Ada satu cerita aku nak kongsi dengan semua.
Satu kemestian buat aku waktu study week, tidur lambat.
Biasalah makin nak dekat exam, masa tu jugak lah nak kampoi itu ini walhal masa revision week panjang sangat.
Terjadi pada hari kedua exam. Masa exam memang akan tidur pukul 4 pagi punya.
terjadi dekat seorang gadis bernama Ciknadz...
Selepas menolak buku-buku ke tepi, ciknadz meletakkan kepala ke bantal.
Hasrat hati masih mahu meneruskan pembacaan, tapi mata enggan..
Jadi ciknadz turutkan kehendak matanya, sedia untuk masuk ke alam tidur.
Dalam alam tidur tu, tiba-tiba ciknadz tidak dapat bernafas,
Terasa seperti ada bantal yang ditekup pada muka ciknadz erat-erat.
Dalam minda nya membayangkan ada tangan yang menutup muka dengan bantal.
Terasa 'kegebuan' bantal tu, bukannya selimut ka plastik ka..
Kemudian ia berlalu macam tu saja.
Tiba-tiba, kali ni terasa sesuatu mencekik leher pula.
Sekali lagi ciknadz tercungap-cungap minta nafas.
Peliknya ciknadz tak jugak buka mata..
"ish nak mati, macam ni ka?" bisik hati ciknadz yang merasakan dirinya serba tak terdaya.
Ya lah, nak bukak mata pun tak dapat, apatah lagi nak meronta, menonggeng, meraung..
Bukan ajalnya,(alhamdulillah) ciknadz berjaya bangun dan menghadiri exam esoknya.
Peliknya, ciknadz langsungggg tak ingat pasal hal ni,
Sampailah hari ketiga exam, yakni hari last paper.
Sedang berborak dengan sahabat taulan, ciknadz tiba-tiba teringat, dan bertanya pada diri sendiri..
" Malam tu, mimpi dalam mimpi or what?"
Anda rasa apa?
Sampai skang ciknadz tak tau.
hehe tu lah ceritanya dari aku..
Thursday, December 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
you're invited!
ReplyDeletehttp://scribbledmaxness.blogspot.com/