Sunday, October 30, 2011
Monday, October 24, 2011
Forensic, Autopsi dan Saya
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dua minggu selesai di forensic department sungai buloh. Dua minggu berlegar-legar di bilik mayat, menunggu kalau-kalau ada kes untuk di autopsi. Dua minggu, terasa nak belot dengan psikiatri yang menjadi igauan saya selama ini.
Tiap yang hidup pasti merasai mati.
Terasa sayu juga sebenarnya, bila ada kes autopsi yang kami tunggu-tunggu itu, bermaksud adalah orang yang mati. Kalau ada yang mati, bermakna adalah keluarga yang akan bermuram durja. Tapi itulah hidup, pasti tak boleh lari dari kematian. Apa tu kematian? Kata buku teks proses transit dari alam dunia kepada alam barzakh.
kes -kes yang diautopsi yang saya lihat sepanjang dua minggu ni lazimnya kes suspicious death, (di mana kita syak kematiannya lain macam), clear cut homicide atau kes sudden death/ accident yang tak jelas punca kematiannya.
Contoh Si A accident, dari luar nampak macam ok saja, lebam sikit saja, tak ada patah mana-mana, bila bukak dalam tengok oh aortanya terkoyak, tengkoraknya retak dan sebagainya.
Contoh si B hanya sakit perut tau-tau meninggal. jadi keluarga tak puas hati, ingatkan dr salah bagi ubat sakit perut, mintak autopsi. Bila dah bedah siasat, rupanya mangsa meninggal serangan jantung, coronary artery dah hampir 90% tertutup dengan plak kolestrol/darah beku etc.
Ada beberapa tujuan kenapa atopsi dibuat. Antaranya nak mencari sebab kematian, bagaimana prses kematian tu terjadi, nak tahu identiti si mati, nak tahu berapa lama dah si mati, mati.. Itulah setakat yang saya ingat..
Kematian itu mengajar yang hidup
Dari segi ilmu perubatan, banyak perkara yang kita belajar dari orang mati sebenarnya. Contohnya, apa jadi pada paru-paru seorang perokok/penghidap TB/ bila lemas dan sebagainya. Satu perkara yang kita tak boleh observe dengan dekat pada orang hidup. Lagi? Boleh belajar anatomy balik, macam waktu tahun 1 dulu. Maha suci Allah yang menciptakan, lain cara mati, lain pula finding yang kita dapat pada mayat. Sampaikan kita boleh formulate cara kematian. Subhanallah!
Dari segi lain pula, kematian sebenarnya menginsafkan kita yang hidup. (sepatutnya) Siapa tahu dia akan mati bila?

Gambar pinjam dari blog saya doktor |
Dari segi lain pula, kematian sebenarnya menginsafkan kita yang hidup. (sepatutnya) Siapa tahu dia akan mati bila?
Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada);
kemudian Dia mematikan kamu; (maka ada di antara kamu yang
disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya
kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan),
sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya;
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
[ An-Nahl:70]
Kalau kita tahu bilakah kita akan mati, pasti saat ini juga kita akan sujud melekat di tikar sejadah. Habis kelas ditinggalkan, nak kejar masa nak taubat aja. Takut benar nak mati, sedar diri banyak dosa. Kalau masuk kubur confirm malaikat balun punya.
Mungkin ada jugak yang sibuk nak tulis surat pada orang-orang yang dicintai. Sibuk megangisi kucing sapa nak bagi makan, boyfriend nanti nak kawin dengan sapa? Aduh sudah mahu tinggalkan dunia masih nak mengenangkannya.
Sungguh, saya sama saja.

Sunday, October 02, 2011
Small Things That Made You Cry
--> Dalam hidup, pasti ada satu dua keadaan, di mana perkara-perkara kecil berjaya menyentuh hati kita. Dan sebabnya, kita menitiskan air mata.
Contohnya, kasih sayang haiwan. Tengok betapa susah payah ibu anjing menyeret sisa makanan untuk diberi pada anak-anaknya.
Pernah duduk atas bas? Bila lihat ke luar tingkat ada seorang apek tua, setua atuk kita di rumah, bahkan lebih tua, sibuk mengayuh basikal mencari tin dan surat khabar lama di jalanan?
Bila melihatkan seorang ayah yang sabar melayan karenah anaknya yang banyak bertanya di pasar malam, pasti tersentuh hati. teringatkan ayahanda sendiri.
Bila lihat anak kecil yang nakal melawan kata ibu di supermarket, teringat 'ah betapa aku juga nakal jahat begitu dahulu'. Terus teingat kalaulah bukan fitrah ibu berhati lembut dan penyayang, agaknya dosa kita dengan ibu sudah bertimbun menutupi sebelah bumi.
Perkara-perkara seperti inilah kalau kita tenung dan fikirkan betapa mudahnya kita untuk dapat keinsafan di mana-mana saja.
Yang Menyentuh Yang Tersentuh
Baru-baru ini saya berkesempatan bertemu dengan sorang pesakit yang datang dengan Facial nerve palsy disebabkan kemalangan. Seorang wanita, makcik saya gelarkan dia. Separuh mukanya lumpuh, langsung tak boleh digerakkan. Matanya tak boleh tutup rapat, mulutnya herot sebelah. Kasihan.
Dalam saya bertanyakan itu ini, dia bertanyakan saya kembali (walau susah payah dia bercakap.). Berapa umur? Belajar di mana? Agaknya saya mengingatkan dia akan anak dia sendiri, dia menarik tangan saya erat, ditariknya saya agar dekat ke mukanya (untuk mendengar lebih jelas). Pesannya pada saya.
"Mengaji pada waktu maghrib jangan tinggal. Kalau nak ingatan bagus mesti jangan tinggal. Baca surah Yaasin, Al-Waqiah dan Al-Mulk tiap hari. Ingat, jangan tinggal."
Terus hati saya ngilu, sebak. Dan adalah lagi beberapa pesanan yang dia sampaikan pada saya. Surah at-taubah, surah al-baqarah..
Sumpah hati saya cukup tersentuh. Dalam hati saya tertanya-tanya kenapa saya begini begitu sejak dua menjak ini, saya terasa ditegur secara direct oleh Allah.
Saya sentiasa percaya apa yang berlaku di kiri dan kanan adalah satu cara komunikasi Tuhan dengan HambaNya. Allah tak pernah meninggalkan hambaNya sendirian.
Diwaktu lain semasa saya di tahun 3, saya bertemu dengan seorang Auntie India, Sarah Abraham namanya kalau saya tak salah, mengidap barah payu darah tahap 4. Entah bagaimana, saya yang cuba menolong dia untuk 'dressing' telah menarik tangannya dengan sedikit kasar.
lalu dia menjerit sakit. (bayangkan perasaan saya? Saya rasa sayalah manusia paling teruk dalam dunia.)
Bertalu-talu saya minta maaf. Demi Allah saya tak sengaja. Saya ingatkan dia sudah mahu halau saya. Rakan-rakan lain dalam bilik yang sama hanya tunduk dan berdiam diri. Lalu kata dia..
"Tak mengapa. Ini sedikit saja. Sesungguhnya saya rasa sangat bertuah, dapat bangun setiap pagi, dan melihat wajah-wajah cantik seperti anda."
Terus saya lari keluar. Menangis. (Kalau dia tak kata macam tu, sudah pasti saya fobia ak sentuh pesakit lagu dah)
Pengajaran di hujung cerita.
Bukan pengajarannya, saya adalah lembik yang suka menangis tak tentu pasal.
Sekeliling kita adalah hikmah peringatan. Walau baik, walau buruk. Bersangka baiklah dengan Allah.
Bersyukurlah. Segala puji bagi Allah. |
Subscribe to:
Posts (Atom)