Monday, July 15, 2013

Redha dengan kematian

Assalamualaikum...

Setiap orang mula dengan kehidupan, dan diakhiri dengan kematian.
Sama ada kita suka atau tak, sedar atau tak, mesti ada yang akan mati di sekeliling kita.
Hari ni dia mungkin John Doe yang kita tak tahu, Jane Doe yang kita kenal dia atas sekadar nama.
Kita bukak paper, baca kisah si polan accident, dan arwah ditempat kejadian, meninggalkan 7 anak kecil. kita kata, kasihannya....
Tak pun, seperti kisah yang masih baru, 6 orang mati akibat leptospirosis dan meliodosis selepas menolong dalam usaha menyelamatkan mangsa lemas. Ajal tu kepastian, cara itu hanya penyebab.

Selalu susah kita nak terima hakikat kematian. Ya lah, selalunya orang tu dah biasa ada depan mata, tiba-tiba kita tak akan nampak dia satu jangka masa yang sangat lama. Selalu terbiasa dengar gelak tawa dia, terbiasa makan air tangan dia, terboasa ada yang menyambut saat kita pulang, terbiasa ada yang akan ketawakan baju kita yang senget, kutuk style kasut yang pelik, tiba-tiba semua itu lesap.

Kita akan terdiam, mencari bahagian yang hilang, dan tatkala diingatkan, kita akan sedih, dan menangis, mengeluh mengenangkan kenapa mesti Allah ambil orang yang kita sayang?

MATI ITU PASTI

tak ada cara yang lebih baik untuk menerima kenyataan,selain dari mengenal hakikat kematian itu sendiri.

Kematian itu bukan di tangan penyebabnya, juga bukan di tangan kita.

Siapa yang menentukan hidup mati seseorang? Dialah Allah. Kenapa Dia mematikan makhluk? Kerana Dia yang berhak.
 rujuk the ultimate survival guide for life and afterlife which is Quran. Pandangan saya, masyakarat Islam rata-rata memiliki sifat redha dengan kematian lebih dari kaum yang tak beragama Islam. Kalau kes-kes di hospital, keluarga yang beragama Islam lebih mudah untuk terima, dan let go berbanding dengan agama lain.
Tapi tak juga, ada seorang pakcik India yang saya jumpa, dia kata dia tak kisah mati. (dia ada kanser otak) dia kata dalam agama dia ada bagitau jugak, mati tu pindah alam ja. Bagi yang islam, mati tu adalah satu benda yang sangat scary mengingatkan hari pertama di alam kubur, tak sempat orientasi dah kena bantai malaikat akibat dosa-dosa lalu.

Siapa yang tak sedih, kalau atuk saudara, sahabat handai, ahli keluarga dijemput pergi?
Saya juga pernah menangis berhari-hari mengingatkan yang tiada. Padahal sewaktu ada, mereka macam ada tak ada. tak kisah.
Perangai manusia memang suka , hendakkan apa yang tiada.
Kawan ada playstation, nak jugak. Tapi bila ada taklah layan sangat.
nak DSLR sangat-sangat, dah ada campak merata.. contoh je lah ye

1 comments:

  1. Setuju!! Ayat paling last tu --> kita~ sobs~
    So tak berani nak brg aneh aneh lagi.
    Nanti dah dapat pandang sepi je.

    Tapi mati itu adalah pasti,
    Setuju juga. setiap yang datang mesti akan pergi.
    Tak boleh nak blame, "oh this year berderet ahli keluarga yang dah meninggal."

    Itu kerja tuhan kan?
    Siapa kita nak tanya kenapa?

    Semoga roh roh yang dah meninggal tu dicucuri rahmat-nya.
    Amin.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena