pertama, dia celik kerana dia tidak buta.
kedua, dia celik kerana dia boleh melihat.
Lim Tat melabuhkan punggungnya ke atas bangku kayu yang sudah sengat sebelah itu. Berkeriuk bunyinya walaupun badan Lim Tat boleh cakap macam papan plywood.
Dia buka kipas di tangan, dilayang-layangkan di mukanya, menghalau panas.
Haji Deraman lalu di depannya, memandu motosikal kapcai dengan kelajuan lambing kejar konfem kalah.
Sambil itu, dilambaikan tangan kepada Lim Tat.
"Deraman aa, motor sulah bulok pun mau naik lagi. Kalu waa, wa jual suda lo! Jatuh mati sia-sia saja. " cemuh Lim Tat dalam hati.
" Ceit Lim Tat, dah tahu senget bangku reput tu, maunya dia duduk lagi? Kalau aku dah campak dalam perigi buta!" Bisik hati Haji Deraman, separa geli hati, separa mengeji.
Adiwira, baru pulang dari sekolah petang, duduk bertinggung tepi jalan makan aiskrim paddlepop rainbow, betul-betul depan Lim Tat dan Haji Deraman tadi.
" Pak Aji, tunggu anak belikan motor baru ka? Kesian Pak Aji dok menonggang motor kapcai buruk tu!" Lim Tat terus ketawa besar. yessss!
"Nampak sangat nak luruh macam bangku senget Uncle Lim Tat duduk tu. Ayo Uncle, lu pun satu, bila mau beli bangku baru? Lu suluh apak wa buat, mulah saja wooo!" Tempik Adiwira, dengan sengihan panjang laksana kerang busuk. Muka Lim Tat tak semanis tadi, tetiba mencuka.
Kebetulan lalu bapaknya si Adiwira, baru balik kuliah Asar dari surau, terus disekehnya kepala Adiwira.
"Kamu ni, kapcai Aji tu lah yang besarkan anak dia 5 orag jadi manusia. Manakan dia nak jual. Tak sama nilai punya. Tu bangku sengat Lim Tat tu, kamu tahu tak bangku tu lah tempat Lim Tat dengan Nyonya Hua duduk sama menyanyi lagu P.Ramlee dulu. Biar dia senget, kalau reban sebab orang guna, bukan sebab kena makan anai-anai!" bapak si Adiwira, angkat tangan pada Lim Tat yang terpana, dan pada HAji Deraman sama-sama terpana, dah mati enjin motornya, angkat tangan tanda sorry atas lepas laku si anak.
Lim Tat dan Haji Deraman masih terpana, dan masing-masing bertukar sengih dan ketawa.
kesimpulannya ,
Lim Tat dan haji Deraman - orang yang tak buta, mereka melihat kosong, judmental, dipengaruhi emosi dan persekitaran.
Bapak Adiwira - orang yang melihat , mereka guna akal fikiran, ada teori dan hipotesis, disokong bukti, tak kisahlah benar atau tidak.
orang jenis 1, apa yang mereka buat selalu betul, tak kisahlah walau haram atau salah, mereka ada cara, ada sebab, janji mereka tak macam orang lain
"kami bercinta untuk belajar, pegang tangan lapik oo, kami tak main sms, terus jumpa sebab taknak bazir wang, setan tak suka" they create excuses to escape.
orang jenis 2, sedar bangun duduk sendiri. Kalaupun mereka tak betul, mereka tidak mencari 'kebetulan' dan cuba nak membetulkan diri sendiri. they accept they are wrong, dan berubah.
kalau mereka betul, mereka tidak cepat mendabik dada, mereka sentiasa meletakkan diri di tempat orang lain, menginsafi, mengambil pengajaran, dan menyampaikan teladan.
wallahua'lam. :)
Thursday, March 11, 2010
Manusia celik dengan 2 sifat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen!