Monday, February 13, 2012

Perkahwinan : Susahnya Untuk Tak Membazir



Semenjak dua menjak ni saya selalu habiskan masa di internet untuk survey persiapan perkahwinan.

Dan persiapan-persiapan ni sebenarnya mengejutkan saya. Tak sangka BANYAK betul yang kena fikirkan untuk menjayakan satu satu majlis perkahwinan.

Mode 'orang kampung' saya dah aktif semula.

Saya tengok trend zaman sekarang, sangat menarik.
(mungkin dari dulu, tapi maklumlah saya orang kampung..*cengkerik berbunyi)

Tunang  ada mini pelamin, untuk bersimpuh tatkala mak mentua menyarung cincin.
(bayangkan, gunakan imaginasi anda)
Kalau dulu lelaki tu kena menyorok balik pokok atau dalam kereta tatkala majlis tunang berlangsung, kalau orang tak panggil masuk, janganlah masuk. MALU ja.

Sekarang dah siap sedondon berbaju melayu. ewah.

Kahwin, kalau ikut ada belah tengah dan selatan ni, ada majlis berinai, khatam quran, potong kek, meriah betul. Kalau di kampung saya, takat majlis kesyukuran kahwin, kalau nak meriah adakan marhaban, kompang dan silat. Tak ada yang lain-lain.

Rajin orang ni tolong sumkan siap-siap. credit google.

Risau pulak, tengok persiapan perkahwinan sekarang. Risau tak mampu.
Ada gadis dulang tersendiri, kena sponsor baju. (atau berpakat dengan kawan-kawan pakai baju sama warna)
Ada pelamin (standardlah, kalau tak bersanding pun, nak tangkap gambar dengan kawan-kawan)
Ada doorgift.

Doorgift.
Sewaktu saya survey doorgift nak tercekik jugak tengok harga satu-satu doorgift tu.
Of course, ada variety. Boleh pilih jangan risau..

Tapi kalau ikut mata saya, alamatnya nak kasi orang, semua yang mahallah. (hehe)
Nak yang cantik-cantik, nak yang terbaik.

Saya dah tilik-tilik, untuk doorgift, tak perlulah di bagi sesuatu yang orang tak boleh nak guna. Contoh, seramik-seramik yang akan memenuhi almari perhiasan di ruang dapur rumah saya. (ops, tapi kalau bagi, SUKA SANGAT)
Untuk isi bunga telur, cukup guna bunga, atau kotak saja.

tak perlu juga hadiahkan mug mug kecil/ gelas kaca yang cinonet (orang nak minum tak muat). Nak bagi bagi terus mug besar ikea tu. Tak pun sudu garpu kecil tu, saya pernah try. Bengkok. T_T
Kipas pun, sekarang dah ada kipas elektrik. Zaman dulu iyalah kut kipas pakai kipas tangan.

Kalau kuih muih pula, kasi yang sedap-sedap dan ikut peringkat umur. Kuih muih tradisional yang selalu dapat tu, kalau dah campur nanti masuk angin. Last-last terbuang. Sayang..

Gula-gula, ni wajib habis. Tua muda suka. Coklat homemade, muffin pun banyak sekarang.Bila lagi nak bantu orang kita. Ewah. (elakkan cupcakes, icing or fondant tu cantik, tapi orang tak makan. letak dalam peti sampai keras, lepas tu buang.) kalau nak cupcake jugak, kasi yang sedap betuk. red velvet ka, tiramisu ka, choc lava ka. Ewah lagi.

comel sangat.


Tapi dengan banyak variety doorgift sekarang, sangatlah susah untuk tak membazir.

Kata orang, "Apa salahnya sekali sekala nak raikan tetamu. Bukan selalu.."

Tapi saya masih frust tambahan budak-budak yang campak terus bunga telur yang mungkin berharga rm0.80 di atas tanah selepas telurnya dirembat.

Ni belum sentuh hal kad kahwin. (jangan cakap nak jimat punya pasal, jemput orang guna sms dan facebook ja. Nanti kenduri makan sorang-sorang sebab orang tak datang) Pantang saudara mara, kaum keluarga, orang kampung jemput tak ada hitam putih. Tak ikhlas kata mereka.

Kena rujuk balik tujuan adakan majlis tu sendiri.

1. Hebahan
2. Belanja orang makan aka kenduri.
3. Kesyukuran.


itu kata saya yang masih bujang, belum ada perancangan nak menikah. Mungkin situasi berlainan kalau majlis itu saya yang punya. SAYA PERCAYA saya jugak nak yang paling best untuk diri sendiri.


dan post ini adalah untuk peringatan saya di waktu itu (kalau ada) bukan apa tulis atas kertas nanti hilang.


peringatan jugak buat abang tersayang dengan ucapan, bila lagi?
*kata abang nak majlis lepas akad nikah, makan 20 dulang macam ustaz kazim kata.


sengaja sentuh sikit-sikit.lebih-lebih bincangkanlah.




© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena