Sunday, February 27, 2011

How does "helping the disable kid" is better than "killing the well and healthy innocent childrens"??

Assalamualaikum..

Dah lama tak berblog. Hari ni tertarik, nak menarik pembaca blog ini berfikir pasal soalan di atas. Diujarkan oleh seorang senior yang disegani.


Pagi semalam, saya dan rakan Urban Posting melawat ke spactic centre  SCAS & FT, di Petaling Jaya. Spastic center ni ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi cerebral palsy, satu keadaan di mana otak tidak dapat berkembang dengan baik. Pusat ni ada sediakan terapi, dan juga latihan-latihan basic untuk dewasa dan kanak-kanak.

Adik berbangsa cina yang di adopt oleh orang Melayu


Satu statement dikeluarkan oleh salah seorang volunteerer hari tu
"this spastic center is also sponsored by McD. if u eat McD, u help all the kids here."
Rakan saya berkongsi pernyataan itu di Facebook. Sambil berjenaka orang-orang yang berpantang terus boleh makan McD baliklah?
Aisyah. Tengah buat terapi.
Tertarik pada soalan,   
~How does "helping the disable kid" is better than "killing the well and healthy innocent childrens"??..just asking..[?] 
Pada saya, menolong kanak-kanak kurang upaya adalah satu perbuatan yang mulia, dan tak layak dibandingkan begitu.
Saya boleh twist balik pernyataan itu,
 "We need, not to help disable kids in order to save healthy kids from being killed."
 Saya tahu, senior saya tak maksudkan begitu. Saja, nak twist.Sebab saya tak setuju.
Adakah kanak-kanak yang sihat, hidupnya perlu lebih baik dan bahagia dari kanak-kanak kurang upaya?
Kerana apa?

Sebab kanak-kanak kurang upaya daya inteleknya rendah, tak mampu menjadi daie, tak mampu menjadi pemimpin? Mungkin?
Sebab kanak-kanak kurang upaya kurang daya kemampuan, perlukan perhatian lebih lalu memakan banyak tenaga dan masa? Mungkin?
saya tak minta saya lahir macam ni. tapi saya, berusaha untuk jadi manusia.
Soalan tu adalah satu stimulus kepada saya. Teringat kepada satu cerpen antologi di sekolah menengah, sorang abang sangat sayangkan adiknya yang cacat, yang akhirnya dihantar ke pusat khas sebab ibu bapanya tak larat nak bela. Sapa ingat cerita apa? Sebenarnya masyarakat, termasuk saya, ada satu stigma dekat golongan istimewa macam ni, Kalau dalam drama, anak-anak istimewa dikatakan ada badi, tak ada ong, sial dan apa lagi? Sapa rajin tengok drama melayu? Kalau tak pun, tengoklah Fei Mao. Saya kalau tengok Fei Mau (Fat Cat) mau tak berganjak dari tv.
 
Adilkah kita manusia kalau macam tu?
Lawatan saya yang saya habiskan masa mengamati suasana lebih dari mendengar taklimat, banyak mengajar saya. Selalunya saya jumpa kanak-kanak spastic di hospital. Kali ni, saya jumpa yang lebih dewasa. Siapa sangka, walaupun mereka sebegini, kuat keazaman mereka nak berusaha untuk sara diri sendiri. Walaupun kerja yang mereka lakukan, kecil di mata kita.


Sebak juga lihat, mereka terkial-kial menjahit, memasukkan riben di penanda buku, yang orang sihat dan normal macam kita ni boleh buat sambil pejam mata.  
 

Nama saya Fairuz. Dalam bank saya ada banyak duit.




ajar cara pegang dan genggam bola


Nyawa manusia, nilai nyawa kita adalah sama. Bagi sayalah. Orang kayakah, anak rajakah, anak petanikah, anak tokei kantinkah, sama saja. Nilainya tak berubah. Apa yang beza mungkin status, kalau awak perdana menteri, awak meninggal adalah yang nak buatkan tugu mungkin. Kalau awak mat pit tepi jalan, awak meninggal silap-silap orang buat kenduri doa kesyukuran.Yelah, kasut dan penutup longkang dah tak ada yang nak kebas. (stigma stigma)

Saya rasa kalau tak ada center macam ni, akhirnya kanak-kanak istimewa ni akan membesar dan duduk di kaki lima. Jadi peminta sedekah? Tak pun, ada aja yang senang mengambil kesempatan. Orang kita, bukan baru kita dengar cerita yang duit sumbangan jabatan kebajikan masyarakat disapu oleh 'penjaga'. Secara kasarnya, mentang-mentanglah mereka 'tak cerdik', suka hati nak kebas. RM 300 pun nak direbutkan. Ada sesetengah mak ayah, tak mahu bela anak-anak istimewa. Hantar balik kampung. Suruh nenek jaga.

Mungkin kurangnya mereka pada fizikal, mental. Tapi takkan Allah ciptakan sesuatu tu, sia-sia, kan?

In a way, sekurang-kurangnya mereka tak lari ke lombok atas nama cinta, tak sudi merempit 8 tiang, tak langgan GRO, tak pakai seksi-seksi tunggu mat saleh lalu depan kelab.. 

Tak merisaukan mak ayah akan "apalah nak jadi anak aku tu." 
Kalau nampak orang lalu, mereka akan senyum sepenuh jiwa, secerah mentari. Dan ucapkan HAI dengan gembiranya pada anda. 

So sesiapa yang rasa kaya dan bermurah hati, bolehlah derma ke sini.
Kalau ramai orang derma, tak payahlah tunggu simpati ronald mcdonald lagi kan. :P

^_^ peace, assalamualaikum..




0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena