Tuesday, May 26, 2009

satu penyesalan

petang tadi sewaktu aku tengah sedap landing atas katil sambil tengok katun OURAN HIGH SCHOOL HOST CLUB, abah panggil aku.

"Kakak!"

"Awat abah?"

"Free dak?" dalam hati aku, aii apa la aku nak kena buat ni. masak? siang ikan? mop lantai?:cinonet_02:

"Awat nak soh buat apa?"

"Tolong pi cuci sawang umah tok sat. Abah tengok banyak sangat sawang."

Buat seketika aku rasa macam nak menitis air mata.

"Okey, bila?"

"Lepas abah mandi. Tak semayang agi ni." Aku terus layan Ouran buat seketika, bangun dan bersiap seadanya ke umah tok aku.

Aku capai donat yang belum digoreng yang aku buat lepas masak tadi, letak lam tupperware.

Lompat nek atas trak, abang aku drive ke umah tok yang jauh x sampai 5 minit pun.



Sepanjang jalan , dalam minda aku ada macam-macam wayang. Hati aku sebak sangat.

"Lalai sangatkah aku dengan tanggungjawab sebagai anak dan cucu sampai benda sekecil ini pun perlu abah aku mintak tolong?"

Bukankah sepatutnya aku dari awal-awal balik cuti lagi dah set up sedikit masa untuk tok ngan wan aku? Aku sepatutnya notice yang rumah tok tu perlu dibersihkan. bahkan 8 tahun lepas aku adalah penghuni rumah tu jugak.

*tok merujuk kepada perempuan, wan kepada laki. terbalik panggilannya kat kedah ni

S
ewaktu aku mengemas ruang yang memang berdebu dan penuh debu arang, tok aku tak putus-putus berterima kasih, menyatakan yang dia tak larat. sekejap sekejap, dia suruh aku berhenti.

"Sudahlah tu cek oii. Letihnya kemas umah tok kotoq sangat. Sudah-sudah." Aku buat tak tahu dan kontinue cuci tingkap yang hitam.

*area kawasan aku dok ni ada ladang tebu (dulu, skang dah jadi ladang getah) dan kilang gula. Every year dalam masa beberapa bulan, tebu akan ditebang dan menda yang tak digunakan macam dedaun, akan dibakar, bayangkan ladang yang besarrrrr dibakar. habuk arang berterbangan ikut arah angin dan landing di rumah penduduk kampung, masjid, jalan, sekolah. KAmi panggil ia salji hitam. memang tiap tahun wajib ada, dan rumah tak payah cakaplah, kotor ya amat. kalau pijak lantai alamat hitam legamlah kaki. Tapi bukan seluruh daerah Padang Terap merasa salji hitam ni, sesetengah kawasan terutamanya kampung aku. Benda ni pernah masuk dalam berita TV3 pun, tapi biasalah, apa sangat tindakan yang di ambil.

b
erbalik pada cerita asal.

aku dulu dibesarkan oleh tok dengan wan aku. mak dengan abah sebenarnya duduk dekat sangat, tapi dah tertulis agaknya memang aku memilih untuk duduk dengan tok. Seorang cucu perempuan yang duduk dengan tok ngan wan, aku memanglah ditatang bagai minyak yang penuh. Tambahan pulak depa tak ada anak perempuan selain anak sedara yang dibela macam anak sendiri, Kak Na aku.

So kawalan yang diberi kepada aku agak hebat. seumur 11 tahun aku dah dilarang agak tidak melepak makan ais kacang di tepi jalan. Alasannya? Tak manis dipandang orang. Apa-apa pun yang aku nak dipenuhi, dan selalunya wan sendiri akan bawak aku. Kalau dia ke pekan Kuala Nerang, aku akan pesan dia Kit Kat atau roti panjang butter dari 1 kedai bakery. Kalau abah datang, aku pesankan dia buku (apa-apa saja berbentuk buku tak kiralah komik atau ilmiah) dan yogurt.

Nostalgia zaman kanak-kanak memang akan menggamit kita bila kita mula menjengah usia dewasa kan?

Lepas UPSR terus aku gi dok asrama. Sampai sekarang jengah rumah bila cuti sahaja. Dan aku balik rumah aku sendiri, bukan rumah tok dengan wan lagi dah.
Mungkin ni bunyik macam alasan, tapi ini hakikat. Duduk di asrama menjadikan aku agak 'bodoh-bersosial' dan aku jahil dalam bab pengurusan rumah tangga. Aku tak tahu nak bergaul dengan orang kampung dan mengemas rumah macam orang lain.

Kawan sebaya aku sekarang yang tak sejauh aku melangkah ke menara gading, dah jadi ibu dan tunangan orang, mereka sangat ligat dan lincah di dapur. Mereka pandai mengemas, ambil hati orang tua, dan perbezaan ketara dengan aku yang serba tak tahu.
Seringkali aku terlalai dan terlupa di umur aku patut aku senang hati menolong mak dengan nama anak dara yang baik hati, taat dan bakal isteri yang solehah. (eh eh tersasul pulak)

Itulah bak kata orang, aku lebih sini kau lebih sana. Tuhan Adil dalam caraNya.

Dalam bab menjaga perhubungan, aku sangat naif. Berkali-kali aku diperli orang sebab dah tak balik rumah tok (rumah x sampai 5 minit pun)
hakikatnya, mungkin bunyi macam alasan, aku tak tahu bawak moto apatah lagi nak merempit ke rumah tok. Mak abah keja, abang blaja, adik pun blaja.
Aku balik, sekali sekala (walau dekat) bila dibawak mak ngan abah aku.

Sekarang, pagi atau petang dan sekali sekala tengahari tok dengan wan akan mai umah aku dengan moto. Semata-mata nak bercakap dengan cucu yang 'tak reti nak bawak moto pi umah depa'.

so sad. aku belum bekerja, belum ada rumah sendiri dah nampak ciri-ciri nak lupa orang yang membesarkan aku walaupun di sudut hati TAK PERNAH terniat pun nak melupakan.

Manusia cepat lupa. Sangat cepat.

Tak kiralah dia lupakan kawan yang membesar bersama, guru yang menabur jasa atau ibu bapa yang memelihara.

Bila makin kita meningkat umur dan ada komitmen yang konon lebih besar, kita meletakkan soal silaturrahim tu di belakang.
Kita obses dengan yang baru dan kita kata pada diri, 'look to the future, life must go on'

Bila berkeluarga lupa pada mak long dan jiran sebelah yang dulu tempat kita melepak dan makan free. (contoh!)
Tak sedar rupanya kita dalam masa yang sama tengah membuang masa lalu kita, mengecilkan hati orang sekeliling.
Bila balik kampung tak ziarah sedara mara, di kenduri kendara terlupa nak tegur sapa sebab sibuk dengan iu ini, benda sekecil tu rupanya melukakan hati banyak orang.

Susahnya menjaga silaturrahim.

Bila belajar jauh lupa nak menekan button nombor di telefon menelefon orang yang dari jauh tak putus mengirim doa dan rindu.
Buleh pulak chit chat dengan 'kawan yang no dapat dari kawan' atau sewaktu dengannya.

Demi mencari masa depan yang tak pasti, kita buang masa lalu yang pernah jadi sesuatu daripada kita pada masa kini.


Berniat atau tidak, masih ada ruang untuk kita perbaiki kesilapan yang kalau kita tak perbaiki,
bakal kita kesali suatu hari nanti.
:cinonet_16:

Terutamanya bila dah sampai waktu orang tu pulang pada Ilahi.

Berbaktilah selagi mereka masih ada, masih bernyawa, masih boleh merasa dan masih tahu erti bahagia.

aku tau menda ni jadi kat banyak orang sekarang.

if any of my readers are in the same shoes, lets head back and correct whats wrong while the time still ticking.
either it is our time or thiers.

salam ikhlas dari aku

:cinonet_04:

10 comments:

  1. sungguh mendalam maksudnya cerita awk ni...bila ckp psl tok ni lieya dah 5 bln x jmpa dieorg...rindu nya...ye la kalau balik umah cuti sem just 2 mggu jer.pstu duk kolej brbulan2..nk gi umah tok kna gi ngan family...rindunya ngn tok n ki...huhu

    ReplyDelete
  2. tu ler ko

    lepas ni ko selalu ler rajin2 ke sana ek...

    ReplyDelete
  3. joe,
    aku harap aku x berubah bersama zaman. kalau negativity yang nak dibawa pergi, silakan

    lieya
    thanks lieya get the value of it. bukan sekadar cerita panjang.:)
    kerinduan nenek and datuk kepada cucu tu kata orang lebih daripada anak sendiri.
    grab a phone and make a call honey.

    kapten,
    depa slalu mai sni.:P

    ReplyDelete
  4. awak, salam. post awak best, buat saya teringat arwah grandparents saya jugak...saya baru baca lompat2 je. esok saya keje..kene tido dah. nnt saya dtg melawat awak lagi, lps abis keje esok. thanks sgt for being my number 90. =) i'll link bak to you ASAP.

    ReplyDelete
  5. sis nani i supposed,

    wah thanks singgah sini. glad u like it. sesuatu dari hati itu lebih berkesan

    suka banget blog anda. bru harini jumpa.

    ReplyDelete
  6. bebeyhh!!!aku da bertahun tak jupe opah aku kat srawak,uhuhuhu,lagi la cucu tak kenang jasa,adoi. ampun2. uhuh.

    ReplyDelete
  7. awk sungguh beruntung kerana masih ade atok dan nenek...
    saya punye dah lama meninggal..

    nenek yg terakhir meninggal masa tahun1996..

    ReplyDelete
  8. heheh :P
    aku tgal sorg ja mek.
    alhamdulillah mek sihat ja :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena