Monday, June 28, 2010

Ini Untuk Anda, Munsyi

kisahnya bermula macam ni....




sebenarnya munsyi mintak lukiskan dirinya dalam bentuk kartun,
tapi saya blur blur waktu tu, gi lukis potret.
Haha munsyi pun terpaksalah terima dengan rela hati.
so ini untuk kamu.


 sebenarnya munsyi x lah muka lebar macam ni, tapi sebab kan ini kartun, saya lebarkan. :P

*ada masa sangat blur, macam minah blur pulak. Hee


Friday, June 25, 2010

Dah nak mati, nak buat macam mana?

Dalam kereta..

Mama : Kakak dengaq tak cerita pelatih tentera mati kena buli?

Kakak : O ya ka?

Adik : Yang mana? Maktab tentera tu?

Mama : Aah. Masuk berita tu.

Adik : Alah, hat tu pun nak kecoh. Biasalah kena buli kat maktab tentera. Kecoh betul! (nada emo)

Mama : Mati tau.

Adik : Dah nak mati? Nak buat macam mana?

Diam.. Adik turun bukak pagar. Kuar kereta, masuk balik.

Kakak : Habis tu, yang kena bunuh tu, nak buat macam mana kan? Dah nak kena bunuh? Dah dia nak mati cara dibunuh? So tak payahlah hukum, sebab dah nasib macam tu?


Ada benda, kita boleh sandarkan pada takdir. Ada benda, takdir itu atas pilihan. Kalau semua kita boleh redha pada takdir, tak usahlah nak tangkap penjarakan, hukum mati pembunuh. DAH MEMANG MACAM TU CARA ORANG TU NAK MATI, DIBUNUH kan?

Mama : Macam mudah saja, mati anak orang tau.

Buli membuli mungkin tradisi kat sana, ada kawan bagitau kalau tak kena buli di army, cess korang lekehlah. Kalau nangis kena buli, hey hang ni sayoq ka? (by the way, ni kusah di universiti tentera, bukan maktab)
Apapun, berpadalah, kalau buli takat nak bagi orang dendam, sakit jiwa.. tak payah kot.
Ada cara lain yang boleh kita amik contoh untuk kuatkan jati diri, kuatkan semangat, supaya tak jadi wimp.
Nabi ajar kan? Kenapa tak jadikan nabi sebagai contoh?
CONTOHLAH Wajibkan solat jemaah , banyakkan majlis ilmu, tekankan kenapa kena pelihara negara?


sebab ini negara Islam, orang Islam bebas buat apa saja
Kalau pegi perancis nak pakai tudung pun tak boleh, kesian tak kat orang Islam? 
Kalau kat rusia, elajar muslim kena curi masa solat dalam bilik kuliah, kesian tak kat orang Islam, 
Kalau kat jepun ada yang kena jadi vegetarian sebab susah dapat makanan halal, kesian tak kat orang islam?
Kalau kat britain nak bina masjid pun susah, apatah nak macam kat Malaysia, nek kereta 15 minit jumpa 1 masjid

Ada nak dapat nikmat negara Islam, kalau kat tempat lain?

 
syok owh buleh pakai tudung camni gi sekolah. tau tak di barat/utara/selatan mana-manalah..
depa kata ibu bapa bermasalah paksa anak mereka pakai tudung muda-muda camni?
kata mak ayah terlampau memaksa, besar-besar nanti nak sekat kebebasan anak itu ini.
Kesian tak mereka tak berpeluang nak tau nikmat Islam sebab mereka tak duduk dalam negara Islam?
(sumber : pembacaan sendiri kat satu forum fashion)

apapun, artikel ni adalah tribute untuk adik Mohammad Naim Mustaqin Mohamad Sobri,   
pelajar tingkatan 4 yang mati didera di MTD (setau aku ni salah satu SBP kan?)
al-Fatihah..

Thursday, June 24, 2010

Definisi Cinta

Siti mengintai dari celah langsir putih yang menghiasi bilik Kak Yan. Kak Yan tenang sambil dirias mak andam. Sesekali dia menjawab pertanyaan rakan yang bertandang.
Jatuh rasa sayu, mengingatkan hari ini Kak Yan bakal bergelar isteri orang.. Fikirannya melayang, mengingatkan setahun lalu, ketika Kak Yan bertunang..

***********

Kak Yan tersenyum nipis tatkala dirinya di usik Akak Salmah, ibu muda anak dua yang tinggal sebelah rumah.. Tak sudah-sudah Akak Salmah mengusik betapa beruntungnya diri Kak Yan dipinang sesama doktor.

"Sama kerja, sesuai sangatlah. Siapa lagi yang faham doktor kalau bukan doktor?" Kak Yan senyum nipis.

"Alhamdulillah... Mudah-mudahan.... Cik Mira jangan solek tebal sangat.. Nanti bertepung muka saya." Kak Yan tenang mengingatkan Cik Mira, mak andam untuk hari tu. Foundation yang ditepek Cik Mira sikit lagi nak tukarkan Kak Yan jadi Hantu Tepung.

Siti menarik muka, mahu menangis melihatkan Kak Yan. Kak Yan sesatunya kakak yang dia ada, dan sayang dia pada Kak Yan bukan sedikit.

Kak Yan perasan, lalu digamitnya Siti.

"Kenapa monyok masam Siti hari ni?" Siti mendekat, melabuhkan dirinya di lantai hujung katil Kak Yan.

Dia tidak puas hati. Teragak-agak mahu dia luahkan. Matanya bulat melihat Cik Mira dengan Akak Salmah. Serba salah dia.

"Cakaplah.. Cik Mira ngan Akak Salmah ja pun.."
 Siti diam lama. Kak Yan memang selalu mengajar dia supaya straight to the point. Jangan simpan-simpan buat pekasam. Jadi besarnya, dia jadi seorang yang outspoken. . Cuma hari ni.. dia tak tahu, patutkah diluahkan?

"Kak Yan happy ke? Bertunang hari ni?" Sambil tunduk, dia meluahkan. Dia melihat Akak Salmah dan Cik Mira yang tercengang.
Kak Yan nampak kaget, dan perlahan-lahan dia ketawa.

"Lah, itu ke halnya? Nampak Kak Yan tak happy?" Kak Yan senyum lagi. Keningnya diangkat sebelah, ala-ala The Rock. Manis senyum Kak Yan, tambah luka di hati Siti.

"Mana tau Kak Yan sembunyi? Simpan telan dalam hati? Kak Yan suka ka ni? Cakaplah. Kesian Siti dengan Kak Yan.."
Kak Yan masih tenang.

"Kenapa Siti rasa Kak Yan tak happy? Kak Yan dah blurr ni." Kak Yan memandang Siti dari dalam cermin. Mata Siti berkaca.

"Yalah. Tetiba Kak Yan nak bertunang. Mana Kak Yan ada boyfriend?"

"Mana kamu tahu Kak Yan tak ada?" Akak Salmah menyampuk. Dia ketawa kecil. 'Hai semua orang ceria hari ni. Aku ja tak.'

"Siti tahulah. Kak Yan kan kakak Siti. Apa benda Kak Yan buat, semua Siti tahu. Lepas mak dengan abah bagitau nak carikan Kak Yan laki kalau Kak Yan tak ada calon, tak sampai dua minggu Kak Yan bagitau ada orang nak merisik. Sebelum tu Kak Yan tak cakap apa pun? Siti tau Kak Yan tak suka hampakan mak dengan abah, Siti takut Kak Yan tangkap muat."

Kak Yan ketawa. 'Macam ni rupanya adik aku sorang fikir. Padanlah muka masam macam cuka.'

"Betul Yan?" Terkejut Akak Salmah. 'Masakan begini. Alahai kalau betul kata Siti, kesiannya budak ni...'

"Tak adalah.. Apa Siti ingat Kak Yan tak laku?" Kak Yan ketawa lagi. Siti merenung lama, 'Kak Yan ni berlakon suka ke apa?'

"Kak Yan jugak bagitau, Kak Yan tak suka bercinta. Berkawan dengan lelaki sekadar biasa. Ikhtilat kena jaga, Hubungan dengan Allah kena jaga. Kak Yan tak suka cinta Kak Yan dipesongkan belum pada masanya. Kak Yan yang cakap tu. Macam mana Kak Yan boleh ada boyfriend kalau macam tu? Kak Yan cakap tak serupa bikin? Siti tahu, walau Kak Yan macam tu, Kak Yan tak jugak suka dipasang-pasangkan macam abah nak buat hari tu. Sebab tu Kak Yan terus cari. Tak ke tangkap muat macam tu? Macam mana kalau Kak Yan salah pilih?" Siti risau. Nikah kahwin bukan untuk sehari dua. Dia risau Kak Yan ambil cara mudah.

"Along dengan Kak Sham kahwin suka sama suka, Angah tunang dengan makwe dia. Akak dengan siapa? Tup tup Kak Yan bagitau nak bertunang. Padahal sebelum tu Kak Yan tak pernah sebut pasal boyfriend? Kak Yan, macam mana nak happy kalau tak ada cinta?" Siti tunduk, agak malu jugak dia mengutarakan hal cintan cintun ni macam dia dah besar sangat.

"Hurm.. Kak Yan mengaku, kalut la jugak masa mak dengan abah cakap nak carikan untuk Kak Yan. Kak Yan terbayang jugak, macam mana kalau yang mak dengan abah carikan, tak serasi dengan Kak Yan? Ya lah, tak kenal.. Boleh ke dia terima  baik buruk Kak Yan? Pasal kerja Kak Yan tak kisah, Kak Yan rasa ok. Lelaki zaman sekarang bukan macam zaman dulu, nak biar bini duduk depan mata dia aja."

"Tipulah, kalau cakap Kak Yan tak cuak.." Siti angkat kepala. Mendengar.

" Lepas mak dengan abah cakap macam tu, Kak Yan buat solat hajat. Kak Yan minta agar hati-hati sesiapa yang berkenan dengan Kak Yan, terbukak untuk bertanya. Dalam sepanjang Kak Yan study di universiti, Kak Yan ada jumpa beberapa orang, Kak Yan admire agamanya, cara dia handle majlis-majlis besar, cara dia handle majlis ilmu, cara dia bagi tazkirah. Kak Yan minta pada Allah agar dipermudahkan, kalaulah ada minat mereka pada Kak Yan. Kalau tak pun, orang-orang yang Kak Yan dah kenal, Kak Yan faham dan selesa, Kak yan minta Allah bukakan hati mereka untuk Kak Yan, Buka mulut mereka untuk bertanya, buka hati mereka untuk rasa cinta."

"Allah tu Adil kan? Walaupun Kak Yan jaga diri dari perhubungan yang bagi Kak Yan melalaikan, Dia mudahkan jodoh Kak Yan., Kak Yan tak cakap semua orang couple tu lalai ok? Sendirilah, Kak Yan tak ada labeling orang. Bagi Kak Yan, Kak Yan nak bercinta dengan Allah dulu. Baru dengan manusia. Tapi Kak Yan manusia, ada perasaan, ada nafsu, sikit-sikit Kak Yan adalah suka jugak. Paling banyak Kak Yan doa, Hai bagilah dalam diri suami aku kelak ada sifat-sifat muslimin ni." Kak Yan tersenyum.


"Kuasa Allah jugak, lepas dua tiga hari mak abah tanya tu, Akak Naurah, senior Kak Yan telefon. Katanya, nak datang rumah, ada hajat. Kak Yan pelik, apalah hajat yang penting sangat, tak boleh Kak Naurah nak cakap dalam telefon. Alhamdulillah, Kak Naurah bawa hajat orang, nak sunting Akak. AllahuAkbar! Tak sampai seminggu pun, Allah dengar doa Kak Yan. Alhamdulillah lagi, orang yang nak pinang Kak Yan, insyaAllah baik akhlaknya. Kak Yan kenal dia, satu kursus dengan akak, sesekali pernah bekerja dengan akak urus majlis fakulti." Kak Yan senyum lagi. Tetap tenang.

"Tapi Kak Yan tak cintakan dia kan?" Siti mencelah.

"Cinta tu perasaan Siti. Boleh dipupuk. Kak Yan tak ada perasaan lebih-lebih pun sepanjang Kak Yan kenal dia. Tapi Siti rasa sekarang ada tak?" Siti angkat bahu.

"Saat dia hulurkan niat, Kak Yan dah jatuh hati. Jatuh hati pada bakal suami sendiri, ok kan? Bukan sennag nak jumpa seseorang yang tak pernah kenal hati budi kita, mintak kita jadi surinya. Tau apa yang buatkan dia berani gamble macam tu? Keyakinannya pada Allah. Lelaki yang mencintai Allah, Kak Yan tak kan segan silu nak cinta dia balik."

"Siti, pada Kak Yan, cinta ni tak boleh  diukur dengan masa. Sesaat boleh buat orang jatuh cinta, sepuluh tahun tak tentu boleh buatkan orang lupa dengan cinta. Sessat jugak boleh buatkan orang lupa Allah dengan cinta, dan dengan cinta jugaklah ramai yang balik ke jalan-Nya. Kak Yan tak lah kata 100% perkahwinan Kak Yan ni akan berjaya, tapi Kak Yan dah cuba jaga diri Kak Yan sehabis boleh. Kak Yan harap Allah pulak tolong akak. Kita merancang, Allah jugak yang tentukan. Kita tolong diri kita, jaga agama Allah, Allah tolong kita balik, insyaAllah.. Kak Yan tak tahu, dia suka Kak Yan banyak mana? Atau mana tahu dia pun main tangkap muat ja? Mana la tau kan? Tapi dari dulu Kak Yan dah sediakan hati untuk insan bergelar suami, so apa salahnya nanti Kak Yan pikat dia habis-habisan? Kasi dia tangkap cintan dengan Kak Yan. Ok?" Malu-malu Kak Yan ketawa, sambil matanya memandang Kak Salmah, Cik Mira dan Siti. Kak Salmah tersenyum. Cik Mira pun tersenyum. Perlahan Kak Salmah menepuk bahunya.

"Beruntung si Saiful Rahman tu, dapat akak kamu ni. Cinta dia awal-awal dibagi pada  insan bergelar suami, sebab tu kamu tengok muka akak kamu ni berseri-seri hari ni. Tandanya dia gembira. Sudahlah, karang sampai pulak rombongan, akak kamu tak siap-siap."

*************

Siti tarik nafas panjang. Dikerling raut wajah Kak Yan yang berseri. Nampak bahagianya. Sekejap lagi Kak Yan akan bergerak ke masjid untuk dinikahkan.

Siti kesat matanya yang kabur, moga dipermudahkan Allah akan rumahtangga kakakku seorang ini.. Amin..

P/s- rekaan semata-mata. sempena musim kahwin ni. :)

Monday, June 21, 2010

Kampus Kediaman Sg Buloh, Fakulti Perubatan UiTM

Assalamualaikum..

18 haribulan haritu, saya dan sahabat seperjuangan berpindah ke sungai buloh.
Pindah barang je la, tak ambil kunci lagi.
Proper registration 3 July ni. sesapa ada di sungai Buloh sila-sila belanja makan,

 Meh nak tayang gambar.. hehe


kampus ni berjiran dengan hospital kusta, 
memang berjiran betul, berkongsi pagar lagi.

sungai buloh ni agak tak membangun disentuh
eloklah dinbangunkan hospital dan nursery kat sini.
tenang..

Ok masuk dalam rumah pulak eh.
Satu rumah ada 10 orang. satu bilik pulak ada 2 orang.
tingkat 1 dengan 2, untuk putera-putera
tingkat  5 dengan 6 untuk puteri-puteri

tujuannya tak lain tak bukan nak menjarakkan kedua spesis supaya tak berlaku
persaingan merebut perhatian. LOL


gambar first, obviously bilik tidur. selesalah untuk 2 orang, tapi agak kecil bagi saya. less privacy.
then yang nampak rumah sebelah tu, toilet,
kenapa ia dicipta terbukak sebegitu masih lagi misteri. takkanlah nak buat open-air???
3rd pic, dapur, sweet tak? hee ada 10 kerusi, 1 meja makan.
ada kitchen counter yang chomel. boleh letak balang jajan, siap label nama lagi.


 

bakal-bakal doktor berposing sakan. hehe
dan...

yang terakhir, gambar bonus!


hee..

sehingga bertemu lagi. InsyaAllah..
u can see more recent pics i posted in---> here or
 read more about my student life labelled under --->Dunia Medik

*update 2013, July.  
1. Sekarang kampus sungai buloh dah ada kolej baru untuk kemasukan tahun 1 dan 2. so kolej awak maybe tak sama dengan gambar. for time being, the pictures shown are the kolej for year 3. But they are similar.Satu bilik single bed, 2 orang. Kolej macam rumah, ada living room dan meja makan.
2. Clinical years, mean 4th dan 5th year u'll be posted to Selayang Campus.
3. Keselamatan di Sungai Buloh tidak berapa baik. Dilaporkan ada kes ragut dan rogol sekitar jalan menuju ke kampus UiTM so sila jaga keselamatan.Even dalam kampus ada kes pecah rumah. Bukan nak takutkan korang my juniors tapi nak ingatkan, jaga barang elok-elok.
4. Clinical year u are all allowed to bring cars (as far as im in there, they might change the rule later on), but not preclinical. Yup preclinical is you all year 1 and 2. Ambik no pakcik teksi tu simpan siap-siap dalam phone.
5. Yup, ada wifi. U can be at ease now. tapi tak jamin dalam bilik dapat atau tak.



Thursday, June 17, 2010

Mari Melancong Di Kuala Juru

Assalamualaikum..


Hari ni group elektif saya buat presentation pasal potensi Kuala Juru untuk dibangunkan sebagai tempat pelancongan.

Sebagai penambah rasa, ada saya design poskad buat hadiah untuk pengunjung.
Budget tak banyak, jadi satu design ada 10 keping aja, Yakni 30 orang ja dapat poskad. (tapi actually x sampai)
Alhamdulillah presentation jalan lancar, dah habis.
Segala havoc, penat lelah dan boleh lempar jauh-jauh.
Pahit manis telan semua, biar di digest acid perut. :P


Kalau berkenan bolehlah ambil, save dan buat wallpaper ke.. hehe

Nak cerita full coverage perjalanan projek ni, saya tak rajin, T_T




InsyaAllah, kalau ada yang nak tau lebih lanjut pasal nak melancong cara homestay di Kuala Juru, Penang, boleh tanya saya.

Moga bertemu di lain kali,
Salam Sayang dari saya.

^_^

notakaki : pernat berita-cita nak jadi designer.

Friday, June 04, 2010

Pendirian Kita Sebagai Muslim terhadap Yahudi

Assalamualaikum..
Saya rasa ramai yang sama blur dengan saya tentang apa pegangan kita dalam memerangi Yahudi.
Mesti ada yang tertanya-tanya  
"kenapa kena ban Yahudi? Kan mereka manusia biasa?"
Dan kita mula menyebut atas nama hak asasi manusia dan sebagainya.

Jadi saya tanyakan kepada yang lebih arif. :) terima kasih ji kerana merungkai persoalan saya.





















"tak semua orang israel jahat! Ada yang tak menyokong langsung perbuatan kejam puak tenteranya!"

dari ustaz Hasrizal, pemilik blog tersohor saifulislam.com,







kadang-kadang kita gemar mencari alasan untuk menjadi tiket membolehkan kita berbuat sesuatu.
secara simple, (bercouple untuk belajar bersama, naikkan tambang teksi sebab nak cari makan,.)


Takutlah pada Allah seakan-akan alasan kita takkan diterima pakai.

Kalaupun kita tidak sampai hati membenci kaumnya (seperti saya tidak membenci rakyat Amerika), kita bencilah pada kezalimannya, pada kekejaman dan tipu daya mereka.
Apapun kita x boleh benci manusia, sure kah taraf ita lagi baik dari mereka. Yang kita kutuk adalah perbuatan, dan kita berwaspada dalam nak menjaga agama. 

Kalau kita tak sukakan si A, kita sanggup tak jemput dia ke kenduri hari jadi,
tak membeli di kedainya, tak melawat blognya, tak jenguk dia sakit.
begitulah pendirian kita dalam kebencian kita pada musuh Islam. Musuh yang menindas saudara kita di palestin sekian lama, yang berikrar mahu menyesatkan kita dari jalan-Nya.
Kalau kita boleh bertegas dalam pendirian kita tak mahu itu ini sebabkan hanya sedikit sengketa sesama rakan,
kenapa kita tak mahu bertegas dalam menangani Musuh Umat Islam?

Moga perkongsian ringkas saya hari ini menjadi pembuka hati dan minda,
Saya bukanlah orang yang arif, bahkan terlalu malas mahu meneliti isu yang berzaman ini. Namun...
Berhentilah mencari alasan, berhentilah menjadi manusia ignorance.
hidup kita tak terhenti takat dunia aja, akhirat sana lagi panjang,
gelap dan gelita kalau kita tak bersiap seadanya.
Tanpa Islam, kita tak ada makna.

Wallahua'lam..

Tuesday, June 01, 2010

Review Buku Denyut Kasih Medik

Assalamualaikum..

Sama-sama kita doakan yang terbaik pejuang konvoi kemanusiaan yang ditahan Israel, Dan juga nasib rakyat Palestin. Semoga Allah melindungi mereka..

Kali ni nak berkongsi pendapat tentang sebuah buku hasil karya dr Farhan Hadi,
suami kepada Ustazah Fatimah Syarha, penulis novel Tautan Hati, Syabab Musafir KAsir, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul.




Buku ni habis masa menemani tok di wad Hospital Kuala NErang, kena jangkitan paru-paru. Walau dah discharge, dia tak berapa nak sihat lagi. Doakanlah.

Ok saya mula dengan review. Tapi nak warning ni, ada spoiler dalam review saya.


Yang Kontra dulu,

Saya pada mula, tak berapa gemarkan buku ni. Sebabnya simple, and very personal.
Saya rasa Dr Muslih, watak utama cerita ni, terlalu ... apa eh nak cakap?
Sangat perfect, self righteous, sentiasa dia saja yang baik, betul, orang sekeliling semuanya ada masalah, tak baik.
Dr Nazir, rakan karibnya sendiri sangat moden, tidak mengambil berat agama, memandang lekeh org beragama,
Dr Neezam jugak rakannya lemah, kalah dengan dugaan hidup.

Semuanya memberi refleks betapa idealnya peribadi Dr Muslih sebagai manusia. Dan betapa korupnya orang lain.

Itu saja? Ya itu saja. Dan ia berbaur personal bukan?
Saya juga membaca tulisan Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahroi tapi saya rasa dalam penulisan mereka tidak merendahkan yang lain.
Penulisan mereka tidak meletakkan orang yang kurang amalan, kurang fahaman agama (sebab ramai yang faham, tak mau amal) pada satu taraf.
Dan dalam novel ni, saya nampak kasta dalam agama. (yang diwujudkan oleh saya sendiri jugak, mungkin?)
Saya letih membaca pandangan Dr Muslih tentang orang lain dalam novel ni, seolah melabel orang lain.
Tapi, pada realitinya, apa yang dilabelkan tu betul. Bukan sesuka hati sesedap rasa dia aja.

Yang PRo
pulak

Setelah saya imbangi fikiran negatif saya dengan positif..
Saya rasa sebab Dr Farhan Hadi mencipta atau menggambarkan Dr Muslih sebegitu mungkin untuk lebih mudah kita bezakan baik buruk.
Personaliti Dr Muslih yang dapat dilihat dari keseluruhan novel begitu kontra dengan orang lain, untuk lebih mudah kita meneladani sifat DR Muslih.
Kalau ada 2, 3 watak yang baik atau separa baik (macam solat 24 jam di masjid tapi masih berkepit dengan kekasih) kan susah kita nak ambil kira, adakah dia wajar dicontohi atau tidak?
So Dr Muslih, tak ada persoalan itu, sebab setiap langkahnya disusun atur dan rapi, memenuhi tuntutan agama dan sangat tulus memerangi nafsu dan syaitan.

Kedua, percintaan yang sangat sweet. Yang diidamkan seluruh lelaki yang kenal isi kulit agamanya. Tak ada istilah bermanja, berkasih sebelum akad nikah.
Sangat sweet bila Qani'ah minta nak membancuh sendiri air suaminya, supaya senang nak dibacakan doa pengasih ajaran nabi.

Ketiga, peribadi Dr Muslih yang tegas, dan dia menceritakan bagaimana dia tegas, dan mengapa. Jadi tak susah-susah kita nak mencari jawapan di sebalik perbuatan Dr Muslih.
Contoh dalam situasi dia nak menegakkan isu pil perancang, dan pengalamannya di wad bersalin.

Keempat, penggunaan bahasa medik yang di tahap sederhana. Jadi tak susah untuk orang yang bukan dari bidang perubatan nak faham buku ni.
Lagipun tiap perkataan medik ada penerangan.

Kelima, ada nota-nota agama lagi. Wah ni kira bonus. Sambil layan novel, sambil topup ilmu agama kan?

Keenam, tiap chapter ada cerita sendiri. Tak meleret-leret dengan adegan yang tak perlu. Gerenti tak bosan.

Ketujuh, Dr Farhan berjaya menghighlight isu semasa berkaitan masalah perubatan dalam ibadat. So sambil baca sambil buka minda. Moga hasratnya nak jadi ketua jabatan tercapai, bolehlah dia mengubah dasar pengurusan hospital yang tak berapa nak ikut kehendak syarak.
Macam pesakit yang culas semayang atas alasan kotor, tak dapat nak berwuduk..

Satu cerita kesukaan saya dalam ni, cerita Musa dan Rubayah yang beriya-iya tak mau anak tambahan. Sanggup telan nenas nak kasi gugur, akhirnya Allah angkat semua anaknya, termasuk yang dikandung dan dua anaknya yang lain.


So apa kata akhir saya? A MUST-HAVE FOR BOOK LOVERS!






© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena