Monday, May 11, 2009

Musibah atau Peringatan Allah

saat post ni ditulis dunia kalut dengan pelbagai serangan wabak yang membawa maut.

tak cukup selesema babi aka swine flu di luar negara,
gempa bumi di China korbankan 90 000 nyawa,
ada pulak chikungunya di kedah
dan ada bacteria meningitis pulak di Akedemi pengangkutan Jalan Malaysia.

kalau direnung dan menjenguk balik betapa lalai dan lekanya rakyat Malaysia sekarang ni
Ya , mungkin semua musibah tu peringatan Allah yang sayangkan hambaNya.

renung balik apa yang jadi headline paper baru-baru ni

"ibu hamil 4 bulan menginggal dunia di langgar diragut"
"nenek mati selepas ditampar perompak"
"larian bogel anjuran program ala explore race di johor"
"artis terpeluk?"

atau yang tak ada di paper

gadis ternoda atau sengaja diternodakan
mak bapak yang open minded lagi penyayang so bagi anak-anak kebebasan 100% tanpa mengira anak tu bekal akhirat.
anak-anak muda yang terasa hebat saban hari membangga diri berjaya merempit saban malam
bapak mak budak yang syok curang belakang pasangan
kakak atau abang yang bangga ada adik yang seksi daring dsb
sebahagian rakyat yang mengecam ulama dan ustaz
sebahagian manusia kurang ajar yang buat blog, video hina Islam, al-quran, hijab dan azan

Nabi Muhammad berdoa kepada Allah agar jangan diturunkan musibah secara direct kepada umat baginda
menangis Rasulullah mengenangkan umat akhir zaman ni, umat yang pincang dan hancur
kalaulah nabi Muhammad tak berdoa macam tu, agak-agak apa jadi eh?
mengenangkan kejadian kiamat dan seksa kubur menyebabkan kita tak boleh tidur malam,
apatah lagi hidup di neraka

"dunia ni tempat menyemai, akhirat tempat menuai"

kalau di dunia ni kita malas nak meracun, membaca, tuailah kita tanaman yang rosak, kecut bantut, atau mungkin tak ada apa
kalau di dunia ni kita hitam legam menahan panas mentari sebab nak menjaga tanaman, tuailah kita hasil di akhirat yang gemuk gedempol, manis lazat dsb.

musibah ni dia tak kira siapa
hang buat ka tak buat ka,

sebagai seorang umat, jiran tetanggga,
tanggungjawab amar maaruf nahi mungkar tu tetap ada
"jaga tepi kain orang" tu peribahasa orang dedulu, ditujukan kepada golongan kuat mengumpat,
bukan golongan yang prihatin tentang anak bangsa dan negara

bayangkan anak dara sebelah rumah terbunting dek dikerjakan bf sendiri di rumah sendiri
orang sebelah giat mengata,
tahukah kerana dia yang tak prihatin jugalah anak teruna tu dapat masuk membuntingkan anak dara orang dengan jayanya

tapi bukan senang nak menegakkan syiar Islam.
kalau senang dah lama ia tertegak ngan hensem dan segaknya

Apapun semuanya datang dari Allah
Dialah yang Maha Mengetahui
Wallahu a'lam..

3 comments:

  1. tiada bezanya dgn zaman sbln kitab2 mncul

    ReplyDelete
  2. daripada abu hurairah r.a berkata :
    Rasullullah SAW bersabda :

    "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).dan ia akan kembali asing.maka beruntunglah orang2 asing"

    mksudnya,,islam datang dlm keadaan asing n suatu hari,,ia juga akan kembali asing seperti yg kite dapat lihat dunia sekarang....berapa ramai orang yang masih mengamalkan hidup islam sepenuhnye??bf n gf pun dah dihalalkan oleh org islam sendiri tp islam xpernah menghalalkan yg haram..."maka beruntunglah org2 asing" iaitu mereka yg memperjuangkan kembali syiar agame Allah...mereka yg berjuang kepada kebenaran islam....menegakkan kembali islam yg yg telah ternoda oleh org islam sendiri...

    harap pejuang2/pemuda2 islam bangkit n sedar keadaan dunia kite sekarang....dunia itu penuh dgn penipuan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena