Wednesday, September 09, 2009

Jiwa Kacau

Banyak hal aku nak mengadu, aku nak bebelkan, aku nak kecohkan.
Dan aku tak dapat lepaskan di sini.

My friends are reading this blog, samada secara anonymous atau tidak.
Aku tak mahu leteran bermusim aku ni menjadi satu benda yang membuatkan orang
marah, meluat dan sakit hati pada aku.

Aku marah pada jangka masa yang pendek.
Sependek gerhana matahari.
Aku bukan spesis gunung berapi yang simpan lava bertahun dan muntahkan.
Too many destruction.
Aku macam mancis tahu?
Terbakar sekejap sekejap. Tapi kerap.
No harm done.

Tapi bila aku marah aku perlukan pendengar.
Pendengar yang boleh menyejukkan amarah aku,
dan tak takut atau kisah nak nasihat aku bila ada yang tak kena.
Thats why im missing you all (you-know-who)
tak ada yang lebih memahami aku dari kamu semua.

Mama, pendengar setia dah naik jelak dan pekak telinga dengar benda yang sama.
Masih tak ada solution, tak ada resolution.
Tiap kali aku cerita dia akan bagi mood bolayan.

Diri ini masih mencari taufik, mencari resolusi.
Di kala aku buta boleh kamu pimpin aku?
Di kala aku pekak dan bisu boleh kamu fahamkan aku?

2 comments:

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena