Monday, July 20, 2009

Gangguan???




Pernah tak korang kena 'ganggu'?
Selalunya yang prone nak kena 'kacau' dengan makhluk halus ni budak-budak kecik.
Salah langkah diikutnya ke rumah. Ni nak share story sal 'gangguan'.

Tajuk post ni macam post deeba yang sebelum ni plak. tapi tak apalah kan, isinya lain...

Apa cerita?

Hari sabtu haritu mak menakan aka mak sedara lilac sekeluarga from kedah datang ke selangor.
yang dari kedah ni panggilnya MAK LANG.
datang stay rumah MAK SU yang duduk di perumahan jabatan laut port klang.

ceritanya hari sabtu haritu kami ke PAntai Remis.
( Ingatkan Pantai Remis di Perak, rupanya kat Selangor pun ada jugak)
sampai di sana awal gi. panas gi time tu, dalam pukul 3 lebih.
Lepak-lepak sampailah agak teduh, kami pun turun ke pantai.


budak cute tengah bercanda. Putih tu dibah, pink tu alya

Adik Wan, (anak Mak Lang), Dibah and Alya (anak pak su) yang masih muda belia dah tak sabar nak korek pasir.
Memula aktiviti utama jalan-jalan cari siput cantik ja.
Bila air dah mula nak surut, melangkah ke dalam sikit tengok ikan belacak main air.
Pantai remis ni airnya tak dalam. Berlumpur ja. Bukan jugak tempat orang mandi. Just ambil angin ja.
Tengok ada orang kutip something kat tepi batu, kami pun nak join jugak. Rupanya kutip siput yang lekat di batu tu.
Bila surut lagi air dah nampak kelibat kerang remaja atas pasir+lumpur. makin sakanlah kami time tu.


dipercayai Teania sp. Kena tanya Dr Veelayan ni.

This see=poot are edible. Bila nampak kutip balik goreng tau!

eeh anak dara sapa ni?

Geng remaja sikit ( Lilac, dan anak Mak Lang, Tirah, Pudin, Amir) mula dah cabut kasut dan lempar beg tangan ke tepi
suka sangat main lumpur, nak cari siput la katakan. Banyak la jugak hasil yang dapat walaupun kecik-kecik ja.
Syoknya sebab tak payah gali-gali pun. Tengok aja dah jumpa.

HAbis bab seronok. Sebelum maghrib bertolaklah kami dua kereta balik ke Port Klang.
Si Alya yang setahun lebih ni mula merengek-rengek letih. Nangis-nangis sikit.
Bila malam dia makin kuat merengek. Asyik nak nangis, nak didukung. Dia main, gelak kejap lepas tu nangis balik.
Well time ni tak suspect apa-apa lagi.

Bila ayah dia (Pak Su) nak keluar bekerja pukul 10 malam tu, dia dah nangis balik. Tambah time suma orang dah nak tidor tak berenti pulak dia nangis. Muka si Alya ni dah nampak penat sangat, tapi tak nak tidor jugak. Menangis menangis menangis. Dah letak minyak, usap badan dia, kasi susu tak nak diam jugak, Sampai pukul 1 pagi, yang masih berjaga tinggal Lilac, Mak LAng dan mak Su. Terdesak sangat, kami call tok wan di Bukit tembaga Kedah. Tok Wan (lelaki) boleh berubat baby yang kena 'kacau' ni dengan baca ayat Quran ikut handphone . Kami letaklah telefon di telinga si Alya. Tok Wan bacakan ayat al-Quran nak halau apa yang mengganggu.
BAnyak kali jugak Tok Wan ulang, si Alya masih nangis gak. Dia dah start tolak-tolak telefon, tak nak dengar.
Lilac pikir maybe dia rimas la kot.

BILA SAMPAI SATU MASA TU,
DIA PELUK MAKSU, DENGAN MATA TERTUTUP TUNJUK JARI DIA ARAH DAPUR
Lilac yang memang menghadap arah dapur tengok tak ada apa-apa pun.
Dah start rasa SERAM semacam.......
Lepas tu dia dah mula reda sikit. Senyap kejap. Pastu nak nangis balik.

Lilac pun bukak Ayat Kursi guna my N82, bukak loudspeaker, repeat surah tu sampai bateri habis.

Alya pun dah calm down dan buleh tidor dah.
kesian nampak letih sangat.
Esoknya demam si Alya tu. Agaknya apalah yang menggangu dia ek?

mungkinlah Alya ni ada nampak apa-apa yang kami tak nampak kan?
Mungkin jugak sebab dia gi mandi laut tadi.
Budak-budak kan sensitif sikit.

MAlam tu me ngan Mak Lang yang seram sejuk sesama tak boleh tidur.

KORANG MALAM NI CEMNA??

*cuba menggunakan kata ganti diri yang baru. did you notice?

:cinonet_04:

10 comments:

  1. haha, ingat nak citer gangguan tadi. anak dara sape tu?

    ReplyDelete
  2. Ye ler ... ingatkan ada yang mengganggu anak dara sapa ntah tadi tu ... Mana boleh ganggu kan? Mesti ada hero yg jaga tuu ...

    ReplyDelete
  3. hantu follow si gadis merah jambu kottttt

    ReplyDelete
  4. marzuki,
    tu la anak dara mak lang, kezen paling hawt

    precious,
    hero zahirnya memang ada. :P

    kapten
    adeke pulak. pantang nampak perempuan cantek ni

    ReplyDelete
  5. 1 kemungkinan.

    ade ambil siput dari laut tu kan? mungkin tu penyebab.

    btw,bukak surah ape2 pun kat nset x mendatangkan kesan,tapi kalo cakap melalui telefon tu xtau la plak :D

    ReplyDelete
  6. @blowie
    hurm..... mungkin jugaklah... tapikan siput tu untuk dimakan?
    macam pancing ikan di laut la kan?

    bukak surah kuat-kuat tu ibarat macam nak menghalau la. sebenarnya boleh nak baca sendiri tapi tengah takut+kalut kot-kot salah tajwid suma.
    Tokwan bacan ayat quran dan doa ja. :P

    ReplyDelete
  7. biasanya kena pergi berubat,even berubat yg simple-simple.
    kadang2 makhluk tu tak let go senang2 je..
    sekarang ni dia tido ada nampak macam terkejut-terkejut sikit tak? atau tiba2 malam2 nangis tak lena? kalu ada, jgn tunggu lama-lama, kene 'buang' atau 'buta' kan pandangan makluk tu drp lihat budak tu lagi...
    bacaan quran dari speaker (N82),tak sama sangat ngan bacaan suara manusia,aura dia lain. Frekuensi getaran yg dihasilkan berbeza berbanding pengucapan oleh makhluk manusia.

    ReplyDelete
  8. @penjejak
    tok wan dah ubatkan. tok wan boleh ubatkan orang yang kena sampuk/ rasuk guna ayat quran dari hp. :) insya-Allah dah ok

    ReplyDelete
  9. siput mmg boleh dimakan,tapi kena tau pantang larang jugak.

    sedangkan nelayan dilaut boleh mati/hilang/sesat sebab tak baca doa/langgar pantang. Tak kira siput ke batu ke,kemungkinan tetap ada :D

    ReplyDelete
  10. @blowie

    dia mati sesat sebab Allah. tu penyebab dia ja kan... menda nak jadi tak leh nak dijangka.

    Alhamdulillah Alya dah orait da skang..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena