Sunday, March 31, 2013

Kalau kau mahu dabikkan dada

Kalau kau mahu dabikkan dada,
Mengangkat muka, menongkat langit dengan hidungmu.

"hey aku ada sarjana, phd segala anugerah di siswaraya!"
lalu aku gelakkan mereka yang lalu bawahku
dengan kelulusan tiada setara

"hey aku kerja pendapatan 10 angka!"
lalu aku gelakkan mereka yang lalu bawahku
dengan pendapatan tiada setara

"hey aku tercantik persis dewi sukma!"
lalu aku gelakkan mereka yang lalu bawahku
dengan paras tiada setara

"hey aku pemimpin sejuta manusia!"
lalu aku gelakkan mereka yang lalu bawahku
dengan pengaruh tiada setara

hey aku pengajar ribuan kitab!"
lalu aku gelakkan mereka yang lalu bawahku
dengan kepandaian tiada setara


hey kami-kami yang gembira tadi,
kami letakkan parameter untuk sukat bahagia kami
kami umpama merak yang kembang-kembangkan ekor kami
menjerit pada dunia "hey lihatlah kami!"

Lalai kami berfikir,
hanya merak terpesona dengan merak.
Merak tiada nilai di mata kucing, kumbang dan gagak.

"hoih kau hanya tinggi dalan standard kaum sesamamu!"
pada kami kau hanyalah burung yang menyala.



© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena