Thursday, January 15, 2009

Kematian hanyalah sekadar pertukaran alam

Semalam ada satu tazkirah dari ustazah CITU yang aku x tahu namanya..

katanya kematian itu hanyalah sekadar pertukaran alam.
setiap manusia ni wajib melalui alam2 yang telah ditentukan oleh Allah iaitu:

1. alam roh- sebelum lahirnya kita di dunia
2. alam dunia- sekarang
3. alam kubur/barzakh
4. alam akhirat

kata ustazah, wajib kita melalui alam2 ni, tak kiralah kita suka atau tidak.
pernah aku terbaca,
dunia ni tempat untuk menyemai, akhirat tempat untuk menuai hasil

kiranya kita di dunia ini adalah untuk mencari bekalan yang secukupnya agar di akhirat nanti kita tidak papa kedana. bekalan tu bukanlah berbentuk makanan, wang, atau nama tetapi merupakan amal kebajikan, jariah dan pahala.
setelah kita bertukar ke alam seterusnya ni, tiada apa yang dapat kita lakukan lagi melainkan mengharapkan doa2 dari orang yang masih hidup.

kata ustazah lagi, alam barzakh merupakan tempat percutian, tempat berehat bagi orang2 yang semasa hidupnya menjaga dirinya dari melakukan dosa2.
tetapi untuk manusia yang lalai dan leka, alam barzakh ialah alam di mana kita menerima denda akibat dari perbuatan kita di dunia.

di alam akhirat kita pastri akan melalui hisab, timbangan mizan, titian siratulmustaqim dan antara neraka dan syurga, salah satu pasti akan menjadi tempat kita.

sahabat2 nabi mentafsirkan mati sebagai satu jalan mereka untuk bertemu dengan Allah. mereka meminta agar di dunia ni Allah menguji mereka dengan ujian2 yang masih membolehkan mereka beribadat, kerana mereka menganggap kesusahan merupakan cara yang paling mudah untuk beroleh ganjaran dari Allah. Bagaimana? dengan bersyukur dan redha sepanjang kita di uji.

namun, nabi muhammad melarang kita umatnya berdoa meminta kesusahan kerana taraf iman kita tidak sama. semasa malaikat jibril memberitahu Rasulullah bahawa antara2 neraka yang disediakan, satu itu untuk umatnya, Rasulullah terus pengsan. betapa sayangnya rasulullah kepada kita semua.
dan sebelum baginda wafat, baginda masih menyebut, ummati, ummati. (umatku, umatku)

betapa Allah Maha Pengampun, dia menerima taubat hamba-Nya.

3 comments:

  1. Ya. Setiap manusia akan diuji. Dan ujian yang ditempuh dengan kesabaran dan keikhlasan. Pasti ada ganjaran.

    Aku ni bukannya pandai sangat agama. Mungkin ada. Tapi, takut pula tergolong dalam golongan munafik.

    ReplyDelete
  2. insya-Allah kita terpelihara. berdoalah... aku pun takut juga

    ReplyDelete
  3. SEBENAR NYA MANUSIA INI AKAN BERPINDAH KEPADA ENAM ALAM 1.ALAM RUH 2.ALAM RAHIM 3.ALAM DUNIA 4.ALAM BARZAH 5.ALAM MAHSYAR 6.ALAM SYURGA/NERAKA
    SEKARANG KITA DAH TERLEPAS 2 ALAM, KITA BERADA SEKARANG DI ALAM DUNIA, LG 3 ALAM KITA AKAN TEMPUH. BERSIAP SEDIALAH KITA UNTUK PERGI KESANA SUPAYA KITA JANGAN JD ORANG YG MUFLIS DI SANA.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena