Monday, May 14, 2012

Rants : Stop Complaining, Find A Resolution

I've started a bussiness, selling 50/60 inches hijab online. And I get my stock from Jalan TAR.
before I started by bussiness, i've calculated much, the pro and cons and the limitations.

The BIGGEST limitation im facing here is I DONT HAVE PROPER TRANSPORT.

By proper, i do not restrict transport to cars only, bus and taxi also included.

taxi, it can surely reach jalan tar by fare barely rm20 provided traffic is fine. if not, i'll losing profit just by sitting in the taxi.

by bus, i regret that rapid is not that accesible in Selayang. Or it might be that i've not learn about bus route much. I do love how things are in Shah Alam where I can be totally independent. I can go to KL by myself,by cab train and bus. I can walk my muscles out to seksyen 9 without hassle. Some girls just hate walking, and sun ( no offense, people). Fortunately im not a beauty queen, im a village girl with avarage ( of below avarage look) so I dont give a damn about how sun may affect my skin and how sweating may make me look err uninteresting. ok skip that babbling part, that is a self-mutilation for self-motivation.

I dont fancy asking people around for favour. I HATE being dependent to others as I myself not that fancy of people being dependent on me. But thats not applicable to family members, I JUST LOVE being dependent to them. That makes me feel that i have somebody to rely on even when the world is falling apart.

I think the worst time in life is around my age. You are not that young to ask all things from your parents, and in the same time you are not that capable to do so on your own.

As for me, if i've been saving a lot i'll buy myself a car. But I cant, first is im a broke, i cant even manage my own money. I think i've keep them somewhere in the bank, at the counter of supermarket somewhere. Or I think i've invested too much on comics and books. (well i dont regret that) Second is I dont master driving skills just yet.

The downside part of being a GIRL is that you cant do this and cant do that because of safety reason.

Like today I showed my dad the route i've taken to 99 speedmart, which is just near my college. And he asked if I usually went there alone.

i said, nope. usually 2.
He forbids me from going there, walking but .

"IT IS OKAY IF YOU GO THERE BY CAR, NOT BY WALKING" not intended to raise attention for self pity (or buat kesian), i reply slowly, well not all things sold just by the road. You've to go here and there a bit to complete your shopping list. Eg-like buying catfood.

I do want a great coffee sold in Giant Batu Caves, sometimes I want to buy whole chicken for a cheap price  so I can have my atkin's meat stock for 4-5 days. I want to go to IKEA to hang out, eat meatballs and Daim cake in the weekends, went to spree in Daiso in the curve or OU, go to watch a movie when its out. Well yes, i am aware that you have to separate the needs from the greed.


"ITS NOT WORTH IT, TO BE KILLED FOR 50 cent, 50 ringgit. It is just not worth it." Abah replied . I sensed worry in him. I smiled in vain, in pain. What can I do? I hate that too, how neighbourhood can become a corpse-dumping ground nowadays? When im  a kid i can ride a bike whenever i want, to the paddy field, deep in the 'kebun getah', near hutan buluh with nothing to worry.

"A 22 years old lady just found to be chopped to 8 parts, and dumped to a river near One Selayang today. The motive however unclear, but her purse was missing, and there was catfood found near the river bank." LOL

I dont have a car and I cant drive well, I live FAR AWAY from dad, and I dont have a husband.

so either 1 from the 3, please grant me at least one.





*pardon my grammar, i dont bother to correct it now, maybe sometime later, someday.



Sunday, April 22, 2012

Rakyat susah salah pemimpin?

Salam A'laik.

Pernah saya kata kat kawan-kawan, saya takut nak jadi kaya.

Bayangkan kalau saya jadi kaya/pemimpin kepada rakyat, di mana ada kemiskinan di situ ia akan jadi salah saya.

Saya bercakap lepas baca komen-komen orang terhadap kemewahan pak-mak menteri kita, dalam masa yang sama, rakyat ada yang tak dapat makan. Saya jadi keliru, kalau saya dalam kasut pak-mak menteri tu, bagaimana saya nak pastikan tiap orang dalam lingkungan seliaan saya dapat kebajikan secukupnya, jika tidak ada yang menyampaikannya kepada saya? Saya di Kedah orang di Kelantan miskin orang cakap salah saya.


Lewat malam semalam, saya terbaca satu artikel kisah zuhudnya Rasulullah dan puterinya Fatimah di blog si pipi merah.

Kisahnya Saidina Ali bawak balik harta rampasan perang berupa sebuah tirah dan 2 utas gelang perak. Fatimah r.a pun gantunglah tirai tu di rumahnya, dan 2 gelang tu dipakainya.

bila rasulullah datang dan terlihat di tangan Aisyah ada gelang perak tu, Rasulullah palingkan muka dan berlalu dari rumah Fatimah, tak jadi masuk. Fatimah terkedu, dan menangislah dia. Dia faham dah ayahandanya baginda Rasulullah marah kepadanya

lalu Fatimah kirimkan 2 utas gelang dan tirai tu pada cucu kesayangan Rasulullah, Hasan dan Husin, dengan kiriman salam dan ucapan , mereka tak akan buat lagi dah..

Rasulullah menyambut cucu kesayangannya dengan ciuman, dan dengan rasa gembira Rasulullah bahagikan gelang pada orang muhajirin yang tak ada tempat tinggal dan harta. Tirai tu dibahagikan pada orang yang tak punya pakaian.

Kemudian Rasululullah berdoa, "Allah mengasihi puteriku Fatimah. Sungguh Allah akan berikan padanya pakaian syurga atas sebab tirai ini, dan perhiasan syurga atas sebab kedua gelang ini."

terjawab sudah persoalan saya. Kuasa dan kedudukan bukanlah satu jalan untuk menimba kesenangan. mencari harta untuk diturunkan pada anak beranak, tapi merupakan satu tanggungjawab yang besar.

Bayangkan kalau zaman sekarang si ayah berikan roti di tangan kita yang tengah kita makan pada fakir miskin, mesti kita macam "eh ayah anak sendiri lapar dia gi suap mulut orang lain pulak."

Subhanallah kan, indahnya budi pekerti Rasulullah dan keluarganya.


 

Friday, April 13, 2012

Tudung Akel Bidang 60 dan 50 (murah!)

Salam alaik. Nak tumpang promote.








alhamdulillah. jemput-jemput tengok. Kini menjual tudung bidang 50 dan 60 inci jenama Akel secara online. (dan lain-lain jenama)

 ada banyak lagi pilihan. sila klik link di bawah.

tudung bidang 60" - RM23
tudung bidang 50" - Rm20

http://www.facebook.com/SixtyInchesHijab

Rabbi Yassir Wala Tu'assir

Tuesday, April 10, 2012

Personal rants : Motherhood

This time around i've been wondering a lot what if one day i become a mother?
I even imagining what if one day I've come back from class and there is a baby on my bed. OMG
















Can I still behave as usual, the bujang version of me?
I bet not.


Responsibility changes people. thanks goodness!


I remember the conversation i've had with mum last night, how im bit different when abi was with me, and when he is not.
And also the phrases people usually utter when it comes to lazy anak dara "kahwinkan dia aja, taulah dia rajin lepas tu." LOL

Ok back to main idea.

i've read Dr farnaza blog, my lecturer in PCM posting, and she portrayed parenthood in a very good and realistic way. I do say, WONDERFUL.

How kids make parent lose temper (aha! sorry ma and abah), and how to cope with them. How they are learning and their perception towards surrounding..How parents might imposed their beliefs/worries in their kids resulting in insecurity. In many ways i was touched to deep. There are ups and downs in everything, even in parenting.

At one time she wrote about after prayer she'll sit with her son, and ask him to recite short surah from the quran, and she discussed the meaning of the surah with her son. I was amazed....

And ashamed of myself.

If i dont have the knowledge of tajwid and little bit about hadith and quran,regarding its meaning, what is the story behind it, all the basic stuffs, how im gonna teach my kids?

then i have to depend to my spouse. What if both of us are noobs? Luckily, there is never too late or too early in learning something. unless you have deadline, EXAM, wait, can death be a deadline too? T_Tok let me end things here.


p/s -cuteness!




Thursday, March 29, 2012

Pesakit Degil, Tak Dengar Cakap Doktor?

Atau doktor yang tak pandai bercakap?

Pentingnya Komunikasi Berkesan

Sewaktu saya berada di sebuah klinik kerajaan untuk posting terbaru saya, Primary Care Posting, saya bertemu dengan seorang lelaki berbangsa Cina, saya namakan dia Mr M.

Sebelum Mr M masuk ke dalam bilik rawatan lagi, kakitangan klinik ada memberitahu saya pasal Mr M. "Kes menarik" kata mereka.

Dan saat Mr M datang saya teruja apa yang menarik tentang Mr M.

Mr M datang masuk ke bilik rawatan menggunakan kerusi roda. Sebelah kakinya berbalut dan sebelah lagi sudah dipotong paras bawah lutut. Dia tidak banyak bercakap, hanya tunduk, tidak menjawab bila ditanya dan hanya minta untuk kakinya dicuci. Apa yang menariknya tentang Mr M?

Jika anda mempunyai medical background anda akan faham dan jelas betapa sinonimnya pesakit diabetes dengan ulcer di kaki. Bagi yang non medical, pesakit diabetes melitus yang tidak mengawal paras gula dalam dalam darah dan tidak memiliki etika penjagaan kaki yang betul boleh kerap kali mendapat ulcer atau luka di kaki yang sukar untuk sembuh. Bahkan ia boleh bernanah, bengkak dan merebak lebih teruk.'

Jadi sebelah kaki Mr M yang berbalut itu sudahpun teruk. Kebanyakan kulit di kaki itu sudah tiada, menampakkan daging di bawahnya. Ada daging yang masih elok, dan ada yang sudahpun mati dan mula mereput. Saat saya buka balutan kakinya, bau yang kurang menyenangkan menerpa masuk ke hidung saya.

Soalan demi soalan saya lontarkan, contohnya kenapa dia tak mahu ke hospital? Dia diam. Saya ulang, dia masih diam. Saya provok, "sebab takut kena potong lagi sebelah?" dia angguk perlahan.

Bukan mudah untuk seorang manusia untuk kehilangan anggota. Walaupun anggota itu gagal berfungsi, kita masih mahu ia ada bersama kita.

Pesakit degil, atau mereka tidak tahu?

tahukah anda keldai lambang kedegilan?

Mr M sebenarnya telah dirujuk ke hospital. Berkali-kali staf mengingatkan tiada apa yang boleh dilakukan di klinik dengan keadaan dia yang teruk. Dia memerlukan penjagaan hospital.Keadaan kakinya perlu dirawat, daging yang mati perlu dibuang di hospital. Klinik tidak punyai kemahiran dan peralatan yang sewajarnya.Dia masih enggan.

Saya faham, kakitangan klinik termasuk doktor mempunyai masa yang singkat untuk tiap pesakit. Sehari pesakit datang mencecah 400 orang sehari dan seorang doktor hanya memiliki masa kurang dari 7 minit untuk bertemu pesakit.

Dan oleh kerana saya ialah pelajar, saya boleh luangkan masa bersembang dengan Mr M. Untung saya baru habis posting orthopeadics jadi perihal Diabetic Foot Ulcer ni, saya tahu serba sedikit.

Saya terangkan pada pesakit, bagaimana luka yang tidak dirawat itu boleh merebak lebih jauh ke dalam tulang, ataupun menjangkiti struktur yang lain. Bagaimana dia boleh mendapat jangkitan kuman dalam darah yang boleh membawa maut.Saya tangkap gambar kaki MR M, dan tunjuk sendiri pada dia betapa teruknya kaki dia. Dan dia sendiri terkejut. Dan jelas saya tahu dari reaksinya, dia tidak tahu betapa seriusnya keadaan diri dia sekarang. Yang dia takutkan, "pergi hospital kaki kena potong."
 Di akhir sesi, dia kata pada saya dia mahu ke hospital.

Kakitangan kata, dia sekadar 'cakap', tapi sebenarnya dia degil. Saya tak tahu, saya tidak mahu menilai. Saya harap dia benar-benar ke hospital kerana 2 hari selepas itu saya tidak nampak dia lagi di klinik.

Sebenarnya banyak pesakit, enggan ke hospital kerana mereka mempunyai tanggapan tersendiri.

"doktor nak duit saja."
"saya kena sihir, tak perlu ke hospital."
"sikit-sikit potong, siapa mahu ke hospital?"
"selalu orang masuk hospital, mati. Macam jiran sebelah saya dulu."
"hopital kerajaan buat kerja sambil lewa."


Tujuan doktor merujuk pesakit ke hospital ialah kerana keadaan pesakit adalah serius, dan klinik tidak mampu menguruskan pesakit kerana ketiadaan kepakaran, alatan dan suasana yang sesuai.

Antara halangan kenapa pesakit enggan menurut saranan doktor


1. Kurang kefahaman
Dari segi kurangnya penjelasan doktor, latar belakang pesakit, atau pesakit tidak memahami penjelasan doktor dengan tepat.


2. Bias atau mitos
Pesakit mempunyai tanggapan buruk akibat dari pengalaman lepas, cerita orang ramai, dan fakta dari sumber yang tidak sahih.

Contoh a. "makan ubat tak elok untuk badan, kerana ubat ada efek toksik, merosakkan buah
pinggang."

contoh b. vaksinasi boleh membuatkan anak yang dikandung cacat

3. Salah faham
Contoh, Encik B mengalami sakit kepala dan sentiasa mengantuk selepas diberikan ubat oleh doktor C. Kesimpulan Encik B adalah doktor C salah bagi ubat, dan doktor tidak mahir. Apa yang berlaku adalah kesan sampingan ubat, tapi doktor C tidak memberikan konsultasi secukupnya mengakibatkan kepada salah faham.

Dan banyak lagi.

Kekurangan ini dapat diatasi sekirangnya kepercayaan pesakit terhadap doktor dapat ditingkatkan, pesakit tahu membezakan antra fakta dan mitos, dan diharap suatu hari nanti dengan bertambahnya bilangan doktor, doktor akan mempunyai lebih masa dengan pesakit.

Allahu'alam..

Baca lanjut mengenai kaki diabetik di sini.



Sunday, March 11, 2012

Cerdek: Mana Adil di Bumi Kau?

"Pakcik boleh bagi diskaun sikit?"

Mata gadis berbaju kurung merah jambu itu melayu tatkala melihat wajah bengis pakcik pemandu teksi yang baru sahaja mengenakan cas RM40 untuk perjalanan dari Hentian Putra- Hospital Selayang.

Asal gadis baju merah jambu itu dari kampungnya yang jauh, niatnya mahu melawat adik lelaki yang demam denggi berdarah. Berbekalkan wang cukup-cukup tambang pergi balik, ibu dan ayahnya menghantar dia dengan sorotan wajah yang sayu. Nasiblah makan nanti, pandailah cari. Nasiblah tambang nanti tak cukup, pandailah cari. Nasiblah adiknya seorang harapan keluarga, harapan  jadi doktor pertama, terlantar sakit kuat pula.

Mana nak dicari duit? Hendak menoreh getah, kebun ayahnya baru saja terbakar 3 hari lepas. Hendak minta lagi pada Bunda (ibu saudara), anak Bunda pun nak guna wang untuk majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung gilang gemilang minggu depan. Ralat hatinya melihatkan berapa banyak wang yang dihabiskan untuk satu 'majlis sehari esok orang lupa' itu. Abang sulungnya nikah dahulu, kendurinya hanyalah untuk keluarga terdekat, 20 dulang. Nasiblah orang mampu, kami?

"Tak bolehlah dik. Harga standard macam ni lah.  kalau diskaun lagi, pakcik nak makan apa?" pemandu teksi itu buat wajah tegang. Bukan dia tidak nampak, pewarakan gadis itu saja dah tunjukkan betapa dia 'rusa masuk pekan.' Mudah benar ditipu, mudah benar kalau dia naikkan harga sewenangnya. Lagipun dia gadis muda, apa dia berani melawan?

Wajah gadis itu masam, matanya berkaca. Dia menghulurkan RM40 seperti yang diminta.

"Terima kasih pakcik. Moga Allah merahmati pakcik dan keluarga." Lalu gadis itu melangkah lemah longlai dari teksi. Dalam mendung petang itu, hatinya ikut sama mendung, semendung nasibnya.

*****
Hati seorang ayah itu tersentuh tatkala gadis muda it mengucapkan terima kasih, beserta doa untuk keluarganya. Entahlah gadis itu ikhlas atau perli, hatinya tetap rasa ditikam-tikam.

"Maaflah nak." Bisik hati tuanya. Maaf kerana terpaksa menipu.

Baru semalam dia dapat panggilan dari anak dara jauh di perantauan, mahukan duit nak baik pulih kereta yang rosak. Nak pula, A.S.A.P.

'Tak boleh tangguh-tangguh nanti orang terpaksa ponteng kuliah.'

Hendak dia minta pada jiran tetangga sudah tebal mukanya, orang sampai bertanya siang petang bawa teksi takkan tak mampu sara anak sendiri? Anaknya pula bakal melangsungkan perkahwinan dengan orang jauh minggu hadapan. Katanya gilang gemilang, anaknya mendesak agar majlis di sebelah mereka turut ikut gilang gemilang. Puas dia katakan, wang dia tidak segemilang keluarga bakal mentuanya itu. Kenduri biasa, bolehlah. Mana larat hendak buat bertemakan garden fairy tale entah apa-apa.

Dia mengeluh lagi, mana nak datang rahmat Ilahi, kalau wang pencariannya diselit-selit penipuan. Bila terdesak, dia naikkan tambang sesuka hati. Mana nak datang berkat perkahwinan? Majlis glamour pula yang dikejar.

Hati tuanya pilu, mulutnya mengeluh lagi. Hujan di luar mula membasahi bumi.

**********


"Kau dah bakar kebun orang tua tu?" Taukeh bermisai galak itu menghisap curutnya dalam dalam. Entah apa jenama, janji buatan luar negara.

Habis satu ruang tamu rumah mewahnya itu berbau asap. Harapkan saja sofa import kayu jati tulen, harapkan saja karpet import negara Turki, harapkan saja chandelier mewah tergantung buatan swiss bertatahkan kristal permata, harapkan saja pasu-pasu zaman dinasti entah apa dari China, berbau asap rokok juga. Amah di belakang capai Febreeze, disembur sembur kiri dan kanan.

Sudah lama dia pujuk orang tua kampung seberang tu jual kebun getah tua sekangkang kera tu. Tanah itu bakal bersambung dengan tanahnya. Dia mahu bangunkan, buka resort with pool and pub. Mat saleh suka datang ke hujung dunia, konon nak berlibur di alam sekitar padahal cari air setan juga. Terketawa dia, mengingatkan bukan mat saleh saja suka tonggang air kuning tu, orang melayu hidung penyet pun sama suka. Tapi belakang tabirlah. Siapa nak masuk harian metro suka-suka. "VIP tonggang arak."

Orang suruhan itu tarik muka. jelak dengan bau asap. Tanah sekangkang kera pun nak direbutkan. Dasar orang tak reti puas!

"Sudah taukeh. Bukti wa dah padam, itu budak polis pun wa dah bayar." Taukeh itu ketawa.

Bagilah pampasan, tunjuk muka prihatin, muka simpati, mereka akan senyap. Orang miskin, manalah mampu nak gaji peguam nak lawan.  Akhirnya duduk mengongoi di tikar sejadah, solat hajat minta bantuan Tuhan.

"Mana adil di bumi kau?" Terkekeh-kekeh taukeh itu ketawa lagi, sebelum matanya tiba-tiba terbeliak, tangannya merentap dan menumbuk-numbuk dada. Lalu dia jatuh, bagaikan bacang yang sudah busuk ke tanah. "Gedebuk!!"

Hujan terus turun, menjadi runut belakang sebuah kisah, "mana adil di bumi kau?"


**nota kaki

Ini cerdek versi saya.
Kecewa dengan putaran alam bumi tempat saya menginap ini. Bila boleh kita noktahkan?





© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena