pernah tak tengok Keliwon?
Ala slot kat TV3 9.30 malam setiap hari khamis malam jumaat.
Setidak layan aku dekat tv pun aku tengok keliwon sebab aku ska tengok cerita hantu seram ni.
seram ka keliwon tu?
meh nak ulas skit cerita ni.
KELIWON TV3
no need to say lah, cerita ni memang mengarut. so sebelum tengok tu niatkan nak tengok cerita mengarut sahaja, janganlah pulak pergi taksub dan lepas tengok tu terus nak cari tangkal dekat tok bomoh.
ala macam tengok cerita hantu korea, omputeh, harry potter tu mengarut juga.
so let the mengarut be a cerita mengarut. tak payah nak berbahas pasal ketahyulan. sebab terang tak payah suluh ia mengarut.
cuma, keliwon ni berlandaskan pada budaya dan cerita ceriti yang datangnya dari latar masyarakat melayu.
contoh, kak ponti atau nama lam ic pontianak. mana ada lam omputeh pontianak rambut kembang terbang hu ha hu ha atas pokok. pontianak depa jenis cun makan darah ni. pontianak kita jenis yang suka baca gila-gila dengan ujang.
okeh, aku senaraikan kehampehan keliwon yang saban buatkan aku malas nak tengok tapi tengok jugak.
1. malam-malam buta nak tido bukak tingkap luas-luas dan pasang lampu terang benderang.
taulah zaman sekarang ada segala bapak insect repellent tapi tak ada orang yang on purpose nak bukak tingkap pintu rumah dorang luas-luas memalam buta ni.
sengaja nak mengundang mat pet (hamba dadah) dan perompak ka?
2. datuk atau nenek yang spesis muka tak bercahaya langsung lepas tu macam tak mandi 4 tahun.
tambah muka tu gelap semacam macam orang sakit pundi hempedu. tak pun mata gelap semacam macam study anatomy tak tidor malam. suara pulak serak-serak basah konon seram.
3. hantu yang tak bleh blah.
pontianak rambut rebonding. setau aku, langsuir, pontianak yang merupa orang ni selalunya cantek, wangi, tapi kalau dia dalam original self, bukan ke orang describe rambut mengerbang? so apakehalnya nak letak jugak rambut palsu rebonding ala-ala hantu korea tu? -err aku tapenah tengok gi kak ponti
semalam paling hampeh tyme si norman hakim tu camping di tasik. alih-alih terperangkap dalam dunia saka dan dikelilingi saka yang wat stail zombie. errr halo?
4. tok bomoh entah ke hapa hapa
malas nak describe, pegi tengok sendiri umah tok bomoh kat malaya ni tak kiralah yang ada khadam ka tak ada khadam.
5. bila nak halau hantu ada efek-efek karan agi. huyoo sejibik cam ultraman!
pretty annoying. kalu efek hujan ka, kilat ok la sikit.
aku rasa orang yang buat film ka drama ka kena wat research BANYAK. cadangan aku sebagai penonton setia.
1.alang-alang nak buat cerita tahyul biarlah ia tahyul nak mampos yang boleh diterima akal.
HArry Potter tu suma orang tau crita bohong, tapi bila baca/tengok terasa macam, eh ada ka dunia ni? nak pegilah.. siap dah packing dan cari uniform hogwarts agi. haha. ini tak tahyul separa yang len hampes aja.
2. kalau dah cara tak ada idea buat ja cerita refer kat buku TAMAR JALIS. bayar royalti jangan lupa.
aku jumpa dua tiga buah buku dia dalam rak buku di rumah tok aku. maybe yang pak sedara punya. well cerita dia tu unsur seram yang boleh diterima akal.
baca cerita dia di sini
aku tak lah menggalakkan orang kita tengok cerita hantu tahyul macam ni, lebih baik dia tengok siri HIDAYAH indon tu.
tapi aku selaku peminat cerita seram dan mistik ni berharaplah jugak tengok cerita hantu yang berkualiti. macam cerita HANTU FATIMAH yang aku pernah tengok kecik kecik dulu.
sebagai penonton bijak bestari pandailah anda melayan cerita-cerita tahyul ni smoga anda tak lah jadi khurafat. hukum hakam anda taulah sendiri kan?
