Tuesday, January 18, 2011

Matangkah kita?

Siapakah yang layak dikatakan matang?

Definisi matang berbeza-beza mengikut konteks dan individu.

Matang usia, mungkin bermaksud umur seseorang yang sudah melangkai satu garis usia. Mungkin matang boleh ditakrifkan melepasi 17 tahun, atau mungkin juga matang dirujuk kepada sudah baligh. MAtang sudah lepas umur 18 tahun untuk berkahwin.

Matang fizikal, mungkin bermaksud seseorang sudah lengkap secondary sexual characteristics. Lelaki sudah berubah suara, berjambang. Wanita sudah ada lekuk-lekuk di tempat sepatutnya..

Matang pemikiran, mungkin dari segi kebolehan menimbangkan sesuatu dengan baik, dapat membezakan baik dan buruk, dan dapat memberikan hujah yang bernas tanpa ada bias. Dari segi percakapan yang tidak emosi, tenang dan tidak terburu-buru.


Semua itu, mungkin. Dalam soal memberikan pandangan, tiada yang salah, tiada yang betul.



Siapa yang boleh dikatakan matang?

Bila saya renung dan balik ke entry-entry lama blog ini, hampir saya hantukkan kepala ke dinding kerana malu.Satu satu saya simpan ke dalam draft, dan saya cadang akan saya publish semula isu lama, dalam gaya bahasa yang lebih bergaya, haha

Nyata saya mulakan blog ini dalam keadaan yang kurang matang. Apa ukuran matang yang saya guna?

1. Gaya bahasa - jelas keanak-anakan.
2. Cara penyampaian ide - terbawa-bawa dengan style semasa. (guna ko, aku, der, etc)
3. Pengaruh dalam pertimbangan - bergantung pada pandangan semasa dan rakan sebaya.


Orang yang matang, perlu sinkroni gaya bahasa dan laras fikiran. Mungkin dia punyai pandangan yang bernas, tapi jika dia melontarkan pendapatnya dengan bara api, beria-ia dan tiada siapa dapat menyangkal(sebab dia sangat degil), adakah dia layak dikatakan matang?

Kalau gaya bahasa dan pertimbangan yang tak berat sebelah itu dijadikan kayu ukur matang, adakah orang-orang yang sudah tua, tapi masih degil tidak mahu terima pendapat orang lain, tidak matang?

Jadi, definis matang, sangat subjektif.

 Kucing ni tengah bunting. ^_^

Erti Matang dalam Kamus Seorang Muslim

Menyandarkan setiap perbuatan itu atas rasa takut dengan kemurkaan Allah.

Itulah definisi matang untuk seorang muslim pada pandangan saya.

Cuba kita renung balik tujuan penciptaan kita di dunia ni?
Adakah supaya kita dapat rasa seronoknya dunia.?
Seronoknya kita menggayakan pakaian yang cantik-cantik di atas anugerah rupa paras yang Allah bagi? Astaghfirullah..
Seronoknya kita memperdagangkan maruah agama dengan tindak tanduk seharian kita yang tidak menunjukkan kita ini seorang muslimah? Astaghfirullah..
Seronoknya kita melakukan kemusnahan atas muka bumi yang Allah amanahkan ni? Astaghfirullahal A'zim..
Seronoknya kita lalai dan leka dalam kemasyhuran duniawi? Astaghfirullahal A'zim..

Teringat tadi pensyarah saya ceritakan seorang pensyarah kami dari iraq, yang asalnya kaya raya, berpangkat tinggi dalam universiti, hidup senang lenang di Iraq. Dan tiba-tiba dengan datangnya perang, segalanya diragut pergi sampaikan dia perlu bermula dengan kosong. Lalu dia berdagang ke Malaysia yang konon permai ini, untuk tumpang mencari rezeki..

Teringat saya bagaimana kalau tiba-tiba musibah datang, tak usah perang, datang banjir, merosakkan perabot rumah yang dari jati asli, yag kita habiskan berpuluh ribu untuknya.
Takpun rumah terbakar, habis musnah koleksi buku-buku yang kita banggakan, habis terbakar sijil-sijil yang kita selalu canangkan. Ataupun pada waktu kita di puncak kerjaya, bersenang lenang dengan beribu-ribu orang bawahan, tiba-tiba ekonomi menjunam memaksa kita gulung tikar, habis semua. Tinggal kosong.

Jadi apa sebenarnya harta kita?


“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Apakah nilai diri kita?
Apakah nilai kematangan kita?

Kesimpulan : Siapa yang matang?

Mungkin, orang yang matang adalah orang yang :

1. Mampu berfikir lurus, bertepatan dengan kehendak syarak.
(Tahu sendiri keluar tanpa izin suami adalah salah, tidak solat adalah berdosa, mimum arak adalah berdosa, berzina kecil-kecilan juga adalah dosa, dia tidak meletakkan tapi, tapi, atau memberikan alasan  seperti, "saya gay, saya ok. asalkan tak kacau orang sudah")

2. Buat keputusan setelah menimbangkan pahala dan dosa, baik dan buruk.  
( Ada benda walaupun baik dan halal, boleh berikan impak negatif pada sekeliling. Contoh anak teruna kahwin lari)

3. Tidak fanatik atas keputusan diri atau kepercayaan diri.  
(banyak orang tidak boleh terima langsung pandangan orang lain. hanya dia sahaja yang betul. Dia boleh lihat kalau dia dalam kasut otang itu, apa jadi padanya? )

4. Berupaya mengekalkan ketenangan banyak waktu.
(Kenapa banyak waktu, bukan setiap? Sebab manusia ada masa dia patut kalut dan kecoh. Contoh seperti rumah marak terbakar, isteri tengah sarat nak bersalin, takkan nak cool tengok tv?)

5. Berfikir dengan otak, bukan dengan perasaan/lutut.
(Maksudnya dia berfikir sebenar-benar berfikir. Ada orang suka mengambil yang superficial. Dia dengar si A merungut rumah tak bersih sebab ahli tak buat kerja masing-masing, terus dia buat kesimpulan si A tidak ikhlas buat kerja, berkira. Saya rasa sesuai jugak nak cakap, berfikir dulu sebelum bercakap. Orang begini berfikir guna perasaan. )

6. Bersedia memikul tanggungjawab
(Makin meningkat umur, makin bertambah tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap pelajaran, diri sendiri, kawan-kawan, agama dan sebagainya. Di saat semua sudah berura-ura mahu membawa diri ke alam rumahtangga, berkali ganda tanggungjawab itu ditambah.)

Wallahualam.. ^_^ sekadar perkongsian dari saya yang lemah..

1 comments:

  1. saya nak tanya orang yang matang adakah orang yang sombong,pandang rendah kepda orang,hina orang lepas itu suka tengok kesalahan orang lain dan mencari alasan yang aku ini sudah matang tak perlu hormat orang

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena