Thursday, April 29, 2010

Kalau Si Luncai Nak Terjun




Kalau Si Luncai nak terjun dengan labunya
Kita jerit 'Jangan!" "Tidak!" "Nanti lemas!"
Lalu kita bawa sahabat-sahabat luncai.
Biar dipujuk rayu.
Gagal
Lalu kita bawa isterinya, maknya si Luncai,
Biar dipukul cumbu
Gagal
Lalu kita bawa guru mengajinya,
Biar dirotan diajar.
Gagal
Lalu kita bawa ketua kampungnya,
Biar diceramah diarah.
Gagal
Lalu kita bawa doktor jiwa,
Biar dicerita dikaunseling
Gagal
Lalu kita bawa polis dan bomba,
Biar ditahan direbut
Gagal
Lalu kita bawa imam,
biar dinasihat didoa
Gagal

Lalu kita kata,
"Terjunlah Luncai. Aku sedekahkan kau doa."


Manusia punya had. segalanya ada limitation.
Kekayaan, kepandaian, kesabaran,
Semuanya terhad.
Apa yang mengehadkan kita?
Kudrat. Perasaan. MATI. (dan lain-lain)

Apa akan jadi bila kita melepasi had?
Seumpama belon. Bila ditekan dia mengikut.
Satu masa, dia meletup juga.
Seumpama gelang getah. Bila ditarik dia meregang.
Satu masa, putus juga..

MANUSIA BUKAN TUHAN. Terima kenyataan.

6 comments:

  1. Jadi? biarkan luncai terjun jugak?=)

    Sudah mahu exam pro 10/5 ini kan?semoga Allah permudahkan.

    erk, tgh stress ke?

    ReplyDelete
  2. kalau dia nak terjun sangat, terjunlah.

    Satu cara mengatasi kekecewaan adalah dengan mengetahui had diri kita.
    Kita dah menolong, membantu sehabis daya, tiba masa bila keadaan tetap sama, kita perlu terima kenyataan. Kadangkala, disebabkan kita tak dapat nak membantu, kita kesal dan sesal berlebih-lebih, kadangkala kita marah, upset.

    My knowing the limits, those are reduced. Reducing the guilt will help us live life better. Perhaps.

    thanks munsyi. exam besar, persediaan kecil juga.

    semalam my cat died. then there some sort of incidents and mood swings. Its fine, temporary. as usual :) thanks for asking.

    ReplyDelete
  3. nad...
    there's Allah in every limitation..
    hanya Allah Yang Maha Kuasa..
    nana ckp nad dh dpt kcg bru??habuk??

    ReplyDelete
  4. yup2. so we go back to Allah at last.(sadly, at last baru nak balik)

    next part of the story that i dont write there is,
    Menyedari dalam hati, dan perpegang teguh padanya bahawa
    Yang berkuasa mengubah hanya Allah ja.
    Knowing that. its fine.

    :)

    ReplyDelete
  5. betul tu..
    manusia bukan tuhan dia tidak sempurna tapi sentiasa ada cara untuk menyempurnakan diri masing-masing..di beri jalan dan kena pilih.. :) hidup manusia ni dari hidup sampai dah nak mati diberi peluang untuk memilih..

    ReplyDelete
  6. betul cakap cik tia tu.

    hidup ni pilihan, atas jalan2 yang dipilihNya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena