Monday, August 31, 2009

Doa Minta diKembalikan Barang yang Dicuri

Ini doa dari tok wan saya berikutan insiden baru-baru ni. Dia suruh saya amalkan tiap hari.

1. Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik.
kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan rasa bersalah.

2. selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.




yakinlah pada Allah. tu yang paling penting.



Cerita tokwan, angsanya pernah dilarikan orang, dia amalkan zikir ni, orang tu panas punggung, pulangkan angsa dia balik.

***************


Saya tak sangka, post ni jadi viral. Ramai yang menjenguk dan bertanya. Terus terang, saya pesan amalkanlah dengan ikhlas.

1.Jangan baca dengan hati yang tamak, ini hanyalah salah satu amalan untuk ikhtiar, bukan penawar atau satu cara 'definite' untuk dapatkan kembali barang yang hilang. Ini bukan magic atau wajib mujarab, ini IKHTIAR. yang memulangkannya ialah pemilik harta, nyawa kita, Allah.

Kalau tak dapat balik barang yang hilang tu, jangan bersedih melarat-larat,InsyaAllah Allah gantikan dengan yang baru, lebih baik. Ada hikmahnya InsyaAllah..

2.Bacalah berapa kali nak baca pun, ini bukan ubat doktor.. ambik lebih overdose, ambil kurang tak berkesan. Cara yang diajar pada saya seperti di atas, begitulah.

3. Jangan bila susah baru nak ingat tuhan, waktu senang solat pun ke laut. Saya rasa doa paling mujarab dari hati yang ikhlas, kena pada adab dan cara, tak kisahlah dia baca simple dan biasa..

Friday, August 28, 2009

Hari Yang Payah

Aku sangat risaukan test yang berlangsung hari ni jam 3.00pm.
ia sebahagian dari 30 % penilaian keseluruhan aku tahun 2 ni.

tapi aku jugak perlu buat report polis, buat ic, report dan buat kad di bank islam,
semak baki akaun di tabung haji, buat simkad baru, cari handphone baru.
gara-gara semalam

masa yang aku ada, 11am (waktu mak su aku sampai) sampai 4.15 pm ( waktu bank semua ditutup)
oh, jangan lupa, 12.15pm -2.30 pm bank ditutup kerana solat jumaat.
kalau tak selamat selesai urusan hari ni, aku perlu tunggu SELASA depan.

tapi berkemungkinan aku perlu minta kebenaran nak tangguhkan test.

aku menelefon module coordinator. Dr Ariza. dan doktor lain. abang syah juga.
setelah berkali-kali cubaan menggunakan telepon awam di kompleks pkns.
tak berjaya.

*change location
aku mencuba lagi di bangunan sebelah BLUE WAVE. CIMB rasanya.
Jam dah 1.45 pm agaknya. Air mata dah mula meleleh kerana risaukan test,
dan risaukan urusan yang tak selesai kerana pejabat awam berhenti rehat.
Aku alami BREAK DOWN mungkin.
:small_boy_6.gif:macam ni.
mungkin sangat buruk sampai sorang pakcik hulurkan aku handphone suruh aku guna.

dapat.

Dr Ariza menjawab.

dengan slang melayu pekat omputeh buat-buat aku menerangkan padanya situasi.

"kalau boleh saya nak minta tunda test untuk saya saya. saya perlu siapkan urusan hari ni jugak. banyak lagi tak siap."

jawabnya

" tak boleh tunda."

aku terdiam. air mata dah bergenang sakan. macam drama telenovela.

"but.."

" think, it is worth it you tak datang test? *mute giggles
nak mintak tunda mana boleh?"


Terus aku burst out. aku tersedu-sedan di telefon awam macam makcik hilang anak.
sepatah aku tak boleh nak balas.

" hello? hello? hello? hello...??"

"im....... doctor...im sorry..."

"hello? hello? hello?"

aku letak gagang. sorry dr. im too weak to talk.

aku berlari ke toilet dan meraung di sana.

"is it worth it?"

aku tak dapat nak jawab time tu. aku terlampau emosi. terlampau kecewa terlampau sedih.
there are better ways to say no i believe.

bila seseorang mungkin mengalami hari yang terburuk dalam waktu hidupnya mungkin,
kita bertanyakan soalan seperti

berbaloikah?

kawan-kawan please do tell me berbaloikah aku lepas test untuk urusan segala mak nenek tu?
tell me honestly.

aku mintak tangguh kerana aku sangat care dengan carry mark aku.
walaupun aku super malas dan tak berapa nak bright and smart aku nak jugak jawab test tu.

mungkin aku yang over exaggrating all probs yang aku alami.
macam orang tak pernah susah. spoiled.

but, she was laughing at my probs as it was nothing,

im broke right now, i had to ask money from my friends to buy italk so i can ask for help,
i have to knock on peoples' door late night just want some buddy to accompany,
i have no phone to contact dear mommy,
i was super worried wondering if my tabung haji saving was taken away too
i have rm 6 in my purse, wait. i dont have any purse

its easy, sesuatu dari Allah dia berhak ambil kembali. i never complained about that
aku sangat redha, from the beginning until the end.

but i do want to menangis sedih. salahkah?
aku nak jugak mengadu rasa hati yang serba serbi. salahkah?

aku jumpak banyak jenis orang.

1. orang yang menyenangkan.

banyak kata-kata perangsang, kata semangat, nasihat, bantuan yang di offer kepada aku.
contoh pakcik yang hulurkan telefon, makcik photostate, akak JPN, abang yang bagi aku turn photostate dulu,
sarjan kamal, cik ipin, adibah, pakcik guard tabung haji yang bagi aku ambil turn walau dah habis waktu kerja,
maksu aku, tiq, kerry, azie, syud, ana, nana, dila, kak shu, mila, dan rakan seperjuangan lain.1
fellow bloggers yang singgah sini dan doakan aku.
:cinonet_11:

2. orang yang menyakitkan

seperti.... maaf. kamu faham bukan.
pegawai bank Islam yang mengada-adakan prosedur dengan alasan letih
semuanya berpangkat besar.

dalam hidup ni, every words, every acts, every deeds dari kamu ada impaknya kepada orang lain.
kamu boleh jadi penawar kamu jugaklah racun.
you choose it. treat orang macam mana kamu nak orang treat kamu okay.
ini ingatan untuk aku juga,
esok lusa kalau aku jadi doc( insya-Allah),
if i am an arrogant, penting diri, harsh, cold punya doc,
please do come and slap me on the face.
and repeat back what i've told you today. deal?




:cinonet_04:

Dugaan Ramadhan

salam.

aku dah penat sangat. aku rasa sangat letih.

harini purse aku, handphone aku dikebas orang
caranya sangat sempoi
aku tido, tak kunci pintu. dia masuk amek.
aku tak sedar langsung. dalam tempoh masa?

1 jam

aku amik masa jugak nak realise yang belonging aku dah hilang.
then aku ke public phone. telefon mak.
dia tak marah. alhamdulillah.

kak shu (former rumate) dengan baiknya pinjamkan aku telefon dan henfon dia.
jazakallah kak shu. Allah ja dapat balas budi baik kak shu.
aku block semua atm yang aku ada.

lepas tu aku teruskan rutin macam biasa. layan soalan rakan2 yang caring dan concern.
beli makanan berbuka yakni burger dan megi tomyam hasil habit aku suka letak duit merata.

kronologi
3.00 ptg - aku tertidur (mungkin)
4.15 ptg - Roomate, azi balik. aku terjaga
5.30 ptg - Aku block semua kad atm yang ada

aku ok lagi. yang hilang apalah sangat,
handphone n82 ngan purse rm 13, duit adalah rm25 ++,
beg tangan rm3,
notes pharmacology dan microbiology untuk modul musculoskeletal system ni.
at least aku ada duit lagi dalam bank.

wait?
bank.

dah tengah malam baru aku terpikir nak cek balance

RM 6.86 sen.


Ya, Allah. Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat).
Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku)



esok ada progress test. aku dah sangat ..... doakan aku.:small_boy_18.gif:

:cinonet_04:

Sunday, August 23, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah kita sesama diberi kesempatan untuk sesama menghayati ramadhan kali ini,
dan bagi aku ini ramadhan yang ke 19.

sepatutnya ramadhan ni kita sambut dengan rasa gembira yang amat
kerana ramadhan adalah bulan keampunan dan bulan bonanza pahala.
tamatnya ramadhan kita hantar dengan tangisan hiba
kerana ia bermakna berkuranglah chances kita nak dapat pahala berganda-ganda

aku pernah mengalami perasaan sebegitu pada tingkatan 5.
kenapa perasaan mengalu-alukan ramadhan tu tak konsistent,
aku tak tahu.
kerana Iman tu boleh berkurang dan bertambah mungkin?

camna dengan persiapan dan azam korang menghadapi bulan ramadhan ni?

buat yang ada di perantauan tu, mungkin ramadhan kali ni anda tak dapat nak berbuka bersama family, macam aku.tsk!

buat yang baru berkahwin inilah ramadhan first dengan beloved spouse. ecececee suke la tu

buat yang baru dapat baby/orang baru dalam family, ramadhan kali ini mesti sangat bermakna kan?

buat yang kehilangan orang tersayang, ramadhan kali ni mungkin lebih hiba dari sebelumnya,
tapi ingatlah Allah mengasihi hambaNya yang redha.

di sini aku kongsikan puisi yang mama emelkan dekat aku



ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan kalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud....
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


sama-sama kita muhasabah diri, dan berusaha ke arah yang lebih baik.

Salah silap terkecil hati terkasar bahasa dari aku kepada anda semua pembaca blog,
rakan taulan sahabat perjuangan, cikgu, mak ayah kaum keluarga, dan seluruh umat Islam,
aku mohon maaf sangat-sangat.




:cinonet_04: pss teringat cerita upin ipin mesti masyuk sangat layan tyme ramadhan ni kan?

Thursday, August 13, 2009

Hari Kedua di sungai buloh

Esok ada test dan hari ni aku dengan rajinnya update blog.
Selalu mencari alasan untuk tak baca buku huh?
Kawan-kawan seperjuangan yang singgah mesti akan berkata
"rajinnya update blog, dah lah esok nak test!"

hahahaha

berbalik pada isu sebenar,
hari ni hari kedua aku ke hospital sungai buloh.
pagi yang indah dimulakan dengan kelas history taking oleh doktor khadim jawed.
Gurauan dia yang tak buleh blah ialah

"UiTM emphasised that in order to be a good medical students you should be exposed to clinical life early.
You are as well are exposed to H1N1, as sungai buloh is a hospital which treat influenza A patients.
So you will get early immunization"

that supposed to be a joke. maksdnya kami didedahkan dengan H1N1 awal sket dari orang len
supaya bila kena penyakit tu terus dapat immunization. owh what a bad joke. :cinonet_34:

belah petang, kami belajar ambil blood pressure. tergelak-gelak sebab masing-masing x pro lagi.

hari ni hospital tak berapa ramai, alhamdulillah mungkin ia bermakna makin kurang pesakit.
atau orang makin takut nak datang mungkin.

Aku berpeluang melawat ke wad tingkat 4 hari ni. Alhamdulillah. satu kesempatan yang ditunggu sekian lama.

Pesakit pertama yang ditemuramah ialah gadis comel yang sakit denggi. umur baru 18 tapi dah bekerja sebagai jurutol tetap.

kedua, aku mengikut senior tahun 3 dan doktor menjalankan pemeriksaan rutin.

katil pertama yang aku sempat tengok, ada seorang nenek tu, baya tok aku rasanya.
teringat beliau di kampung. i love you tok, jaga diri tau. eh eh ter-emosi pulak.
bila doktor keluarkan x-ray, aku rasa terkejut seketika.
dari apa yang aku paham tentang x-ray tu sebelah peparu dia dah x berfungsi.
so PEROKOK TEGAR LUAR SANA SILALAH SAYANG DIRI ANDA SIKIT. TAK PUN SAYANG ORANG LAIN.

:cinonet_07:

next, ada akak yang dah 3 kali buat pembedahan jantung.
dia admitted sebab pendarahan ( aku tak ingat di mana).
akak tu dah ganti 2 injap jantung kiri dia.
doktor suruh kami dekatkan telinga dengan dada akak tu.
ada bunyi macam jam ticking. tick tick tick
sangat mesra orangnya.

di wad A keadaan lebih sayu. ada seorang pakcik yang tekanan darah dah terlalu tinggi.
mesin ECG dah tak berhenti beeping. sebelah dia ada seorang isteri pengasih yang tak jemu,
pegang muka dia, dan bacakan ayat-ayat suci. aku terkaku seketika (lagi)

ni pengalaman kali pertama aku masuk wad sebagai pelajar. selalu aku masuk sebagai pelawat.
pesakit belum pernah lagi, alhamdulillah..

worried look, wajah kerisauan ahli keluarga tu sebenarnya sangat indah.
tu lah wajah kasih sayang.
ada jugak ahli keluarga yang berwajah redha, sangat tabah,
tu jugak wajah kasih sayang.
ada satu katil, adik yang bernama Guna, mak dia tidur sekatil dengan dia.
itu juga bagi aku kasih sayang.
wajah doktor yang tegang, kadang kala berkerut, kadang kala penuh simpati,
tu jugak kasih sayang.

Indah kan dunia ni?

tapi ada jugak patient yang sorang-sorang. macam makcik sakit peparu tadi.
aku terfikir mana ahli keluarga dia?
dia nak bangun minum air susah. terpaksa minta tolong kami.
sangat sedih.

ada waktu apabila kita dalam keadaan paling lemah dalam hidup,
bila tak ada sesiapa di sisi.
ingatlah

HASBUNA"LLAH WA NI"MAL WAKIL,
NI'MAL MAULA WA NI"MANNASIR




Wednesday, August 12, 2009

Kecintaan aku, PSYCHIATRIC

* aku tak tahulah aku eja betul ke idak psykiatry tu. lantaklah ye, janji kamu semua paham.

dulu bila ditanya aku nak jadi doktor apa, dengan laju dan bersemangat, mata bercahaya berkelip-kelipan
:cinonet_05: macam ni ha

aku akan jawab aku nak jadi
"doktor sakit jiwa."

dari dulu sampai sekarang masih aku berikan jawapan yang sama.
mereka yang bertanya sambung kembali,
"ish tak takut ka? nanti orang gila buat sat gi?" (buat tu bermaksud mencederakan.)
aku gelak.

kalau ditanya kenapa aku suka bidang ni, aku takkan tau jawab.
aku rasa sangat keen, sangat tertarik dalam perihal hati budi, personaliti, dan tindak tanduk manusia.
setiap apa yang jadi pada aku ada reasoning tersendiri.
dan aku sangat tertarik mengenai kenapa manusia berbuat itu dan begini.

secara ringkasnya, real-life, aku adalah sangat komplikated orangnya. ayat-ayat yang aku tuturkan seharian pun agak komplikated.
aku pernah ditegur doktor agar memendekkan soalan aku agar lebih stret to da point.
aku jenis bubbly, merepek-merepek. haha ambek kamu aku dah mula merepek di sini.

ESOK AKU NAK KE SUNGAI BULOH LAGI.
harap kali ni aku dapat pengalaman clerk ( temuramah) pesakit mental/ pesakit jiwa.


:cinonet_04:

INFO H1N1, harini angka kematian dah jadi 48. makin ramai yang sakit. anda semua beware. jaga kesihatan, basuh tangan selalu, pakai mask jika perlu, elak ke tempat umum, dan yang penting doa kat Allah selalu.

sekian dari aku.

Friday, August 07, 2009

Sehari di Hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum semua.

Hari Khamis yakni semalam, aku ngan kawan-kawan seperjuangan ke Hospital Sungai Buloh
untuk belajar cara memantapkan cara komunikasi dengan pesakit.

Sebab Shah Alam dan Sungai Buloh tak berapa nak dekat, 6.20 pagi aku dah ready dan bersedia diangkut oleh pakcik bas.
Bilik aku bebetul atas foyer blok, so bila bas parking kat foyer ja, memanglah aku akan tau,
tambahan pulak pakcik bas pasang lagu mak aii memang nak kejutkan 1 blok rasanya.

Sampai di Sg Buloh, kami pun ehem2 berlagaklah dengan mengenakan lab coat memasing. Sikit pandang dah ala-ala doctor.
Waktu ni terjumpak balik senior Year 3 yang tengah kalut nak gi kelas. Hepi ja muka dorang tengok kami.



1st, kami melilau dulu sebab tak ada petugas yang datang jenguk. Terusss kami ke lobi Hosp. Sg Buloh tu.
Terkagum jugak melihatkan saiz hospital yang pasti buatkan aku kurus kalau dapat posting kat sini nanti.

Dah sampai abang lab, (aku tak tahu apa jawatan dia) dia bawak aku and geng round-round dekat situ,
Kenalkan dengan bangunan dan bilik kuliah.



Sampai di klinik pakar depan library, kawan aku, Aqilah yang tengah tak sihat, tak larat jalan.
Dia nak rest di surau and request aku untuk tolong temankan dia.
Dengan hati yang tak berapa rela (sorry Qilah, aku sayang ang muahh), aku temankan dia jugak.
Ya lah kalau aku yang sakit time tu apa aku rasa?
1st time kat hospital, mestilah aku nak merasa segala macam pengalaman yang boleh aku dapat.
Apa yang aku missed that day susah nak gain dah.

After that, aku n Qilah rest di surau. Aku mintak nak tinggalkan dia untuk cari air untuk dia minum.
Aku ambil kesempatan tu mengecam bangunan yang ada.
Tengok kiri kanan dan suasana, memang ramai orang. Semua atas hal dan urusan memasing.
Ada yang student macam aku, ada yang tengah praktikal, ada yang melawat dan ada yang jumpa doc.
Yang jelas, suma kinda havoc ngan dispenser everywhere sebab H1N1.
TAHUKAH ANDA DENGAN MEMBASUH TANGAN DENGAN SABUN ANTIBACTERIA DAN KERAP DAPAT
MENGURANGKAN RISIKO ANDA DIJANGKITI H1N1? ececeh iklan pulak
sebut sal H1N1, ni laman web rasmi H1N1 kementerian kesihatan

Petang di Wad Staff, kami ditauliah sebentar oleh Prof Malina yang husbandnya a cardiologist bayar RM 100 000
cukai pendapatan so dia cakap kami kena SERIUS, JANGAN GELAK-GELAK, JANGAN SUKA-SUKA
dan pada pandangan aku dia mintak kami jadi ROBOT yang baik.

Seriusly, apa salah as a medical student nak bergurau senda (time doktor tak ada of cos)?
Apa salah as medical student nak ada 'life' macam orang lain?
Rasanya jadi doc yang serius, muka tegang 25 hours patient suka kah?

But i take her point that we medical students are sponsored by Malaysian tax payers
so we should not take things for granted, usaha lebih, be a good and competent doctor.
Being UiTM student who paid 75% percent fee cheaper than other uni's we are in great fortune.
Syukur Alhamdulillah.

After that, Prof Malina asked us to meet up patients.
YAY!! setelah lama, ni lah masa yang aku paling tunggu-tunggu. JUMPA PATIENTS!!
If you nak jadi doctor tapi u malas nak dengar masalah orang dan malas nak bukak mulut sila apply for another profesion.
ANDA MENYUSAHKAN ORANG




Okeyh before this entry jadi macam karangan esei universiti, aku sudahkan dengan
TUNGGU PART II
. Stay Tuned!!!

bubblingbebel - aku sangat baik tau? kalau ada ads nuffnang kat any blog berkelipan mesti aku klik. Korang tanak jadi baik cam aku ke? Wink wink


:cinonet_04:

Medic Team!!

Assalamualaikum...

Dek kesibukan yang menjelma baru-baru ini, mood nak menghasilkan entry baru memang luput.
Ada2 entry dalam draft yang ditulis sekerat saja dan habis sebab tak ada ide.

















Atas permintaan Rabiatul, aku nak war-warkan aktiviti oleh budak medic UiTM.
sesapa yang duduk dekat dengan UiTM shah alam bolehlah mai sini!!
Semua ni di conduct oleh student dengan kerjasama kolej Delima, fakulti Perubatan,
fakuti Pergigian dan badan-badan lain. Jemput datang tau!!


Selain tu, nak di war-warkan jugak pertandingan anjuran biro aku untuk Hari Al-Quds yang bakal berlangsung ni.
Jemput jengok blog a tribute to palestine dan nyatakan sokongan anda.



Tak tahu apa Hari nakbah Palestin atau al-quds? Gi hempuk kepala 3 kali dan tanya uncle google.
:cinonet_50:

salam sayang dari aku
:cinonet_04:

Wednesday, August 05, 2009

Dilema sebenar Melayu

Assalamualaikum dear readers semua.
Hari ni entry serius sikit. Jom kita sesama muhasabah diri.

Dulu ada terbaca pasal peserta pencarian gadis melayu TV9 berkelakuan buruk.
Lepas tu adalah teringat pulak nukilan-nukilan bloggers, dalam majalah mengenai kelakuan orang melayu yang buruk.
Remaja melayu, artis malaysia, yang berkelakuan seperti orang kafir tak belajar agama.


saya terfikir, mungkin kerana kurang penghayatan Islam mungkin dalam kehidupan....

Kenapa bila menyentuh pasal kelakuan yang tak baik, kita kaitkan dengan kurangnya penghayatan Islam?

Bagi saya ajaran tak kurang, kita semua sekolah di sekolah kerajaan (kecuali yang tak) yang mewajibkan pengambilan subjek agama
ISLAM bagi yang ISLAM. apa yang kita belajar dalam PI atau pendidikan Islam atau kelas KAFA? semua basic fundamental yang kita selalu orang Islam wajib tau.

Tapi bila makin dewasa, umur dah makin bertambah, makin mendekati kematian, kita mula mengasingkan kehidupan kita dengan agama.
Kalau waktu kecik, nampak duit atas jalan, bila nak ambik cepat saja kita atau kawan kita akan ingatkan, "berdosa, nanti tuhan marah, masuk neraka."
Bila besar, dah tua bangka nak mencuri apa ada dalam hati kita?
"Alah dari orang lain ambik.."

Aku rasa patut olah sikit,

dari perkataan kontroversi Tun M kita, MELAYU MUDAH LUPA

kepada...

MELAYU LUPA MATI
MELAYU MUDAH LUPA AZAB KUBUR
MELAYU MUDAH LUPA YANG TUJUAN SEBENAR DIA DILAHIRKAN KE DUNIA NI SEBAGAI MANUSIA, BUKAN KUCING, BUKAN TEMBAKAU, BUKAN PENSEL 2B

Beberapa Dalil Naqli Datangnya Kematian Menurut Al Qur’an :

1. Kematian bersifat memaksa dan akan menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindari risiko kematian.

Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)

2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kukuh atau berlindung di sebalik teknologi kedoktoran yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini.


Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:78)

3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari untuk menghindarinya.

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (QS al-Jumu’ah, 62:8)

4. Kematian datang secara tiba-tiba.


Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)

5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11)




dalil dicopy dari setitis tinta

Monday, August 03, 2009

Gambar 'ber'Hantu di KMPK

Gambar- gambar ni di snap around nak habis semester 2 2006, yakni masa aku belajar di sana dulu. Gambar ni bukanlah aku yang punya pun, aku dapat dari rakan-rakan bluetooth yang sangat maju di Kolej Matrikulasi Perak tambah-tambah time ceramah di Dewan.

Gambar first ni waktu hari kebudayaan ke apa ntah nama dia. Setiap lecture hall akan jadi wakil negeri/negara dan bukak booth, buat persembahan kebudayaan mewakili negeri tu, Korang agak-agak dari segi pemakaian tu negeri mana?

Tuan gambar ni claim kata tu gambar dia yang tengah bergerak. Sebab tu jadi cenggitu. Ada kawan cakap balik sebab dia tak mau orang takut, dia cakap gitu. Apapun gambar ni memang menarikkan?



Gambar second ni di sebelah dewan yang sama jugak, akhir semester 2. Girl ni kalau tak salah aku baru balik dinner. Dia ngan kawan dia berposinglah lawan tangkap gambar dan ups ada yang nak interframe nampaknya.. Gambar ni korang boleh belek dan zoom sesuka hati. memang tak nampak kepala 'apa' berjubah hitam tu..



havoc jugaklah time tu. Apapun persamaan kedua gambar ni terjadi bila ada event yang besar, dalam keadaan terlalu syok barangkali.
Pesan orang tua-tua, "Jangan terlampau seronok sangat, nanti adalah yang nak jadi."

Gambar minah comel ni pulak bukan di KMPK> tak salah aku ceritanya dia ni JPK/JPP yang melawat matrik lain. Dia tengah tunggu kawan dia dalam toilet tu.
Agak bosan sangat kut dia snap pic dia. Tup tup ternampak dalam pic ada 'perasa tambahan' pulak. Dia kata (menurut cerita kawan aku) time dia snap tak ada menda tu. Yalah, takkan nampak cenggitu korang nak tangkap gambaq lagi kan?:cinonet_27:




Ni gambar eklusif dari aku tau. Haha enjoy!!
buat tuan gambar aku mintak izin ek. jangan mara nanti aku belanja cekelat hacks.

:cinonet_04:

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena