Novel cabul adalah novel yang bersifat erotik, menggambarkan perlakuan seks samada dari awal permulaan ataupun semasa proses; bersifat tidak perlu dan tidak akan mencacatkan jalan cerita jika ia tiada; ditulis hanyalah untuk menarik perhatian pembaca
Itu adalah definisi saya sendiri, yang saya adapt setelah membaca beberapa artikel.
Menariknya isu novel cabul ni
- Kebanyakan penulis novel sebegini adalah wanita, samada berkahwin atau tidak (tiada statistik
- Genre kahwin kontrak/kahwin paksa meng'halal'kan adegan sebegini ditulis kerana mereka sudah berkahwin. berlainan dengan cerita cinta bujang di mana bersentuhan tangan adalah taboo.
- Novel sebegini, LARIS di pasaran
Cerita di asrama: mula-mula kenal novel
Selaku budak asrama, novel adalah hiburan jiwa. saya kurang gemar akan siri tv, saya memilih komik dan novel sebagai bahan hiburan.
Zaman saya bersekolah menengah dulu, saya diperkenalkan novel oleh rakan-rakan seasrama. Saya menyambutnya baik, saya adapt sebagai hobi. Kemudian bila pulang, rupanya di rumah jugak ada koleksi novel-novel milik mama. Bila saya pulang ke kampung, juga ada koleksi novel milik paksu dan arwah pakndak. Suka kami berkongsi hobi, mama, abang, dan saya, kemudian diwarisi adik perempuan bongsu, dikongsi dengan keluarga maklang, semua sukakan novel.
Tiap bulan saya pasti akan beli novel, pada waktu itu novel alaf 21 dan novel ahadiat akashah. Saya seorang yang cermat, dan pernah beberapa kali menangis bila novel saya lusuh/berbekas tanda bila dipinjamkan pada kawan sampaikan ada yang mengutuk saya cerewet.
|
mungkin ada adegan novel cabul, saya tak ingat |
Penulis kegemaran saya pada waktu itu, (dan kini juga) adalah Norhayati berahim, Noorsuraya, Anis suraya, Aleya aneesa, Zuraidah othman, Sharifah Abu Salem dan adalagi, saya lupa. Saya akui novel Damya Hanna sangat tiptop waktu itu. Norhayati berahim lebih suka bawakan watak yang matang berbanding novel kegilaan rakan asrama saya iaitu siri kembar yonna yonni hasil karya arwah Liyana Afiera Malik. Oh, Ahadiat Akashah juga jadi siulan peminat novel. Endingnya selalu tergantung, abrupt or unexpected. Waktu zaman itu, genre kesukaan kami yang muda remaja ni, tentulah genre cinta. Kemudian dunia pernovelan dilanda tsunami ramlee awang murshid untuk peminat genre islami mereka bersiul nama ustazah fatimah syarha dan hilal asyraf. Mungkin mereka adalah pioneer disamping Habiburrahman El Shirazy, novel yang keluar selepas itu berlandaskan mesej islamik pulak.
Zaman matrikulasi
Di matrikulasi, nama Hlovate jadi sebutan. Jemari Seni jadi pilihan orang-orang yang bosan dengan genre dan cerita yang lebih kurang sama. Novel Hlovate dikatakan lebih dekat di hati.Ia tak terlalu berat, dan penuh dengan pengisian rohani.
Selepas zaman matrikulasi, saya kurang layan novel. Hobi saya telah diambil alih adik. Saya perhatikan waktu itu banyak novel, maaf saya gelarkan sebagai 'novel gedik'. Adegan romantik keterlaluan, watak lelaki perempuan bergaduh ala kanak-kanak. Gunakan nama gelaran bila bergaduh, i'll be like umur berapa ni?
Saya pasti remaja seusia adik saya (waktu tu beliau sekolah menengah) akan rasa novel sebegini catchy, dan kena dengan jiwa. Tidak kena dengan jiwa saya. Novel chick lit melayu saya baca hanyalah Plain Jane oleh Nurul Syahida (
dan saya suka)
Zaman Universiti : Gilakan Jaja & Din
Sekali sekala di universiti, saya masih membaca novel. Saya borong novel tiap kali pesta buku, bacanya kemudian. Saya pegang kata mama, buku adalah aset. Esok-esok kita nak baca balik. Waktu ni saya berkongsi hobi dengan coursemate, Adlin dan Fiqa. Dan Fiqa kenalkan saya dengan istilah novel cabul. Waktu ni penerbit novel dah banyak, ada kakinovel, cesb, alaf21, jemari seni, nb kara, PTS dan banyak lagi.
Zaman ini, zaman saya berkenalan dengan dunia dakwah dan tarbiyah. Jadi novel jaja & din jadi kegemaran saya. Waktu itu, rasanya asyik bermimpi nak kan suami ustaz (s
ekarang saya dah dewasa, tidaklah beria seperti dulu. *batuk.) Saya membeli novel novel yang bukan genre kebiasaan, kerana saya mencari kelainan. Saya sudah bosan membaca cerita cinta gedik, saya mahukan yang matang. Jadi karya noorhayati berahim masih jadi pilihan, di samping noorsuraya, imaen dan hlovate. saya memilih novel dari jemari seni. Dalam masa yang sama, adik mula mengumpul novel gedik yang popular di pasaran.(
nanti saya nak baca jugak novel yang saya kata gedik, kadangkala judgement dipengaruhi faktor-faktor lain seperti masa, mood dan prinsip ketika itu)
Oh, dalam waktu zaman saya di universiti, banyak novel indie dikeluarkan. Yang saya ingat, novel-novel PIXI. saya belum berkesempatan nak memiliki sebuahpun. Mudahan saya berpeluang membacanya. Tak kenal maka tak cinta. Novel indie digambarkan sebagai novel yang tidak tipikal seperti lambakan novel jiwang, ia lebih keras, dan adakalanya x-rated juga. sepertimana saya nyatakan di atas, saya belum pun pernah melihat sebarang novel pixi ni, so i reserve my comments for later.
Saya lebih gemar novel lama, novel dari koleksi zaman mama yang menceritakan susah payah hidup. Teringat novel Diari Bonda oleh Rohani Din kegilaan abang, sarat dengan mesej 'hidup ini susah, tapi bukan sekadar untuk ditangisi. Kalau kita kenal erti syukur, kita akan kenal bahagia.' Novel Generasi Yang Hilang oleh Abdul Rahim Awang yang saya baca di umur belasan tahun, saya masih ingat pengajarannya. "bermula dari rokok, satu generasi punah.' Agaknya generasi kini kurang kenal erti susah payah, mereka akan menangis pada nikah paksa dan cercaan mak mentua, bukan pada kisah sedih ibu mencari wang demi sesuap nasi atau malu kakak mengemis beras di rumah saudara. Mungkin kesusahan dah jadi tidak releven. Mungkin.
Novel cabul bukan tidak pernah wujud dulu, novel Ma Lee Chuswan, Black Widow karya Raja Azmi juga sedikit liar, tapi twist ceritanya menarik. Novel Norhayati Berahim juga ada adegan nakal. Cuma sekarang ia sangat banyak. Sangat banyak. Dalam satu novel, ia boleh dibaca saban muka. Dan seolah-olah itu bacaan masyarakat kita. Kita sendiri tak pernah berbicara tentang seks dengan adik kita berusia belasan tahu, apa agaknya telahan mereka? Skip sebab malu? Paham-paham sendiri? Atau "eleh kau jangan innocent sangat boleh tak?"
Novel yang bagus, akan memberikan impak.
Novel yang bagus, akan menggambar penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Novel yang bagus, akan beri lebih iktibar dalam hiburan.
Novel yang bagus, evergreen, kekal sepanjang zaman.
Bacaan yang bagus ,
Darah Muda dan karya Patuh Syariah, Azzah AR