sewaktu aku skolah rendah (sekolah kebangsaan padang terap) cikgu2 selalu sangat pesan kat aku dan kawan2
"keluaqla dari kampung ni, lagi baik, dari daerah padang terap ni"
time tu aku terhangguk2. dalam hati aku berazam, satu hari nanti aku nak masuk u, nak jadi orang yang pandai, lepas tu aku nak tolong orang.
bila ada drama2 dekat tv yang crita pasal budak u, jiwa aku berkobar2, x sabaqnya aku nak masuk u... aku baca majalah ujang, majalah gila-gila, mastika ( x ada kreko arena time tu) ada banyak menyentuh pasal hidup budak u. campus life, cita sireh di oversea, suma membangkitkan semangat aku.
kenapa mesti keluaq? apa duduk di kampung x boleh berjaya?
boleh, cara orang kampung.
maksud cikgu2 aku jadilah orang uang akademik, belajar lihat dunia luar.
dulu lang mat(pak sedara belah abah bongsu) tertengok tahi lalat di kaki aku, dia kata
"eh tu korek la tahi lalat tu buang"
aku tanya kenapa?
"nanti jalan jauh"
aku kata, its ok, aku memang nak merantau.
dan aku memang seorang perantau selama ni. aku bersekolah di perlis, matrik di perak dan sekarang u di uitm shah alam.
x selalu orang dapat tengok aku di kampung. kalau nampak pun rata2 terkejut tengok 'perkembangan' aku. hehe
orang yang tengok akan heran tanya anak sapa, x pernah nampak pun...
sebenarnya cecita aku lagi tinggi, aku nak belajar oversea. tapi kata mak aku dia x sedia nak lepaskan aku. aku muda sangat.. hehe (patutlah susah nak lekat)
dan sekarang, aku rasa aku dah takmau jalan jauh2. aku nak dekat ngan family. dah banyak masa aku di negeri orang, masa aku dengan family sikit ja.
aku adalah budak kampung yang dibesarkan di kampung jugak.
abah aku bukanlah penoreh getah mahupun petani macam selalu tunjuk dalam drama tu, dia berniaga sendiri, juga kontraktor.
mak aku pulak bukanlah surirumah yang pagi2 bangun jual kuih untuk menyara anak2nya sekolah, mak aku seorang akauntan,
dan kami semua tinggal di kampung.
aku habiskan masa kecik aku dengan kadang2 di rumah, kadang2 di rumah tok aku. dan kebanyakan aku memang duduk dengan tok(pompuan) dengan wan(laki2) aku.
jangan terkejut, jarak rumah aku ngan rumah tokwan aku cuma 5 minit ja..
tapi semua orang, cikgu, mak abah, tok wan, menekankan dekat aku, belajar tinggi2.
kata wan aku, abah aku malas belajar. pernah dia kena ligan dengan parang sebab ponteng kelas. jangan terkejut, orang dulu didik anak memang tegas
sebab tu dia kerja sendiri, x kerja kerajaan.
kata kawan abah aku, abah aku pandai, cuma malas, suka main2 bila belajar. kalau tidak dia dah jadi orang berpangkat.
adakah dengan pelajaran abah yang kurang dia x berjaya?
tidak juga. abah aku seorang pengkhidmat sosial. sekarang dia jadi tokey kantin pulak..
mak aku?
mak aku asalnya orang felda. memang susah. family abah aku x susah, waris dari keluarga senang. tapi mak aku, dari keluarga penoreh. berapa sangatla pendapatan time tu? cerita mak aku, bila dia nak balik asrama, tok wan aku akan pi jual getah, dia akan bawak balik syiling untuk mak aku bawak bekal. mak aku crita lagi, compare ngan aku yang berbelanja macam anak datuk bak kata abah aku, dia makan aiskrim seminggu sekali saja. duit dia memang betul2 simpan.
sebab tu la mama memang tak pernah lokek. bab makan, mintak ja, dia pasti beli.
sebab apa aku dok umah tok wan? nanti aku cita lam entry len
Thursday, January 29, 2009
Kisah budak Kampung- merantau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen!