Wednesday, April 21, 2010

Bila Tuhan Postpone dulu..

Pernah tak tertanya or tak puas hati, bila kehendak kita, usaha kita, macam tak buahkan hasil?
Penat sangat study, tapi result tak jugak gempak?
PEnat sangat nasihat kawan tapi dia tak nak jugak berubah?
Puas kutip duit tak jugak kaya? hee ni lain cerita.



Saya nak ceritakan tentang kisah si Abdul Rahman.

Abdul Rahman ni benak kalau orang kedah kata. Maksudnya, kalau belajaq lambat nak buleh. Haa apa tu?
Hee maksudnya, susah pick up.
Zaman Abdul Rahman ni belajar, zaman Jepun.
Paham-pahamlah keadaannya macam mana.
Berguru di sekolah yang merupakan dewan kecik,
Pagi pagi kena nyanyi lagu sembah matahari.
KAta Abdul Rahman dek takut tempeleng Jepun, dia pun samalah naik nyanyi.
Katanya dalam hati, tak berniat. Ikutkan saja. Malas nak cara lebih-lebih.
Tuk guru pulak garang, misai tebal, rotan panjang. Tebal pulak tu.

Macam budak kampung lain, mak abah akan hantar gi mengaji al-Quran.
Zaman ni mana ada Kementerian pendidikan ka sekolah agama rakyat ka.
Dia pergi berguru dengan tok guru volunteer di kampung.
KAtanya, susah benar dia nak mengeja jawi.
Alif atas A, Ba atas Ba, Ta atas Ta. A-Ba-Ta
Ok dia hafal.
Tapi bila suruh membaca muqaddam, dia tak lepas.
Dia tak boleh nak matchkan huruf-huruf membentuk sebutan.
Lamaaaa si Abdul Rahman mencuba, dia tak boleh baca.
naik pelik kenapa dia tak boleh nak cantumkan sukukata?
KAwan-kawan dah laju ke mana baca. Nak masuk juz Al-Quran dah.
Dia dok takat mengeja jugak.
Dia pun heran, tuk guru heran, Amendalah susah sangat budak ni nak buleh mengaji?
Abdul RAhman ni manusia biasa,
dia ada rasa upset, letih nak trusan cuba, nak give-up pun ada, malu dengan kawan-kawan yang terer.
Dia cuba lagi, dan cuba dan cuba, GAGAL.
JAdi menangis-nangislah dia pada Tuhannya, menangisi nasib yang tak pandai-pandai mengaji.

TApi, ceritanya, 1 malam, di bulan ramadhan yang mulia,
dia BOLEH MEMBACA!
Secara riba-tiba saja.
Dalam 1 malam. Satu saat, satu detik saja.
Dan lepas dia dah boleh membaca, terus dia tera!
Bahkan advance dari kawan-kawan dia.
Dalam kepelikkan, dia syukur, cikgu-cikgu syukur. Alhamdulillah..

Padanlah, si Abdul Rahman ni selalu berpesan.
Sabarlah, usaha lagi.
Kadang-kadang Allah lambatkan nak makbulkan doa, mungkin dia nak bagi di akhirat siapa tahu?
Sabarlah, Orang lain Allah singkatkan, permudahkan jalan. Bahagian Kak Ngah macam lain,
Allah tahan dulu, Allah postpone dulu. NAnti-nanti Allah bagilah. Percayalah dengan Dia.
Rupanya, dia dah learn the lesson hard way, by heart.

Abdul Rahman yang dimaksudkan adalah datuk saya.
Kata-katanya menasihati saya banyak dilontarkan waktu saya merungut kenapa saya tak dapat medic oversea, orang lain dapat?
Kenapa saya tak terus boleh fly lepas SPM, orang lain boleh?
KEnapa susah sangat saya nak dapat kursus idaman hati saya ni? ececeeh

Dan saya jugak, walaupun tak by the hard way macam wan saya, i do learned the lesson by heart.
Dan adalah underlying pathology yang anda kena tilik dan belek.
Amalan anda dengan tuhan macammana? Usaha anda betulkah cukup?
Ilmu anda cikgu-cikgu redha ke? Anda kuat mengumpat kut? Anda mungkin lupa diri?
Ada hikmahnya, InsyaAllah.

Asalkan anda berfikir, terus percaya dan mencoba.

Moga Allah permudahkan urusan kita ya! :
(^_^)



hee macam manalah tak sayang si kood. Tengok kelaku dia, tak bagi saya study.

8 comments:

  1. biar lambat asalkan selamat.

    >>___<<


    ((X kuar tajuk kan?)) keh3x

    ReplyDelete
  2. hee betul jugak. masalahnya manusia kurang sabar., gopoh susah nak selamat. selamattttttt ada la.

    ReplyDelete
  3. boleh x nk apply tuk pro??
    huhu...

    ReplyDelete
  4. boleh kery. asalkan usaha kuat macam tok wan saya. hee

    ReplyDelete
  5. itu la...org dulu2 cara depa blajaq lain..
    byk guna rotan..hatta blajaq muqaddam..tok2 guru depa cengey2..
    disebabkan susah payah la ilmu depa berkat2 belaka..zaman la nie semuanya dah senang2..blajaq pun ghamai yg amik mudah..blajaq sbb nak luluih pegheksa saja..

    ReplyDelete
  6. Sis,kucing tu comellah.Geramnyer sayer...

    ReplyDelete
  7. akmal,
    hehe janganlah kita2 ni bkajaq sebab nak luluih ja.. mintak dijauhkan dari niat..

    sidratul muntaha,
    kucing tu dah tak dak.. T_T

    ReplyDelete
  8. dah meninggal ke?sedihnyer... :(

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena