Satu hari, naik la teksi, ke KL Central. Keluar pagi-pagi buta, Alhamdulillah sorang pakcik Islam ada di jalan, so naiklah dengan dia.Dalam kereta, sempat dia bercerita, pasal anak dara dia.
"anak saya, waktu belajar, susah-susah dulu selalulah telefon. Mintak duit. Mintak belikan kereta. Sekarang dah kerja dah, alhamdulillah.. Tapi, nak telefon pun susah." Nampak terkilan seorang ayah di muka pakcik tu. Tak mahu jadi tukang tambah kuah, saya jawablah.
"Dia sibuk kot pakcik. Dah kerja la katakan.. Mesti dia telefon isteri pakcik. Selalu anak-anak macam tu."
"Sibuk apanya, sms, telefon boyfriend boleh.Takkan telefon bapak tak boleh? Dulu telefon mintak topup, boleh pulak."
Saya lihat mukanya sedih. Macam mana tau? Orang jauh hati, sedih ni, matanya layu. Pandangannya kosong dan dia seolah termenung. Mata tak bercahaya. Poor eye contact. Tu tips macam mana saya tau orang tu tengah ada masalah.
Saya ketawa kecil, cuba berkongsi bebelan mak-mak sedunia dengan harapan dia ketawa.
"alah samalah saya, topup mintak kat mak abah, gunanya bukan nak contact depa pun. orang muda camtulah kan pakcik. Sama ja saya ni. hehe"
pakcik tu ikut gelak, dalam hati saya doakan anak dara dia akan kerap telefon.Ingat, telefon tanya khabar mak, tak kira sebagai telefon ayah. Telefonlah asing-asing. Sama juga kalau nak hulur wang belanja esok-esok..
*Naik teksi dalam perjalanan nak menjual xperia tx di kl central. manic.

0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen!