Wednesday, January 16, 2013

Aku duduk di negeri itu (Aneh)

Aku duduk di negeri itu
Bila kau jatuh mereka ketawa, "kah kah kah"
Bila kau senang mereka cebik muka "ceh, kufur nikmat"
Bila kau susah mereka terus lupa "halo? kau siapa?"

Aku duduk di negeri itu
Kau tanam pokok tepi jalan, mereka kata "hoi gila, sempitkan jalan!"
Kau tebang pokok tepi jalan, mereka kata " hoi gila, global warming!"
Kau duduk diam tepi jalan, mereka kata " hoi gila, tak tahu cari kerja?"
Kau menjaja tepi jalan, mereka kata " hoi gila, kau tak tahu taktik berniaga?"

Aku duduk negeri itu,
Semua orang tak tahu kecuali aku
Semua orang tak pandai kecuali aku
Tapi aku tak mahu tolong
Aku benci orang jadi malas (aku tidak!)

Aku duduk negeri itu,
Kau duduk salah, kau diri salah.
Semua salah, dia sahaja betul.
Asalkan kau itu dia.

Hoi lihatlahlah langit,
ada burung,
ada awan mending,
ada matahari sembunyi,
ada jerubu
ada partikel habuk

Hoi lihatlah keliling
ada kerbau tepi sawah
ada apak senyum manis
ada kucing bergolek

Dunia warna warni, kenapa kau nampak kelabu?



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena