Saturday, May 15, 2010

Dihimpit rasa dan jiwa






Assalamualaikum,,

Maafkan saya, saya tak dapat nak update blog. Idea, banyak, tapi ada sesuatu yang menyekat saya dari menulis,

Asalnya, saya harapkan nak menjadi anonymous writer, tapi sebenarnya saya tak boleh.
Penulis perlukan pembaca, dan orang seperti saya, yang membaca tulisan saya sebahagian besar datang dari kelompok kenalan saya.

Dan saya takut, saya khuatir, hasil penulisan saya agak kontra dari diri saya.
Saya takut dibandingkan, takut tulisan-tulisan saya dipersoal.
Yang sama, hanyalah keserabutan.

Jadi dalam masa saya mencari diri, mencari resolusi dalam diri, saya harap dipertemukan dengan jawapan-jawapan yang membawa saya ke realiti.

Saya serupa Siti Di Alam Fantasi. Saya hidup dalam dunia yang mempercayai realistik lebih ideal dari idealistik. Dalam mencari realiti, saya terlupa, sebenarnya saya mencari idealiti dalam realiti.

Bahasa ringkas, nada bahasa saya tidak sinkroni dengan nada jiwa, ia mengelirukan, menghambat saya ke dalam lautan persoalan.

Saya masih begitu, dalam saya mengagau tangan mencari anak tangga, saya sebenarnya merangkak menuruninya.
Saya dikelirukan oleh persoalan diri sendiri.

Saya tertipu dengan diri, mencari yang tidak pasti.

Apapun, doakan peperiksaan saya, yang saya jawab dengan bena tak bena tempoh hari, mewajarkan saya ke tahun 3.
Doakan Allah letakkan cahaya dalam hati saya, agar biar saya buta dunia, buta dengan khilaf manusia, saya tidak buta dalam mencari cahayaNya.
terima kasih kerana membaca blog picisan saya.

Sesungguhnya ini sebahagian dari diri saya, dunia saya, cinta saya.
anda takkan dapat memahami saya dari blog ini, tapi anda boleh memahami isi hati saya. InsyaAllah






Assalamualaikum..


p/s= tu bukan light painting tau, tu serabut time :D

7 comments:

  1. hmm. ambil masa cari diri sendiri.
    abaikan apa yang orang kata. ABAIKAN..
    mereka tu hanya boleh menegur, tapi ambil teguran yang membina,
    bukan membinasakan.

    Setiap orang berbeza. InsyaAllah nadz boleh cari diri nadz dengan bantuanNYA, banyakkan berdoa dan meluahkan perasaan padaNYA.

    ReplyDelete
  2. nad..ape ni????
    nad is nad ok..
    if u need me..just tell me..

    ReplyDelete
  3. doa banyak2. and it's normal to come to a feeling of loss where you think you have to find yourself. i hope you find it soon. =)

    btw, my new chapter is out.

    here:
    http://scribbledmaxness.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. kita takkan dpt jd seperti apa yg org nk kita jd.
    termasuk, ibu bapa kita sendiri.
    kita jugak tak dpt nk puaskan hati orang lain,
    sebab orang lain sendiri pn tak dpt puaskan hati kita jugak.
    usah diberatkan sgt tentang penerimaan orang semua tu.
    kerana dari situ jugak,
    kita blh tahu masih wujud lg tak orang yg benar2 ikhlas terhadap orang laen.
    tapi masih tetap ,menguji kesabaran kan untuk terima kelemahan orang laen sehinnga kita terpaksa hipokritkan diri kita.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...

    minta maaf kerana menganggu / menyibuk...
    saya tertarik dgn luahan perasan saudara/saudari
    dlm mengenal dan mencari diri... saya pun tengah dan masih mencari dan cuba mengenali diri saya sendiri... nasihat kawan saya untuk saya... perbanyakan membaca surah al fatihah dan yassin...
    jgn tanya saya menjadi ke tidak... sama2 usahakan
    insya allah... hafiz,

    ReplyDelete
  6. fara, thanks.

    waalaikumsalam...

    InsyaAllah. nasihat yang tak susah utk saya buat. InsyaAllah cuba, try. ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena