Monday, June 04, 2012

Tudung dan Megi

"Kak Mah, adik bosan betul baca status-status facebook pasal aurat ni." Saleha merungut. Kak Mah yang sedang asyik menilik buku di tangan angkat kepala.

"Awatnya?" Kak Mah tanya. Matanya masih tak lepas dari buku. Saleha mengemaskan silanya. Terus duduk tegak. Saleha tengah menghadap laptop. Di halakan pada Kak Mah a.k.a Rahmah, senior satu jurusan yang berkongsi bilik dengannya.

"Tak lah, pakai tudung pun banyak songeh. Macam sister kristianlah, macam bonggol untalah, warna warni pun salah katanya menarik perhatian. Kalau material lycra seksilahlah. Singkatlah, kain jaranglah.

Apa? Tabarruj? Pakai tudung, tak boleh make up ke? Takkan nak muka plain ja? Apapa salahnya pakai bulu mata palsu, celak, blusher, lens warna-warna tu. Kan comel. Fitrahlah, wanita suka berhias cantik-cantik.

Lelaki, senanglah dok bising-bising. Bukan diorang pakai tudung pun. Sibuk!

Biarlah, tudung jugak. Tutup aurat pe?"

"Hm.." Kak MAh menjawab lesu. Macam layan tak layan. Saleha tak puas hati. Dipintalnya jurai rambutnya yang diwarnakan warna merah ala brunette kononnya.

"Pakai tudung ala hana tajima salah, tudung Yuna salah. Ehh orang pakai tudung pun satu rahmat tau. Kan Islam ni bukan paksaan. Pandai-pandai ja nak kondem orang pakai tudung. Maunya dia terus bukak. Susahlah macam ni. Takkan nak pakai ala khemah tu baru ok. Orang arab pun belit-belit selendang nampak jambul jugak. Eh akak, membebel ni, laparlah."

"Akak ada megi, kamu nak? Maggi perasa ayam." Kak MAh bangun, dia terus meghala ke pantry kecil di dalam bilik mereka. Mengeluarkan megi. Ditayang-tayang pada Saleha. Saleha angguk-angguk suka.

Rahmah keluarkan mee segera cap X tu,dimasukkan dalam bekas. Tangannya mencapai pili paip, lalu dimasukkan air sejuk fresh dari pili itu ke dalam megi. Megi tu di pecah-pecahkan. Lalu dia masukkan pula perasa, lalu dia kacau. Berketul-ketul perasa tu, timbul atas permukaan megi air sejuk. Lalu dia capai telur dan pecahkan dalam megi, terus dibaginya kepasa Saleha.

Saleha buat muka tak percaya, mata terbeliak.

"AKAK BIAR BETUL?? TAKKAN MASAK MEGI MACAM NI?"

"Betullah, samalah, megi jugak. Apa kisah masak air panas ke sejuk, makan ratah mentah ke tak. MEGI JUGAK" Balas Rahmah selamba.

"Mana boleh macam ni. Mana sedap, eii tak lalulah nak makan."

"Samalah macam tudung cik adik sayang, mana boleh suka hati buat. Kena ikut hukum syarak baru capai tujuan, hikmah dan pahala.. Kalau pakai sarung ja, macam buat megi tadilah. Tak sedap, tak boleh makan pun. Silap-silap sakit perut. "

Terus Rahmah masukkan 'mee super segera' tadi ke dalam multipurpose cooker dan dimasaknya.

Saleha, terdiam.

1 comments:

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena