Assalamualaikum..
Dah lama tak berblog. Hari ni tertarik, nak menarik pembaca blog ini berfikir pasal soalan di atas. Diujarkan oleh seorang senior yang disegani.
Pagi semalam, saya dan rakan Urban Posting melawat ke spactic centre
SCAS & FT, di Petaling Jaya. Spastic center ni ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi cerebral palsy, satu keadaan di mana otak tidak dapat berkembang dengan baik. Pusat ni ada sediakan terapi, dan juga latihan-latihan basic untuk dewasa dan kanak-kanak.
|
Adik berbangsa cina yang di adopt oleh orang Melayu |
Satu statement dikeluarkan oleh salah seorang volunteerer hari tu
"this spastic center is also sponsored by McD. if u eat McD, u help all the kids here."
Rakan saya berkongsi pernyataan itu di Facebook. Sambil berjenaka orang-orang yang berpantang terus boleh makan McD baliklah?
|
Aisyah. Tengah buat terapi. |
Tertarik pada soalan,
~How does "helping the disable kid" is better than "killing the well and healthy innocent childrens"??..just asking..[?]
Pada saya, menolong kanak-kanak kurang upaya adalah satu perbuatan yang mulia, dan tak layak dibandingkan begitu.
Saya boleh twist balik pernyataan itu,
"We need, not to help disable kids in order to save healthy kids from being killed."
Saya tahu, senior saya tak maksudkan begitu. Saja, nak twist.Sebab saya tak setuju.
Adakah kanak-kanak yang sihat, hidupnya perlu lebih baik dan bahagia dari kanak-kanak kurang upaya?
Kerana apa?
Sebab kanak-kanak kurang upaya daya inteleknya rendah, tak mampu menjadi daie, tak mampu menjadi pemimpin? Mungkin?
Sebab kanak-kanak kurang upaya kurang daya kemampuan, perlukan perhatian lebih lalu memakan banyak tenaga dan masa? Mungkin?
|
saya tak minta saya lahir macam ni. tapi saya, berusaha untuk jadi manusia. |