Siti mengintai dari celah langsir putih yang menghiasi bilik Kak Yan. Kak Yan tenang sambil dirias mak andam. Sesekali dia menjawab pertanyaan rakan yang bertandang.
Jatuh rasa sayu, mengingatkan hari ini Kak Yan bakal bergelar isteri orang.. Fikirannya melayang, mengingatkan setahun lalu, ketika Kak Yan bertunang..
***********
Kak Yan tersenyum nipis tatkala dirinya di usik Akak Salmah, ibu muda anak dua yang tinggal sebelah rumah.. Tak sudah-sudah Akak Salmah mengusik betapa beruntungnya diri Kak Yan dipinang sesama doktor.
"Sama kerja, sesuai sangatlah. Siapa lagi yang faham doktor kalau bukan doktor?" Kak Yan senyum nipis.
"Alhamdulillah... Mudah-mudahan.... Cik Mira jangan solek tebal sangat.. Nanti bertepung muka saya." Kak Yan tenang mengingatkan Cik Mira, mak andam untuk hari tu. Foundation yang ditepek Cik Mira sikit lagi nak tukarkan Kak Yan jadi Hantu Tepung.
Siti menarik muka, mahu menangis melihatkan Kak Yan. Kak Yan sesatunya kakak yang dia ada, dan sayang dia pada Kak Yan bukan sedikit.
Kak Yan perasan, lalu digamitnya Siti.
"Kenapa monyok masam Siti hari ni?" Siti mendekat, melabuhkan dirinya di lantai hujung katil Kak Yan.
Dia tidak puas hati. Teragak-agak mahu dia luahkan. Matanya bulat melihat Cik Mira dengan Akak Salmah. Serba salah dia.
"Cakaplah.. Cik Mira ngan Akak Salmah ja pun.."
Siti diam lama. Kak Yan memang selalu mengajar dia supaya straight to the point. Jangan simpan-simpan buat pekasam. Jadi besarnya, dia jadi seorang yang outspoken. . Cuma hari ni.. dia tak tahu, patutkah diluahkan?
"Kak Yan happy ke? Bertunang hari ni?" Sambil tunduk, dia meluahkan. Dia melihat Akak Salmah dan Cik Mira yang tercengang.
Kak Yan nampak kaget, dan perlahan-lahan dia ketawa.
"Lah, itu ke halnya? Nampak Kak Yan tak happy?" Kak Yan senyum lagi. Keningnya diangkat sebelah, ala-ala The Rock. Manis senyum Kak Yan, tambah luka di hati Siti.
"Mana tau Kak Yan sembunyi? Simpan telan dalam hati? Kak Yan suka ka ni? Cakaplah. Kesian Siti dengan Kak Yan.."
Kak Yan masih tenang.
"Kenapa Siti rasa Kak Yan tak happy? Kak Yan dah blurr ni." Kak Yan memandang Siti dari dalam cermin. Mata Siti berkaca.
"Yalah. Tetiba Kak Yan nak bertunang. Mana Kak Yan ada boyfriend?"
"Mana kamu tahu Kak Yan tak ada?" Akak Salmah menyampuk. Dia ketawa kecil. 'Hai semua orang ceria hari ni. Aku ja tak.'
"Siti tahulah. Kak Yan kan kakak Siti. Apa benda Kak Yan buat, semua Siti tahu. Lepas mak dengan abah bagitau nak carikan Kak Yan laki kalau Kak Yan tak ada calon, tak sampai dua minggu Kak Yan bagitau ada orang nak merisik. Sebelum tu Kak Yan tak cakap apa pun? Siti tau Kak Yan tak suka hampakan mak dengan abah, Siti takut Kak Yan tangkap muat."
Kak Yan ketawa. 'Macam ni rupanya adik aku sorang fikir. Padanlah muka masam macam cuka.'
"Betul Yan?" Terkejut Akak Salmah. 'Masakan begini. Alahai kalau betul kata Siti, kesiannya budak ni...'
"Tak adalah.. Apa Siti ingat Kak Yan tak laku?" Kak Yan ketawa lagi. Siti merenung lama, 'Kak Yan ni berlakon suka ke apa?'
"Kak Yan jugak bagitau, Kak Yan tak suka bercinta. Berkawan dengan lelaki sekadar biasa. Ikhtilat kena jaga, Hubungan dengan Allah kena jaga. Kak Yan tak suka cinta Kak Yan dipesongkan belum pada masanya. Kak Yan yang cakap tu. Macam mana Kak Yan boleh ada boyfriend kalau macam tu? Kak Yan cakap tak serupa bikin? Siti tahu, walau Kak Yan macam tu, Kak Yan tak jugak suka dipasang-pasangkan macam abah nak buat hari tu. Sebab tu Kak Yan terus cari. Tak ke tangkap muat macam tu? Macam mana kalau Kak Yan salah pilih?" Siti risau. Nikah kahwin bukan untuk sehari dua. Dia risau Kak Yan ambil cara mudah.
"Along dengan Kak Sham kahwin suka sama suka, Angah tunang dengan makwe dia. Akak dengan siapa? Tup tup Kak Yan bagitau nak bertunang. Padahal sebelum tu Kak Yan tak pernah sebut pasal boyfriend? Kak Yan, macam mana nak happy kalau tak ada cinta?" Siti tunduk, agak malu jugak dia mengutarakan hal cintan cintun ni macam dia dah besar sangat.
"Hurm.. Kak Yan mengaku, kalut la jugak masa mak dengan abah cakap nak carikan untuk Kak Yan. Kak Yan terbayang jugak, macam mana kalau yang mak dengan abah carikan, tak serasi dengan Kak Yan? Ya lah, tak kenal.. Boleh ke dia terima baik buruk Kak Yan? Pasal kerja Kak Yan tak kisah, Kak Yan rasa ok. Lelaki zaman sekarang bukan macam zaman dulu, nak biar bini duduk depan mata dia aja."
"Tipulah, kalau cakap Kak Yan tak cuak.." Siti angkat kepala. Mendengar.
" Lepas mak dengan abah cakap macam tu, Kak Yan buat solat hajat. Kak Yan minta agar hati-hati sesiapa yang berkenan dengan Kak Yan, terbukak untuk bertanya. Dalam sepanjang Kak Yan study di universiti, Kak Yan ada jumpa beberapa orang, Kak Yan admire agamanya, cara dia handle majlis-majlis besar, cara dia handle majlis ilmu, cara dia bagi tazkirah. Kak Yan minta pada Allah agar dipermudahkan, kalaulah ada minat mereka pada Kak Yan. Kalau tak pun, orang-orang yang Kak Yan dah kenal, Kak Yan faham dan selesa, Kak yan minta Allah bukakan hati mereka untuk Kak Yan, Buka mulut mereka untuk bertanya, buka hati mereka untuk rasa cinta."
"Allah tu Adil kan? Walaupun Kak Yan jaga diri dari perhubungan yang bagi Kak Yan melalaikan, Dia mudahkan jodoh Kak Yan., Kak Yan tak cakap semua orang couple tu lalai ok? Sendirilah, Kak Yan tak ada labeling orang. Bagi Kak Yan, Kak Yan nak bercinta dengan Allah dulu. Baru dengan manusia. Tapi Kak Yan manusia, ada perasaan, ada nafsu, sikit-sikit Kak Yan adalah suka jugak. Paling banyak Kak Yan doa, Hai bagilah dalam diri suami aku kelak ada sifat-sifat muslimin ni." Kak Yan tersenyum.
"Kuasa Allah jugak, lepas dua tiga hari mak abah tanya tu, Akak Naurah, senior Kak Yan telefon. Katanya, nak datang rumah, ada hajat. Kak Yan pelik, apalah hajat yang penting sangat, tak boleh Kak Naurah nak cakap dalam telefon. Alhamdulillah, Kak Naurah bawa hajat orang, nak sunting Akak. AllahuAkbar! Tak sampai seminggu pun, Allah dengar doa Kak Yan. Alhamdulillah lagi, orang yang nak pinang Kak Yan, insyaAllah baik akhlaknya. Kak Yan kenal dia, satu kursus dengan akak, sesekali pernah bekerja dengan akak urus majlis fakulti." Kak Yan senyum lagi. Tetap tenang.
"Tapi Kak Yan tak cintakan dia kan?" Siti mencelah.
"Cinta tu perasaan Siti. Boleh dipupuk. Kak Yan tak ada perasaan lebih-lebih pun sepanjang Kak Yan kenal dia. Tapi Siti rasa sekarang ada tak?" Siti angkat bahu.
"Saat dia hulurkan niat, Kak Yan dah jatuh hati. Jatuh hati pada bakal suami sendiri, ok kan? Bukan sennag nak jumpa seseorang yang tak pernah kenal hati budi kita, mintak kita jadi surinya. Tau apa yang buatkan dia berani gamble macam tu? Keyakinannya pada Allah. Lelaki yang mencintai Allah, Kak Yan tak kan segan silu nak cinta dia balik."
"Siti, pada Kak Yan, cinta ni tak boleh diukur dengan masa. Sesaat boleh buat orang jatuh cinta, sepuluh tahun tak tentu boleh buatkan orang lupa dengan cinta. Sessat jugak boleh buatkan orang lupa Allah dengan cinta, dan dengan cinta jugaklah ramai yang balik ke jalan-Nya. Kak Yan tak lah kata 100% perkahwinan Kak Yan ni akan berjaya, tapi Kak Yan dah cuba jaga diri Kak Yan sehabis boleh. Kak Yan harap Allah pulak tolong akak. Kita merancang, Allah jugak yang tentukan. Kita tolong diri kita, jaga agama Allah, Allah tolong kita balik, insyaAllah.. Kak Yan tak tahu, dia suka Kak Yan banyak mana? Atau mana tahu dia pun main tangkap muat ja? Mana la tau kan? Tapi dari dulu Kak Yan dah sediakan hati untuk insan bergelar suami, so apa salahnya nanti Kak Yan pikat dia habis-habisan? Kasi dia tangkap cintan dengan Kak Yan. Ok?" Malu-malu Kak Yan ketawa, sambil matanya memandang Kak Salmah, Cik Mira dan Siti. Kak Salmah tersenyum. Cik Mira pun tersenyum. Perlahan Kak Salmah menepuk bahunya.
"Beruntung si Saiful Rahman tu, dapat akak kamu ni. Cinta dia awal-awal dibagi pada insan bergelar suami, sebab tu kamu tengok muka akak kamu ni berseri-seri hari ni. Tandanya dia gembira. Sudahlah, karang sampai pulak rombongan, akak kamu tak siap-siap."
*************
Siti tarik nafas panjang. Dikerling raut wajah Kak Yan yang berseri. Nampak bahagianya. Sekejap lagi Kak Yan akan bergerak ke masjid untuk dinikahkan.
Siti kesat matanya yang kabur, moga dipermudahkan Allah akan rumahtangga kakakku seorang ini.. Amin..
P/s- rekaan semata-mata. sempena musim kahwin ni. :)

0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen!