Thursday, August 13, 2009

Hari Kedua di sungai buloh

Esok ada test dan hari ni aku dengan rajinnya update blog.
Selalu mencari alasan untuk tak baca buku huh?
Kawan-kawan seperjuangan yang singgah mesti akan berkata
"rajinnya update blog, dah lah esok nak test!"

hahahaha

berbalik pada isu sebenar,
hari ni hari kedua aku ke hospital sungai buloh.
pagi yang indah dimulakan dengan kelas history taking oleh doktor khadim jawed.
Gurauan dia yang tak buleh blah ialah

"UiTM emphasised that in order to be a good medical students you should be exposed to clinical life early.
You are as well are exposed to H1N1, as sungai buloh is a hospital which treat influenza A patients.
So you will get early immunization"

that supposed to be a joke. maksdnya kami didedahkan dengan H1N1 awal sket dari orang len
supaya bila kena penyakit tu terus dapat immunization. owh what a bad joke. :cinonet_34:

belah petang, kami belajar ambil blood pressure. tergelak-gelak sebab masing-masing x pro lagi.

hari ni hospital tak berapa ramai, alhamdulillah mungkin ia bermakna makin kurang pesakit.
atau orang makin takut nak datang mungkin.

Aku berpeluang melawat ke wad tingkat 4 hari ni. Alhamdulillah. satu kesempatan yang ditunggu sekian lama.

Pesakit pertama yang ditemuramah ialah gadis comel yang sakit denggi. umur baru 18 tapi dah bekerja sebagai jurutol tetap.

kedua, aku mengikut senior tahun 3 dan doktor menjalankan pemeriksaan rutin.

katil pertama yang aku sempat tengok, ada seorang nenek tu, baya tok aku rasanya.
teringat beliau di kampung. i love you tok, jaga diri tau. eh eh ter-emosi pulak.
bila doktor keluarkan x-ray, aku rasa terkejut seketika.
dari apa yang aku paham tentang x-ray tu sebelah peparu dia dah x berfungsi.
so PEROKOK TEGAR LUAR SANA SILALAH SAYANG DIRI ANDA SIKIT. TAK PUN SAYANG ORANG LAIN.

:cinonet_07:

next, ada akak yang dah 3 kali buat pembedahan jantung.
dia admitted sebab pendarahan ( aku tak ingat di mana).
akak tu dah ganti 2 injap jantung kiri dia.
doktor suruh kami dekatkan telinga dengan dada akak tu.
ada bunyi macam jam ticking. tick tick tick
sangat mesra orangnya.

di wad A keadaan lebih sayu. ada seorang pakcik yang tekanan darah dah terlalu tinggi.
mesin ECG dah tak berhenti beeping. sebelah dia ada seorang isteri pengasih yang tak jemu,
pegang muka dia, dan bacakan ayat-ayat suci. aku terkaku seketika (lagi)

ni pengalaman kali pertama aku masuk wad sebagai pelajar. selalu aku masuk sebagai pelawat.
pesakit belum pernah lagi, alhamdulillah..

worried look, wajah kerisauan ahli keluarga tu sebenarnya sangat indah.
tu lah wajah kasih sayang.
ada jugak ahli keluarga yang berwajah redha, sangat tabah,
tu jugak wajah kasih sayang.
ada satu katil, adik yang bernama Guna, mak dia tidur sekatil dengan dia.
itu juga bagi aku kasih sayang.
wajah doktor yang tegang, kadang kala berkerut, kadang kala penuh simpati,
tu jugak kasih sayang.

Indah kan dunia ni?

tapi ada jugak patient yang sorang-sorang. macam makcik sakit peparu tadi.
aku terfikir mana ahli keluarga dia?
dia nak bangun minum air susah. terpaksa minta tolong kami.
sangat sedih.

ada waktu apabila kita dalam keadaan paling lemah dalam hidup,
bila tak ada sesiapa di sisi.
ingatlah

HASBUNA"LLAH WA NI"MAL WAKIL,
NI'MAL MAULA WA NI"MANNASIR




7 comments:

  1. waahh ni kata2 sorg doktor ke?

    semoga Allah sentiasa turunkan ilmu yg bermanfaat utk kita semua..

    saje singgah :)

    ReplyDelete
  2. hehee sempat lg update blog ye;)
    bestnye dia dah masok hospital~hurmm bila la akak plak nak gi hospitalas a student~neway enjoy ur student life sis^^

    ReplyDelete
  3. sepatutnya tambah la part last tu,
    'ada budak comel keseorangan,dgn tangannya yang crack,ohh kesiannya si comel itu'

    hahahahaha

    ReplyDelete
  4. untuk kerja hospital kan... boleh insaf

    ReplyDelete
  5. mcm mn test..ok x
    nk jadi doktor pun susah gk kan, hehe

    ReplyDelete
  6. Salam.

    beshnyer bce ni. nka jadi dkto gak..
    aiyak, dah terlewat dah ni. huhu. erm, besh2 . byk pengalam dpt dikutip , dekat dgn hdup dan mati.

    p/s: jaga diri tau- anem betul2 maksudkan ni:)

    ReplyDelete
  7. @inas
    amin...

    @akak maryam
    ilmu akak lagi banyak, insya-Allah akak lebih berfungsi di hospital dari saya.

    @blowie
    tangan crack letak glue eh. haha

    @kapten
    mudahan begitu.mudah sangat nak insaf, bukankah sakit dan maut tu paling mudah menginsafkan kita?

    @khairil
    tak berapa nak bagus, kena usaha lebih. susah tu mestilah, tapi susah kerana tak membaca or susah kerana apa depends...

    @unwanted
    salam ziarahan

    @arnamee
    thanks aneem. sesamalah kita jaga diri agar bertemu Allah dengan keadaan yang paling baik. amin

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena