"Pakcik boleh bagi diskaun sikit?"
Mata gadis berbaju kurung merah jambu itu melayu tatkala melihat wajah bengis pakcik pemandu teksi yang baru sahaja mengenakan cas RM40 untuk perjalanan dari Hentian Putra- Hospital Selayang.
Asal gadis baju merah jambu itu dari kampungnya yang jauh, niatnya mahu melawat adik lelaki yang demam denggi berdarah. Berbekalkan wang cukup-cukup tambang pergi balik, ibu dan ayahnya menghantar dia dengan sorotan wajah yang sayu. Nasiblah makan nanti, pandailah cari. Nasiblah tambang nanti tak cukup, pandailah cari. Nasiblah adiknya seorang harapan keluarga, harapan jadi doktor pertama, terlantar sakit kuat pula.
Mana nak dicari duit? Hendak menoreh getah, kebun ayahnya baru saja terbakar 3 hari lepas. Hendak minta lagi pada Bunda (ibu saudara), anak Bunda pun nak guna wang untuk majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung gilang gemilang minggu depan. Ralat hatinya melihatkan berapa banyak wang yang dihabiskan untuk satu 'majlis sehari esok orang lupa' itu. Abang sulungnya nikah dahulu, kendurinya hanyalah untuk keluarga terdekat, 20 dulang. Nasiblah orang mampu, kami?
"Tak bolehlah dik. Harga standard macam ni lah. kalau diskaun lagi, pakcik nak makan apa?" pemandu teksi itu buat wajah tegang. Bukan dia tidak nampak, pewarakan gadis itu saja dah tunjukkan betapa dia 'rusa masuk pekan.' Mudah benar ditipu, mudah benar kalau dia naikkan harga sewenangnya. Lagipun dia gadis muda, apa dia berani melawan?
Wajah gadis itu masam, matanya berkaca. Dia menghulurkan RM40 seperti yang diminta.
"Terima kasih pakcik. Moga Allah merahmati pakcik dan keluarga." Lalu gadis itu melangkah lemah longlai dari teksi. Dalam mendung petang itu, hatinya ikut sama mendung, semendung nasibnya.
*****
Hati seorang ayah itu tersentuh tatkala gadis muda it mengucapkan terima kasih, beserta doa untuk keluarganya. Entahlah gadis itu ikhlas atau perli, hatinya tetap rasa ditikam-tikam.
"Maaflah nak." Bisik hati tuanya. Maaf kerana terpaksa menipu.
Baru semalam dia dapat panggilan dari anak dara jauh di perantauan, mahukan duit nak baik pulih kereta yang rosak. Nak pula, A.S.A.P.
'Tak boleh tangguh-tangguh nanti orang terpaksa ponteng kuliah.'
Hendak dia minta pada jiran tetangga sudah tebal mukanya, orang sampai bertanya siang petang bawa teksi takkan tak mampu sara anak sendiri? Anaknya pula bakal melangsungkan perkahwinan dengan orang jauh minggu hadapan. Katanya gilang gemilang, anaknya mendesak agar majlis di sebelah mereka turut ikut gilang gemilang. Puas dia katakan, wang dia tidak segemilang keluarga bakal mentuanya itu. Kenduri biasa, bolehlah. Mana larat hendak buat bertemakan garden fairy tale entah apa-apa.
Dia mengeluh lagi, mana nak datang rahmat Ilahi, kalau wang pencariannya diselit-selit penipuan. Bila terdesak, dia naikkan tambang sesuka hati. Mana nak datang berkat perkahwinan? Majlis glamour pula yang dikejar.
Hati tuanya pilu, mulutnya mengeluh lagi. Hujan di luar mula membasahi bumi.
**********
"Kau dah bakar kebun orang tua tu?" Taukeh bermisai galak itu menghisap curutnya dalam dalam. Entah apa jenama, janji buatan luar negara.
Habis satu ruang tamu rumah mewahnya itu berbau asap. Harapkan saja sofa import kayu jati tulen, harapkan saja karpet import negara Turki, harapkan saja chandelier mewah tergantung buatan swiss bertatahkan kristal permata, harapkan saja pasu-pasu zaman dinasti entah apa dari China, berbau asap rokok juga. Amah di belakang capai Febreeze, disembur sembur kiri dan kanan.
Sudah lama dia pujuk orang tua kampung seberang tu jual kebun getah tua sekangkang kera tu. Tanah itu bakal bersambung dengan tanahnya. Dia mahu bangunkan, buka resort with pool and pub. Mat saleh suka datang ke hujung dunia, konon nak berlibur di alam sekitar padahal cari air setan juga. Terketawa dia, mengingatkan bukan mat saleh saja suka tonggang air kuning tu, orang melayu hidung penyet pun sama suka. Tapi belakang tabirlah. Siapa nak masuk harian metro suka-suka. "VIP tonggang arak."
Orang suruhan itu tarik muka. jelak dengan bau asap. Tanah sekangkang kera pun nak direbutkan. Dasar orang tak reti puas!
"Sudah taukeh. Bukti wa dah padam, itu budak polis pun wa dah bayar." Taukeh itu ketawa.
Bagilah pampasan, tunjuk muka prihatin, muka simpati, mereka akan senyap. Orang miskin, manalah mampu nak gaji peguam nak lawan. Akhirnya duduk mengongoi di tikar sejadah, solat hajat minta bantuan Tuhan.
"Mana adil di bumi kau?" Terkekeh-kekeh taukeh itu ketawa lagi, sebelum matanya tiba-tiba terbeliak, tangannya merentap dan menumbuk-numbuk dada. Lalu dia jatuh, bagaikan bacang yang sudah busuk ke tanah. "Gedebuk!!"
Hujan terus turun, menjadi runut belakang sebuah kisah, "mana adil di bumi kau?"
**nota kaki
Ini cerdek versi saya.
Kecewa dengan putaran alam bumi tempat saya menginap ini. Bila boleh kita noktahkan?

0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen!