Thursday, March 12, 2015

Janji yang pasti

Kalau dapat dilukis hati ni,
aku bayangkan
gambar langit yang mendung dan kelam serta hujan yang renyai renyai.
Satu sudut, seorang hamba yang kerdil, berdiri diam dalam hujan
Mukanya mendongak ke langit
Air matanya bergabung dengan rintik hujan
Muka penuh pengharapan
Akan keampunan dan rahmat

******
'And I know scariest part is letting go
Love is like a ghost u cant control'

Tu bait lagu Christina Perri - Words.

******
Seakan tak percaya
Seakan mimpi
Betul kah yang aku dengar ni
Tolong cubit aku
Tolong bangunkan aku dari penipuan ni
"apa ma cakap ni?'
Minda seakan berhenti berfungsi
Gagal register maklumat yang diterima

Rupanya janji Allah itu pasti.
Berkali kali aku diingatkan sepanjang bekerja
Masih lupa
Masih lupa
Masih juga lupa.
Masih aku lalai dalam nikmatNya

Hari hari aku lihat orang dijemputNya, aku terlupa
Janji Allah pada setiap makhluk bernyawa
SETIAP.
Termasuk orang orang yang kita sayang dan kasih

Terlupa aku akan simpati dan empati saat aku khabarkan berita kematian pada keluarga mereka
"Maaf, masa pakcik dah sampai"
"Maaf, dah sampai masa dia."
" Maaf, dia dah tak ada."

Dan bila aku dikhabarkan berita orang yang aku sayang tiada
Aku sendiri, lemah tak berupaya

*****

Ya Allah Kau ampunkan dosa-dosanya, lapangkan kuburkan, dan tempatkan dia dalam Taman- taman syurga.

Long Ani - 28/2/15
"Long ni macam mak hampa, cuma tak keluar dari rahim ni ja."
Allahu rabbi

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena