Thursday, December 31, 2009

salah faham dengan Teksi kenari

Tak tahulah patut hal ni di blogkan ke tak.
Fikir-fikir rasa boleh mintak pendapat orang ramai pasal ni. so im writing about it. Please do advice and judge my condition accordingly.
segala teguran yang matang dan saksama di alu-alukan ya!

Teksi kenari, bagi yang tak tahu ialah teksi konon rasmi uitm. Teksi kenari ni dapat kelebihan keluar masuk Uitm Shah Alam tanpa tinggalkan pas,
dan boleh queue dengan senang hati di mana-mana dalam uitm sebab teksi lain tak boleh.
because if that privilage, taxi luar perlu berhenti untuk ambil pas pelawat. dan disebabkan ini, pelajar akan dikenakan cas tambahan dari rm2- rm6
(tambang sepatutnya rm 6 jadi rm 12 selaluya)

okey permulaan ceritanya begini.

Kali ni aku jadi ketua rombongan balik kedah.
so ada 7 kedahan semuanya, aku belikan tiket dan kebetulan telefon teksi untuk keluar alam sentral petang tu,
terus aku booked teksi untuk ke hub bas seksyen 17 malam tu pukul 9. 15 malam.

Aku book kenari 17, dengan 18.

Fine, malam tu, kami beramai2 dengan didominasi baju pink (wah ada seragam lagi) dan lagi 3 hitam, tunggulah teksi di pondok delima 3.
bersama kami adala lagi 2 orang nak balik ke pahang. si A n B.

Then dalam 9.15 malam datanglah kenari 18. selaku ketua rombongan yang dedikasi (ececeh masuk mesin basuh angkat sendiri)
aku biarkanlah ahli rombongan naik dulu.
Si A yang nak balik pahang, pesankan diorang suruh teksi 18 patah balik amik diorang.

"pergilah kamu-kamu dulu kerana biar daku menanti yang terkebelakang ni.." kata diri ku. (ewah bahasa tak boleh blah. okeh serius balik)

lalu sampai teksi 17. teksi 17 sudi menerima 5 orang 1 teksi ( 3 kedahan + 2 pahangi)
so kami beramai-ramai menaiki teksi yang sebenarnya kereta myvie pak cik shapari ( dia tak bawak teksi malam tu)

Then sampai ja sana, terus aku ke kaunter ambil no bas, (si A ada ambik nombor telefon pak cik kenari 18 untuk bagitau tak payah patah bali
Agak-agak di Klang pukul 11, mama telefon. time tu perasanlah ada 4 kali misscall dari pakcik kenari 18 jam 9.50 malam.
aku rasa hal semua dah setel, tak ada sesapa tertinggal barang, aku tak tanya la kenapa or call balik.

dalam pukul 12 camtu, baru teringat nak pegang handphone

aku tak selalu berkepit dengan hp. my hp usually is put in silent mode. so any sms/call aku tak perasan. so aku lambat reply.
sometimes it take me hours to reply sms sebab my hp is touch screen, i hate it. nak type sms susah sila faham.
so jarang-jarang aku sms, dan jarang aku semak hp sebab x ada yang sms aku pun selalunya.
selalunya aku terlupa nak balas sms, sebab time aku baca, aku tengah buat something else. (tengah masak/on da way nak basuh baju/nak kemas loker)

Sambung-sambung,
sms dari pakcik tu. lebih kurang macam ni

"jangan suka menipu dan aniaya sesama muslim. akibatnya mambazir waktu, minyak, kemarahan, kejujurab, syaitan pun suka. pkcik mintak lemahnya iman"

aku pms time ni. mood swing, hormonal imbalance sangatlah menjadi contributing factor kepada ke emo an saya.

aku balas.

"salam. apa pulak saya tpu? semua 7 org kawan saya naik . 4 naik kenari 18. saya dan lagi 2 naik kenari 17. x angkat tepon sebab sibuk urus bas,
x balas sebab rasa dah setel dunia akhirat dengan pak cik.

buruk sangka, fitnah pun dosa jugak keja syaitan jugak.
alhamdulillah kalau pakcik nak ingatkan saya tentang dosa.
Jangan waktu ni ja nak main nama agama. InsyaAllah bab duit ni saya tak pernah nak tipu lagi la"


Ingat tak tadi sepanjang cerita di atas, aku just uruskan yang 7 orang kedahanz ja. yang pahangi punya hal aku tal campur. dan si A dah amik nombor pakcik untuk apologize.
tak libatkan aku langsung, so aku tak rasa perlu nak follow up apa jadi dengan his taxi. aku tak kenal dia, dia tak kenal aku.

reason why he is blaming me for all this sebab he got my number.

sentence bab duit- duit tu on purpose aku tulis sebagai perlian.

harga tambang ikut meter ialah rm 9.70 around that.
aku tanya my fren yang naik his taxi berapa dia cas.

RM 12. ( siapa tipu sekarang?)

even kami berlima yang naik 17, di cas rm5 per person sebelum aku mintak kurang jadi rm4 mean overall pakcik 17 dapat rm 20 malam tu padahal tambang rm9 ++
but because he was willing to take us on all 5 which against the law of taxi la kot, we abide.

actually i do feel guilty, texting him in that kind of manner.

but let me remind you he is not that old, (30-50)
its Malaysia tipikal style calling all sort of social workers as pakcik regardless how old they are.
even 17 years old guard will be called as pak cik. lol

esoknya, i got abother sms. That 18 again.

"salam ( this time he remember to greet me with salam.)
apa pulak tak tipu call pakcik tapi tak naik
(awal-awal lagi dah bagitau semua ada 7 orang. saya dah kol 17 dan 18. kalau nak saya jugak yang naik kenapa tak insist awal2? sebab baru pagi tu terfikir nak salahkan saya apa?
saya gunakan perkhidmatan pakcik yang saya request kan? apa yang saya TIPU? - i hate it when people call me cheater. pantang tahu!)
kawan yg naik arah pkcik ambil 2 org lg tipu lg sampau delima bayang pun x nampak.
( saya tak terlibat langsung tentang ni. dont blame me for that. its not me who suggest them doing that, not me who telling u to turn back)
pakcik tiada tauliah tp agama x tinggal umah sebab tu call kamu takut tertinggal bas ( O REALLY? thanks for that pakcik. T_T)
apapun mohon ampun as a muslim banyak dosa. tq mklumat dan teguran yg diberi. smua x ada burk sgka fitnah.
ni sgkat dah setahun smuga kamu tak rasa pa yg seperti pakcik rasakan. wassalam"

aku sangat 'ok' kalau dia sms aku mintak penjelasan dari melulu bagi aku tazkirah' free. dalam bab berbincang, aku agak open.

aku bagitau kamu, pak cik teksi ada 1 geng di mana mereka akan sebarkan nombor-nombor yang mereka label 'penipu'

sorang pakcik teksi sendiri pernah tunjukkan aku nombor-nombor yang dorang label 'penipu', 'lanun' etc etc.
dorang akan jawab dan bagi janji palsu, biarkan si so call 'penipu' tu tertunggu-tunggu.
or mereka akan banned nombor tu, dan tak akan jawab telefon.

aku bagitau kamu lagi,

pakcik teksi kenari ni , ada yang baik hati. dia bagi kamu diskaun, dia apology bila lambat. bercerita dengan kamu.
ada yang perangai macam samseng, kamu naik teksi dia, dan kamu akan dapat ceramah free tentang betapa bodoh, lupa diri,
lekehnya student uitm, ataupun dengar bebelan dia tentang perkara yang entah apa-apa.
kalau kamu bertuah dengarlah cerita lucah dia, tak pun terpaksa layan gatal dia.
ada yang akan kenakan cas tambang ikut meter atau ikut kemurahan hati
ada yang cas kamu ikut nafsu yakni time malam hari, atau time cuti semester tambang teksi ke seksyen 17 (hub bas) naik 2 kali ganda.
sepatutnya tambang teksi ke PKNS/alam sentral/SACC mall rm 6 ++ ikut meter jadi rm 8. tak pun sorang rm4. kalau mood baik diskaun.
tak termasuk bila dia bagi kamu janji palsu. bila call kata nak dekat dah, tunggu setengah jam tak sampai-sampai.
nak naik teksi lain kesian pulak, rasa bersalah sebab dah telefon.

( i think ini nasib that so-call-penipu. usually people call taxi for urgent bussiness, if for leisure people can wait.)


akhir kata dari aku.

"pakcik saya harap pakcik dan anak-anak pakcik tak rasa seperti apa yang kami-kami rasakan."

my mum actually get mad of me because of this. i wasnt suppose to get involved with this stupid misunderstanding.
but my fault. i was on m, im on mood swing, i get emotional, get mad.

may Allah forgive me on this matter. amin..


#happy new year to all. im on count to watch gerhana bulan. if lucky i promise u all good coverage of that gerhana.

till we meet again.

Thursday, December 24, 2009

Struggle sikit dalam mencari makna hidup, boleh?

Tapi tak jugak bermaksud apa yang kita dapat free free kita tak payah hargai.

Tajuk hari ini ialah salah satu benda vital dalam hidup yakni 'usaha'

Ini adalah satu pengajaran yang Allah bagi direct dekat aku. Aku nak share dengan kamu.

Tahu tak kamu Tuhan tu sentiasa berbicara dengan kita?
(ini adalah satu kiasan atau analogi, bukan dari Quran atau hadis, kalau ada bagitau, aku tak tahu)
Apa segala yang terjadi pada diri kita ni satu bentuk dialog Tuhan dengan Hamba Nya.


"Ok nadz thats lame. People repeat that 1000 times when u are in vain. Shhhhh!"


I mean it people. That is why i put life got story as my blog name. ya agak lame.


teringin jugak nak guna nama yang poyo dan cheeky macam 'selipar jamban', 'akudanhanturaya','akusigadispoyo'

haha lol sungguh tak tipu


Contoh 1
Aleya (nama sebenar) merupakan penganut kristian suatu masa dahulu. Tapi di berikan hidayah oleh Allah, dia kini memeluk Islam. Apa yang menariknya, dalam 1 batch Aleya sewaktu sekolah menengah yang 99% Islam sejak beranak tu, Aleya adalah satu-satunya orang yang bertudung labuh. Yang lain bertudung sedang2, bertudung fesyen, tak bertudung dan bertudung biskut. Bertudung saji juga ada, tidak terkecuali.
Kenapa si Aleya yang kenal Islam dari kecik tapi mendalami Islam dari umur 17 tahun, memilih menutup aurat dengan sempurna padahal yang lain2 tu diberikan Allah kesempatan mengenal dan mendalami islam sejak umur 1 hari lagi, tak reti-reti nak tutup aurat dengan sempurna? Ok sangat pedas kan? Makanlah cabai banyak-banyak, nanti ulcer perut baru tahu.

Sesungguhnya seseorang ini sangat menjelesi si Aleya. Seumur 17 dia mula dengan Islam dalam keadaan putih suci seperti baby padahal yang lelain mengumpul dosa sejak baby. Dan secara zahirnya (dalaman dia, dosa pahala dia wallahua'lam) macam dialah si penimba Ilmu sejak lahir.
Makin tua padi makin tunduk, tanda makin berisi.
Kalau kata orang maksudnya makin banyak ilmu.
Ini makin tua, ilmu agama makin tak guna. Bukan makin sikit, sebab aku percaya ilmu tu tak kemana.
cuma lupa makan semut banyak sangat?

"eleh Aleya tu dapat hidayah. memanglah dia boleh macam tu..Untung!"

Tahu tak kamu tu hidayah buleh dapat dalam 2 cara (kot?)
1. mintak kat si pemberi
2. memang free gift dari Tuhan
3. usaha (eh kata 2?)

So kamu ada mintak tak?

Hidayah sentiasa ada, kalau kamu cari. Tengok pokok, langit, jalan tar, mat bangla pun dah buleh jadi hidayah.
Kamu rasa kalau si Aleya ni terdetik di hati dia nak kenal Islam, tapi dia tak pernah try nak bukak mulut tanya pasal ISLAm dekat ustazah atau kawan-kawan,
atau bukak buku tafsir, dia nak masuk Islam tak skang?
Wallahua'lam. Allah yang menentukan segalanya. Apa yang Dia Kehendakkan Pasti Terjadi Kerana Dia Yang Maha Berkuasa.

Dalam hidup ni, kiri kanan ada kiasan-kiasan, cerita kiri kanan yang kamu boleh ambik iktibar,
Cuma kamu nak berfikir tentangnya atau tidak

:beza si cerdik dan si pandai ialah kekerapan mereka berfikir: bukan membaca buku tau. sekeh kang

Usaha ni bukan maksud kamu nak beli gitar kamu kumpul duit dengan keberja sambilan, merompak bank etc etc etc sahaja
tapi usaha ni jugak tertakluk pada sejauh mana kehendak kamu terhadap sesuatu.

Contoh 2
Kamu tak faham, kenapa la Mak Cik Bedah suka pakai baju kaler merah.
Jadi kamu buatlah hipotesis yang Mak Cik Bedah mungkin sukakan kaler merah/daring/nak attention lebih/perasan cun/etc etc etc
Tapi kamu, tak pernah nak merisik dekat pak cik Mael, suami Mak Cik Bedah tu, apa sebab bini dia suka pakai baju kaler merah.
Jadi seumur hidup kamu hidup dengan persepsi yang kamu adakan sendiri.
kAlau positif, oklah. Untunglah Mak Cik BEdah dan Kamu.
Kalau negatif?
Sampai mati kamu simpai anggapan Mak Cik BEdah Pakai kaler merah sebab dia attention whore. Sian Mak Cik BEdah

Sampai satu masa, kamu terdapat tahu, Mak Cik Bedah pakai baju kaler merah sebab tu kaler kesukaan Pak Mael. Nak amek hati laki.
Sampai masa tu, Mak Cik Bedah dah tak pakai merah dah, dia pakai putih (dah mati)
nAK gali kubur mintak ampun?

Kesimpulannya

Kalau kamu tak faham/tak tahu tentang sesuatu dalam hidup kamu, usahakanlah mencari jawapannya

Jangan kamu angkuh ego bodoh sombong perasan betul riak dengan amal sendiri
Jangan kamu simpan buruk sangka kamu tu, takut berulat dalam hati, jadikan hati kamu tu busuk
Jawapan tu Tuhan tak bagi macam skema exam,
kadang-kadang dia bagi pelan pelan, kadang-kadang kamu dapat jawapan la la tu jugak (on the spot)
Kadang-kadang kamu boleh tanya orang, kadang-kadang kamu kena hadam sendiri
kadang-kadang kenyataan tu pedih , kadang-kadang manis

Apapun always back to the basic. To ALLAH THE ONE AND ALMIGHTY.


p/s : tertakluk pada terma dan syarat

warning : peringatan pada diri sendri

Thursday, December 17, 2009

Mimpi Or Realiti?

Ada satu cerita aku nak kongsi dengan semua.

Satu kemestian buat aku waktu study week, tidur lambat.
Biasalah makin nak dekat exam, masa tu jugak lah nak kampoi itu ini walhal masa revision week panjang sangat.

Terjadi pada hari kedua exam. Masa exam memang akan tidur pukul 4 pagi punya.
terjadi dekat seorang gadis bernama Ciknadz...


Selepas menolak buku-buku ke tepi, ciknadz meletakkan kepala ke bantal.
Hasrat hati masih mahu meneruskan pembacaan, tapi mata enggan..
Jadi ciknadz turutkan kehendak matanya, sedia untuk masuk ke alam tidur.


Dalam alam tidur tu, tiba-tiba ciknadz tidak dapat bernafas,
Terasa seperti ada bantal yang ditekup pada muka ciknadz erat-erat.
Dalam minda nya membayangkan ada tangan yang menutup muka dengan bantal.
Terasa 'kegebuan' bantal tu, bukannya selimut ka plastik ka..

Kemudian ia berlalu macam tu saja.
Tiba-tiba, kali ni terasa sesuatu mencekik leher pula.
Sekali lagi ciknadz tercungap-cungap minta nafas.

Peliknya ciknadz tak jugak buka mata..


"ish nak mati, macam ni ka?" bisik hati ciknadz yang merasakan dirinya serba tak terdaya.
Ya lah, nak bukak mata pun tak dapat, apatah lagi nak meronta, menonggeng, meraung..

Bukan ajalnya,(alhamdulillah) ciknadz berjaya bangun dan menghadiri exam esoknya.
Peliknya, ciknadz langsungggg tak ingat pasal hal ni,

Sampailah hari ketiga exam, yakni hari last paper.

Sedang berborak dengan sahabat taulan, ciknadz tiba-tiba teringat, dan bertanya pada diri sendiri..

" Malam tu, mimpi dalam mimpi or what?"

Anda rasa apa?

Sampai skang ciknadz tak tau.


hehe tu lah ceritanya dari aku..

Friday, December 11, 2009

Aku.. Dia.. & Kamera

ini adalah entry yang dihasilkan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh encik dawie. sesapa yang berminat boleh klik di sini. Pertandingan dia mudah sangat, kena tulis apa2 cerita dongeng mahupun betul-betul tipu dan submit.. dek kerana mood saya tengah g-wang dan baru habis exam saya rasa nak joinlah pulak. BTW ini adalah kali pertama saya join blog kontest.

MEMPERSEMBAHKAN KARYA SYOK SENDIRI OLEH CIKNADZ..




"Dawie, gambar perempuan mana kau tangkap ni?" Rock membulatkan biji mata. Tanda tak percaya bila melihat gambar yang berada di tangannya.

"Gambar mana Rock? Mana ada aku ambik gambar perempuan. Mengarutlah. Ingat aku macam kau?" Dawie membalas. Malas mahu melayan Rock yang selalu sangat hiperbola. Over.

"Ni lah, takkan pondan kot pandaiii" Rock tak puas hati, digoyang-goyang foto di tangannya itu. Tanda serius. Dawie mengerutkan dahi.

"Ko sure ke perempuan? Bukan hantu, bukan bunian., bukan pontianak?" tergelak Dawie.

Aku lebih selesa mengambil foto alam ciptaan Allah. Bukan wanita. Bagi aku wanita bukan untuk diekspoitasi. Keindahan wanita patut diabadikan untuk tatapan yang tersayang, yang berhak.
Kalau takat suka-suka nak kandid gambar awek cun, buat koleksi, upload dalam blog dan hebahkan, itu adalah eksploitasi, mencuri.

Tersirap darah aku bila melihat ada seorang wanita, sedang tersenyum manis di dalam gambar yang dihulurkan Rock.
"Kan aku cakap betul? Apa ni Dawie? Hantu Bunian ke? Nak kata pontianak, cun ja aku tengok." Aku membiarkan soalan Rock tak berjawab. Sumpah, aku sendiri tak tahu.


***********************************


Minggu lepas ibu telefon.
Katanya mereka sudah ada calon isteri buat aku. Aku terdiam lama, dan sebelum memutuskan talian aku minta ibu bagi aku masa 3 hari untuk aku berfikir.

"Aku? Kahwin? Layak ke?
?"
Selama 3 hari, aku tak tahu apa yang patut aku fikirkan. Dari segi pendapatan, mini studio yang aku usahakan dengan Rock rasanya memadai. Tempahan dari orang nak kahwin dah lumayan. Walaupun dalam keadaan aku yang sedang sambung belajar, tu bukan alasan.

Lalu aku tanya ustaz. Kata Ustaz Hasrizal, buatlah solat istikharah, Allah yang mencipta maka Dia yang Maha Mengetahui.
Hari ketiga selepas ibu telefon, aku bangun pagi dengan keadaan sangat nyaman.
Dalam doaku selepas Subuh, aku dapat rasakan ketenangan.
Aku telefon ibu dan nyatakan persetujuan.
Dalam hati, aku serahkan 100% pada Ilahi.
Kamera di tepi, aku tenung dengan pandangan kosong.

************************************

Esoknya aku bergerak ke fakulti seperti biasa. Tersimpan dalam beg, aku cetak 1 salinan gambar wanita misteri itu, dan aku letakkan dalam sampul surat.
Hasrat hatiku kalau aku jumpa gerangan orangnya, aku pulangkan balik.
Walaupun indah, untuk aku simpan aku tetap tidak sedap hati. Bukan style aku, ini dah menyalahi prinsip yang aku pegang selama ni.

Jenuh mata aku mencari orangnya, sampaikan kuliah pun aku dengar macam orang mabuk saja. Rock dah ketawa-ketawa. Sibuk menggiat aku.

"Dawie dah kena sampuk puteri bunian." Ah, sukalah kau kan Rock?

Dalam hati aku mengakui, aku tertarik dengan 'dia '. Selepas kecewa dengan cinta pertama, aku merasakan tiada lagi istilah Couple buat aku.
Semuanya aku serahkan pada Allah, dan hati ini, aku simpankan khusus pada wanita yang bakal bergelar isteri.
Teringat aku pada 1 lagi wanita misteri, yakni bakal isteri aku.

Dalam hati terdetik bagaimana jika aku jatuh cinta pada 'dia' di dalam gambar?
Lalu aku istighfar, dan aku panjatkan doa pada Ilahi agar pelihara diri ini dari ragu-ragu.

Mujur, hari itu, dia tidak aku jumpa. Dan juga hari-hari seterusnya. Gambar tidak jugak aku keluarkan dari beg. Dengan harapan kalau terjumpa, aku akan serahkan terus pada 'dia'.

Harapan aku menggunung, demi Allah.
Masa terus berlalu, dan takdir belum memihak pada aku.
Kamera di sisi aku tenung dalam sayu.

*********************************
Semalam bermula cuti semester.
Berkali-kali ibu ingatkan, yang hari ini merupakan hari pertemuan aku dan tunang buat kali pertama.
Kami sekeluarga akan makan malam bersama, Kata ibu, anak kenalan lama ayah.

'Lantaklah ibu, Dawie dah berserah. Dalam hati, nervous tak ingat.'

Aku tak berani nak minta gambar tunangku dari ibu. Takut nanti diejek adik bongsuku, Alang yang nakal. Nanti satu rumah asyik menyakat.
Ibu pulak tak jugak menawarkan peluang, agaknya ibu lupa. Atau mungkin ibu sengaja. Nombor telefon pun ibu tak tawarkan.

Setibanya di rumah tunang yang tak pernah aku kenal, Alang sibuk offer diri nak tangkap gambar.
Along dan Kaklong tersenyum-senyum. Berkali Along tepuk bahu, mengingatkan aku agar kontrol imej menantu baik.

Hantu sungguh Along
!

Malas nak melayan karenahnya, aku suruh Alang ambil kamera dari beg. Aku melangkah ke dalam rumah bersama ayah.

**************************************************

Dari dapur, aku dengar hingar bingar suara ibu, bakal ibu mentua, Kak Long, Alang dan dua tiga suara lain yang tak aku kenal.
Mengikutkan kemesraan ayah dan ibu dengan keluarga tunangku, aku agak memang mereka kenalan rapat. Mungkin aku saja yang tak tahu.

Bila terasa nama disebut-sebut terasa nak saja menoleh tapi mengingatkan takut dikata orang nak mengintai tunang, aku tahankan saja.
Along sejak tadi, mungkin memahami, tersengih-sengih.

Aku terdengar suara Alang ketawa kuat, "Tak padan anak dara. Coverlah sikit Alang ni"
Tiba-tiba Alang datang. Ditariknya tangan aku.

"Big boss panggil!"

Aku dalam keadaan blur, menurut.

Dari tempat aku berjalan aku dapat tengok ada sampul di tangan ibu. Terus aku teringat gambar 'wanita misteri'. dalam hati aku tiba-tiba rasa kecut.

"alamak! Takkan Alang tunjuk kat ibu?" mata aku menghala ke arah Alang, Mahukan penjelasan, Alang buat muka tak faham.

Ayah dah panjangkan tengkuk menjengah ke dapur, Along dan Kak Long dah berbalas bahasa isyarat.

"Gambar siapa ni Dawie? Baik Dawie mengaku cepat?!" tanya ibu tegas. Ibu tunang aku di sebelah merenung aku mahukan penjelasan.

Aku tak buat salah, apa aku nak takut? Lalu aku lawan rasa yang tidak-tidak. Menjawab soalan ibu, secool yang boleh.

"Dawie tangkap gambar random ja ibu, entah kenapa terselit satu gambar perempuan Dawie tak kenal. Dawie bawak dalam beg tu, so bila Dawie jumpa Dawie nak pulangkan. Ada masalah ke, ibu?"

"so Dawie tak pernah jumpa la perempuan ni?" aku geleng cepat-cepat. terasa macam budak darjah dua kena tangkap curi gula-gula di koperasi pulak.

Alang gelak.

"Kak Sya keluar cepat!!" Lalu Alang tarik seorang perempuan yang dari tadi menyorok di belakang kabinet.

Guess what? Perempuan yang Alang tarik keluar, sebijik mukanya macam perempuan dalam gambar tu!

"Ha kenalkan tunang kamu, Siti Syahidah. Tak pernah jumpa, kan?" kata ibu dalam senyuman bermakna.

Aku melopong sebentar, mata aku tak lepas dari menatap muka si 'dia' LIVE depan mata aku.
'Dia' di hadapan mataku tersenyum malu.

Dalam hati aku takjub dengan kuasa Allah, menciptakan satu kebetulan, melibatkan AKU, DIA DAN KAMERA..


-THE END-


DIKARANG KHAS UNTUK KONTEZ OHDAWIE.COM

Saturday, December 05, 2009

I Love My CANON IXUS 100 IS










not bad kan? i love to put the date in pic tapi nampak cacat la pulak kan?
if u notice they were taken around raya haji.

well let me give a bit review bout this camera.


blogger-emoticon.blogspot.com Luv-Luv FACTORS

Super slim, easy to carry around,
Image quality, from the eye of noob and regular user like me, it is a WOW.
Image Stabiliser, works for my super shaky hand. ( my previous camera was olympus, and i cant really used it as 9/10 pic i take out of it, it turns blurr.
Battery life, im okay with it. Can use it all day long for 3 day without charging.



blogger-emoticon.blogspot.com No-No FACTORS
Digital Zooming, BAD. Ouch
Image produced are not sharp (i read it from some review, had to agree with it)

but being a normal user, im satisfied enough.
Tapi saya rasa kena explore lebih lagi, sebab rasa this IXUS 100 can performed much more better. Agree?

Well thinking of getting DSLR maybe, after this?

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena