugly for worst. He might be as handsome as captain jack Sparrow. He might be rich, poor or moderate hardworking man who are willing to endure hardship in order to earn a living for you both He might be from orphanage or prison, or might be from a cape or native tribe"

Ajijah menarik muka, lebih masam. Dirasakan Kassim mahu mempermainkannya.

"But the point is, He is only one, but he is the best He choose you from others. He might not own the best quality in the world, he will not be your MR RIGHT."
Kassim paused. Taking deep breath.


"But Ajijah, love is not a treasure hunt.
where you hunt for hidden treasures which you not it'll not be so that lekeh.

It is LOVE.
Love is about giving and living chances.
Love make differences special,
Love make Imperfection compulsory for ourselves to be perfect

kita tak boleh mengharapkan cinta datang with wrappers and ribbons seolah-olah ia hadiah besar untuk kita
we will be expecting something great then, dead gorgeous
we put our expectations so high then we are the one will regret it
blaming god when any come out not as we planned...
love is not about demanding, it is about giving and accepting with honesty.."

Lalu Ajijah terkedu. Dan lari disebalik pokok dan menangis....
(Aku nak tulis dia peluk Kassim macam dalam drama Korea tapi hey HARAMlah" hehe peace...

Kesimpulannya, satu mungkin tak banyak. tapi ia mungkin yang terbaik!


notakaki - maaf entri rojak.

Wednesday, February 10, 2010

Celebrating kema's




the venue



the satay. yum yum



the singles. LOL
ops the one in green taken already.



waiting for others to come




yay sweet b'day gurl. i remind you all she is single. :))



notice the cake? conan and meimei.
comel kan? made by our friend's mother



Alia cant wait for hers. Haha Corcorde Next yeaaha!





not for kids. lol



much much love.




besties.


May You Bless You with all of His Greatness kema!

bertolak lepas lecture pukul 5, lepas grab cardigan baru, terus ke PKNS shah alam.
sebenarnya makan kami dibelanja. Siapa belanja Kema kata dia mintak remain anonymous. Thanks la sesapa yang pemurah sangat tu..
kEK tajaan bersama. sedap yum yum. haha


da~~~

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena